You are on page 1of 34

BMMB3023

LINGUISTIK TERAPAN
Hajah Ainah bt Julhee
JPM
IPGKS
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Disebut juga sebagai Linguistik Gunaan
dan merupakan sebagai suatu disiplin
ilmu bidang linguistik
Linguistik Terapan digunakan untuk
mengkaji bidang pengajaran dan
pembelajaran bahasa, mengkaji kaedah
mengajar bahasa , menguji kemahiran
bahasa, membentuk bahan mengajar
dan seumpamanya.
Linguistik Terapan berguna kepada guru
yang mengajar ilmu tatabahasa.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Bahasa
-Merupakan satu sistem bunyi yang terdiri
daripada lambang-lambang yang diujarkan
oleh manusia dengan menggunakan alat-alat
artikulasi .
- lambang-lambang yang diujarkan mempunyai
makna yang tertentu berdasarkan masyarakat
yang menuturkannya.
-Satu sistem ujaran dan tulisan konvensional
yang digunakan oleh manusia untuk berkongsi
budaya dan berkomunikasi.
-Sesuatu bahasa menjadi semakin berbeza jika
penuturnya terasing daripada penutur bahasa
yang lain.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Bahasa
-bahasa mempunyai struktur yag kompleks tetapi
boleh dianalisis dan diperlihatkan secara
sistematik.
-Semua bahasa bermula dengan lisan sebelum
wujudnya sistem bahasa tulisan.
-Bahasa mempunyai struktur ayat yang berbeza-
beza untuk menyampaikan makna.
-Kandungan bahasa terdiri daripada bentuk,
susunan perkataan, struktur sintaksis dan intonasi
ujaran.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
a.Bahasa Mempunyai Sistem
- iaitu aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu.
-Bahasa bersistem boleh dipelajari dan digunakan
dengan mantap.
-Mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem,
morfem, kata, frasa, klausa dan ayat dan berlaku
percantuman antaranya. Percantuman antaranya
berlaku berdasarkan peraturan – peraturan
mengenainya.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
b.Bahasa Mengandungi Simbol
-simbol-simbol atau lambang-lambang ialah
setiap kata atau bentuk ucapan yang
mewakili atau dihubungkan dengan benda,
tindakan atau konsep tertentu.
- Contohnya perkataan ‘meja’ dalam bahasa
Melayu dihubungkan dengan sesuatu benda
tertentu.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
c.Bahasa Terdiri Daripada Bunyi-Bunyi
-bunyi-bunyi yang diucapkan atau melalui
mulut manusia ( termasuk rongga hidung,
kerongkong dan tenggorakan.
-Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi yang
diucapkan atau melalui mulut manusia itu
dapat dianggap sebagai simbol bahasa, seperi
bunyi siulan, berdehem.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
d.Bahasa Dilambangkan Secara Struktur
-bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi
satu, atau sekelompok sejajar dengan
pergerakan alat-alat pertuturan satu
mengiktui yang lain.
-Contohnya, apabila disebut ‘baju’ ,bunyi-
bunyi yang dihasilkan ialah ‘b’, diikuti oleh
‘a’, ‘j’, ’u’.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
d.Bahasa Dilambangkan Secara Struktur
-Begitu juga pengucapan yang lebih panjang
seperti ‘ Wanita itu sangat cantik’ . ‘Wanita’
merupakan kelompok bunyi yang mendahului ‘itu’
dan kedua-duanya mendahului pula kelompok
bunyi ‘sangat cantik’.Inilah yang dikatakan
struktur dalam bahasa.
-Jikasatu susunan itu dapat menggambarkan pula
struktur bentuk pengujaran , maka terhasil pula
apa yang dikatakan pola-pola dalam bahasa.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
e. Bahasa Bersifat Arbitrari
- bermaksud konsep rujukan yang tiada hubungan
mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna
atau benda,’rumah’ yang disebut sebagai (rumah)
dalam bahasa Melayu, (haus) dalam bahasa Inggeris,
(ngomah) dalam bahasa Jawa dan (bait) bahasa Arab.
Hal ini menunjukkan bahawa simbol dan bunyi bahasa
bersifat sewenang-wenangnya, iaitu tiada perkaitan
antara bunyi dengan simbol secara tetap bagi bahasa-
bahasa di dunia.Manusia yang berbeza budaya
menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk
sesuatu simbol
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
f. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
-bahasa sebagai alat komunikasi dan boleh
berlaku dalam dua cara iaitu lisan dan tulisan.
-Komunikasi lisan bermaksud penutur
mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk
didengari dan difahami oleh pendengar.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
f. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
-Komunikasi tulisan - catatan menggunakan
tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca
bagi menyampaikan idea atau perkara.
-Penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi
menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi
yang erdiri daripada penutur, pendengan, topik
perbicaraan,latar belakang dan tujuan.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
g. Bahasa Bersifat Sejagat
-Bahasa bersifat sejagat – boleh dituturkan dan
dipelajari oleh sesiapa sahaja.
-Bahasa berbeza dan beraneka namun bersifat
universal kerana, sifat bahasa yang paling asas ialah
bunyi, semua bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi
bahasa yang terhasil daripada alat artikulator.
-Setiap bahasa yang dituturkan juga mempunyai makna
yag difahami oleh penutur dan pendengarnya.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
h. Bersifat Dinamis
-Bahasa berpotensi untuk berkembang,
membuat penyesuaian dan menerbitkan
pembaharuan.
-Pertembungan kebudayaan menambahkan
perbendaharaan kata bagi sesuatu bahasa.
LINGUISTIK TERAPAN DAN SIFAT BAHASA
Sifat Bahasa
Ciri-Ciri Bahasa
i. Bahasa Bersifat Bervariasi
-Terdapat kepelbagaian bagi sesuatu bahasa.
-Bahasa mempunyai pelbagai dialek yang
diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan
laras bahasa.
FUNGSI BAHASA MELAYU

1. BAHASA KEBANGSAAN
Sewaktu penjajahan British di Tanah Melayu,
Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa
pendidikan dan pentadbiran.

Hanya 10% daripada bilangan penduduk Tanah


melayu ketika itu berkebolehan bertutur Bahasa
Inggeris.
FUNGSI BAHASA MELAYU
1. BAHASA KEBANGSAAN

Setelah mencapai kemerdekaan, negara


Malaysia memerlukan satu bahasa
kebangsaan untuk ;
a. menjadi dasar bagi satu identifikasi
kebangsaan,
b. memenuhi keperluan sebagai lambang
perpaduan,
c. memenuhi desakan semangat kebangsaan.
FUNGSI BAHASA MELAYU
1. BAHASA KEBANGSAAN

Pemilihan BM sebagai bahasa kebangsaan


kerana;
a. peratus bilangan penduduk Melayu adalah
yang terbanyak berbanding dengan kaum
lain.
b. BM menjadi bahasa lingua franca.
FUNGSI BAHASA MELAYU
2. SEBAGAI BAHASA RASMI
1.Penggunaan bahasa dalam situasi rasmi;
- Urusan pemerintahan dan pentadbiran
- Sistem pendidikan negara
- Urusan perdagangan dan perusahaan
- Upacara rasmi
- Kehakiman dan seumpamanya

2. Bahasa rasmi tidak semestinya merupakan bahasa


kebangsaan dan boleh melebihi satu jenis bahasa.

3. BM menjadi bahasa rasmi tunggal selepas kemerdekaan


negara.
FUNGSI BAHASA MELAYU
3 SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

1. Terdapat kepelbagaian pola bahasa di dunia.

2. Bahasa menjadi alat komunikasi yang terbatas di


lingkungan kaumnya sendiri.

3. Setiap negara mempunyai satu bahasa yang


“standard” atau selaras yang berfungsi sebagai
penyatuan.
3. SEBAGAI BAHASA PERPADUAN
4. Bahasa bertindak sebagai alat yang
menghubungkan penutur pelbagai dialek
bahasa dan menyatukan mereka dalam
satu masyarakat bahasa.
5. Hasil penyatuan ini melahirkan satu bangsa
kerana bahasa merupakan alat pengisi
fikiran, alat melahirkan pendapat/ fikiran
yang menjadi alat perpaduan yang sebaik-
baiknya.
6. Di Malaysia, BM berfungsi sebagai bahasa
perpaduan.
FUNGSI BAHASA MELAYU

Kenapa Bahasa Melayu dipilih menjadi Bahasa


Perpaduan?
1. Menjadi alat yang menghubungkan penutur-
penutur yang menuturkan pelbagai dialek
bahasa. Ini menyatukan masyarakat dalam
satu masyarakat bahasa.
2. Mempunyai syarat-syarat untuk memenuhi
keperluan menjadi Bahasa kebangsaan serta
melambangkan kedaulatan dan perpaduan
rakyat.
3. Menjadi asas kebudayaan kebangsaan.
4. Menjadi asas menyatupadukan rakyat.
FUNGSI BAHASA MELAYU
4 SEBAGAI BAHASA
PENGANTAR
Bagi mencapai maksud
hendak menyatukan
budak-budak daripada
semua bangsa di negeri
ini, maka perlu digunakan
bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar.
FUNGSI BAHASA MELAYU
4 SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu mula digunakan sebagai


bahasa pengantar pada tahun 1958 di
sekolah menengah Melayu, menjadi bahasa
pengantar semua mata pelajaran (kecuali
bahasa Inggeris) di Darjah 1 pada tahun 1975
(Semenanjung ) dan 1977 ( Sarawak).
FUNGSI BAHASA MELAYU
4 SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

Pada tahun 1980 semua


sekolah menengah
menggunakan BM sebagai
bahasa pengantar sepenuhnya.
Di universiti tempatan
penggunaan BM sebagai bahasa
pengantar dimulakan pada
tahun 1984.
FUNGSI BAHASA MELAYU
4 SEBAGAI BAHASA ILMU

KONSEP BAHASA ILMU


- Bahasa yang mampu menjadi perantaraan
bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga
ke peringkat tinggi.

BAHASA ILMIAH
- Bahasa yang bersifat ilmu (secara)
pengetahuan, keilmuan, akademik.
FUNGSI BAHASA MELAYU
CIRI-CIRI BAHASA ILMU
I. Keintelektualan bahasa
- perbendaharaan kata
- struktur kata
- pengimbuhan

II. Kesempurnaan bahasa


- kestabilan
- kelenturan
- kepelbagaian
- keberkesanan
- keindahan
4. BM SEBAGAI BAHASA ILMU
1. BM mampu menjadi perantaraan bagi
penyampaian ilmu pengetahuan sehingga
ke peringkat tinggi.

2. BM mempunyai perbendaharaan kata,


istilah dan bahasa yang sesuai
mengungkapkan konsep dan pemikiran
yang kompleks dan abstrak.

3. Untuk mencapai taraf bahasa ilmu, perlu


mempunyai ciri keintelektualan dan
kesempurnaan bahasa.
1.1.3 BM SEBAGAI BAHASA ILMU

I. KEINTELEKTUALAN BAHASA

1. Keintelektualan bahasa melibatkan


keupayaan sesuatu bahasa itu
menyampaikan buah fikiran dan hujah
dengan tepat dan berkenaan.

1. Keintelektualan bahasa tercapai melalui


perkembangan perbendaharaan kata
(kosa kata dan struktur tatabahasa).
I. KEINTELEKTUALAN BAHASA

3. Perbendahraan kata BM kini jauh lebih


banyak dan jauh lebih khusus sifatnya.

4. Struktur BM sekarang benar-benar


kompleks dan asing.

5. Struktur pengimbuhan menjadi kompleks


dan ada imbuhan asing yang sudah
mempengaruhi pembentukan kata BM.
1.1.3 BM SEBAGAI BAHASA ILMU

II. KESEMPURNAAN BAHASA

1. Dicapai melalui kestabilan, kelenturan,


kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahannya.

1. Kestabilan merujuk kepada kepatuhan


terhadap peraturan-peraturan sedia ada
pada aspek sistem ejaan, pengimbuhan,
sebutan baku dan ayat.
II. KESEMPURNAAN BAHASA
3. Kelenturan bermaksud kesesuaian
terhadap pembaharuan-
pembaharuan yang berlaku dalam
masyarakat bahasa, boleh
menyesuaikan diri dengan
perubahan masa dan selera
penuturnya tanpa mengorbankan
sifat-sifat asalnya
1.1.3 BM SEBAGAI BAHASA ILMU

II. KESEMPURNAAN BAHASA


4. Keupayaan merujuk kepada gaya
penyampaian yang pelbagai.

5. Keupayaan memberikan maksud


dengan tepat dan berkesan adalah
merujuk kepada ciri keberkesanan,
sementara bahasa yang sedap di
dengar, bertenaga dan menarik serta
dapat menyentuh perasaan dikaitkan
kepada ciri keindahan bahasa itu
sendiri.
Linguistik Terapan dan Sifat bahasa
Soalan Tutorial
Kumpulan 1
Bincangkan konsep dan takrif bahasa daripada pelbagai
sumber.

Kumpulan 2
Jelaskan ciri-ciri bahasa Melayu dan bincangkan ciri-ciri
Yang boleh dikongsi oleh bahasa lain di dunia.

Kumpulan 3
Bincangkan fungsi Bahasa Melayu.

Bentangkan hasil perbincangan anda.

You might also like