You are on page 1of 4

LKM 400 : BAHASA MALAYSIA IV

UJIAN : MEMBETULKAN AYAT (30%)


Masa: 60 minit

Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek penggunaan ejaan, kata,
imbuhan dan struktur ayat.

1. Kes rasuah yang penjawat awam laporkan kepada SPRM akan disiasat

dan akan menerima iktiraf bentuk inisiatif yang sama nilai rasuah yang

ditawari.

Kes rasuah yang dilaporkan oleh penjawat awam kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) akan disiasat dan pelapornya akan

menerima pengiktirafan berbentuk insentif yang bersamaan nilainya dengan

2. Antara kunci utama kejayaan di dalam penjualan ialah penyelesaian

kepada masalah terutamanya masalah yang ramai orang hadapi.

Antara kunci utama kejayaan dalam penjualan adalah penyelesaian pada

masalah terutama masalah yang dihadapi oleh orang ramai.

3. Beliau berkata apa yang penting semua pihak perlu memahami isu agama

adalah satu perkara yang sangat sensetif.

Beliau berkata bahawa perkara yang penting ialah semua pihak perlu memahami

bahawa isu agama ialah perkara yang sangat sensitif.

1
4. Kebanyakkan pihak yakin salah satu daripada cara yang terbaik sekali

untuk memelihara dan pulihara alam sekitar adalah pendidikan awal pada

golongan kanak-kanak.

Kebanyakan pihak yakin bahawa salah satu cara yang terbaik untuk memelihara

dan memulihara alam sekitar ialah pendidikan awal kepada golongan kanak-

kanak.

5. Selain daripada itu, kebanyakkan kes-kes kemalangan jalanraya juga

berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai

pemandu-pemandu yang memandu di dalam keadaan menggantuk.

Biasanya keadaan ini berlaku ketika tengahari dan di waktu malam.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca pada kecuaian

pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan

mengantuk. Kebiasaannya keadaan ini berlaku ketika tengah hari dan waktu

malam.

6. Selain dari itu, apa yang kita perlu lakukan untuk memikat hati

kebanyakkan majikan ialah berusaha memiliki semua komponen-

komponen seperti mana yang dinyatakan diatas.

Selain itu, perkara yang perlu kita lakukan untuk memikat hati kebanyakan

majikan ialah kita perlu berusaha untuk memiliki semua komponen seperti yang

dinyatakan di atas.

2
7. Ini kerana di kalangan masyarakat pada zaman kini, pengunaan internet
sangat penting sekali kerana ianya memudahkan urusan seharian di mana
semua kerja boleh dibuat dengan cepat.
Hal ini demikian kerana dalam kalangan masyarakat kini, penggunaan internet
sangat penting untuk memudahkan urusan seharian dapat dibuat dengan cepat.

8. Buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka masih mengandungi


kesalahan tatabahasa yang banyak juga memberi kesan terhadap
penggunaan bahasa standad. Ini amat keliru. Pelajar juga tidak
mengetahui tatabahasa yang mereka gunakan sering tidak tepat. Mereka
lebih sukakan bahasa tidak resmi.
Buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang masih mengandungi
kesalahan tatabahasa yang banyak juga memberikan kesan terhadap
penggunaan bahasa standard. Hal ini amat mengelirukan. Pelajar juga tidak
mengetahui bahawa bahasa yang digunakan oleh mereka adalah tidak tepat.
Mereka lebih suka bahasa tidak rasmi.

9. Apa yang penting dalam objektif seminar ini antara lain ialah bertujuan
untuk mengkaji punca-punca kegagalan perlaksanaan dasar bahasa
kebangsaan sebagai bahasa ilmu di samping untuk mencari jalan
bagaimana untuk mengatasinya.
Perkara yang penting dalam objektif seminar ini antara lain ialah mengkaji punca-
punca kegagalan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu
disamping mencari jalan untuk mengatasinya.

10. Kesimpulannya, gejala sosial adalah salah satu daripada masalah jenayah
yang paling banyak sekali dilakukan pada masa kini disebabkan beberapa
faktor yang mendorong kepada seseorang untuk melakukannya seperti
taraf pendidikan yang sangat rendah sekali, sikap individu dan tahap iman
seseorang.
Kesimpulannya, masalah sosial ialah salah satu jenayah yang paling banyak
berlaku kini kerana beberapa faktor seperti taraf pendidikan yang sangat rendah ,

3
sikap individu dan tahap iman seseorang yang mendorong seseorang itu untuk
melakukannya.

-oooOooo-

You might also like