You are on page 1of 5

LAMAN BAHASA MELAYU SPM

"BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA"

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BAHAGIAN A


BAHAGIAN A
KEPERLUAN SOALAN
1. Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan anda wajib menjawabnya.
2. Soalan akan memaparkan dua atau lebih bahan rangsangan yang mempunyai tema
yang sama.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan.
4. Panjang karangan hendaklah antara 150 - 200 patah perkataan.

TEKNIK MENJAWAB

LANGKAH 1 : ANALISIS KEHENDAK SOALAN DAN SEMUA BAHAN RANGSANGAN


(CADANGAN MASA : 5 MINIT)
Anda perlu mengenal pasti kehendak soalan/fokus terlebih dahulu. Gariskan
kehendak soalan/fokus agar anda tidak lupa.

Anda perlu menganalisis setiap bahan rangsangan yang diberikan kerana terdapat
isi yang menepati kehendak soalan/fokus. Tuliskan isi agar tidak lupa.

Setiap isi dalam bahan rangsangan yang diberikan wajib digunakan sama ada
dalam perenggan pendahuluan, isi atau penutup.

LANGKAH 2 : PENULISAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 30 MINIT)


Bagi karangan Bahagian A iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara
150-200 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 200 patah kata kerana
penulisan selepas 200 patah kata tidak akan dibaca dan dikira dalam pemarkahan.

Anda boleh menulis karangan dalam 4 atau 5 perenggan.

Cadangan bilangan patah perkataan bagi setiap perenggan:

CADANGAN BILANGAN PATAH


PERENGGAN
PERKATAAN
Pendahuluan 40 patah perkataan

Isi 1 60 patah perkataan

Isi 2 60 patah perkataan

Kesimpulan 40 patah perkataan

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN (ANGGARAN 40 PATAH PERKATAAN )

FORMULA PENDAHULUAN = UHCA

U = PERNYATAAN UMUM

Terdiri daripada satu ayat sahaja. Anda boleh menulis ayat yang menyatakan
definisi/berita/statistik/isu semasa berkaitan kehendak soalan.

H = AYAT HURAIAN

Terdiri daripada satu atau dua ayat.

AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

AH2 : Kesinambungan daripada ayat huraian 1 dan boleh menggunakan


formula MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di
mana)

C = AYAT CONTOH

Anda boleh memberikan satu contoh yang paling relevan dan bertepatan
dengan kehendak soalan/fokus.

A = AYAT ARAHAN

Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara
umum.

Anda perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan. Anda juga boleh
memasukkan fokus bahan rangsangan 1 sekiranya sesuai.

Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung
kepada kreativiti anda.

TEKNIK PENULISAN ISI ( ANGGARAN 60 PATAH PERKATAAN X 2 ISI)

FORMULA ISI = FHCP


F = AYAT FOKUS
Terdiri daripada satu ayat sahaja dan menyatakan fokus yang dikenal pasti
dalam bahan rangsangan yang diberikan.

Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


H = AYAT HURAIAN
Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

Dihuraikan secara mendalam menggunakan idea anda sendiri berdasarkan


formula MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di
mana).

Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara


menggunakan penanda wacana yang sesuai.

C = AYAT CONTOH
Anda boleh memberikan satu atau lebih contoh yang relevan dan bertepatan
dengan fokus bahan rangsangan yang ditulis dalam ayat fokus.

Kedudukan ayat contoh boleh ditulis di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum
ayat penegas.

P = AYAT PENEGAS
Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

Anda perlu menegaskan semula fokus bahan rangsangan dengan


menggunakan ayat berbeza.

TEKNIK PENULISAN PENUTUP (ANGGARAN 30 PATAH PERKATAAN)

FORMULA KESIMPULAN = KCH

K = AYAT KESIMPULAN

Terdiri daripada satu ayat sahaja.

Anda boleh memasukkan fokus bahan rangsangan sekiranya sesuai ditulis


sebagai kesimpulan.

C = AYAT CADANGAN

Terdiri daripada satu ayat sahaja.

Anda boleh memulakan ayat seperti "Pihak (yang sesuai dengan kehendak
soalan) perlulah menggembleng tenaga untuk ... "
Anda perlu memberi cadangan yang relevan dengan kehendak soalan.

H = AYAT HARAPAN

terdiri daripada satu ayat sahaja.

Anda perlu menggunakan kata hubung agar/supaya untuk menyambungkan


ayat cadangan dengan ayat harapan.

LANGKAH 3 : SEMAKAN KARANGAN (CADANGAN MASA : 5 MINIT)

Anda perlu menyemak setiap patah perkataan dan ayat yang telah ditulis
bagi mengelakkan pengurangan markah kerana berlakunya kesalahan ejaan dan
struktur ayat.

Anda juga perlu mengira jumlah perkataan dengan betul dan menulis jumlah patah
perkataan di dalam kurungan di bahagian bawah sebelah kanan karangan.

contoh : (240 patah perkataan)

WAJIB BACA
1. Ramai dalam kalangan pelajar yang keliru dalam pengiraan patah
perkataan yang betul. Perkataan yang dikira satu patah perkataan ialah :-

- Kata nama khas: Taman Tanah Putih Baru (1 perkataan)

- Peribahasa/cogan kata: bagai aur dengan tebing (1 perkataan)

- Kata majmuk: ambil berat (1 perkataan)

- Kata ganda: rakan-rakan (1 perkataan)

- Gelaran/pangkat: Dato’ Seri (1 perkataan)

- Tarikh: 20 Disember 20202 ( 1 perkataan)

2. Perlu diingat bahwa penanda wacana dan kata sendi nama dikira
mengikut bilangan patah perkataan contohnya, "Walau bagaimanapun"
dikira 2 patah perkataan dan "di samping itu" dikira 3 patah perkataan.

3. Oleh itu, anda amat digalakkan untuk menggunakan lebih banyak


peribahasa dalam karangan agar karangan anda menarik dan cemerlang.
4. Anda digalakkan menggunakan kosa kata yang menarik bagi
menunjukkan kematangan dalam penulisan karangan.

5. Kepelbagaian ayat dalam karangan juga menunjukkan penguasaan


bahasa yang baik dan kreatif. Antara contoh ayat yang sesuai digunakan
dalam karangan ialah :-

- Ayat penyata

- Ayat tanya

- Ayat ayat songsang

- Ayat majmuk

- Ayat aktif

- Ayat pasif

6. Perkara yang paling penting dalam penulisan karangan ialah tulisan yang
kemas dan boleh dibaca. Ramai dalam kalangan pelajar akan mula
menulis secara cakar ayam apabila tempoh menjawab semakin tamat.
Oleh itu, bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, pelajar
dinasihatkan untuk mernagka karangan sebelum menulis agar tidak
membuang masa dan karangan mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak
terpesong dari kehendak soalan.

6 ulasan:

specdyn 26 Februari, 2022 16:57


terima kasih cikgu, perkongsian yang bermanfaat dan sesuai digunakan untuk teknik menjawab
bahagian A kertas 1.
Balas

Unknown 26 Februari, 2022 20:24


terima kasih untuk sharing ni cikgu. sangat membantu..
Balas

Tanpa Nama 01 Mac, 2022 20:30

You might also like