You are on page 1of 12

SKOP KURSUS

o o o o o Pengenalan kepada Komunikasi Antarabudaya (KAB) Komunikasi Definisi dan Ciri-Ciri Budaya Definisi, Fungsi, Elemen dan Ciri-Ciri Persepsi, Kepercayaan, Nilai Dimensi Nilai Hofstede Orientasi Nilai Kluckhohn dan Strodbeck Budaya Konteks-Tinggi dan Konteks-Rendah Hall Bahasa dan Budaya Komunikasi Secara Bukan-Lisan

Komunikasi Antarabudaya dalam Organisasi Cabaran Komunikasi Antarabudaya Masalah-masalah berpotensi Kemahiran Berkomunikasi Antarabudaya

Senario 1
Seorang pengurus pemasaran berbangsa Amerika disebuah syarikat multinasional menghadapi kesukaran bekerja di pejabat yg bertempat di Tokyo. Semasa mesyuarat, rakan sekerja Jepun jarang menyuarakan pendapat. Bila ditanya sekiranya bersetuju dgn pendapat beliau, mereka selalu berkata ya tetapi tidak mengambil langkah-langkah utk mengimplimentasikan idea-idea beliau. Mereka bersikap terbuka hanya bila keluar pd sebelah petang ke bar-bar tetapi keadaan ini mendatangkan stress kpd pengurus kerana mereka mengharapkan beliau selalu keluar bersama mereka.

Senario 2
Seorang rakyat Amerika Syarikat bekerja di Indonesia sebagai perunding kpd bank-bank di Indonesia. Dalam salah 1 penyampaiannya kpd sebuah bank tempatan, beliau mencadangkan supaya pekerja individu yg menjalankan tugas dgn baik diberi penghargaan dlm bentuk pujian di hadapan rakan sekerja yg lain. Cadangan beliau tidak diterima dgn baik.

Senario 3
Seorang ahli perniagaan dari Singapura berada di Arab Saudi utk urusan perniagaan. Beliau kesuntukan masa dan tidak mahu membazirkan masa. Beliau merasa kecewa kerana terpaksa menunggu lama utk mendapatkan temu janji dgn rakan perniagaan berbangsa Saudi. Mesyuarat pula tidak bermula pd waktu yg dijadualkan. Semasa bermesyuarat mereka sering diganggu bila orang lain masuk utk mendapatkan tandatangan dan sebagainya. Rakan berbangsa Saudi juga menerima panggilan telepon semasa mesyuarat mereka.

Senario 4
Fatimah, seorang pelajar pascaijazah dari Malaysia bekerja secara sambilan di sebuah farmasi di California. Suatu hari Faimah bekerja bersama pengurusnya, Mr. Hayes, yg kemudian mengajak Fatimah berehat seketika dan minum kopi bersama. Sungguhpun Fatimah merasa segan, dia bersetuju. Semasa Mr. Hayes bercakap-cakap, dia memerhatikan bahawa Fatimah sering memandang ke bawah dan nampak seolah-olah tidak berminat. Dia merasa bahawa Fatimah tidak menghormatinya lalu memarahinya. Fatimah merasa hairan kenapa beliau dimarahi.

Pengenalan
Perbezaan budaya boleh mengakibatkan masalah/salah faham dlm komunikasi (spt dlm senario di atas) Penduduk dunia berhubungkait dan berinteraksi antara 1 sama lain. 2 juta org merentasi sempadan antarabangsa setiap hari

Banyak syarikat bersifat global hari ini akibat perubahan pesat dlm dunia perniagaan. Perkara yg biasa untuk berhadapan dgn tenaga pekerja dari pelbagai bangsa dan budaya dlm sebuah syarikat Cara berkomunikasi jarak jauh semakin canggih (spt videoconferencing); sebuah syarikat bertempat di negara asal mungkin mempunyai pelanggan dari negara dan budaya yg berbeza

Untuk berjaya di tempat kerja, kita perlu mahir berkomunikasi dlm situasi antarabudaya Cabarannya utk memahami org yg mempunyai latarbelakang yg berbeza dari kita, yg mempunyai pandangan dunia yg berbeza dan yg melakukan sesuatu itu dgn cara yg berbeza Tujuan kursus ini adalah utk membolehkan anda belajar dan mengaplikasikan teori, prinsip dan dinamik komunikasi antarabudaya

Definisi Komunikasi Antarabudaya (KAB)


KAB: situasi di mana org dari latarbelakang budaya berbeza berinteraksi sesama sendiri. Elemen penting dlm KAB ialah budaya. Subjek KAB bertujuan mengkaji kesan/pengaruh budaya ke atas cara kita berkomunikasi. Budaya mempengaruhi kepercayaan, nilai-nilai dan pandangan dunia kita; budaya juga mempengaruhi penggunaan bahasa kita, perlakuan bukan lisan dan cara kita berinteraksi dgn org lain Budaya - kompleks, mempunyai pelbagai dimensi dan dapat dilihat disekitar kita. Perbezaan budaya yg amat sangat berpotensi mewujudkan masalah dlm komunikasi Disebabkan hubungan antarabangsa semakin meningkat, tiada negara, bangsa atau budaya yg dapat wujud secara tersendiri /terasing

3 perkembangan antarabangsa menyumbang kpd peningkatan dlm KAB:

(1) Sistem teknologi dan maklumat yg baru Perkembangan sistem pengangkutan meningkatkan hubungan AB (cth: mesyuarat pagi di Dubai dan makan malam persidangan di Frankfurt pd hari yg sama).
Pengurangan tambang kapalterbang menyebabkan orangramai mempunyai akses kpd perjalanan antarabangsa dan terdedah kpd kepelbagaian budaya (cth: pesepsi tehadap masa dan ruang, cara menjalankan perniagaan, layanan yg diberi kpd wanita, orang tua) Sistem maklumat yg baru dan canggih membolehkan org di merata dunia berkongsi maklumat dan idea pd masa yg serentak (cth: menggunakan internet utk berbual dgn org lain)

(2) Peningkatan dan pergerakan penduduk dunia Penduduk dunia meningkat dgn pesat dan juga bergerak dari tempat ke tempat. Migrasi penduduk Dianggarkan 100 juta org kini tinggal di luar negara di mana mereka dilahirkan (cth: penghijrahan org Asia dari Malaysia, Singapura, Cina dan India ke Australia) (3) Ekonomi global Org dari pelbagai budaya bertemu dan berinteraksi utk tujuan perdagangan dan perniagaan. Kini terdapat trend pasaran bercorak global. Perkara biasa bagi seorang utk bekerja di syarikat yg menjalankan perniagaan di banyak negara yg lain (cth: syarikat multinasional spt Siemens dan Marconi Telecommunications di Malaysia).

Mengapa Belajar KAB?


1. Mengurangkan konflik AB Konflik sering wujud akibat ketidakupayaan kita menerima pandangan org lain, terutama bila org itu dari budaya yg berlainan

Kita sering membentuk persepsi yg salah tentang org dari budaya yg berbeza. Ini menyebabkan kita tidak percaya kpd mereka dan ini boleh membawa kpd konflik
2. Membentuk masyarakat yg sihat Kita akan belajar utk menerima dan meraikan perbezaan yg wujud antara manusia (cth: 1Malaysia) Kita harus berusaha utk kebaikan semua dan bukan utk kebaikan ahli-ahli kumpulan budaya kita sahaja KAB yg efektif dpt mengurangkan ketidaksefahaman yg memisahkan org dari latarbelakang budaya yg berbeza

Rujukan
Martin, J. and Nakayama, T. (2008). Experiencing Intercultural Communication. McGraw Hill: New York. Neuliep, J. W. (2003). Intercultural Communication: A Contextual Approach. Houghton Mifflin: Boston, MA. Samovar, L. A. and Porter, R. E. (2004). Communication between Cultures. Thomson-Wadsworth: Belmont, CA. Martin, J. and Nakayama, T. (2007). Intercultural Communication in Contexts. McGraw Hill: New York.

You might also like