You are on page 1of 12

Jenis ayat yang digunakan dalam perenggan kesimpulan/penutup

1. Ayat pandangan :
• Pandangan secara umum berkenaan tajuk atau kehendak soalan
• Penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah)
+ tema)
• Penanda wacana bagi ayat pandangan yang boleh digunakan
I. Sebagai intiha,
II. Akhir kalam,
III. Sudah terang lagi bersuluh,
IV. Kesimpulannya,
V. Secara keseluruhan,
2. Ayat cadangan :
• Cadangan yang relevan dan mempunyai kaitan dengan kehendak soalan
• Penanda wacana bagi ayat cadangan yang boleh digunakan
I. Oleh itu
II. Sehubungan itu
III. Justeru
• menggunakan salah satu perkataan berikut … Kita perlulah /hendaklah / haruslah dan
sebagainya

3. Ayat Harapan :
• Harapan berdasarkan cadangan yang diberikan dalam menjayakan pandangan bagi
memenuhi kehendak tajuk soalan
• Penanda wacana bagi ayat harapan yang boleh digunakan
I. Oleh yang demikian
II. Ringkasnya
III. Dengan ini
Contoh 1
Tajuk : Ciri-ciri pelajar Cemerlang
Ayat Pandangan : Tuntasnya, terdapat pelbagai cara untuk menjadi
pelajar cemerlang

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, semua pelajar mestilah mempunyai


keazaman yang tinggi untuk menjadi pelajar yang berjaya

Ayat Harapan : Dengan ini, hasrat pemimpin negara untuk melahirkan


generasi masa hadapan yang bijaksana akan dapat direalisasikan
Contoh 2
Tajuk : Cara-cara mengekalkan perpaduan negara
Ayat Pandangan : Kesimpulannya, perpaduan antara kaum di Malaysia
perlulah dipelihara dan dijaga kesuciannya

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, semua pihak perlulah bekerja sama


dalam memastikan perpaduan negara kita akan terus kekal.

Ayat Harapan : Dengan ini, hasrat pemimpin negara untuk melahirkan


masyarakat yang cinta akan tanah airnya akan tercapai dan hidup
dengan aman sejahtera
Contoh 3
Tajuk : Faedah Menabung
Ayat Pandangan : Kesimpulannya, sikap suka menabung wang
mendatangkan banyak faedah kepada kita baik pada masa kini,
mahupun pada masa akan datang

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, sikap yang baik ini haruslah


dibudayakan dan dididik dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi.

Ayat Harapan : Dengan ini, sikap suka menabung wang akan mendidik
pelajar berjimat-cermat dan sentiasa bersedia untuk menghadapi hari
esok.
Contoh 4
Tajuk : Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya pada musim
perayaan
Ayat Pandangan : Kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya yang begitu
tinggi di negara kita, terutamanya pada musim perayaan hendaklah diatasi.

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas


terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dengan
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.

Ayat Harapan : Dengan ini, pihak berkuasa pula janganlah memilih bulu
ketika menguatkuasakan undang-undang. Semua pengguna jalan raya pula
hendaklah ingat bahawa keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab
bersama..
Latihan 1
Tajuk : Bincangkan kesan-kesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan
masyarakat.

Ayat Pandangan : Kesimpulannya, penyalahgunaan dadah dalam


kalangan masyarakat memberi kesan yang sangat menakutkan.

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, semua pihak perlu saling membantu


pihak berkuasa untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah ini.

Ayat Harapan : Dengan ini, kita dapat hidup dalam kalangan masyarakat
yang bebas dari pengaruh dadah buat selama-lamanya.
Latihan 2
Tajuk : Bincangkan tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam
kehidupan
Ayat Pandangan : Kesimpulannya, bahasa Inggeris sangat penting
dalam kehidupan seharian.

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan


penting dalam memberi pendedahan tentang bahasa Inggeris kepada
anak-anak mereka.

Ayat Harapan : Dengan ini, anak-anak akan dapat menguasai bahasa


Inggeris dengan lancar seiring dengan peningkatan usia mereka.
Latihan 3
Tajuk : Bincangkan faktor-faktor peningkatan masalah disiplin dalam
kalangan remaja

Ayat Pandangan : Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan


peningkatan masalah disiplin dalam kalangan remaja

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, ibu bapa, masyarakat dan pihak sekolah
perlu memainkan peranan mereka dalam menangani masalah ini.

Ayat Harapan : Dengan ini, masalah disiplin dalam kalangan remaja ini akan
dapat dibendung dengan baik.
Latihan 4
Tajuk : Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh remaja
untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup
Ayat Pandangan : Kesimpulannya, sikap suka membaca mendatangkan
banyak faedah kepada kita baik pada masa kini, mahupun pada masa
akan datang

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, sikap yang baik ini haruslah


dibudayakan dan dididik dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi.

Ayat Harapan : Dengan ini, sikap suka membaca akan menjadi amalan
remaja pada setiap masa terluang.
Latihan 5
Tajuk : Alam sekitar merupakan pemberian Tuhan yang amat berharga dan
penting kepada kehidupan manusia.
Huraikan langkah-langkah untuk memelihara alam sekitar.

Ayat Pandangan : Kesimpulannya, langkah untuk memelihara alam sekitar perlu


dilaksanakan supaya mendatangkan banyak faedah kepada kita baik pada masa
kini, mahupun pada masa akan datang

Ayat Cadangan : Sehubungan itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan pihak


berkuasa untuk memastikan alam sekitar terhindar daripada sebarang bentuk
pencemaran.

Ayat Harapan : Dengan ini, alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar akan terus
dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Latihan 6
Tajuk : Pembakaran terbuka menjadi isu dalam kalangan masyarakat
dan punca menyebabkan jerebu sering melanda negara saban tahun.
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu.
Ayat Pandangan : Kesimpulannya, punca-punca jerebu ini perlu di atasi
dengan segera.
Ayat Cadangan : Sehubungan itu, semua pihak perlu bekerjasama bagi
mengatasi masalah ini daripada berpanjangan
Ayat Harapan : Dengan ini, udara kita akan kembali bersih dan rakyat
dapat hidup dengan sejahtera

You might also like