You are on page 1of 2

PENGENALAN

Modal teroka atau dikenali sebagai ‘venture capital’ merupakan modal atau wang

yang dilaburkan untuk syarikat usaha niaga oleh pelabur yang bukan pemilik asal syarikat itu.

Istilah ini juga kadang-kadang digunakan untuk modal yang digunakan bagi menyelamatkan

sesebuah syarikat. Ianya diperkenalkan pada tahun 1970-an di Amerika Syarikat, awal 1980-

an di United Kingdom, pertengahan 1980-an di Jepun dan Kanada, dan sekitar tahun 1987 di

India (Parikh 2002). Industri modal teroka Malaysia bermula pada tahun 1984 dengan

tertubuhnya syarikat Malaysian Ventures Berhad (BNM, 1999).

Pemodal teroka (venture capitalist) ialah mereka yang menyediakan modal; ini

termasuk individu, bank pelaburan dan institusi yang mengkhususkan dalam menyediakan

modal teroka. Pemodal teroka menjangka ada pelaburan mereka yang berjaya dan ada yang

gagal. Kelangsungan pelaburan mereka bergantung kepada pemilihan lebih banyak pelaburan

yang berjaya daripada yang gagal. Pemodal teroka menghadapi risiko lebih tinggi untuk rugi

daripada pelabur yang melabur dalam perniagaan yang terbukti berjaya. Oleh kerana itu

pelabur modal teroka mahukan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan

mereka.

Apabila melabur dalam syarikat usaha niaga, pelabur ini biasanya mahu memiliki

saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai sebahagian daripada pemilik, pemodal teroka

mempunyai lebih banyak kawalan ke atas pelaburan mereka dan dalam kedudukan yang lebih

baik untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi jika perniagaan itu berjaya. Pemilik asal

perniagaan mungkin perlu bersetuju kepada syarat ini jika ia satu-satunya cara untuk

mendapatkan wang dan mengumpul dana tanpa meminjam. Pemilik juga mengalu-alukan

kepakaran kewangan dan perniagaan yang boleh diberikan oleh pemodal teroka.
Gambar rajah ini menunjukkan empat pihak yang terlibat dalam sesuatu pembiayaaan

modal teroka iaitu (A) Pelabur, (B) Syarikat Modal Teroka, (C) Pengurus dan juga (D)

Syarikat Penerima Modal Teroka. Satu keunikan yang jelas dalam konsep modal teroka

adalah keterlibatan pihak pemodal atau pemegang saham secara aktif dalam memberikan

perkhidmatan-perkhidmatan tambah nilai ‘value-added’ yang lain kepada penerima modal

seperti khidmat nasihat pengurusan, perancangan strategik, pemasaran dan rangkaian

perniagaan. Bagi pihak usahawan (syarikat penerima modal), konsep modal teroka mampu

memberi penyelesaian kepada masalah pembiayaan dan khidmat nasihat perniagaan yang

mana kedua-dua ini merupakan masalah utama yang sering dihadapi oleh mereka dalam

memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Pelaburan yang dibuat dalam satu usaha niaga adalah merupakan pelaburan jangka

masa sederhana atau panjang dan biasanya dibuat pada peringkat awal perniagaan. Syarikat

modal teroka memulakan pelaburannya dalam salah satu daripada peringkat awal usaha niaga

tersebut dan akan terus kekal bersama dengan syarikat tersebut sehinggalah projek tersebut

mencapai peringkat di mana pihak pemodal mendapat mekanisme keluar untuk membuat

keuntungan.

You might also like