You are on page 1of 8

BAHASA MELAYU SPM 2021:

TEKNIK MENJAWAB SOALAN 1

DISEDIAKAN OLEH:
AZIAH BINTI KHAIRUDIN
MORFOLOGI (LINGUISTIK)
1. Mofologi ialah bidang ilmu yang mengkaji
struktur kata, bentuk kata dan penggolongan
kata
2. Dalam SPM KSSM penekanan diberikan
kepada Bentuk Kata dan Golongan Kata
MORFOLOGI (LINGUISTIK)
1. Bentuk Kata: Tunggal, Terbitan, Ganda
dan Majmuk.
2. Golongan Kata: Kata Nama, Kata Kerja,
Kata Adjektif dan Kata Tugas.
BENTUK SOALAN
1. Terdapat 2 arahan dalam soalan 1:
Pertama: Calon dikehendaki mengenalpasti
perkataan mengikut arahan soalan.
Kedua: Calon dikehendaki membina ayat
daripada perkataan yang telah dicari.
* Jumlah ayat berdasarkan arahan
MEMBINA AYAT
1. Ayat yang dibina mesti gramatis - Ada
subjek dan Prediket.
2. Ayat mesti berpijak di bumi nyata. Tidak
boleh menggunakan adiwira sebagai pelaku.
3. Ayat mesti dimulakan dengan huruf besar
dan diakhiri dengan titik/noktah.
MEMBINA AYAT
1. Cara membina ayat:
a) Siapa buat apa di mana mengapa Contoh
Ayat: Ayah mengambil sebilah parang
lalu pergi ke belakang rumah untuk
menebang pokok pisang.
b) Formula SPOK (Subjek + Prediket -
Objek dan keterangan)
Contoh Ayat: Ibu memberikan wang
sebanyak RM50 kepada Ahmad untuk
membeli lima bungkus nasi.
LATIHAN
Baca Petikan dengan teliti dan
senaraikan tiga kata majmuk. kemudian
anda dikehendaki membina ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih.
Kawasan bandar merupakan
penyumbang utama pembebasan gas
karbon dioksida yang menjadi punca utama
pencemaran. Oleh itu, kewujudan hutan
bandar penting bagi mengurangkan
masalah ini.
LATIHAN
Namun demikian, pemilihan pokok yang
sesuai perlu diambil kira oleh pihak
berkuasa tempatan. Pokok yang ada di
sesuatu kawasan bandar dipercayai dapat
memberikan sumbangan bukan sahaja di
kawasan bandar tersebut bahkan di
peringkat antarabangsa.

You might also like