You are on page 1of 3

ETIKA PENYATU MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Etika merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Manusia yang beretika
sentiasa dipandang mulia dari kaca mata masyarakat. Mereka dihormati, pandangan serta
idea mereka menjadi rujukan masyarakat. Sejak awal peradaban manusia, tamadun-
tamadun utama dunia meletakkan etika setaraf dengan agama dan kepercayaan. Raja-raja
pada zaman dahulu menitahkan para sarjana dan pendeta mengarang pelbagai kitab etika
dan susila sebagai pedoman kehidupan untuk masyarakat.

Namun, kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan suatu hikmah besar
kepada umat manusia. Kepelbagaian ini membolehkan manusia memperlajari dan
mengenali antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Kesantunan
insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu
dititikberatkan. Ini realiti harus difahami dan diterima semua pihak. Walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat
kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan
matlamat perpaduan nasional. Kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada
semangat penerimaan dan rasa hormat tinggi antara kaum dan agama. Justeru, keutamaan
harus diberi kepada usaha mempraktikkan etika-etika diiringi dengan nilai keluhuran budi
pekerti dalam masyarakat. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan masyarakat
akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman baik terhadap
peranan masing-masing untuk menerapkan etika dan nilai murni dalam interaksi seharian.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam konteks masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia hari ini, gejala konflik
tentunya tidak dapat dielakkan. Lumrahnya, dalam interaksi seharian masyarakat majmuk
akan terdapat isu-isu yang akan timbul akibat dari perbezaan dan kepelbagaian ini. Namun
begitu, menurut Chamil Wariya (2007) faktor ketidakseimbangan sosioekonomi dan
kelemahan pihak kerajaan menawarkan polisi yang komprehensif dalam menangani isu
tersebut menyebabkan sebahagian pihak bertindak memanipulasi faktor etnik dan agama
untuk mencetuskan konflik dan ketegangan dalam masyarakat.

Kepelbagaian masyarakat merupakan satu bahagian semula jadi kebanyakan negara di


dunia sekarang. Menurut Syarifuddin (2014) ciri antoganisme atau perbezaan yang
merupakan asas dalam pembentukan sesebuah masyarakat menyebabkan gejala konflik ini
akan sentiasa berlaku. Seringkali wujud konflik dalam pemilihan dan penetapan nilai-nilai
masyarakat kerana ia melibatkan pelbagai pihak yang memiliki sistem nilai individu yang
didasari oleh pengalaman, kekangan dan kepentingan peribadi. Selain itu, komponen nilai-
nilai ini sama ada nilai etika, seringkali berubah mengikut konteks dan situasi semasa. Sistem
nilai masyarakat lazimnya diadaptasi berdasarkan kepentingan dan komitmen sosial,
budaya, ekonomi dan politik. Perbezaan dan kepelbagaian kepentingan dan komitmen
dalam semua aspek tersebut menyukarkan pembinaan satu set etika atau norma, atau
sistem nilai yang memuaskan hati setiap pihak. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum, budaya dan agama mewujudkan elemen perbezaan, persaingan dan pertentangan
sesama mereka menjadikannya cabaran berterusan dalam mengurus kemajmukan sosial ini.
Cabaran ini wujud terutama dalam aspek membentuk keharmonian, kedamaian dan
interaksi positif antara pelbagai bangsa, agama dan budaya ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti nilai etika dalam pembentukan jati diri setiap lapisan masyarakat majmuk
di Malaysia.
2. Mengenalpasti kaedah dan sumber pendekatan nilai etika dalam diri masyarakat majmuk
di Malaysia.
3. Menghubungkait nilai etika dalam penyatuan masyarakat majmuk di Malaysia.

You might also like