You are on page 1of 2

Lynn mengirimkan sekeping poskad kepada sahabat penanya

(dipetik daripada Cerpen Konfrontasi oleh Daniel Jebon Janum)

Seterusnya, dalam Cerpen Konfrontasi halaman 54 ayat 1 perenggan 17 telah mengalami


proses penyusunan semula frasa nama sebagai objek. Proses ini selalunya berlaku apabila
ayat itu mengandungi dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Menurut Abdullah et al.,
(2006), objek tepat ialah mana-mana frasa nama yang hadir selepas kata kerja dan objek
sipi ialah frasa nama yang mengikuti objek tepat. Ayat asal bagi ayat 1 perenggan 17 ialah
Lynn mengirimi sahabat penanya sekeping poskad. Apabila ayat ini telah mengalami
penyusunan semula frasa nama sebagai objek, ayat ini menjadi ‘Lynn mengirimkan
sekeping poskad kepada sahabat penanya’ seperti dalam perenggan 17 ayat 1. Objek tepat
dalam ayat ini ialah ‘sahabat penanya’ dan objek sipi ialah ‘sekeping poskad’. Ayat ini
diterbitkan dengan menyusun semula dan memindahkan objek sipi kepada kedudukan
sesudah kata kerja mengirimi. Apabila ini berlaku, objek tepat asal berubah kedudukan dan
menerima kata sendi nama kepada, lantas tidak lagi berfungsi sebagai objek, tetapi kata
nama dalam frasa sendi nama (Nik Safiah, 2007). Apabila ayat ini telah diterbitkan, imbuhan
kata kerja juga berubah daripada ‘mengirimi’ kepada ‘mengirimkan’.

a) Lynn mengirimi sahabat penanya sekeping poskad (Ayat asal)


b) Lynn mengirimkan sekeping poskad kepada sahabat penanya (Ayat transformasi)

Proses penyusunan semula melalui transformasi ini dapat juga dijelaskan dengan
menggunakan rajah pohon seperti yang berikut:
Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku bahasa: ke arah penggunaan bahasa yang baik, betul,
dan indah. Shah Alam: Cerdik Publication.

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman & Razali Ayob (2006).
Sintaksis Kuala Lumpur:PTS Publication.:

You might also like