You are on page 1of 2

AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT MAJMUK DAN AYAT TUNGGAL

AYAT TUNGGAL (AT)


1.     Ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2.     AT terbahagi kepada dua iaitu, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan
songsang.
3.     AT biasa bermaksud unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.

AYAT MAJMUK (AM)


1.     AM gabungan ialah ayat yang terdiri daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat majmuk gabungan


1.     Beberapa ayat tunggal diabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung
seperti, dan, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
2.     Contoh:
a.      Saya dan Hamid mengulangkaji pelajaran di sekolah.
3.     Apabila berlaku pencantuman, unsur yang sama dalam ayat disusurkan.
a.      Contohnya:
Aimin belajar di Universiti Putra Malaysia
Aina belajar di Universiti Putra Malaysia
      Jadi, Aimin dan Aina belajar di Universiti Putra Malaysia.

Ayat Majmuk pancangan relatif


1.     Terbentuk melalui cantuman dua ayat dengan menggunakan kata relatif iaitu yang.
2.     Ramli dan Syarif yang ponteng sekolah semalam.

Ayat Majmuk Pancangan Komplimen


1.     Terbentuk melalui percantuman dua ayat yang menggunakan penanda komplemen
iaitu bahawa, supaya, untuk, dan sebagainya.
2.     Contohnya,
a.      Ketua pemerintah memberi penerangan agar rakyat bersatu padu supaya tidak
berlaku rusuhan.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan.


1.     Cantuman ayat induk dengan ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada
predikat.
2.     Kata hubung yang digunakan ialah kerana, apabila, dengan, ketika, seperti, bagi,
setelah, bak, macam dan sebagainya.
a.      Setiap remaja akan melakukan kesalahan moral apabila terpengaruh dengan rakan-
rakan yang negatif.

Latihan
Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal.
1.             Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa.
2.              Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya
untuk memajukan lagi negara ini.
3.            Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan
barang luar negara.
4.             Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan
musnah.
5.             Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan
seseorang menyelesaikan masalah.
6.              Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan.

Pesanan cikgu: cuba jawab dahulu sebelum membaca jawapan di bawah.

JAWAPAN
1.            Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan.Pembinaan lebuh
raya menjimatkan masa.
2.              Golongan remaja hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini. Glongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi
negara ini.
3.            Barangan buatan Malaysia bermutu. Barangan buatan Malaysia dapat bersaing
dengan barang luar negara.
4.            Peperangan menyebabkan kehidupan huru-
hara.Peperangan menyebabkan  banyak harta benda akan musnah.
5.            Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan.Membaca buku dapat
memudahkan seseorang menyelesaikan masalah.
6.            Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan.Pendatang asing di
negara ini banyak memberikan keburukan

You might also like