You are on page 1of 1

RINGKASAN

[40 markah]

Salah satu budaya yang dimiliki oleh bangsa yang maju di dunia ialah budaya menegur. Budaya
menegur ini ialah budaya yang menggalakkan anggota masyarakatnya menegur antara satu
sama lain dengan tujuan untuk memperbaiki keadaan. Dalam budaya Melayu, perkataan tegur-
menegur bermaksud bersapa dan saling bercakap. Tegur-menegur bermaksud saling bercakap
dengan tujuan untuk memberikan nasihat dan tunjuk ajar.

Budaya tegur-menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti, kehidupan


berkampung dan kehidupan berjiran yang dapat membentuk perpaduan dalam sistem
perhubungan sosial Melayu. Jadi, apabila orang Melayu menegur kelakuan seseorang, bukanlah
bertujuan untuk menimbulkan perselisihan, tetapi untuk menasihati seseorang itu.

Dalam budaya tegur-menegur ini, orang yang menegur seharusnya mempunyai kelayakan ilmu
dan mempunyai moral yang dapat diteladani oleh pihak yang ditegur. Selain itu, tidak ada
proses tegur-menegur jikalau pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya sahaja
yang betul, manakala pendapat orang yang ditegurnya salah. Oleh itu, dalam bahasa Melayu,
ungkapan tegur-menegur membayangkan ciri interaksi antara kedua-dua belah pihak. Melalui
proses ini, pihak yang menegur juga dapat belajar daripada pihak yang ditegur.

Bagaimana pun, budaya ini berbeza dengan amalan mengutuk dan memberi pandangan kritis.
Budaya mengutuk bercanggah dengan prinsip agama sementara pandangan kritis dianggap
lebih menjurus kepada profesionalisme dan akan menjejaskan keputusan yang dibuat oleh
pihak yang berkuasa.

Amalan menegur ini sudah lama wujud di alam Melayu dan dilakukan secara halus, tersirat,
bertatatertib, beradat dan berakal budi. Mereka menggunakan kiasan, perumpamaan, sindiran
tamsil dan ibarat termasuk bahasa berlapik sehingga kesannya dapat meresap ke dalam jiwa
orang yang ditegur.

Namun begitu, tidak bermakna orang Melayu tidak ada keberanian menegur secara berterus-
terang. Dalam masyarakat Melayu lama, terbukti bahawa orang bawahan berani mencabar
raja-raja Melayu yang melanggar adat Melayu.

Oleh itu, budaya ini mesti dihidupkan semula bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh
sesuatu pihak dalam usaha kita memajukan masyarakat. Jika orang Melayu yang prihatin dan
berkelayakan tidak membuat teguran, lama-kelamaan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan
akan memusnahkan masa depan bangsa sendiri.

You might also like