You are on page 1of 2

Kesan-kesan Pembakaran Terbuka (http://suhaimiomar.blogspot.com/2013/09/masalahpembakaran-terbuka-di-kawasan.

html
- Kemusnahan hutan dan kepelbagaian biologi - Gangguan aktiviti harian dan ekonomi - Kemusnahan harta benda - Gangguan kesihatan (lelah, bronchitis, alahan, radang paru-paru, sakit mata dan kulit) terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah. - Kemerosotan industri pelancongan yang memberi kesan kepada ekonomi dan pertukaran wang asing. - Keadaan persekitaran berjerebu. - Jarak penglihatan yang berkurangan

Kesan-kesan pembakaran terbuka


Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk, selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia. Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.

You might also like