You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

BATU LINTANG

JALAN KOLEJ,KUCHING,SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH

SEKOLAH RENDAH (DPLI SR j-QAF)

AMBILAN DISEMBER 2012

REFLEKSI:

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

NAMA : NAZLIN BINTI ABDULLAH CHEK

NO KAD PENGENALAN : 890702-13-5266

NO. MATRIK : 201212006

PROGRAM/ KUMPULAN : DPLI j-QAF (PA 2)

NAMA PENSYARAH : EN. MURUGAN


REFLEKSI

Sebelum mempelajari subjek Alam Sekitar di kampus, pandangan saya

terhadap pengetahuan dalam ilmu alam sekitar adalah kurang mendalam dan tidak

memerlukan perhatian yang penting. Malah, saya mengambil ringan hal-hal yang

berkaitan dengan alam sekitar contohnya penebangan pokok-pokok, pembakaran

secara terbuka, pembuangan sampah yang keterlaluan di sungai-sungai dan

sebagainya. Namun, semua itu berubah bilamana saya dan tiga orang rakan saya

yang lain iaitu Haslita, Norafidah dan juga Siti Munirah menjalankan tugasan untuk

menyiapkan kerja kursus yang bertajuk ‘Konsep Pembangunan Mampan di

Malaysia’. Dalam tugasan ini kami di minta untuk mengkaji semua perkara yang

berkaitan dengan tajuk pembangunan mampan di Malaysia. Setelah berbincang di

dalam kumpulan, kami sepakat untuk menerangkan beberapa pekara yang berkaitan

seperti definisi, sejarah pembangunan di Malaysia, dan indicator bagi menentukan

tahap pembangunan mampan di sesebuah negara yang sedang membangun seperti

di Malaysia.

Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami telah membahagikan tugas kepada

setiap ahli kumpulan mengikut subtopik yang telah dirancang. Saya telah diberi tugas

untuk mencari semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan. Saya menghadapi

masalah untuk mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku. Hal ini kerana

pusat sumber hanya di buka hanya pada waktu pejabat dan saya pula mempunyai

kelas bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 10.30 malam. Selain itu, saya juga

menghadapi kesempitan waktu dalam menyiapkan tugasan ini kerana kepadatan

jadual yang terlalu penuh dengan kelas yang wajib dihadiri mengikut jadual yang

disediakan.
Bagi mengatasi masalah ini, saya terpaksa menggunakan kemudahan internet

yang sediakan oleh pihak institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Bagi

mendapatkan maklumat yang boleh disahkan dan betul, saya hanya mengambil

maklumat melalui penulisan jurnal yang berkaitan dengan tajuk perbincangan sahaja.

Selain itu saya juga merujuk laman web kementerian yang berkaitan isu-isu

berkaitan dengan pembangunan di Malaysia seperti Kementerian Pembangunan

Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan

sebagainya. Manakala bagi menyiapkan tugasan ini dalam kekangan masa yang

tidak mengizinkan, saya terpaksa menggunakan waktu rehat yang disediakan

sebelah tengah tengah hari dan selepas kelas malam.

Saya mencadangkan supaya semua ilmu pengetahuan mengenai kepentingan

pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar ini bukan sahaja diajarkan kepada

pelajar sahaja, malah didedahkan juga kepada ibu bapa, masyarakat seterusnya

kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Ilmu ini juga mestilah dipraktikkan secara

menyeluruh bagi menstabilkan ekosistem alam sekitar serta meneruskan usaha

pembangunan yang sedia ada. Hal ini kerana pembangunan yang tidak disertakan

dengan perancangan untuk mengekalkan kestabilan alam sekitar dengan baik, akan

mengakibatkan dan mengundang banyak bencana yang dahsyat seperti bancir kilat,

tanah runtuh dan sebagainya.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapati beberapa kelebihan dan

kebaikan yang saya perolehi antaranya kami dapat meningkatkan pengetahuan

sedia ada. Selain itu tugasan ini juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar disamping mengekalkan usaha

pembangunan mampan di Malaysia. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan

kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan


kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti

pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Kesimpulannya, kita mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam

semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran

masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di

negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia,

seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.

Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan

orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah

tanggungjawab bersama untuk. Setiap generasi perlu turut serta supaya

pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan

datang.

You might also like