You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang.
Secara umumnya, bahasa ini merupakan bahasa kebangsaan negara kita yang termaktub di bawah
perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Salah satu tokoh Bahasa Melayu Moden
ialah Abdullah Munsyi yang merupakan tokoh penulis sastera Melayu moden. Bahasa Melayu yang
bersifat dinamik membolehkan ia terus berkembang di seluruh dunia dari Bahasa Melayu Kuno ke
Bahasa Melayu Klasik dan seterusnya Bahasa Melayu Moden.Tambahan pula, bahasa Melayu dapat
mempunyai ciri kelenturan, iaitu bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran.

1.1 BAHASA MELAYU MODEN SEBAGAI BAHASA YANG BOLEH MEMUPUK PERPADUAN

Perpaduan merupakan aspek yang amat penting khusunya kepada negara kita yang
mempunyai kepelbagaian kaum yang berbeza. Antara fungsi yang dimainkan oleh Bahasa Melayu
Moden dalam memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat ialah sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi. Enam
fungsi yang dimainkan oleh Bahasa Melayu Moden ini merupakan tunjang utama bagi memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia..

1.1.1 BAHASA MELAYU MODEN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Bahasa pengantar dapat didefinisikan sebagai bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara
sebagai bahasa yang digunakan dalam pendidikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dinyatakan dalam Laporan Razak Hussein 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menjadi asas
kepada Akta Pelajaran 1961, yang menyatakan usaha pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan
politik termasuklah peruntukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif. Setiap rakyat
berpeluang mendapat pendidikan berkualiti selaras dengan penggunaan bahasa kebangsaan dalam
skop pembelajaran. Pelajar bandar dan luar bandar berpeluang mendapat pendidikan yang sama rata
dan tidak tersisih daripada arus pendidikan seperti yang telah berlaku pada zaman pemerintahan
British di Tanah Melayu yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

1.1.2 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN


Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berfungsi sebagai lambang identiti kebangsaan
menurut[ CITATION Fis68 \l 17417 ]. Bahasa Melayu sebagai langkah menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum dinyatakan dalam Penyata Razak 1956. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan
peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu dimantapkan lagi dengan Akta
Bahasa Kebangsaan 1967. Walaupun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, kaum-
kaum yang lain bebas menggunakan bahasa masing-masing .Hal ini secara tidak langsung memupuk
semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan warganegara Malaysia. Sebagai
contoh, bahasa kebangsaan ini digunakan secara meluas khusunya dalam komunikasi. Lagu
kebangsaan iaitu “Negaraku” adalah agen penyatuan untuk menzahirkan semangat perpaduan dan
kebangsaan tehadap negara.

1.1.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI

. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi disokong dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain bebas digunakan di Malaysia.
Melalui perlembagaan dan akta ini, segala bentuk urusan sektor kerajaan dan swasta menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Misalnya, penggunaan bahasa Melayu dalam perhubungan
dan ucapan rasmi kerajaan dan harian. Hal ini membolehkan semua warganegara Malaysia
menggunakan bahasa yang sama tidak seperti sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Urusan
harian menjadi lebih mudah. Secara tidak langsung, semangat perkauman yang menebal diantara
kaum yang berlainan dapat dikikis dan identiti kebangsaan negara kita yang unik juga dapat
dipelihara.

1.1.4 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses menyatupadukan rakyat, seluruh masyarakat,


dan negara. Menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan didefinisikan sebagai penggabungan,
pelaburan, penyesuaian, kesesuaian dan perihal peribadi. Bahasa Melayu menjadi perhubungan
antara individu dengan individu. Perpaduan dapat dibentuk melalui toleransi yang terjalin antara satu
sama lain. Contohnya, hubungan erat dan toleransi yang terbentuk apabila negara kita menghadapi
krisis yang tidak dapat diselesaikan seperti ancaman keselamatan ISIS. Segala perbezaan dialek
disatukan dibawah satu rumpun bagi memerangi bentuk ancaman ini sama ada melalui bentuk buah
fikiran yang disampaikan, wang ringgit dan idea.

1.1.5 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU


Bahasa ilmu ialah bahasa yang mempunyai ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu
konsep dan pemprosesan ilmu. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), bahasa yang mencapai
taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan
bahasa. Dalam sejarah terdahulu, bahasa Melayu dapat dilihat digunakan dengan banyaknya dalam
konteks agama, sastera dan budaya. Perkembangannya yang pesat dapat dilihat pada masa kini.
Sebagai contoh, ilmu sains dan teknologi yang diajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
mahupun Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan sekolah menggunakan bahasa Melayu.
Perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang luas menyebabkan fungsi bahasa Melayu
menjadi meluas. Mereka dapat bertukar-tukar pandangan, membuat perbincangan dalam kumpulan,
dan memudahkan dalam mencari maklumat untuk membuat kerja kursus kerana mereka
menggunakan bahasa yang sama. Penyebaran dan penerimaan maklumat menjadi mudah dengan
berkesan kesuluruh masyarakat.

1.1.6 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KOMUNIKASI

Menurut A.Aziz Deraman (206:288), kekuatan bahasa akan menjamin kelangsungan


peradaban. Berdasarkan status bahasa Melayu sebagai kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata masyarakat bebas berinteraksi
antara satu sama lain. Sebagai contoh, murid-murid berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah,
majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat, bahkan urusan jual beli di pasar juga turut kita dengari
bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi. Rakyat akan hidup dalam keadaan harmoni, aman dan
sentosa dan tidak mencurigai antara satu sama lain kerana mereka saling memahami dan bertolak
ansur dalam semua perkara oleh kerana persefahaman yang terjalin melalui bahasa melayu sebagai
bahasa komunikasi harian.

RUMUSAN

Secara rumusannya, bahasa Melayu merupakan agen penyatuan yang penting dikalangan
rakyat Malaysia melalui fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa pengantar, bahasa ilmu, dan bahasa komunikasi bagi membentuk perpaduan dikalangan
masyarakat.

2.0 BENTUK KATA YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU MODEN

2.1 PENGENALAN
Bentuk kata boleh terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Morfem
merupakan unsur bahasa yang terkecil yang berkembang menjadi sesuatu perkataan yang
mempunyai makna. Morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

2.2 JENIS-JENIS BENTUK KATA

Terdapat empat bentuk kata yang seterusnya berkembang menjadi perkataan.

2.2.1 BENTUK KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar,iaitu perkataan yang tidak
menerima sebarang bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Bilangan suku kata boleh terdiri
daripada satu,dua,atau lebih. Akronim juga merupakan salah satu bentuk kata tunggal.

i. Satu suku kata : bom, tin, lap


ii. Dua suku kata : buku, maka
iii. Tiga suku kata : kereta, sendiri
iv. Empat suku kata dan lebih : sentiasa,universiti
v. Gabungan huruf : PNB,ASB,USA
vi. Gabungan suku kata : kugiran,halaju
vii. Gabungan perkataan : segi empat tepat,buku lima

2.2.2 BENTUK KATA TERBITAN

Kata terbitan dapat dibentuk melalui pengimbuhan sama ada menerima imbuhan awalan,
akhiran, sisipan, dan apitan.

JENIS IMBUHAN CONTOH KATA TERBITAN

awalan di-,men-,pen- disaman, menjahit, penyelamat

akhiran -an,-kan,-i minuman, makanan, baiki

sisipan el,er,em,im telunjuk, serabut, gemilang

apitan men-..-kan,di-..-i membaiki, memakaikan

2.2.3 BENTUK KATA MAJMUK


Pembentukan melalui proses pemajmukan,iaitu proses merangkaikan dua kata dasar atau
lebih dan bentuk yang terhasil mempunyai makna khusus. Dua bentuk kata majmuk ialah kata yang
dieja terpisah dan kata majmuk yang telah dieja bercantum.

 Kata majmuk dieja terpisah : guru besar, cermin mata ,bakul sampah
 Kata majmuk dieja bercantum : ibubapa, warganegara, bumiputera

Bentuk kata majmuk terbahagi kepada tiga, iaitu:

KATA MAJMUK

RANGKAI KATA BEBAS ISTILAH SIMPULAN BAHASA

CONTOH: gambar CONTOH: peti CONTOH: senyum


rajah, alat tulis, biru laut suara, kertas kerja kambing, kaki ayam

RAJAH 1. BENTUK KATA MAJMUK

2.2.4 BENTUK KATA GANDA

Kata ganda merupakan bentuk kata yang terhasil darpada proses pengulangan, iaitu
perkataan yang digandakan. Kata ganda terbahagi kepada empat jenis,iaitu:

A) Kata ganda seluruh

Kata yang terhasil daripada pengulangan seluruh kata dasar tanpa sebarang perubahan pada
bentuknya. Contohnya, kerusi-kerusi, labah-labah dan kura-kura.

B) Kata ganda separa

Perkataan yang melibatkan penggandaan sebahagian daripada kata dasar.Misalnya, kekunyit,


tetulang, dan sesendi..

C) Kata ganda berentak


Kata ganda yang terbentuk daripada proses penggandaan pada kata dasar mengikut rima
bunyi tertentu iaitu pengulangan pada rima bunyi vokal, konsonan atau bebas. Contohnya,
gunung-ganang, kayu kayan, dan anak-pinak.

D) Kata ganda berimbuhan

Penggandaan kata dasar yang melibatkan proses pengimbuhan awalan. Imbuhan awalan
hadir pada kata dasar pertama atau hadir pada kata dasar kedua . Contohnya,:

 Kata ganda berimbuhan awalan : menguap-nguap, terpinga-pinga


 Kata ganda berimbuhan apitan : bertolak-tolakan, kebiru-biruan
 Kata ganda menyaling : bantu-membantu, tepuk-menepuk

3.0 RUMUSAN

Secara rumusannya, saya dapat mempelajari bentuk-bentuk kata seperti bentuk kata tunggal,
bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata ganda yang membentuk perkataan bahasa
Melayu itu sendiri. Akhir kata, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam memastikan bahasa Melayu ini tidak lapuk dek ditelan zaman dan keamanan negara
terus terpelihara untuk menjadi tatapan kepada generasi yang akan datang.

BIBLIOGRAFI

BUKU
Pondo, H. M. (2012). Isu Sosialinguistik Di Malaysia. Seri Kembangan: Universion Press Sdn.Bhd

Amat Tarop Sumo, A. B. (2015). Pengantar Bahasa Melayu. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Ramli, A. H. (2009). Hubungan Kaum Di Malaysia. Shah Alam: Maxporia Sdn.Bhd.

Nor, A. K. (2012). Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Batu Caves: Pustaka Ilmu Sdn Bhd.

Hassan, P. E. (2009). Morfologi. Kuala Lumpur: Pts Sd.Bhd.

Wahid, P. R. (2010). Pengantar Penterjemahan Bahasa Melayu. Sp Sdn.Bhd.

Dewan Bahasa Jilid 44 Bil 9. (2000)

LAMAN WEB

https://perpaduan.gov.my/ms/info-jpnin/profil

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130407/sa_02/Bahasa-Melayu-wahana-perpaduan

http://rospj.blogspot.com/2012/11/fungsi-bahasa-melayu.html

SURAT KHABAR

Aminudin.D.r (2013 April 7) Bahasa Melayu Wahana Perpaduan


.

[ CITATION Dew00 \l 17417 ]

Bibliography
AMAT TAROP SUMO, A. B. (2015). PENGANTAR BAHASA MELAYU. IPOH: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN.BHD.

Dewan Bahasa Jilid 44 Bil 9. (2000).

Fishman. (1968).

Hassan, P. E. (2009). Morfologi. Kuala Lumpur: Pts Sd.Bhd.

Mansor, D. A. (2013, April). Utusan Online. Retrieved April 2013, from


http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20130407/sa_02/Bahasa-Melayu-wahana-perpaduan.

Nor, A. K. (2012). Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Batu Caves: Pustaka Ilmu Sdn Bhd.

PONDO, H. M. (2012). ISU SOSIOLINGUISTIK DI MALAYSIA. SERI KEMBANGAN: UNIVERSION PRESS SDN.BHD.

Ramli, A. H. (2009). Hubungan Kaum Di Malaysia. Shah Alam: Maxporia Sdn.Bhd.

Puteri Roslina Abdul Wahid (2010). Pengantar Penterjemahan Bahasa Melayu. Sp Sdn.Bhd

You might also like