You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN STOH YBA1403

LUNDU,SARAWAK

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


(SPBT) BIL 1 TAHUN 2023/2024

Tarikh : 17 Mac 2023( Jumaat )


Masa : 2.00 petang
Tempat : Atas talian
Kehadiran : 9/9

Nama
1. En. Harunoor Bin Ismail Guru Besar
2. Pn Eviana Farisya Binti Abdullah Pen. Kanan HEM
3. Cik Nur Hidayah Binti Mostaffa Guru Penyelaras SPBT
4. En Mohammad Hamizan Bin Abdullah Pen, Kanan Pentadbiran
5. En Mohammad Faizan Bin Che Abd Ghani Guru Kelas Tahun 1
6. Pn. Julantie Binti Sepawie Guru Kelas Tahun 2
7. Pn Nasha Fateha Binti Ahmad Fuad Guru Kelas Tahun 3
8. Pn Faridah Binti Lee Guru Kelas Tahun 4
9. Pn Nik Najihah Mat Rasit @Mat Rashid Guru Kelas Tahun 5

Turut Hadir (Jika ada) :


Tiada

Nama Yang Tidak Hadir :


Tiada

Urus Setia Mesyuarat :


Pn Nasha Fateha Binti Ahmad Fuad

Agenda Mesyuarat

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.


1.2 Mengalu-alukan kehadiran Ahli Jawatan Kuasa SPBT sesi 2023 dan mengucapkan
tahniah atas lantikan sebagai AJK SPBT pada tahun ini.
1.3 Mengharapkan semua ahli dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih awal.
1.4 Mengharapkan setiap perancangan mesti mempunyai impak yang baik ke arah membina
jati diri murid dalam pelbagai program yang dibuat.

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan : Pn. Julantie Binti Sepawie


2.2 Sokongan : Pn Faridah Binti Lee

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rujuk Borang Maklum Balas ( Mesyuarat SPBT Kali ke 1/2022)

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Borang SPBTG 2023


4.1.1 Borang SPBTG 2023 merupakan format baharu iaitu SPBT G PIN.1/2019
berlainan daripada borang G tahun 2020.
4.1.2 Borang SPBTG 2023 perlu dilengkapkan dengan tarikh, tandatangan terima buku oleh
murid dan guru kelas pada setiap nama murid.
4.1.3 Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan semula kepada guru SPBT
untuk simpanan fail.
4.1.4 Borang G yang baharu ini juga telah siap ditaip nama murid. Sekiranya terdapat
pertambahan murid baharu guru kelas tuliskan sahaja nama murid tersebut di ruangan
yang disediakan.

Tindakan : Guru-guru Kelas

4.2 Penjagaan Buku Teks


4.2.1 Guru SPBT memohon kerjasama semua guru kelas dan guru matapelajaran untuk
memastikan murid-murid telah membalut buku teks masing-masing.
4.2.2 Sekiranya masih ada murid yang tidak membalut buku teks, mereka boleh
pergi ke bilik SPBT atau berjumpa dengan guru SPBT atau mana-mana AJK SPBT
untuk membeli pembalut buku dengan membawa bersama buku teks tersebut.
4.2.3 Unit SPBT menyediakan perkhidmatan membalut buku teks tersebut dengan bayaran
RM 1 bagi setiap buku.

Tindakan : Guru kelas,Guru matapelajaran dan AJK SPBT

4.3 Kutipan dan agihan buku teks 2023/2024


4.3.1 Masih dalam proses, bermula dengan memberi keutamaan kepada murid asal.
Bagi murid tahun baru masuk atau berpindah ke SK STOH minta
dan digalakkan mengambil buku teks di sekolah lama masing-masing.

2
4.3.2 Sehubungan itu, bilangan buku sedia ada tidak mencukupi untuk menampung
pertambahan murid tersebut. Bagi mengatasinya Unit SPBT telah memohon
pesanan tambahan kepada JPN Sarawak. Permohonan telah dihantar dan diterima.
Walaubagaimanapun, proses ini mengambil masa yang agak lama. (sehingga Jun)
4.3.3 Mohon jasa baik semua guru untuk memberi pertimbangan dan inisiatif kepada
murid yang masih belum mendapat buku teks.

Makluman

4.4 Buku Stok SPBT


4.4.1 Buku stok SPBT masih dalam proses kemaskini oleh penyelaras SPBT.
4.4.2 Seperti biasa buku stok SPBT akan disemak oleh Penolong Kanan Hem dan ditutup
oleh Guru Besar.

Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru SPBT memaklumkan hanya murid warganegara sahaja yang layak
menerima pinjaman buku teks. Murid bukan warganegara adalah seperti berikut:
a) Marsyanda Binti Abdullah

Makluman
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengharapkan agar proses kutipan dan agihan buku teks akan berjalan dengan
lancar. Berharap semua pihak mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang proses
tersebut.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Urus setia

Pn Nasha Fateha Binti Ahmad Fuad


Setiausaha Unit Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) SK STOH
4

You might also like