You are on page 1of 16

AYAT MAJMUK

Pengenalan

Ayat majmuk merupakan ayat yang dibina dengan


mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan ia
disusun mengikut kaedah tertentu sehingga
menghasilkan satu ayat baharu. (Nik Safiah et. al.,
2008 )
 Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat -
ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti
dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

 Ayat ini juga dikenali sebagai ayat selapis.


Contoh :

A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )


B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku
itu. ( Ayat Majmuk )
Terdapat 3 jenis utama ayat majmuk iaitu :

Ayat majmuk gabungan


Ayat majmuk pancangan
Ayat majmuk campuran
Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina


daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan
menggunakan kata hubung gabungan seperti atau,
dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi,
seraya, kecuali, melainkan, manakala,
bahkan, kemudian dan kata hubung gabungan
lain.
Contoh:
a. Awak boleh memakai kasut putih atau kasut hitam.
- Awak boleh memakai kasut putih.
- Awak boleh memakai kasut hitam.

b. Halim memelihara ikan sepat dan ikan keli.


- Halim memelihara ikan keli.
- Halim memelihara ikan sepat.

c. Ramli menyanyi sambil menari.


- Ramli menyanyi.
- Ramli menari.
Ayat majmuk pancangan

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina


daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan
menggunakan kata hubung pancangan seperti agar,
bahawa, jika, untuk, ketika, semasa, setelah,
semenjak, selagi, selama, supaya, hingga,
walaupun…

Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu


pancangan relatif, pancangan komplemen dan
pancangan keterangan
i)Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata
hubung yang. Contoh:

a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.


- Wanita itu menjadi calon ibu misali.
- Wanita itu ibu saya.

ii) Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan


kata hubungan bahawa dan untuk.

a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan


kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.
b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti
membuli pelajar lain di sekolah.
iii)Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi
memberikan huraian lanjut kepada kata kerja induk.
- Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk
keterangan musabab, waktu, syarat, cara,
tujuan, perbandingan, pertentangan dan
akibat.
 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab:
a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak
diundang.
b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran tahunan
persatuan, keahlian mereka dalam persatuan itu akan digantung.

 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu.


a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima
surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
b. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah, saya
mengemas rumah.

 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat:


a. Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini
saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal.
b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar ini
seandainya kita mendapat kerjasama daripada semua pihak.
 Contoh ayat majmuk keterangan cara:
a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah
dengan menaiki perahu.
b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha
yang gigih, Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke
menara gading.

 Contoh ayat majmuk keterangan tujuan:


a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha
mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.
b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar
yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga
peringkat daerah itu dinasihati agar mematuhi peraturan
pertandingan.
 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan:
a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai
pemberian orang lain, samalah ibarat kera
mendapat bunga.
b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni
lantaran mereka saling membantu bagaikan aur
dengan tebing.

 Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan:


a. Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus
mengulang kaji pelajarannya.
b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin
menguruskan kebun buah-buahannya.
Ayat majmuk campuran

 Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang merangkumi
gabungan di antara ayat tunggal dengan ayat majmuk atau sederetan
berbagai jenis ayat majmuk. (Nik Safiah Karim et.al, 2008)

 Contoh:
a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan
sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya
lagi mulia.

* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk


di atas , iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.
2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut.
3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang
tinggi nilainya lagi mulia.
Contoh 2:

Afiq suka bermain sepak takraw tetapi adik lelakinya


yang bongsu suka bermain bola sepak.

Contoh 3:
Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-
kawannya sedang menunggunya untuk pergi
bermain bola.
Latihan

 Nyatakan jenis-jenis ayat majmuk di bawah ini .

 Naqiuddin memandang saya sambil ketawa.


 Sungguhpun badannya letih, Uwais tetap menyiapkan kerja rumah
yang diberi oleh cikgu Zainal.
 Aisamuddin datang ke sekolah dengan menaiki motosikal bapa
saidaranya.
 Sekiranya Syahirah lulus peperiksaan dengan mendapat semua A,
dia akan berpuasa sepuluh hari berturut-turut.
 Adli yakin bahawa dia akan lulus dengan mendapat A+ untuk
bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM tahun ini.
 Ikmal Daniel sedang memerhatikan gadis yang memakai baju
berwarna merah.
 Rasidah sedang membaca buku tetapi kawannya Maisarah yang
sudah letih lesu telah lama tidur.

You might also like