You are on page 1of 24

Topik X Persekitaran

Budaya
3
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan budaya dan risiko silang budaya;
2. Menjelaskan kepentingan budaya dalam perniagaan antarabangsa;
3. Menentukan bagaimana perbezaan budaya mempengaruhi
perniagaan antarabangsa;
4. Menentukan bagaimana elemen budaya seperti bahasa, agama,
struktur sosial dan interaksi, estetik dan nilai budaya
mempengaruhi perniagaan antarabangsa; dan
5. Membincangkan cara mengatasi cabaran budaya.

X PENGENALAN
Dalam topik ini, kita meneliti konsep budaya dan melihat apakah yang
merangkumi elemen budaya. Kita akan membincangkan kepentingan budaya
kepada perniagaan antarabangsa dan juga risiko yang boleh ditimbulkan oleh
budaya ke atas perniagaan antarabangsa. Dalam dunia masa kini, tidak dapat
dinafikan bahawa adalah penting bagi mana-mana pengurus untuk menghargai
dan peka terhadap perbezaan budaya, lebih-lebih lagi dalam keadaan silang
budaya. Bahasa asing, perbezaan kepercayaan dan nilai merupakan ciri
persekitaran perbezaan budaya. Oleh itu, pengurus global perlu membina
pemahaman dan kemahiran dalam berurusan dengan budaya lain bagi
mengelakkan daripada melakukan kesilapan kebudayaan. Pengaruh budaya ke
atas perniagaan antarabangsa dibincangkan bersama dengan cara mengatasi
cabaran budaya.
44 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

3.1 KONSEP BUDAYA


Budaya telah didefinisikan dalam pelbagai cara. Menurut pengurusan moden,
Hofstede melihat budaya sebagai pemprograman minda manusia (Cavusgil
et al., 2008), manakala, dalam istilah berorientasikan perniagaan, Terpstra dan
David (1991) mendefinisikan budaya sebagai satu set simbol yang dipelajari,
dikongsi, menambat hati dan saling berkaitan dengan maknanya yang
menyediakan satu set orientasi untuk ahli dalam sesuatu masyarakat.

Definisi budaya yang digunakan untuk topik ini adalah yang diberikan oleh
Whitely dan England (1977) yang menggambarkan budaya sebagai pengetahuan,
kepercayaan, seni, undang-undang, moral, adat resam dan kebolehan lain yang
dimiliki oleh sesebuah kumpulan, yang membezakannya daripada kumpulan
lain.

Walaupun terdapat pelbagai definisi yang berbeza, budaya mempunyai empat


ciri yang umum, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Empat ciri budaya


TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 45

Mari kita lihat penerangan setiap ciri tersebut dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Penerangan Empat Ciri Budaya yang Umum

Bil Ciri Penjelasan


1. Budaya adalah Ia merupakan tingkah laku yang dipelajari dan
dipelajari dipindahkan melalui proses pembelajaran dan interaksi
dengan persekitaran dan ia tidak diwarisi.
2. Budaya adalah tidak Ia bukan mengenai benda seperti produk atau nilai.
ketara Ia menekankan tentang makna yang tidak dapat dilihat
sebaliknya harus disimpulkan.
3. Budaya perlu dikongsi Ia tidak dimiliki oleh seseorang individu tetapi
dikongsi antara individu yang merupakan ahli
sesebuah kumpulan atau masyarakat. Budaya dikenal
pasti melalui sesuatu bangsa, firma atau masyarakat.
4. Budaya adalah saling Ia merangkumi pelbagai bahagian berbeza yang saling
berkaitan berkaitan, sebagai contoh, budaya seseorang seperti
bahasa atau agama memberi kesan ke atas bahagian
lain.

3.2 RISIKO SILANG BUDAYA DAN


PERNIAGAAN ANTARABANGSA
Budaya penting dalam perniagaan antarabangsa. Budaya merupakan bahan
utama dalam pengurusan perniagaan antarabangsa. Biasanya syarikat
multinasional (MNC) beroperasi dalam persekitaran budaya yang berbeza
digambarkan melalui bahasa asing, kepercayaan, nilai dan gaya hidup. Budaya
boleh menjadi satu liabiliti keasingan dan menimbulkan risiko kepada kejayaan
MNC di luar negara.

Risiko silang budaya merujuk pada situasi atau peristiwa dengan kesilapan
komunikasi budaya yang menyebabkan nilai kemanusiaan dipertaruhkan.
Cavusgil et al., 2008
46 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Impak budaya ke atas perniagaan antarabangsa merangkumi pelbagai aspek


daripada formulasi strategi dan komunikasi hingga operasi pelaburan asing dan
struktur organisasi. Pengurusan silang budaya yang efektif terhadap sumber dan
pengendalian sesebuah firma merupakan satu kelebihan daya saing yang utama.
Budaya boleh memberi kesan ke atas tugas pengurusan dalam pelbagai cara
seperti berikut:
(a) Strategi pemasaran yang melibatkan pembangunan produk, perkhidmatan
dan pengiklanan;
(b) Strategi pelaburan langsung asing (FDI) seperti komunikasi dan interaksi
dengan rakan kongsi asing, penyaringan dan pemilihan pengedar asing
dan rakan kongsi lain, perundingan dan penstrukturan usaha niaga
perniagaan antarabangsa;
(c) Amalan perniagaan seperti interaksi dengan pelanggan semasa atau calon
pelanggan dari luar negara;
(d) Pengurusan sumber manusia antarabangsa; dan
(e) Reka bentuk organisasi dan tingkah laku seperti motivasi, kepimpinan dan
persepsi.

AKTIVITI 3.1
Apabila bekerja dalam persekitaran perniagaan global, pengetahuan
tentang kesan perbezaan budaya adalah sangat penting untuk kejayaan
perniagaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang profil budaya
negara berbeza, layari laman web http://www.worldbusinessculture.com.
Kongsi hasil pencarian anda dengan rakan sekuliah.

3.3 ELEMEN BUDAYA


Seterusnya, kita akan membincangkan elemen budaya. Budaya mempunyai
pelbagai komponen yang berhubung kait dengan banyak pemboleh ubah, sebagai
contoh, bahasa dan agama. Sesetengah elemen budaya adalah atribut ketara yang
mempunyai dimensi objektif (seperti simbol, warna, seni dan muzik) sementara
sesetengah lain mempunyai atribut tak ketara (seperti nilai, sikap, norma dan
agama). Pengurus perniagaan antarabangsa perlu mempunyai pengetahuan dan
pemahaman yang mendalam tentang komponen budaya yang berbeza. Elemen
asas dalam budaya yang penting dalam perniagaan antarabangsa ialah bahasa,
agama, pendidikan, struktur sosial, interaksi, estetik dan nilai budaya.
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 47

3.3.1 Bahasa
Mari kita sambung perbincangan dengan melihat kepada elemen budaya yang
pertama iaitu bahasa. Bahasa merupakan salah satu dimensi utama bagi budaya.
Bahasa dianggap sebagai cermin budaya dan memberi pemahaman tentang
budaya. Ia adalah penting bagi komunikasi dan sosialisasi asas dengan nilai dan
norma dinyatakan dan disampaikan. Bahasa merupakan kuasa yang berupaya
menyatukan dan juga memisahkan. Diversiti dalam bahasa wujud di antara dan
di dalam sempadan negara. Kini, dunia mempunyai hampir 7,000 bahasa yang
aktif. Negara India sahaja mempunyai lebih daripada 200 bahasa pertuturan.
Jadual 3.2 menunjukkan bahasa-bahasa utama di dunia.

Jadual 3.2: Bahasa Utama Dunia

Bil. Penutur
Bahasa Keluarga Lokasi Utama (anggaran dalam
juta)
Cina Sino-Tibet China 885
Inggeris Indo-Eropah Amerika Utara, Great 450
(kumpulan Germanik) Britain, Australia,
Afrika Selatan
Hindi-Urdu Indo-Eropah India, Pakistan 333
(kumpulan Indo-Iran)
Sepanyol Indo-Eropah Amerika Selatan, 266
(kumpulan Romawi) Sepanyol
Portugis Indo-Eropah Brazil, Portugal 175
(kumpulan Romawi)
Bengali Indo-Eropah Bangladesh, India 162
(kumpulan Indo-Iran)
Rusia Indo-Eropah Bekas Kesatuan Soviet 153
(kumpulan Slavik)
Arab Afro-Asia Afrika Utara, Timur 150
Tengah
Jepun Altaik Jepun 126
Perancis Indo-Eropah Perancis, Kanada, 122
(kumpulan Romawi) Belgium, Switzerland,
Afrika Barat dan Utara
Jerman Indo-Eropah Jerman, Austria, 118
(kumpulan Germanik) Switzerland

Sumber: alis.isoc.org/languages/grandes.en.htm
48 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Oleh sebab terdapat perbezaan antara struktur bahasa dengan penggunaan


slanga dan dialek, kesilapan bahasa adalah biasa dalam situasi perniagaan.
Terjemahan, makna dan ekspresi berbeza di seluruh spektrum bahasa. Makna
dan konsep sesuatu perkataan adalah tidak universal walaupun perkataan
tersebut boleh diterjemahkan ke bahasa lain. Kesilapan bahasa adalah
memalukan dan tidak diperlukan, sebagai contoh, kecuaian dalam terjemahan
slogan pengiklanan atau label produk. Contoh kesilapan bahasa dalam
pemasaran silang budaya seperti berikut menggambarkan betapa pentingnya
bahasa dalam perniagaan antarabangsa:

(a) Eksekutif pemasaran kecewa apabila mengetahui jenama minyak masak


yang mereka mempromosikan di Amerika Latin telah diterjemahkan ke
bahasa Sepanyol menjadi Minyak Baghal;

(b) Dalam bahasa Cina, slogan Kentucky Fried Chicken Its finger licking
good menjadi Makan jari anda;
(c) Di Taiwan, terjemahan slogan Pepsi, Come alive with the Pepsi
generation menjadi Pepsi akan menghidupkan semula moyang anda
yang telah mati; dan

(d) Di Itali, kempen Air tonik Schweppes diterjemahkan menjadi Air tandas
Schweppes.

Sebagai medium komunikasi, bahasa mempunyai dua bahagian: lisan dan bukan
lisan (bahasa senyap seperti ruang, ekspresi muka dan gerak isyarat (gesture)).
Kecekapan linguistik ialah aset besar dalam perniagaan antarabangsa kerana ia
membantu pemahaman silang budaya terutamanya dalam perundingan
perniagaan. Sebagai contoh, adalah penting untuk pelabur mahir berbahasa
Mandarin dan ia menjadi satu kelebihan jika mengetahui bahasa asli China
semasa berniaga di China. Bagi bahasa bukan lisan, ekspresi muka dan isyarat
tangan boleh membawa interpretasi berbeza dalam budaya lain. Ia biasanya
merumitkan komunikasi antarabangsa. Seseorang yang berurusan dengan anda
mungkin secara tidak sengaja menghantar isyarat bukan lisan yang anda tidak
faham atau salah tafsir. Anda juga mungkin juga secara tidak sedar menghantar
isyarat anda sendiri.

Antara contoh kesilapan bahasa dan kurang kesedaran budaya adalah seperti
berikut:

(a) Sebuah syarikat mencetak gambar isyarat tangan OK dalam setiap muka
surat katalognya. Di kebanyakan bahagian Amerika Latin, isyarat ini
dianggap isyarat lucah. Keseluruhan katalog tersebut terpaksa dicetak
semula; dan
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 49

(b) Seorang eksekutif Amerika menolak tawaran secawan kopi daripada ahli
perniagaan Saudi. Penolakan sedemikian dianggap sangat biadab. Oleh itu,
perundingan perniagaan tersebut dibatalkan.

Adalah penting untuk ingat bahawa supaya bahasa benar-benar berguna bagi
ahli perniagaan, mereka mesti memahami penggunaan, jarak, isyarat dan
interpretasi yang mengiringi komunikasi lisan. Pengurus perniagaan global
mesti membiasakan diri dengan bahasa tersembunyi budaya asing. Pemasar
syarikat MNC perlu membuat keputusan untuk memilih bahasa yang ingin
digunakan dalam label produk dan risalah pengiklanan.

LATIHAN 3.1

Mengapakah bahasa bukan lisan adalah penting dalam perniagaan


antarabangsa? Berikan beberapa contoh bagaimana ia berbeza antara
budaya.

3.3.2 Agama
Perbincangan seterusnya adalah tentang agama.

Agama boleh didefinisikan sebagai satu sistem dengan kepercayaan, sikap


dan ritual umum yang dianggap suci.

Agama mempengaruhi budaya secara langsung, oleh itu, ia juga mempengaruhi


perniagaan dan tingkah laku pengguna. Terdapat beribu-ribu agama di seluruh
dunia, namun, empat agama yang dominan di dunia ialah Kristian, Islam, Hindu
dan Buddha. Jadual 3.3 menunjukkan agama utama di dunia dan peratusan
setiap agama.

Jadual 3.3: Agama Utama Dunia

Agama Penganut Peratusan


Kristian 2.1 bilion 33
Islam 1.5 bilion 21
Hindu 900 juta 14
Buddha 376 juta 6

Sumber: www.infoplease.com
50 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Impak agama terbukti dalam perniagaan antarabangsa. Agama mempengaruhi


sikap terhadap kepenggunaan, amalan perniagaan dan organisasi sosial.
Pengurus global mesti sensitif bukan sahaja terhadap perbezaan agama dan
kepercayaan antara agama-agama utama tetapi juga terhadap agama di antara
sub kumpulan. Contoh bagaimana agama boleh mempengaruhi perniagaan
antarabangsa adalah:

(a) McDonalds di India menghadapi cabaran agama. Oleh sebab lembu


dianggap haiwan suci oleh penganut agama Hindu, McDonalds terpaksa
mengubah suai menunya dengan menawarkan menu alternatif iaitu
kambing, ayam dan sayur-sayuran menggantikan burger lembu.

(b) Kes Nike Air merupakan contoh klasik kesilapan budaya. Pada tahun 1998,
Nike Air Bakin menjadi tajuk utama apabila kumpulan Arab-Amerika
berpendapat cara Air ditulis di kasut serupa dengan cara kalimah
Allah ditulis dalam bahasa Arab. Nike telah memanggil semula beribu-
ribu kasutnya semula, kemudian logo tersebut ditampal dan diletak semula
di rangkaian kedai. Walau bagaimanapun, Nike menghadapi masalah
kerana terdapat beratus ribu kasut yang baru dengan logo sama
dikeluarkan oleh kilangnya (Nicekicks, 2012).

(c) Dalam pasaran Islam, Nokia melancarkan telefon bimbit yang


menunjukkan arah kiblat untuk penganut agama Islam. Syarikat arak
gergasi Belanda, Heineken pula mengeluarkan minuman malt, Fayrouz.

(d) Hari cuti utama di kebanyakan negara berkait dengan agama. Hampir
90 peratus rakyat Brazil ialah Katolik, menjadikan Brazil sebagai populasi
Katolik terbesar di dunia. Kesannya, percutian Katolik mempengaruhi
jadual kerja masyarakat Brazil dan diraikan secara besar-besaran. Syarikat
multinasional (MNC) yang beroperasi di sana harus mengingati perkara ini
apabila merancang acara pemasaran, menjadualkan mesyuarat atau ketika
beroperasi di pejabat tempatan.

(e) Di negara Islam, yang melarang penggunaan alkohol, perjudian, riba dan
pendedahan kurang sopan, firma yang berurusan dengan minuman
beralkohol, resort, hiburan, dan pakaian wanita, di samping agensi
pengiklanan, bank dan institusi lain yang memberi pinjaman wang adalah
terjejas.
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 51

SEMAK KENDIRI 3.1


Kenal pasti agama dominan di setiap satu negara berikut: (a) China;
(b) India; (c) Brazil; (d) Rusia; (e) Korea Selatan; (f) Indonesia; dan
(g) Jepun.

3.3.3 Struktur Sosial dan Interaksi


Sekarang, kita akan teruskan dengan elemen kebudayaan ketiga iaitu struktur
sosial dan interaksi.

Struktur sosial merujuk kepada organisasi sosial asas sesebuah masyarakat.

Struktur sosial memberi kesan kepada keputusan perniagaan yang terdiri


daripada pemilihan tapak pengeluaran, perundingan dan pemasaran serta kos
menjalankan perniagaan di sesebuah negara. Satu dimensi penting dalam
struktur sosial yang berbeza merentasi budaya ialah interaksi kumpulan sosial.

Interaksi kumpulan sosial merujuk kepada bagaimana orang dari budaya


yang berbeza mengaitkan diri mereka dan berinteraksi antara satu sama lain.

Dua interaksi kumpulan sosial penting yang mempengaruhi aktiviti perniagaan


di seluruh dunia ialah unit keluarga dan jantina.

(a) Peranan Unit Keluarga


Unit keluarga berbeza secara mendadak merentasi masyarakat. Dua jenis
unit keluarga ialah:

(i) Keluarga asas yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak dan
didapati terutamanya di negara-negara Barat; dan

(ii) Keluarga luas yang terdiri daripada kumpulan yang lebih besar
daripada ahli keluarga yang termasuk saudara-mara dan adalah
lazim di negara membangun.
52 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Cara setiap keluarga distrukturkan mempersembahkan situasi yang


menarik bagi ahli peniaga yang tidak biasa dengan budaya tersebut.
Sebagai contoh, dalam budaya keluarga luas, pengurus dan pekerja lain
selalunya cuba mencari pekerjaan bagi saudara-mara mereka dalam
syarikat mereka sendiri. Ini boleh mendatangkan cabaran kepada
pengurusan sumber manusia. Dalam sesetengah budaya, perniagaan
dimiliki oleh keluarga dan saudara-mara. Pemilik dan pengurus akan
membeli bekalan dan bahan hanya daripada syarikat yang dimiliki
saudara-mara atau seseorang daripada kerja keluarga luas tersebut. Dalam
budaya yang mengamalkan keluarga luas sebagai satu kebiasaan,
keputusan pembelian utama dipengaruhi oleh ahli keluarga luas tersebut.

Dalam budaya Cina, guanxi ialah salah satu elemen yang paling penting
yang melibatkan interaksi sosial dalam konteks perniagaan. Guanxi
bermaksud hubungan. Membina hubungan adalah penting apabila
mewujudkan rangkaian perniagaan di China seperti apabila merundingkan
perjanjian, menubuhkan suatu usaha sama dan semasa pertemuan
perniagaan formal. Syarikat di China akan berasa lebih selesa menjalankan
perniagaan dengan syarikat yang mempunyai guanxi yang kukuh dengan
mereka kerana mereka percaya ia akan membuatnya lebih mudah bagi
mereka untuk mempercayai rakan perniagaan mereka. Ia adalah sama
penting bagi syarikat asing untuk membina guanxi yang kuat dengan
syarikat di China dan organisasi kerajaan. Guanxi ini akan membantu
syarikat anda sekiranya anda menghadapi masalah menjalankan
perniagaan di China. Di samping itu, syarikat di China akan berasa lebih
selesa melakukan perniagaan dengan anda jika mereka mempunyai guanxi
yang kuat dengan anda sama ada kerana anda telah membina hubungan
yang kukuh dengan mereka atau anda telah diperkenalkan kepada mereka
oleh seseorang di rangkaian mereka (www.businessinsider.com). Jadual 3.4
memberikan beberapa panduan menjalankan perniagaan di China.
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 53

Jadual 3.4: Panduan Menjalankan Perniagaan di China

Bil. Panduan
1. Membuat kajian untuk mengetahui tentang pasaran China sebelum membuat
sebarang langkah yang kukuh. China ialah sebuah negara yang besar dengan
pelbagai budaya dan bangsa. Setiap kawasan mempunyai demografi yang unik
dan kehendak pengguna yang penting bagi sebarang pelan perniagaan. Apa yang
berkesan dalam sesebuah bandar tidak semestinya berkesan di bandar lain.
2. Lakukan komunikasi anda dalam bahasa Cina. Upah pekerja berbahasa Cina untuk
mengendalikan komunikasi di China atau menggunakan khidmat jurubahasa
untuk kerja tersebut. Orang China mementingkan hubungan baik (guanxi).
3. Buat yang terbaik untuk mencari rakan kongsi tempatan yang baik. Undang-
undang China yang sedia ada melarang pejabat perwakilan asing daripada
menandatangani kontrak secara langsung di China. Gunakan ejen tempatan yang
boleh dipercayai untuk menandatangani semua kontrak jualan dan menghantar
penyata bil kepada pelanggan apabila diperlukan. Rakan kongsi tempatan yang
baik juga dalam posisi yang terbaik untuk menjual dan mengedarkan produk anda
di China.
4. Jangan menandatangani kontrak tanpa mendapatkan nasihat undang-undang.
Jangan mengorbankan keuntungan jangka pendek untuk keuntungan jangka
panjang semata-mata. Iklim ekonomi di China sentiasa berubah dan mungkin tidak
boleh diramal.
5. Jangan gunakan saluran tidak selamat untuk pembayaran. Jadikannya sebagai satu
amalan untuk menerima atau membuat pembayaran menggunakan institusi
perbankan yang mantap sahaja dan dengan meminta Surat Kredit atau instrumen
kewangan lain.
6. Lindungi hak harta intelek anda. Jenama yang menguntungkan atau terkenal
biasanya menjadi mangsa pelanggaran hak cipta atau cetak rompak.

Sumber: www.chineseewhispers.com

(b) Peranan Jantina


Sekarang mari kita mengetahui lebih lanjut tentang peranan jantina dalam
aktiviti perniagaan.

Jantina dalam konteks budaya merujuk kepada tingkah laku sosial yang
dipelajari dan sikap yang berkaitan dengan peranan lelaki atau wanita.
54 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Ini termasuk tingkah laku dan sikap seperti gaya berpakaian, pilihan
aktiviti dan kuasa membuat keputusan. Setiap budaya mengendalikan
peranan jantina dengan berbeza dan ini mempunyai kesan yang besar pada
perniagaan antarabangsa. Peranan ekonomi wanita berbeza dari budaya ke
budaya. Sebagai contoh, perniagaan dalam pemasaran global di negara
Islam perlu mengetahui peranan wanita. Pemasaran untuk wanita
didorong oleh agama dan kepercayaan tempatan.

Dalam gaya pengurusan Asia, wanita secara umum mempunyai peluang


yang kurang daripada lelaki di tempat kerja dan dengan itu kurang terlibat
dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, wanita di China masih
bertanggungjawab terutamanya bagi menjaga keluarga dan rumah. Wanita
di China bekerja keras tetapi mereka tidak mendapat kedudukan yang
setara untuk tahap pengetahuan dan pendidikan mereka. Terdapat satu
masalah yang jelas apabila bekerja di syarikat di China iaitu lelaki tidak
melaporkan kepada wanita tentang hal perniagaan. Ia tidak boleh diterima
di China bagi wanita untuk mengambil jawatan pengurusan atau
mempunyai status yang lebih tinggi dalam pekerjaan daripada rakan lelaki
mereka. Kini, wanita di China memainkan peranan yang semakin penting
tetapi mereka masih jauh dari mendapat hak sama rata (Hofman, 2009).

LATIHAN 3.2

Berikan definisi bagi istilah struktur sosial. Bagaimana interaksi


kumpulan sosial memberi kesan kepada perniagaan antarabangsa?

3.3.4 Estetik
Sekarang kita akan teruskan dengan elemen yang lain, iaitu estetik. Apakah yang
anda faham dengan perkataan estetik?

Estetik merujuk kepada perasaan dan tanggapan tentang kecantikan dan


citarasa yang baik sesuatu budaya.

Estetika ialah dimensi objektif dalam budaya yang merangkumi simbolik dan
bahan pengeluaran, pengertian alat, seni bina, bentuk seni, muzik dan
penggunaan jenama. Budaya berbeza dengan ketara dari segi pilihan estetik
mereka. Warna dan bentuk (reka bentuk dan bentuk) digunakan sebagai simbol
yang mempunyai makna tertentu. Warna dan simbol mempunyai makna
yang berbeza  agama, simbolik, sebab patriotik dan tarikan estetik dan
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 55

kepentingannya berbeza dari budaya ke budaya. Warna sebagai identiti jenama


telah menjadi satu isu besar undang-undang; baru-baru ini undang-undang
tanda perniagaan melindungi warna tertentu yang kuat dikaitkan dengan
produk atau pengeluar tertentu. Warna dan simbol menjadi tarikan dalam
perniagaan antarabangsa kerana tindakan undang-undang pelanggaran tanda
perniagaan yang membenarkan syarikat untuk memperuntukkan warna tunggal,
gabungan warna atau simbol. Pemasar global perlu tahu kepentingan psikologi
warna dan makna simbolik warna dalam perancangan produk, pembungkusan,
penjenamaan dan pengiklanan. Jadual 3.5 menunjukkan beberapa perkara yang
perlu dielakkan apabila mencipta simbol universal.

Jadual 3.5: Perkara yang perlu dielakkan Apabila Mencipta Simbol Universal

x Elakkan isyarat tangan dalam simbol grafik  Di sesetengah negara, ikon


menggunakan ibu jari, V untuk kemenangan atau tanda OK menunjukkan
bahawa sesuatu yang baik tetapi ini boleh menjadi isyarat lucah di negara lain.
x Elakkan haiwan dalam simbol grafik  Burung hantu melambangkan kebijaksanaan
di Amerika tetapi mereka melambangkan kebodohan di beberapa negara Asia.
Haiwan lain boleh menyebabkan kesalahan kerana kepentingan agama mereka.
Sebagai contoh, anjing dan babi untuk umat Islam, lembu bagi penganut Hindu,
gajah untuk orang Thai.
x Elakkan teks memerlukan terjemahan dalam simbol grafik  Perkataan atau huruf
tunggal mungkin tidak akan menjadi universal kerana penterjemahan diperlukan.
x Elakkan humor dan slanga dalam simbol grafik  Humor tidak selalunya boleh
diterjemahkan.
x Elakkan topik sensitif budaya dalam simbol grafik  Contohnya bangsa/etnik,
politik, agama dan jantina.
x Elakkan unsur spesifik-kawasan dalam simbol grafik  Mata wang, masa/tarikh
dan bendera (contohnya, dalam pilihan bahasa laman web) tidak akan berkongsi
makna sejagat merentasi sempadan.

Sumber: www.globalization-group.com

LATIHAN 3.3
Ketahui apa yang warna-warna berikut melambangkan di negara yang
dinyatakan di bawah.

(a) Jingga bagi India dan Mesir;

(b) Ungu bagi Brazil dan Thailand; dan

(c) Merah bagi China dan Rusia.


56 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

3.3.5 Dimensi Nilai Budaya Hofstede


Setakat ini, kerja yang paling banyak digunakan mengenai budaya nasional
diperkenalkan oleh Geert Hofstede, yang mengkaji nilai sikap lebih daripada
100,000 orang pekerja IBM di seluruh dunia. Kajian Hofstede mendedahkan
empat dasar dimensi bagi budaya nasional: jarak kekuasaan (power distance),
pengelakan ketidakpastian (uncertainty avoidance), individualisme lawan
kolektivisme (individualism versus collectivism), dan kelelakian lawan
kewanitaan (masculinity versus femininity).

(a) Jarak Kekuasaan (PD)

Jarak kuasa ialah tahap suatu masyarakat berhadapan dengan


perbezaan kuasa yang wujud antara manusia.

Contoh negara dengan PD yang tinggi adalah Jepun, India, Brazil dan
Malaysia manakala Amerika, Denmark dan Sweden menunjukkan PD yang
rendah. Masyarakat dengan PD yang tinggi cenderung untuk bertolak
ansur dan menerima ketidaksamaan sosial yang agak tinggi. Simbol status
memainkan peranan yang penting. Organisasi dengan PD yang tinggi
adalah lebih berpusat, dengan lebih struktur berlapis dan hierarki dengan
lebih penyeliaan terhadap kakitangan dan perbezaan upah yang lebih
besar. Dalam masyarakat dengan PD yang rendah, jurang antara yang
berkuasa dan lemah adalah minimum dan simbol status kurang
ditekankan. Organisasi dengan PD rendah disifatkan dengan struktur yang
lebih mendatar dan kurang berpusat.

(b) Individualisme/Kolektivisme (I/C)

Individualisme/kkolektivisme menerangkan sejauh mana orang


berfungsi terutamanya sebagai individu atau dalam kumpulan.

Ia juga dirujuk sebagai masyarakat saya dan kami. Dalam masyarakat


individualistik, tumpuan diberikan kepada kepentingan sendiri sementara
masyarakat yang tinggi dalam kolektivisme cenderung untuk mengejar
kepentingan kumpulan dan keharmonian kumpulan. Persaingan adalah
penting di kalangan individualis manakala kepatuhan kumpulan sangat
dititikberatkan dalam kolektivisme. Amerika, Australia dan United Kingdom
ialah negara individualis. Negara kolektivisme ialah Korea Selatan, Mexico,
China dan Indonesia. Organisasi dengan budaya kolektivisme yang tinggi
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 57

mengamalkan kesetiaan kumpulan, rasa tanggungjawab dan penyertaan


kumpulan. Organisasi ini adalah lebih paternalis (organisasi ini dipandang
sebagai sebuah keluarga) manakala organisasi individualistik lebih bersifat
peribadi dan menggalakkan inisiatif individu.

(c) Pengelakan Ketidakpastian (UA)

Pengelakan ketidakpastian merujuk kepada setakat mana


ketidakpastian dan kesamaran boleh diterima.

Masyarakat dari budaya UA yang tinggi berasa terancam dengan


ketidakpastian dan cuba untuk menyeragamkan peraturan dan tingkah
laku yang membentuk kehidupan. Dalam budaya pengelakan ketidakpastian
yang rendah, orang akan lebih mengambil risiko, mudah bergaul dan
berciri keusahawanan. Negara yang mempamerkan UA yang tinggi adalah
Jepun, Perancis dan Sepanyol. Malaysia, India, United Kingdom dan Hong
Kong ialah contoh negara yang mempamerkan pengelakan ketidakpastian
yang rendah. UA adalah salah satu dimensi yang paling kritikal untuk
pelaburan asing kerana implikasinya terhadap pengambilan risiko dan
pelaburan. Syarikat multinasional dari budaya UA yang tinggi mungkin
mengambil pendekatan tambahan yang lebih untuk mengantarabangsakan
perkembangan perniagaan mereka.

(d) Kelelakian/Kewanitaan (M/F)

Dimensi kelelakian/kewanitaan menerangkan kepentingan nilai lelaki


seperti daya saing, ketegasan, status dan kejayaan.

Mereka memberi penekanan terhadap nilai wanita seperti penyayang,


berorientasikan orang, kualiti hidup dan pengasuhan. Contoh biasa bagi
budaya maskulin ialah Australia, Jepun dan Itali manakala Thailand,
Sweden dan Finland adalah rendah dalam sifat kelelakian itu. MNC dari
budaya feminin cenderung untuk mengurangkan peranan jantina dengan
mengambil lebih ramai wanita di lebih banyak pekerjaan yang selayaknya.
Organisasi demikian cenderung untuk menghargai anugerah sosial dan
manfaat kepada pekerja.

Jadual 3.6 menunjukkan perbandingan nilai yang berkaitan dengan kerja


antara negara. Skor indeks secara kasar adalah dari 0 hingga 100. Semakin
tinggi markah, lebih banyak dimensi tersebut yang dipamerkan dalam
58 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

masyarakat. Negara Barat seperti Amerika, Kanada dan United Kingdom


mendapat skor tinggi pada skala individualisme dan rendah pada skala
jarak kuasa. Negara Asia mendapat markah tinggi pada jarak kuasa tetapi
memberi penekanan kepada kolektivisme. Jepun mempunyai pengelakan
ketidakpastian yang kuat dan kelelakian yang tinggi. Markah yang tinggi
bagi nilai jarak kuasa Malaysia. Sweden dan Denmark mempunyai kedua-
dua dimensi pengelakan ketidakpastian rendah dan kelelakian.

Jadual 3.6: Perbandingan Negara bagi Nilai Berkaitan Kerja untuk 15 Negara Terpilih

Pengelakan
Jarak Kuasa Individualisme Kelelakian
Negara Ketidakpastian
(PD) (IDV) (MAS)
(UA)
Australia 36 51 90 61
Kanada 39 46 80 52
China 80 40 20 66
Denmark 18 23 74 16
Jerman 35 65 67 66
India 77 40 48 56
Indonesia 78 48 14 46
Jepun 54 92 46 95
Malaysia 104 36 26 50
Saudi Arabia 95 80 25 60
Sweden 31 29 71 5
Thailand 64 64 20 34
Turkey 66 85 37 45
United Kingdom 35 35 89 66
Amerika 40 46 91 62

Sumber: http://geert-hofstede.com

AKTIVITI 3.2

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan budaya nasional dan budaya


organisasi, di http://www.geert-hofstede.com.
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 59

Mari kita beralih dengan melihat Jadual 3.7 yang memberikan ringkasan ciri
dimensi budaya Hofstede dan panduan untuk menangani setiap orientasi nilai
berikut.

Jadual 3.7: Dimensi Nilai Budaya Hofstede  Ciri-ciri dan Panduan

Nilai Ciri-ciri Panduan


Tinggi x Syarikat berpusat. x Akui kuasa seseorang pemimpin.
PD x Hierarki yang kuat. x Sedar bahawa anda mungkin
x Jurang besar dalam pampasan, perlu pergi ke atas untuk
mendapatkan jawapan.
kuasa dan hormat.
Rendah x Organisasi mendatar. x Mengamalkan kerja berpasukan.
PD x Penyelia dan pekerja dianggap x Melibatkan seberapa orang yang
sama rata. mungkin dalam membuat
keputusan.
Tinggi x Penghargaan yang tinggi atas x Mengakui pencapaian.
IDV masa orang lain dan keperluan x Jangan meminta maklumat
mereka untuk kebebasan. peribadi terlalu banyak.
x Seronok menghadapi cabaran dan x Menggalakkan perdebatan dan
jangkaan bagi ganjaran untuk ekspresi idea sendiri.
kerja keras.
x Menghormati privasi.
Rendah x Penekanan kepada pembinaan x Menunjukkan rasa hormat kepada
IDV kemahiran dan menjadi pakar umur dan kebijaksanaan.
bagi sesuatu. x Menyekat perasaan dan emosi
x Bekerja untuk ganjaran intrinsik. untuk bekerja dalam suasana
x Keharmonian lebih penting harmoni.
daripada kejujuran. x Menghormati tradisi dan
memperkenalkan perubahan
secara perlahan.
Tinggi x Lelaki maskulin dan wanita x Sedar bahawa orang mungkin
MAS feminin. menjangka peranan lelaki dan
x Ada perbezaan yang jelas antara perempuan untuk menjadi
kerja lelaki dan kerja wanita. berbeza.
x Nasihatkan lelaki untuk
mengelakkan perbincangan emosi
atau membuat keputusan
berasaskan emosi atau hujah.
60 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Rendah x Seorang wanita boleh melakukan x Elakkan sebuah mentaliti kelab


MAS apa sahaja seorang lelaki boleh lelaki yang lama.
lakukan. x Memastikan reka bentuk
x Wanita berkuasa dan berjaya pekerjaan dan amalan tidak berat
dikagumi dan dihormati. sebelah kepada mana-mana
jantina.
x Melayan lelaki dan wanita sama
rata.
Tinggi x Pengendalian perniagaan yang x Jelas dan padat tentang harapan
UAI sangat formal dengan banyak dan parameter anda.
peraturan dan dasar. x Merancang dan menyediakan,
x Perlu dan mengharapkan berkomunikasi dengan kerap dan
struktur. awal, menyediakan pelan
x Rasa gemuruh mencetuskan tahap terperinci dan memberi tumpuan
emosi yang tinggi dan ekspresi. kepada aspek taktikal pekerjaan
atau projek.
x Perbezaan dielakkan.
x Meluahkan emosi anda melalui
isyarat tangan dan suara yang
tinggi.
Rendah x Sikap perniagaan yang tidak x Jangan mengenakan peraturan
UAI rasmi. atau struktur yang tidak perlu.
x Lebih mengambil berat dengan x Mengurangkan tindak balas emosi
strategi jangka panjang daripada anda dengan menjadi tenang dan
apa yang berlaku setiap hari. mempertimbangkan situasi
x Menerima perubahan dan risiko. sebelum bercakap.
x Ungkapkan rasa ingin tahu
apabila anda menemui perbezaan.

Sumber: www.mindtools.com

3.4 MENGATASI CABARAN BUDAYA


Perbezaan budaya antara negara mempunyai kesan secara langsung terhadap
aktiviti perniagaan antarabangsa. Kesilapan budaya dan salah faham yang
dihadapi oleh syarikat besar dalam contoh kita telah membuktikan kepentingan
pengetahuan budaya tempatan. Oleh sebab globalisasi menjadi lebih ketara
dalam perniagaan antarabangsa, terdapat keperluan yang tinggi bagi syarikat
untuk memahami budaya tempatan dalam usaha untuk meningkatkan kelebihan
daya saing mereka.
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 61

(a) Elakkan Bias Budaya


Salah satu punca utama kesilapan budaya berkaitan yang dibuat oleh
pengurus ialah etnosentrisme. Ini merupakan satu bentuk bias budaya
berdasarkan kepercayaan bahawa kumpulan budaya sendiri adalah lebih
unggul daripada lain. Pengurus perniagaan antarabangsa perlu peka
dengan bias budaya yang mempengaruhi pemikiran seseorang atau
mengelakkan etnosentrisme supaya tidak mengabaikan aspek positif dan
berfaedah daripada budaya lain. Pada masa yang sama, pengurus harus
membentuk celik budaya untuk menghargai kepelbagaian budaya dan
menghormati identiti budaya. Celik budaya ialah pengetahuan terperinci
tentang budaya yang membolehkan seseorang untuk berfungsi dengan
berkesan di dalamnya (Wild et al., 2008). Syarikat yang beroperasi di
pasaran tempatan dan dalam persekitaran kerja dengan pekerja dari
pelbagai budaya harus menggalakkan kepekaan komunikasi antara budaya
dan kepelbagaian budaya. Ini ialah satu langkah yang kritikal untuk
mengelakkan bias budaya dan mengatasi tindak balas etnosentrik (Dong
dan Collaco, 2009).

(b) Elakkan Stereotaip Budaya

Stereotaip budaya adalah suatu andaian atau generalisasi yang dibuat


mengenai individu berdasarkan kriteria superfisial sendiri, misalnya,
andaian budaya berkenaan jantina seseorang, umur, tabiat dan tingkah
laku seseorang.

Stereotaip seperti ini boleh memberi kesan kepada sikap dan jangkaan kita
apabila berkomunikasi dengan orang daripada budaya lain. Oleh itu,
pengurus yang terlibat secara langsung dalam perniagaan antarabangsa
harus membentuk celik perniagaan melalui latihan silang budaya dan
memberi perhatian kepada sub-budaya yang ketara dalam negara. Ini
adalah penting terutamanya dalam persekitaran kerja dengan rakan dan
rakan sejawat daripada budaya lain dan juga dalam hubungan perniagaan
antarabangsa. Jadual 3.8 mempersembahkan pelbagai bentuk celik
perniagaan yang perlu dipelajari oleh pengurus dan eksekutif untuk
melakukan perniagaan di pasaran global.
62 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Jadual 3.8: Bentuk Celik Perniagaan

Bentuk Penerangan
Celik Memahami dan menghargai diri sendiri seperti kesedaran diri,
peribadi pembaharuan diri, mempunyai nilai yang kuat dan menjadi cukup
fleksibel untuk mengetahui bahawa orang daripada budaya lain
mempunyai nilai dan etika yang berbeza.

Celik sosial Melibatkan diri dan mencabar orang lain seperti mempelajari apa yang
akan dikatakan secara bukan lisan, dan belajar memahami persekitaran,
konteks dan keadaan.
Celik Mempelajari dan membina perkara baru, membina dan membina semula,
perniagaan melupuskan apa yang tidak berkesan, melibatkan diri dalam penyelesaian
masalah, mengemudi melalui keadaan huru-hara dan memimpin orang
melalui perubahan.
Celik Menghargai dan memanfaatkan perbezaan budaya, memahami warisan
budaya budaya sendiri, menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan
membina hubungan merentasi budaya. Celik budaya dalam pemasaran,
sikap kerja, ekspatriat, dan jantina adalah penting.

Sumber: Rosen & Digh (2001)

(c) Memahami Budaya Perniagaan dan Amalan


Selain mempunyai pemahaman umum tentang latar belakang sejarah dan
budaya negara asing yang berurusan dengan sesebuah syarikat, penting
bagi pengurus sedar dan peka terhadap ciri-ciri penting budaya
perniagaan. Adalah penting bagi pengurus untuk bukan sahaja mempunyai
kesedaran umum bagi budaya lain tetapi memperoleh pengetahuan
mengenai butiran khusus tentang bagaimana untuk mengendalikan diri
dalam pelbagai situasi perniagaan. Beberapa garis panduan utama yang
perlu untuk memahami amalan perniagaan termasuk kelakuan yang sesuai
semasa perbualan, mesyuarat perniagaan dan perjumpaan sosial serta
penampilan fizikal, termasuk cara berpakaian dan ekspresi muka.
Kesedaran budaya tersebut dan pengetahuan adalah penting untuk
kejayaan urusan perniagaan. Walau bagaimanapun, amalan perniagaan
berbeza merentasi negara. Syarikat hendaklah menawarkan pengurus
perniagaan antarabangsa latihan dalam komunikasi silang budaya.
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 63

SEMAK KENDIRI 3.2


Layari laman web Planet Eksekutif untuk mengetahui garis panduan
mengenai budaya dan etika perniagaan ketika bertemu dengan rakan
perniagaan daripada budaya lain, di www.executiveplanet.com/

LATIHAN 3.3
1. _____ terdiri daripada masyarakat dengan kepercayaan, nilai dan
sikap yang dikongsi bersama.
A. Moral
B. Kebudayaan
C. Identiti
D. Konsep kendiri

2. Bahasa senyap termasuk semua yang berikut KECUALI


A. Jabat tangan
B. Bahasa gerak-geri
C. Simbol warna dan sekutunya
D. Ekspresi muka

3. Manakah antara agama berikut melarang membayar atau


menerima faedah ke atas transaksi perniagaan?
A. Kristian
B. Buddha
C. Islam
D. Hindu

4. ______ ialah kepercayaan bahawa budaya sendiri adalah lebih


kepada orang lain.
A. Geosentrisme
B. Policentrisme
C. Etnosentrisme
D. Regiosentrisme
64 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

5. Manakah antara pernyataan berikut mengenai budaya adalah


BENAR?
A. Memupuk kesedaran budaya adalah satu tugas yang
mudah.
B. Pengurus perniagaan antarabangsa dijangka untuk
memahami variasi amalan perniagaan di setiap negara.
C. Semua syarikat mempunyai tahap kesedaran budaya yang
sama.
D. Syarikat yang baru dalam perniagaan antarabangsa
mungkin hanya memerlukan tahap pemahaman budaya dan
sensitiviti yang minimum.

6. Dalam mana satu keadaan berikut akan syarikat mencapai


kejayaan pemasaran terbaik mereka apabila menekankan iklan
yang meluahkan nilai kumpulan?
A. Tinggi individualisme
B. Tinggi kolektivisme
C. Tinggi kelelakian

7. Antara yang berikut, manakah BUKAN pemboleh ubah budaya?


A. Pilihan kerjaya
B. Estetik
C. Interaksi sosial dalam unit keluarga
D. Agama

8. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN nilai maskulin?


A. Kualiti hidup
B. Ketegasan
C. Pencapaian
D. Status
TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA W 65

x Budaya merupakan kuasa penting dalam perniagaan antarabangsa.

x Kekurangan pemahaman budaya dan kepekaan terhadap budaya asing


apabila melakukan perniagaan merentasi budaya boleh membawa kepada
kesilapan budaya.

x Bahasa dan agama merupakan dua elemen budaya terpenting yang


memberi impak secara langsung terhadap operasi dan strategi perniagaan
antarabangsa.

x Hofstede menyenaraikan budaya nasional kepada empat dimensi nilai


budaya utama iaitu jarak kekuasaan, individualisme/kolektivisme,
pengelakan ketidakpastian dan kelelakian/kewanitaan.

x Unit keluarga dan jantina merupakan dua komponen interaksi kumpulan


sosial yang mempengaruhi tingkah laku budaya dalam situasi tertentu.

x Warna sebagai satu bentuk tarikan estetik memainkan peranan penting


dalam strategi pengiklanan, pembungkusan dan penjenamaan.

x Cabaran budaya utama yang dihadapi MNC termasuk bias budaya,


etnosentrisme, stereotaip budaya dan kesilapan komunikasi silang budaya.

x Celik budaya yang membentuk sebahagian daripada pemahaman tentang


budaya perniagaan dan amalan pasaran tempatan merupakan kunci
kejayaan MNC di luar negara.
66 X TOPIK 3 PERSEKITARAN BUDAYA

Agama Interaksi kumpulan sosial


Amalan perniagaan Jarak kuasa
Bahasa bukan lisan Kelelakian
Bahasa lisan Kepekaan budaya
Bias budaya Kewanitaan
Budaya Kolektivisme
Celik budaya Orientasi nilai
Estetik Pengelakan ketidakpastian
Etnosentrisme Simbol warna
Individualisme Struktur sosial

You might also like