You are on page 1of 3

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A

BAHAGIAN A
KEPERLUAN SOALAN
1. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan anda wajib menjawabnya.
2. Soalan akan memaparkan dua atau lebih bahan rangsangan yang mempunyai
tema yang sama.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan.
4. Panjang karangan hendaklah antara 150 - 200 patah perkataan.

TEKNIK MENJAWAB
LANGKAH 1 : ANALISIS KEHENDAK SOALAN DAN SEMUA BAHAN
RANGSANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT)
 Anda perlu mengenal pasti kehendak soalan/fokus terlebih dahulu. Gariskan
kehendak soalan/fokus agar anda tidak lupa.
 Anda perlu menganalisis setiap bahan rangsangan yang diberikan kerana terdapat
isi yang menepati kehendak soalan/fokus. Tuliskan isi agar tidak lupa.
 Setiap isi dalam bahan rangsangan yang diberikan wajib digunakan sama ada
dalam perenggan pendahuluan, isi atau penutup.

LANGKAH 2 : PENULISAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 30


MINIT)
 Bagi karangan Bahagian A iaitu karangan yang memerlukan anda menulis
antara 150-200 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 200 patah
kata kerana penulisan selepas 200 patah kata tidak akan dibaca dan dikira dalam
pemarkahan.
 Anda boleh menulis karangan dalam 4 atau 5 perenggan.
 Cadangan bilangan patah perkataan bagi setiap perenggan:
CADANGAN BILANGAN PATAH
PERENGGAN
PERKATAAN
Pendahuluan 40 patah perkataan

Isi 1 60 patah perkataan

Isi 2 60 patah perkataan

Kesimpulan 40 patah perkataan

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN (ANGGARAN 40 PATAH PERKATAAN )

FORMULA PENDAHULUAN = UHCA


U = PERNYATAAN UMUM
 Terdiri daripada satu ayat sahaja. Anda boleh menulis ayat yang menyatakan
definisi/berita/statistik/isu semasa berkaitan kehendak soalan.

H = AYAT HURAIAN
 Terdiri daripada satu atau dua ayat.
 AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
 AH2 : Kesinambungan daripada ayat huraian 1 dan boleh menggunakan
formula MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di
mana)

C = AYAT CONTOH
 Anda boleh memberikan satu contoh yang paling relevan dan bertepatan
dengan kehendak soalan/fokus.

A = AYAT ARAHAN
 Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan
secara umum.
 Anda perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan. Anda juga boleh
memasukkan fokus bahan rangsangan 1 sekiranya sesuai.
 Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada
kreativiti anda.

TEKNIK PENULISAN ISI ( ANGGARAN 60 PATAH PERKATAAN X 2 ISI)


FORMULA ISI = FHCP
F = AYAT FOKUS
 Terdiri daripada satu ayat sahaja dan menyatakan fokus yang dikenal pasti
dalam bahan rangsangan yang diberikan.
 Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.

H = AYAT HURAIAN
 Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
 Dihuraikan secara mendalam menggunakan idea anda sendiri berdasarkan
formula MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di
mana).
 Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara
menggunakan penanda wacana yang sesuai.
C = AYAT CONTOH
 Anda boleh memberikan satu atau lebih contoh yang relevan dan bertepatan
dengan fokus bahan rangsangan yang ditulis dalam ayat fokus.
 Kedudukan ayat contoh boleh ditulis di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum
ayat penegas.

P = AYAT PENEGAS
 Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
 Anda perlu menegaskan semula fokus bahan rangsangan dengan menggunakan
ayat berbeza.

TEKNIK PENULISAN PENUTUP (ANGGARAN 30 PATAH PERKATAAN)

FORMULA KESIMPULAN = KCH

K = AYAT KESIMPULAN
 Terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Anda boleh memasukkan fokus bahan rangsangan sekiranya sesuai ditulis
sebagai kesimpulan.

C = AYAT CADANGAN
 Terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Anda boleh memulakan ayat seperti "Pihak (yang sesuai dengan kehendak
soalan) perlulah menggembleng tenaga untuk ... "
 Anda perlu memberi cadangan yang relevan dengan kehendak soalan.

H = AYAT HARAPAN
 terdiri daripada satu ayat sahaja.
 Anda perlu menggunakan kata hubung agar/supaya untuk menyambungkan ayat
cadangan dengan ayat harapan.

LANGKAH 3 : SEMAKAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT)

 Anda perlu menyemak setiap patah perkataan dan ayat yang telah ditulis
bagi mengelakkan pengurangan markah kerana berlakunya kesalahan ejaan dan struktur ayat.
 Anda juga perlu mengira jumlah perkataan dengan betul dan menulis jumlah patah
perkataan di dalam kurungan di bahagian bawah sebelah kanan karangan.
 contoh : (240 patah perkataan)

You might also like