You are on page 1of 24

022/032 BAHASA MELAYU PENULISAN

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 022 (SJKC), 032 (SJKT)


Markah Penuh : 50
Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian
A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukan ialah 10.

Bahagian B terdiri dari pada satu (1) soalan berbentuk respons terbuka yang mesti
dijawab. Markah yang diperuntukan ialah15.

Bahagian C terdiri daripada dua (2) soalan berbentuk respons terbuka. Jawab satu
soalan sahaja. Markah yang diperuntukkan ialah 25.

Konstruk yang diukur ialah:


a) Keupayaan membina ayat
b) Keupayaan menggunakan kata
c) Keupayaan menggunakan kosa kata
d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea
e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca

Bahasa Melayu SJK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


PRESTASI TERPERINCI

Bahagian A

SOALAN

Soalan ini menghendaki calon menulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti
semasa program keceriaan di kawasan sekolah. Calon mestilah menulis satu ayat yang
lengkap bagi setiap gambar.

Bahasa Melayu SJK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh Jawapan :
Jawapan 1:

Bahasa Melayu SJK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Calon mampu memberikan idea yang menepati gambar dalam soalan dan berupaya
menulis lima ayat yang gramatis tentang aktiviti-aktiviti semasa program keceriaan di
kawasan sekolah. Ayat yang ditulis lengkap, mengandungi perluasan subjek dan
predikat serta bervariasi. Lima ayat yang ditulis tiada kesalahan tatabahasa.

Bahasa Melayu SJK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bahagian B

SOALAN

Calon perlu menulis ulasan tentang amalan gaya hidup sihat dalam bentuk perenggan
berdasarkan gambar yang diberi. Panjangnya ulasan calon hendaklah antara 40 hingga
70 patah perkataan. Namun, calon boleh menulis lebih daripada 70 patah perkataan.

Bahasa Melayu SJK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh Jawapan :
Jawapan 1:

Bahasa Melayu SJK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Bahasa Melayu SJK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Calon dapat menulis ulasan tentang amalan gaya hidup sihat berdasarkan gambar.
Jawapan mengandungi idea yang sangat jelas, tersusun dan menarik serta dapat
memberikan pendapat, pandangan dan menggunakan idea tersirat. Ayat yang ditulis
gramatis, penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta ejaan dan tanda baca
yang betul.

Bahasa Melayu SJK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bahagian C

SOALAN 1

Soalan ini menghendaki calon menulis sebuah karangan tentang sambutan Hari
Kemerdekaan. Walaupun arahan soalan menetapkan panjang karangan antara 70
hingga 100 patah perkataan, namun calon boleh menulis lebih daripada jumlah
perkataan yang telah ditetapkan.

Bahasa Melayu SJK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh Jawapan :
Jawapan 1:

Bahasa Melayu SJK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bahasa Melayu SJK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Bahasa Melayu SJK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Jawapan 2:

Bahasa Melayu SJK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bahasa Melayu SJK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Calon berupaya memahami soalan yang diberi iaitu menghasilkan karangan tentang
aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan. Calon dapat mengemukakan idea yang bernas .
Pengolahan idea disertakan dengan huraian dan contoh. Idea yang disampaikan jelas,
tersusun dan menarik. Jawapan juga menggunakan pelbagai ayat yang gramatis,
Penggunaan imbuhan, kata ganda, kata majmuk yang tepat dan kosa kata yang ditulis
dalam karangan adalah meluas.

SOALAN 2

Calon perlu menulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat yang telah diberi sebagai
penutup karangan. Walaupun arahan soalan menetapkan panjang karangan antara 70
hingga 100 patah perkataan, namun calon boleh menulis lebih daripada jumlah
perkataan yang telah ditetapkan.

Bahasa Melayu SJK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh Jawapan :
Jawapan 1:

Bahasa Melayu SJK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bahasa Melayu SJK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Jawapan 2:

Bahasa Melayu SJK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bahasa Melayu SJK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Calon berupaya memahami soalan iaitu mengakhiri cerita dengan stimulus yang diberi.
Calon dapat mengemukakan idea yang bernas tentang persahabatan. Pengolahan idea
disertakan dengan huraian dan contoh. Idea yang disampaikan jelas, tersusun dan
menarik. Jawapan juga menggunakan pelbagai ayat yang gramatis, Penggunaan
imbuhan, kata ganda, kata majmuk yang tepat dan kosa kata yang ditulis dalam
karangan adalah meluas.

Bahasa Melayu SJK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


SARANAN KEPADA CALON

Bahagian A

1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.


Mereka perlu mengenal pasti kehendak soalan iaitu aktiviti-aktiviti bagi setiap
gambar sebelum menulis ayat.
2. Tandakan aktiviti yang dilakukan oleh pelaku (watak) dalam gambar. Calon perlu
mengenalpasti dan pelbagaikan subjek dalam ayat. Seterusnya, menulis dan
mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar. Kemudian, bina lima ayat yang
lengkap. Setiap nombor mempunyai satu ayat sahaja. Elakkan menulis dalam
bentuk penceritaan.
3. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam
gambar atau bahan rangsangan.
4. Calon perlu membina ayat yang mengandungi perluasan subjek dan / atau
predikat dan bervariasi.
5. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap
penguasaan kosa kata.
6. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian
Pendidkan Malaysia sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran.
7. Penanda wacana tidak diperlukan.

Bahagian B

1. Arahan dan kehendak soalan perlu difahami oleh calon dengan jelas.
2. Sebelum menulis ulasan, garisi kata kunci pada soalan.
3. Calon perlu menulis ulasan yang jelas, tersusun dan menarik berdasarkan
gambar yang diberi dalam soalan.
4. Jawapan perlu mengandungi pendapat, pandangan atau idea tersirat
berdasarkan gambar.
5. Calon perlu menulis ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan, kata ganda, kata
majmuk dan kosa kata yang meluas.
6. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda
wacana yang sesuai seperti di samping itu, selain itu, seterusnya dan
sebagainya.
7. Semak semula setiap jawapan yang telah ditulis supaya tiada kesalahan ejaan
dan tanda baca.
8. Elakkan pengaruh bahasa ibunda dalam ayat. Bagi menghasilkan penulisan yang
baik, calon perlu banyak membuat latihan penulisan serta membuat rujukan
daripada pelbagai sumber.

Bahagian C

1. Calon perlu membaca dan memahami arahan dan kehendak soalan.


2. Baca kedua-dua soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Garisi kehendak
soalan yang dibaca tadi. Kemudian, pilih soalan yang boleh dikuasai dengan
baik.
3. Baca dan fahami stimulus soalan karangan yang diberi untuk membantu
penulisan karangan.
4. Bagi karangan yang berformat, hendaklah menulis karangan dengan format yang
betul.

Bahasa Melayu SJK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


5. Sebelum menulis, bina rangka karangan atau peta minda berdasarkan kehendak
soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi
dan diakhiri dengan penutup.
6. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi disertakan dengan huraian dan contoh
dengan pengolahan idea yang sangat baik, penyampaian yang jelas, tersusun
dan menarik.
7. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan
dengan perenggan sebagai kesinambungan tugasan.
8. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Bahasa Melayu SJK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


SARANAN KEPADA GURU

1. Guru perlu menggunakan buku teks dalam pengajaran serta bahan rujukan lain
sebagai panduan. Penggunaan Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum haruslah dititikberatkan bagi peluasan kosa kata
murid.
2. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik boleh digunakan oleh guru
dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Teknik
membina rangka karangan, pengajaran bertema, pendekatan proses membina
karangan merupakan satu teknik yang mampu membantu murid meningkatkan
mutu penulisan karangan yang mantap dan menarik.
3. Bagi membantu murid mengatasi kelemahan dalam penulisan, guru perlulah
memberi bimbingan secara terperinci berkaitan kekuatan dan kelemahan
tugasan yang dihasilkan oleh murid. Hasil-hasil karangan yang cemerlang
dipamerkan di sudut bacaan atau di ruangan bahasa sebagai satu rangsangan
kepada murid lain untuk dijadikan contoh.
4. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, setiap kemahiran dengar tutur,
membaca dan menulis perlu dilaksanakan bagi memastikan murid menguasai
kemahiran asas bagi menghasilkan karangan yang baik. Guru perlu memberi
perhatian kepada murid yang masih belum menguasai penulisan dengan
memberikan pelbagai bentuk latihan seperti karangan berpandu, karangan
separa berpandu, karangan terkawal, karangan separa terkawal serta karangan
bebas mengikut tahap kemampuan murid.
5. Guru perlu membimbing murid memberikan pendapat/ pandangan sendiri untuk
menulis ulasan.
6. Kepelbagaian jenis karangan wajar didedahkan kepada murid dengan memberi
contoh-contoh sebagai bahan rangsangan.
7. Guru mestilah memberi penerangan dan penekanan format karangan agar murid
dapat menulis karangan yang lengkap dengan tepat.

Bahasa Melayu SJK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

You might also like