You are on page 1of 8

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

GSB1012

KESANTUNAN BERBAHASA
Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

DR. ROBAH BINTI MOHAMAD


JPM
IPGK PM
Definisi muka menurut Kamus Dewan edisi
keempat (2007: 1050) ialah bahagian hadapan
kepala.
Dalam masyarakat Malaysia, muka merujuk
kepada wajah, rupa dan boleh membawa
maksud maruah seseorang (Nazariyah et. al
2014: 38).
Proses penjagaan muka merujuk kepada
perbuatan penutur menjaga memek muka
sewaktu bertutur demi menjaga perasaan
orang yang mendengar di samping memelihara
maruah diri sendiri.
Muka dikaitkan dengan maruah diri kerana apa yang
tersirat dalam hati tersurat pada wajah.
Simpulan bahasa seperti talam dua muka, muka
tembok, tebal muka, muka talam dan muka bantal
menunjukkan masyarakat Malaysia amat
menitikberatkan perasaan dan penjagaan air muka.
Orang yang bermaruah sepatutnya malu untuk
bertingkah dan melakukan aktiviti yang menjatuhkan
imej diri kerana rasa malu sepatutnya tertanam dalam
jiwa mereka. Malu dikaitkan dengan keimanan yang
menjadi asas kepercayaan untuk mengangkat
maruah dan martabat bangsa.
Menurut Asmah Haji Omar (2000: 101), muka dalam
masyarakat Melayu merujuk kepada air muka.

Air muka dalam bahasa Melayu membawa maksud


rupa, wajah seseorang atau maruah seseorang.

“Penjagaan muka” pula bermaksud


menjaga/mengawal mimik muka agar tidak
menyinggung perasaan orang lain dan pada masa
yang sama dapat menjaga maruah diri.
Penjagaan muka sangat berkait rapat dengan maruah
diri sehinggakan wujudnya simpulan bahasa seperti
muka bantal, muka papan dan muka tembok yang
membawa maksud “tidak tahu malu”.
Penjagaan muka merupakan satu lambang kepada
perasaan dalaman seseorang yang dipaparkan
melalui mimik muka seseorang individu. Akan tetapi,
tidak semua air muka dapat dibaca. Mimik muka
terukir apabila wujudnya perasaan dalaman yang
tidak terluah/tidak terungkap berpunca daripada
beberapa faktor yang berlaku dalam persekitaran
yang menyebabkannya sukar ditafsir secara lisan.
Air muka memainkan peranan utama dalam
komunikasi silang budaya.
Air muka boleh mengubah pandangan seseorang
terhadap kita, sama ada akan bertukar menjadi lebih
positif atau bertukar menjadi lebih negatif
berdasarkan mimik muka yang kita tunjukkan.
Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dalam
‘meluahkan’ air muka kerana kita hidup dalam negara
yang mempunyai pelbagai rupa bangsa.
Kita sewajarnya menunjukkan muka yang manis
ketika berkomunikasi atau bertegur sapa dengan
orang lain kerana air muka merupakan pandangan
pertama masyarakat kepada kita.
Penjagaan air muka sangat penting agar tidak berlaku salah
faham antara satu sama lain kerana rakyat negara Malaysia
terdiri daripada pelbagai bangsa dan tidak sepatutnya menjadi
alasan kepada terbinanya tembok yang menghalang
perpaduan kaum.

Konsep penjagaan muka ialah asas kesantunan yang menjadi


kunci utama yang akan menyumbang kepada perpaduan
negara.

Konsep ini wajar dipraktikkan dalam kehidupan supaya


menjadi asas kepada kesantunan masyarakat dan negara.
Bibliografi

Asmah Haji Omar. 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan


dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nazariyah Sani & Husin Fateh Din. 2014. Kesantunan


Masyarakat Malaysia. Selangor: Penerbitan
Multimedia.

You might also like