You are on page 1of 8

SJK (TAMIL) KULAI BESAR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL BIL 2 /TAHUN 2018

Tarikh : 18.4.2018

Masa : 12.00 Tengahari / 1.10 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat SJK ( T ) Ldg Kulai Besar

Pengerusi : EN M.KAVIYARASAN

Kehadiran(Bilangan) : SEPERTI DALAM LAMPIRAN

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali kedua
bagi sesi persekolahan 2018. Guru harus memberi perhatian sepenuhnya kerana banyak
perkara penting yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

1.3 Beliau meminta guru-guru boleh menambahkan pencapaian bacaan murid dalam
borang berkehasilan jika perlu.

1.4 Beliau juga meminta semua guru mengisi markah dengan perbezaan markah antara
TOV dan ETR lebih dari 10 markah.

1.5 Beliau memberi penjelasan tentang pencerapan dibuat di kelas oleh beliau untuk
mencungkil bakat guru-guru dan membantu guru-guru membaiki kelemahan dalan pdpc
serta meminta para guru jangan berasa panik semasa pencerapan dibuat di kelas.

1.6 En.M.Kaviyarasan meminta para guru wajib membentangkan tentang keputusan Ujian
Penilaian Pertama bulan Mac di mesyuarat berikutnya. Beliau juga meminta para guru
supaya jangan menyalahkan guru tahun 1 dan tahun 4 dalam masalah membaca dalam
kalangan murid. Setiap guru harus bertanggungjawab dan wajib menjalankan program di
kelas untuk menangani masalah membaca Bahasa Tamil.

1.7 En M.Kaviyarasan meminta semua guru menjalankan program PLC pada setiap bulan
supaya dapat menangani masalah seperti masalah membaca Bahasa Tamil dengan lancar
dalam kalangan murid-murid.

Makluman: Semua guru


2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dibentang oleh Pn K.Sumathi
Dicadang untuk disahkan oleh Pn T.Shamini
Disokong untuk pengesahan oleh Pn R.Shanthi

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Puan Manimala berkata murid-murid tahap satu masih mempunyai masalah membaca
huruf Bahasa Tamil. Beliau memberi cadangan menjalankan Program Mentor-mentee di
kelas supaya dapat membantu murid yang lemah untuk menguasai bacaan.
Pn.S.Nyanamah berkata modul bacaan perlu disediakan oleh Panitia Bahasa Tamil bagi
menangani masalah bacaan. Ramai guru berkata murid yang mempunyai masalah
ponteng sekolah menghadapi masalah untuk membaca Bahasa Tamil dengan lancar.

4
FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengerusi telah membentangkan keputusan Ujian Penilaian Bulan Mac bagi setiap
tahun. Guru-guru diminta memberi perhatian dan mengambil kira setiap peningkatan dan
penurunan keputusan Ujian Penilaian Bulan Mac bagi mata pelajaran BahasaTamil ini.
Keputusan bagi tahun 2 hingga 6 telah dilampirkan.

Makluman: Semua guru

4.2. Pengerusi telah membuat post- mortem bagi Program Minggu Bahasa Tamil. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan
untuk menjayakan program tersebut. Beliau juga meminta guru-guru berkongsi kelebihan
dan kelemahan yang dilalui sepanjang minggu Bahasa Tamil. Guru-guru berkata kekangan
masa untuk melatih murid-murid adalah salah satu kekurangan bagi program ini. Kelebihan
adalah program Minggu Bahasa Tamil dapat dijalankan dengan kerjasama semua guru
Bahasa Tamil.

Makluman : Semua guru

4.3 Pengerusi telah membuat post- mortem bagi Karnival Bahasa Tamil. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan
untuk menjayakan program tersebut. Beliau juga meminta guru-guru berkongsi kelebihan
dan kelemahan yang terdapat Karnival Bahasa Tamil. Kelebihan adalah Karnival Bahasa
Tamil telah dijalankan dengan kerjasama semua guru Bahasa Tamil dan dapat mencapai
keputusan yang cemerlang dalam kalangan sekolah-sekolah Tamil peringkat Daerah
Kulai/Pontian walaupun mempunyai kekangan masa sebagai salah satu kelemahan
program tersebut.
Makluman : Semua guru

4.4 Pengerusi telah mengedarkan Fail Kerja kepada semua guru Bahasa Tamil dan
memberi penjelasan tentang kandungan dan kegunaan fail tersebut dengan semua guru.
Beliau meminta semua guru sentiasa mengemaskinikan fail kerja. Fail kerja akan dipungut
jika pihak pentadbiran meminta untuk membuat semakan fail. Justeru, beliau meminta
kerjasama semua guru mengemaskinikan fail kerja pada setiap masa.

Makluman : Semua guru

4.5 Pengerusi mengingatkan agar membuat pelaporan untuk tahun ini pada masa yang
ditetapkan. Borang transit dikehendaki ditampal di dalam buku rekod masing-masing.
Pengerusi telah membuat keputusan tentang pelaporan bagi matapelajaran Bahasa Tamil
perlu dibuat sebanyak 2 kali iaitu bulan Mei dan Oktober setelah meminta pendapat dan
persetujuan En M.Kaviarasan selaku Penolong Kanan Petadbiran dan para guru Bahasa
Tamil. Seterusnya contoh Laporan PBS akan ditelegramkan kemudian.

Makluman : Semua guru

4.6 Pengerusi membincangkan tentang Program Bacaan yang dijalankan di kelas masing-
masing. Beliau meminta maklumbalas para guru tentang perkembangan membaca dalam
kalangan murid-murid di kelas. Setiap guru telah membentangkan pencapaian dan
kekurangan murid dalam menguasai untuk membaca Bahasa Tamil di kelas. Beliau berasa
amat bimbang terhadap perkembangan penguasaan bacaan dalam Bahasa Tamil setelah
mendengar pembentangan para guru. Beliau meminta sebab dan tindakan para guru
kerana kebanyakkan murid tidak membaca Bahasa Tamil dengan lancar. Beliau
menegaskan perkara ini perlu diselesaikan dengan kadar segera. Beliau telah meminta
para guru menjalankan Program Mentor-mentee dan menjalankan bacaan pada awal pagi
6.50 hingga 7.10 serta waktu bacaan di kelas bagi menangani masalah tersebut. Pn.
T.Shamini berkata murid-murid tahun 2 telah menghadapi masalah bacaan setelah pergi
bercuti sekolah yang panjang dan tidak mengamalkan tabiat menbaca di rumah.Berikut
adalah pencapaian murid yang tidak membaca Bahasa Tamil dengan lancar bagi setiap
tahun 1 hingga 3. Pencapaian celif huruf tahap satu dan dua telah difailkan.
Tahun1 Tahun 3
Malligai 3/26
Alli 3/26
Thamarai 5/26
Samanthi 4/26
Kurinji 5/26

Tahun 2

Malligai 7/26
Alli 10/25
Thamarai 7/27
Samanthi -
Kurinji 5/26

Makluman: Semua guru

4.7. Pengerusi meminta guru kelas tahun 2 hingga 6 mengisi markah AR1 dalam
headcount mengikut keputusan Ujian Penilaian Dalaman Bulan Mac. Headcount akan
dipungut kemudian. Guru-guru diminta menghantar hardcopy dan softcopy headcount
kelas masing-masing kepada beliau secepat mungkin.
Makluman : Semua guru

4.8 Pengerusi mengingkatkan semua guru supaya menyemak buku latihan murid-murid
dalam tempoh 3 hari.Murid perlu diarahkan membuat pembetulan jikalau ada kesalahan.
Guru-guru perlu memastikan para murid menulis dengan tulisan kemas dan cantik.

Makluman : Semua guru

4.9 Pengerusi juga memberi penjelasan tentang Analisis Item Soalan. Beliau memnta
semua guru wajib membuat analisis item soalan dan memasukkan dalam fail kerja. Puan
S.Nyanamah menanya adalah pelu menanda 0 , / atau X dalam analisis item soalan
kepada pengerusi. Beliau menjawab bahawa analisi item bagi tahap 1 perlu dimurnikan
dan menanda X sahaja setelah meminta persetujuan sebulat suara dari para guru Bahasa
Tamil. Beliau juga berkata borang analisis item soalan bagi kertas penulisan akan
dimurnikan dan ditelegramkan kemudian.
Makluman: Semua guru

5.0 Pengerusi juga telah memberi penjelasan tentang Program PLC kepada para guru.
PLC perlu dijalankan pada setiap bulan bagi membincangkan isu secara bersama,
menangani masalah yang dihadapai oleh para guru dalam pdpc dan berkongsi maklumat
tentang pdpc antara satu sama lain. PLC boleh dijalankan dalam kalangan kumpulan kecil
atau besar. Laporan Program PLC perlu ditulis dalam buku yang disediakan..

Makluman: Semua guru

6 HAL-HAL LAIN

6.1 Pengerusi juga menberi penjelasan tentang cara pemberian markah bagi kertas
pemahaman dan penulisan. Murid-murid perlu menjawab soalan 22 hingga 25 dengan
penuh untuk mendapatkan markah penuh. Murid-murid dilarang menyalin jawapan dari
petikan sebulat mata. Ini akan menjejaskan markah mereka. Guru-guru dilarang memberi
markah dengan berasa belas kasihan dan sistem pemarkahan perlu ditegaskan. Beliau
juga memberi penjelasan tentang format bina ayat bahagian A kepada semua guru. Guru-
guru harus memberi 5 markah yang pertama bagi 5 ayat yang ditulis oleh murid dengan
syarat yang betul dan baki 5 markah perlu diberikan secara holistik. Murid yang lemah
boleh menulsi ayat yang mudah bagi bahagian menulis karangan. Program PLC akan
dijalankan pada hujung bulan April.

Makluman: Semua guru

PENUTUP
a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

......................... ……..............................
(PN.K.SUMATHI ) (KAVITHA A/P WADIVELU)
Setiausaha Pengerusi Panitia Bahasa Tamil
Panitia Bahasa Tamil Tarikh : 23.04.2018
TAKWIM PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2018
PANITIA BAHASA TAMIL

BIL TARIKH PERKARA

1 5.1.2017 Mesyuarat kali pertama

2 16.2.2017 Mesyuarat kali kedua

3 24.2.2017 Kursus dalaman penandaan Bahasa Tamil ( Penulisan )

4 16 – 20.4.2017 Minggu Bahasa Tamil

5 25.5.2017 Mesyuarat kali ketiga

6 13.7.2017 Mesyuarat kali keempat

7 19.7.2017 Bengkel Pecutan Bahasa Tamil ( 1 )

8 24.8.2017 Bengkel Pecutan Bahasa Tamil ( 2 )


SJK (TAMIL) KULAI BESAR

MINIT MESYUARAT AKHIR PERSATUAN BAHASA TAMIL BIL2 /TAHUN 2016

Tarikh : 01.12.2016

Masa : 12.00 pm

Tempat : Bilik 6 Mesyuarat

Pengerusi : PN.S.MURUGAMMAH

Kehadiran(Bilangan) : SEPERTI DALAM LAMPIRAN

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali
terakhir bagi sesi persekolahan 2016.

1.2 Guru harus memberi perhatian sepenuhnya kerana banyak perkara penting yang
akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dibentang oleh Pn. K.Deviga
Dicadang untuk disahkan oleh Pn . S.Annalatchumi
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. M. Malathy

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
- Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang
telah menjayakan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Program-program yang telah dijalankan adalah Minggu bahasa tamil, Karnival
bahasa tamil dan Muthamil vizha.

Makluman: Semua guru

4.2 Seterusnya,Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada En


Sugumar dan Pn Parimala yang telah melatih murid untuk pertandingan manavar
mulakkam peringkat negeri .

Makluman: Semua guru


4.3 Pengerusi juga mengucapkan syabas kepada Ajk persatuan yang telah
menjayakan Aktiviti persatuan.

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Segala perkara formal atau apa-apa perkara penting akan disampaikan melalui
telegram atau pun watsapp (sekolah) dan guru-guru perlu membalas sebagai tanda
penerimaan maklumat tersebut.
Makluman : Semua guru

PENUTUP
c. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00pm.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( DEVIGA A/P KUPPUSAMY)
S/U Persatuan Bahasa Tamil
Tarikh : 01.12 2016

You might also like