You are on page 1of 2

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Berbilang

Kaum di Malaysia.
Akhlak dan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang berbilang bangsa
amat dipentingkan. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India
yang mana mengamalkan kebudayaan, adat resarm, agama dan bahasa
masing-masing.
Masyarakat Malaysia mempunyai budaya yang membolehkan
berinteraksi antara satu sama lain dan dapat melaksanakan satu matlamat
yang sama iaitu membentuk masyarakat yang berpegang teguh dengan
ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang
diajar dalam agama mereka. Interaksi ini amat penting untuk menhindar
masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yangtidak sihat dan
menyalahi norma-norma kehidupan.
Interaksi antara kaum dapat mengeratkan hubungan antara satu sama
lain dan mewujudkan perpaduan. Pembentukan identity budaya warga
Malaysia ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia.
Dasar perpaduan dan inergrasi nasional berbagai-bagai etnik adalah
perlu untuk rakya bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucarkacir.
Semangat syura hendaklah disuburkan bagi menyelasaikan isu-isu yang
berkaitan dengan gejala keruntuhan moral dan akhlak dalam masyarakat.
Bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari
ini penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu

diteruskan dan dipupuk. Penghayatan nilai-nilai murni sangat diperlukan


dan diamalkan oleh setiap kaum bagi mengurangkan gejala sosial.
Setiap kaum saling menghormati adat-istiadat masing-masing. Ini
menunjukkan kaum masyarakat di Malaysia mengamalkan nilai-nilai
murni yang ditentukan oleh agama tersendirinya. Penghayatan nilai-nilai
murni bukan sahaja melahirkan insane yang beriman malah
membanggakan nama Negara juga.

You might also like