You are on page 1of 1

KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP MANUSIA

Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara psikologi.
Pencemaran bunyi mampu merimaskan, memberi tekanan, menghilangkan pendengaran,
gangguan tidur serta kesan buruk lain.Tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah
kesihatan kerana telinga berdengung menyebabkan manusia akan mengalami masalah daya
ingatan, serta serangan panik.
Selain itu,kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang kepada kesan
kardiovaksular.Hal ini boleh menyebabkan peningkatan statisik pada tekanan darah serta
peningkatan kejadian arteri koronari.
Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Hal ini kerana pekerja tidak
dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa sehingga
menjejaskan pemikiran seseorang.

KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP ALAM SEKITAR

Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebebkan tekanan serta
meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan dengan
pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan
pendengaran sementara atau kekal.

Selain itu, kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai
contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah
kepada sonar tentera yang kuat.

You might also like