You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR

JALAN ABDUL WAHID,


42200 KAPAR, SELANGOR

UJIAN SUMATIF 1
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TAHUN 2022
NAMA MURID :………………………………………............................................... KELAS :……….

Soalan 1 : Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

Capaian maklumat menerusi peralatan teknologi mudah dikendalikan dengan menggunakan peranti mudah alih atau
telefon pintar. Menerusi peralatan moden ini, pengguna dapat menghubungi keluarga atau rakan pada bila-bila masa
sahaja sekali gus merapatkan lompang jarak hubungan sesama mereka. Kemajuan dalam bidang telekomunikasi ini
memudahkan proses perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat. Selain itu, kecanggihan peranti tersebut
akan mempercepat kadar celik maklumat dalam kalangan warganegara Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Mengendalikan Maklumat di Hujung Jari’
oleh Johan Jaafar,
Berita Harian, bil. 3/2016

[6 markah]

Soalan 2 : Sintaksis

Berdasarkan petikan di bawah ini, nyatakan pola ayat bagi ayat yang bergaris sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN
+ FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) , Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama (FN + FSN).

(i) Rakyat Malaysia perlu bekerjasama untuk memperkukuh keamanan negara.


(ii) Baju kebaya bercorak songket itu sungguh cantik.
(iii) Kumpulan pelajar kolej itu ke hutan simpanan untuk menjalankan penyelidikan.
(iv) Cikgu Tan CL guru mata pelajaran Bahasa Melayu di Kolej Vokasional Kulim.
(v) Hadiah itu untuk murid-murid yang mendapat tahap penguasaan cemerlang dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
(vi) Sejak lima tahun yang lalu, Amira bertugas sebagai wartawan sambilan di Syarikat Percetakan
Gemilang.

[6 markah]
Soalan 3 : PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat LIMA kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat TIGA kesalahan bahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Sukan permotoran ialah acara sukan yang menggunakan kenderaan bermotor bagi tujuan perlumbaan. Lazimnya
kenderaan yang digunakan adalah kereta dan motorsikal yang direka khas untuk tujuan perlumbaan. Pembinaan litar
lumba perlu direka mengikut spesifikasi sesebuah litar perlumbaan yang hebat, mencabar, dengan bertaraf dunia. Selain
daripada menjadi gelanggang lumba sukan permotoran, litar ini dapat dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada
tempat riadah dan hiburan keluarga di masa tertentu kerana litar tersebut tidak digunakan untuk sepanjang masa
perlumbaan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Litar Batu Tiga’


oleh Nurzuliana Kamaruzaaman,
Dewan Siswa, bil. 7/2020

[5 markah]

Petikan 2

Sarah : Secara fitrahnya manusia tidak terlepas daripada naluri saling kenal-mengenali dan bercampur gaul
dengan orang lain.
Akmal : Ikatan silaturrahim hendaklah sentiasa dijaga oleh kita sama ada dengan ibu bapa, kaum keluarga,
dan semua orang.
Sarah : Kita tidak wajar bertindak seperti kera sumbang dan tidak mengambil tahu hal sekeliling.
Akmal : Jauhilah sikap sebegitu di dalam kehidupan kita.
Sarah : Mulai sekarang eloklah kita muhasabah diri dan bukan mementingkan diri sendiri.
Akmal : Itulah yang sebaik-baiknya kita amalkan sepanjang masa.

[3 markah]

You might also like