You are on page 1of 27

SPM

KARANGAN
PERIBAHASA/COGAN KATA
TIP MENGARANG
Penulisan karangan peribahasa atau cogan kata terbahagi
kepada dua jenis, iaitu:

a) Menulis cerita berdasarkan peribahasa atau cogan kata


yang diberikan

b) Menulis huraian atau memberikan penerangan tentang


peribahasa yang diberikan
• Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlulah memahami
maksud peribahasa atau cogan kata yang diberikan.
1

• Latar belakang sesuatu peribahasa atau cogan kata hanya perlu


diterangkan jika soalan menghendaki anda menghuraikannya.
2

• Anda boleh menulis karangan jenis ini dalam bentuk penulisan


kreatif dan hendaklah ditulis mengikut teknik karangan cereka
3 iaitu pendahuluan, kemuncak, dan peleraian.
4 5
• Selain itu, anda perlulah • Kaitkan peribahasa itu dengan
menjelaskan perkaitan antara peribahasa lain yang
peribahasa atau cogan kata mempunyai persamaan maksud
itu dengan kehidupan untuk menunjukkan bahawa
masyarakat pada hari ini. anda faham akan maksud
peribahasa itu.
TEKNIK MENJAWAB
PENDAHULUAN

PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah


perkataan )

Pendahuluan =
PU/DEFINISI + AH + AC + AA
Penyataan Umum (PU) / Definisi

• Terdiri daripada satu ayat sahaja.


1

• Ditulis berdasarkan tajuk.


2
Ayat Huraian (AH)

Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat /


negara (bergantung kepada dimensi soalan).

AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W


1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana
Ayat Contoh (AC)

• Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu


contoh.
1

• Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan


keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.
2
Ayat Arah (AA)
Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak
dengan soalan secara umum.

Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat


tanya bergantung kepada kreativiti anda.
Peringatan

Baca arahan dengan Jangan sesekali Tidak perlu menyatakan


teliti dan gariskan kata memasukkan isi dalam isi utama dalam ayat
kunci dan fokus arahan. perenggan pendahuluan. arah.
PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan
sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia (PU). Pelbagai polemik telah
dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai
bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia (AH). Bahasa Malaysia telah
diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman
sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1Malaysia (AC). Namun begitu, apakah inisiatif
yang perlu diimplementasikan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan
masyarakat? (AA)
(67 patah perkataan)
ISI

Anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan

Isi = AT + AH + AC + AP
Ayat Topik (AT)

Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas,


padat dan jelas.

Ditulis pada permulaan ayat.

Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


Ayat Huraian (AH)
• Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
1

• Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I /


MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di
2 mana)

• Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara


menggunakan penanda wacana yang sesuai.
3
Ayat Contoh (AC)

Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan


dan bertepatan dengan kehendak soalan.

Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah


sebelum AP.
Ayat Penegas (AP)

Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza


tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.
Peringatan

Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan


(dikira sebagai mengulang isi).
ISI = AT + AH + AC + AP
Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi di
semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda (AT). Mutakhir ini,
jabatan-jabatan kerajaan lebih cenderung memilih bahasa Inggeris yang dianggap
berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat
mereka (AH) tamsilnya dalam mesyuarat yang diadakan (AC). Sifat nafsi yang
menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana
mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka.
Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga seterusnya memartabatkan bahasa Malaysia
supaya tidak hilang ditelan zaman.(AP)
(82 patah perkataan)
Penutup

1
anggaran 70 patah perkataan

Penutup = AK + AC + AH
Ayat Kesimpulan (AK)

Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

Merumuskan keseluruhan karangan.

Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam


perenggan isi (dikira salah).
Ayat Cadangan (AC)

Memberi cadangan
yang relevan dan
Terdiri daripada satu Tidak memerlukan
mengaitkan dimensi
hingga dua ayat. huraian panjang.
dengan fokus arahan
yang diberikan.
Ayat Harapan (AH)
Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna
pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.

Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan


AC dengan AC.

Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.


Peringatan
• Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
1

• Perenggan kesimpulan haruslah seimbang


2 dengan perenggan pendahuluan.

• Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.


3
Kelebihan menggunakan formula dalam aktiviti mengarang

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.

2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak


ditulis.

3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.

4. Perenggan yang seimbang dan sekata.

5. Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi


yang jelas, dan kesimpulan.
PENUTUP = AK + AC + AH
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status
utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang
khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya
menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah
Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang
indah itu bahasa” (AC). Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata
dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas' (AH).

(73 patah perkataan)


TAMAT

JOM DAPAT A

You might also like