You are on page 1of 10

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A

BAHAGIAN A
KEPERLUAN SOALAN
1. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan anda wajib menjawabnya.
2. Soalan akan memaparkan dua atau lebih bahan rangsangan yang mempunyai tema
yang sama.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan.
4. Panjang karangan hendaklah antara 150 - 200 patah perkataan.

TEKNIK MENJAWAB
LANGKAH 1 : ANALISIS KEHENDAK SOALAN DAN SEMUA BAHAN
RANGSANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT)
 Anda perlu mengenal pasti kehendak soalan/fokus terlebih dahulu. Gariskan kehendak
soalan/fokus agar anda tidak lupa.
 Anda perlu menganalisis setiap bahan rangsangan yang diberikan kerana terdapat isi yang
menepati kehendak soalan/fokus. Tuliskan isi agar tidak lupa.
 Setiap isi dalam bahan rangsangan yang diberikan wajib digunakan sama ada dalam
perenggan pendahuluan, isi atau penutup.

LANGKAH 2 : PENULISAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 30 MINIT)


 Bagi karangan Bahagian A iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 150-
200 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 200 patah kata kerana penulisan
selepas 200 patah kata tidak akan dibaca dan dikira dalam pemarkahan.
 Anda boleh menulis karangan dalam 4 atau 5 perenggan.
 Cadangan bilangan patah perkataan bagi setiap perenggan:
CADANGAN BILANGAN PATAH
PERENGGAN
PERKATAAN
Pendahuluan 40 patah perkataan

Isi 1 60 patah perkataan

Isi 2 60 patah perkataan

Kesimpulan 40 patah perkataan

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN (ANGGARAN 40 PATAH PERKATAAN )


FORMULA PENDAHULUAN = UHCA

U = PERNYATAAN UMUM
 Terdiri daripada satu ayat sahaja. Anda boleh menulis ayat yang menyatakan
definisi/berita/statistik/isu semasa berkaitan kehendak soalan.

H = AYAT HURAIAN
 Terdiri daripada satu atau dua ayat.
 AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
 AH2 : Kesinambungan daripada ayat huraian 1 dan boleh menggunakan
formula MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

C = AYAT CONTOH
 Anda boleh memberikan satu contoh yang paling relevan dan bertepatan dengan
kehendak soalan/fokus.

A = AYAT ARAHAN
 Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.
 Anda perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan. Anda juga boleh memasukkan fokus
bahan rangsangan 1 sekiranya sesuai.
 Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti
anda.

TEKNIK PENULISAN ISI ( ANGGARAN 60 PATAH PERKATAAN X 2 ISI)


FORMULA ISI = FHCP
F = AYAT FOKUS
 Terdiri daripada satu ayat sahaja dan menyatakan fokus yang dikenal pasti dalam
bahan rangsangan yang diberikan.
 Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

H = AYAT HURAIAN
 Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
 Dihuraikan secara mendalam menggunakan idea anda sendiri berdasarkan formula MASSBBD
(Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana).
 Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara
menggunakan penanda wacana yang sesuai.
C = AYAT CONTOH
 Anda boleh memberikan satu atau lebih contoh yang relevan dan bertepatan dengan
fokus bahan rangsangan yang ditulis dalam ayat fokus.
 Kedudukan ayat contoh boleh ditulis di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum ayat penegas.

P = AYAT PENEGAS
 Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
 Anda perlu menegaskan semula fokus bahan rangsangan dengan menggunakan ayat
berbeza.

TEKNIK PENULISAN PENUTUP (ANGGARAN 30 PATAH PERKATAAN)

FORMULA KESIMPULAN = KCH

K = AYAT KESIMPULAN
 Terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Anda boleh memasukkan fokus bahan rangsangan sekiranya sesuai ditulis sebagai
kesimpulan.

C = AYAT CADANGAN
 Terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Anda boleh memulakan ayat seperti "Pihak (yang sesuai dengan kehendak soalan) perlulah
menggembleng tenaga untuk ... "
 Anda perlu memberi cadangan yang relevan dengan kehendak soalan.

H = AYAT HARAPAN
 terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Anda perlu menggunakan kata hubung agar/supaya untuk menyambungkan ayat cadangan
dengan ayat harapan.

LANGKAH 3 : SEMAKAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT)

 Anda perlu menyemak setiap patah perkataan dan ayat yang telah ditulis bagi mengelakkan
pengurangan markah kerana berlakunya kesalahan ejaan dan struktur ayat.
 Anda juga perlu mengira jumlah perkataan dengan betul dan menulis jumlah patah
perkataan di dalam kurungan di bahagian bawah sebelah kanan karangan.
 contoh : (240 patah perkataan)

WAJIB BACA

1. Ramai dalam kalangan pelajar yang keliru dalam pengiraan patah perkataan yang
betul. Perkataan yang dikira satu patah perkataan ialah :-

- Kata nama khas: Taman Tanah Putih Baru (1 perkataan)

- Peribahasa/cogan kata: bagai aur dengan tebing (1 perkataan)


- Kata majmuk: ambil berat (1 perkataan)

- Kata ganda: rakan-rakan (1 perkataan)

- Gelaran/pangkat: Dato’ Seri (1 perkataan)

- Tarikh: 20 Disember 20202 ( 1 perkataan)

2. Perlu diingat bahwa penanda wacana dan kata sendi nama dikira mengikut
bilangan patah perkataan contohnya, "Walau bagaimanapun" dikira 2 patah
perkataan dan "di samping itu" dikira 3 patah perkataan.

3. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk menggunakan lebih banyak peribahasa
dalam karangan agar karangan anda menarik dan cemerlang.

4. Anda digalakkan menggunakan kosa kata yang menarik bagi menunjukkan


kematangan dalam penulisan karangan.

5. Kepelbagaian ayat dalam karangan juga menunjukkan penguasaan bahasa yang


baik dan kreatif. Antara contoh ayat yang sesuai digunakan dalam karangan
ialah :-

- Ayat penyata

- Ayat tanya

- Ayat ayat songsang

- Ayat majmuk

- Ayat aktif

- Ayat pasif

6. Perkara yang paling penting dalam penulisan karangan ialah tulisan yang kemas
dan boleh dibaca. Ramai dalam kalangan pelajar akan mula menulis secara cakar
ayam apabila tempoh menjawab semakin tamat. Oleh itu, bagi mengelakkan
perkara sebegini berlaku, pelajar dinasihatkan untuk mernagka karangan sebelum
menulis agar tidak membuang masa dan karangan mempunyai hala tuju yang jelas
dan tidak terpesong dari kehendak soalan.
TEMA: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN

BAHAGIAN A

[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan patriotisme.

Huraikan pendapat anda tentang semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Sumber : Internet
TEMA: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
Bahagian A

(30 Markah)

Pendahuluan :

Semangat patriotik penting – setiap rakyat di negara ini –kini dikatakan lebih kepada
patriotime rasmi berbanding patriotisme peribadi.

Isi 1 :

Kepentingan semangat patriotik bagi memupuk semangat cinta akan negara – hidup dengan
harmoni – menyemai jati diri yang tinggi – Mengekspresi perasaan bangga menjadi rakyat
Malaysia – Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah – mengibarkan jalur gemilang

Isi 3

Berbakti kepada negara – bukti kecintaan kepada negara – tanah tumpah darah –
menjalankan tanggungjawab kepada negara – timbul rasa syukur – dapat berbakti kepada
negara.

Kesimpulan :

Semangat patriotisme amat penting – perlu dijiwai – Sekadar simbolik dengan semangat
patriotik yang tinggi, keutuhan negara terjamin.
BAHAGIAN A

[30 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan


permainan tradisional. Huraikan pendapat
anda tentang permainan tradisional.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Terompah tempurung merupakan antara Mengintai pada jendela


permainan sukan rakyat yang masih popular pada waktu kusingkap tirai rindu
masa ini. Cara bermainnya adalah dengan
zaman dahulu berkocak di kalbu
meletakkan kaki di atas tempurung. Ibu jari kaki
masih terbayang juara kujulang
menyepit tali dan tangan pula perlu mengawal tali
congkak kayu mainan aku
ketika kaki digerakkan. Permainan ini bukan sahaja
bersifat menyeronokkan tetapi dapat menyihatkan biji getah digerak satu persatu
tubuh badan dan meningkatkan kekuatan fizikal pesta desa meriah masih
otot tangan dan kaki. terasa

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5 Guli dilambung pecah satu
mainan tradisional desaku
TEMA: SUKAN DAN REKREASI

BAHAGIAN A

Cadangan Jawapan Bahagian A

 Format : Tidak berformat


 Pendahuluan : Permainan tradisional
 Isi:
1. Ibu bapa hendaklah memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak.
2. Pihak sekolah menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional setiap tahun.
3. Pihak media cetak, media elektronik dan laman sosial menyebarkan maklumat
mengenai permainan tradisional.

 Penutup : Harapan rakyat terhadap permainan tradisional di Malaysia


 Cadangan isi tambahan:
1. Badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan aktiviti sukan yang
melibatkan permainan tradisional.
2. Kerajaan mengadakan kempen kepada rakyat berkaitan permainan tradisional.
TEMA: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN
KEWANGAN

BAHAGIAN A

[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan


amalan menabung. Huraikan pendapat
anda tentang amalan menabung.

Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
TEMA: EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

BAHAGIAN A

Cadangan jawapan
Faedah / Kebaikan / Kepentingan / Manfaat amalan menabung
1. Dapat dijadikan simpanan untuk masa hadapan
2. Bekalan wang untuk kegunaan ketika kecemasan
3. Mengelak daripada sikap boros dan membazir
4. Dapat menjadi contoh teladan kepada anak
5. Dapat dijadikan sebagai bank kecil tanpa perlu meminta wang daripada pihak lain
6. Memupuk nilai-nilai murni
7. Persediaan untuk melanjutkan pelajaran
8. Dapat mengawal inflasi

Cadangan ungkapan menarik


1. Sediakan payung sebelum hujan
2. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang- senang kemudian.
3. Jimat Cermat Amalan Mulia
4. Membazir Amalan Syaitan
5. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
6. Yang secupak takkan jadi segantang

You might also like