You are on page 1of 7

BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

KATA GANDA
• Kata ganda ialah kata dasar yang digandakan sebutannya
• Kata dasar yang digandakan itu boleh mengalami proses
penggandaan penuh , penggandaan separa
dan penggandaan berentak.
Penggandaan Penuh
• Ialah proses penggandaan keseluruhan kata dasar.
• Kata dasarnya disebut dua kali
• Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama , kata adjektif
dan kata keterangan

Contoh : buku – buku ,panas –panas ,meja - meja


• Penggandaan Separa
• Ialah proses penggandaan sebahagian daripada kata dasar
• Suku kata pertama akan diulang sebutannya dan
gandaan diletakkan di hadapan kata dasar

Contoh : bola : bebola , jari : jejari


• Penggandaan Berentak
• Ialah proses menambah perkataan yang lain bunyi nya
pada kata dasar.
• Penggunaan berentak boleh terdiri daripada gandaan
kata nama , kata kerja , dan kata keterangan.

Contoh : kuih : kuih –muih ,mandi : mandi - manda


1. Datuk menebas .................................... di kebun buah – buahannya.

2. Pelbagai jenis ............................ dijual di gerai itu.

3. Lokman menarik ............................ yang tersangkut di dahan pokok rambutan.

4. Buah manggis yang dibeli ayah......................... belaka.

5. Nadia.................. ditinggalkan bas kerana dia lewat bangun tidur.

6. Adik cuba mengejar .......................... di taman.


Latihan tatabahasa

Salin dan gandakan perkataan berikut.

kura ,sabung , kucar ,rama , tikus , batu

Kemudian bina ayat menggunakan perkataan


yang telah digandakan tersebut.

You might also like