You are on page 1of 26

MARKAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

SEMESTER 2 SESI 2023

KPN4053: PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

TAJUK

ISTINJAK

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

ZULAIHA BINTI KAMARUDDIN (K) L20222012876 01119986570

NUSAIBAH BINTI TAJUDIN L20222012871 01125563207

NOR ADAWIAH BINTI IBRAHIM L20222012865 0199259185

WAN NORSYAHIDATUL AIMAN BINTI WAN ISMAIL L20222012866 0136612490

KUMPULAN KULIAH : DPLI YIK D

PENSYARAH : DR MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAPI


1.0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan satu proses mengukur dan menilai kebolehan murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (KPM, 2016). Perubahan yang dilakukan dalam amalan pentaksiran adalah lebih
menjurus kepada proses untuk melihat perkembangan pembelajaran murid (Kalai, 2019). Sistem
peperiksaan tradisional yang diamalkan didapati mempunyai pelbagai kelemahan yang sememangnya
didapati kurang sesuai untuk diamalkan pada zaman ini. Setiap murid haruslah melalui proses
pembelajaran agar mereka dapat menguasai standard kandungan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Bagi merealisasikan matlamat ini Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan untuk
menguji tahap pencapaian dan kemajuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (KPM,
2016). PBD merupakan satu anjakan yang telah dilakukan selari dengan pengenalan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. KSSR memberi
penekanan kepada tiga aspek utama, iaitu Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan
Standard Prestasi (SP). Proses penggubalan kurikulum yang telah mengambil kira ketiga-tiga aspek ini
telah meletakkan pentaksiran sebagai satu elemen utama dalam pembelajaran. Hal ini kerana, tugas
guru bukan sahaja untuk menyampaikan kurikulum yang telah direka bentuk malah untuk mentaksir
murid-murid sepanjang proses pengajaran dijalankan.

Tugas sebagai seorang pengajar dan pentaksir bukanlah satu tugas yang mudah,
memandangkan guru harus mempunyai pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan kedua-dua
tanggungjawab ini (Lane et al., 2015). Melalui garis Panduan Pelaksanaan PBD (KPM 2018), guru
dapat membuat penilaian secara menyeluruh dari aspek penilaian kognitif (intelek), psikomotor
(jasmani), afektif (emosi dan rohani), sosial, dan seiring dengan kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani (IREJ). Justeru, guru bukan
hanya menguasai kandungan kurikulum sahaja, malah harus mengetahui cara menggunakan kaedah
yang sesuai untuk menyampaikan kurikulum tersebut kepada murid (Lam, 2015).

1.1 PENGERTIAN PENTAKSIRAN

Menurut (Boon Pong Ying et al., 2017), pentaksiran merupakan bahagian utama dalam proses
pengajaran pembelajaran dan istilah ini menggambarkan proses berterusan yang merangkumi
pengumpulan, penginterpretasian, perekodan dan pelaporan maklumat mengenai prestasi murid
supaya dapat membantu guru membuat keputusan. Maka, pentaksiran merujuk istilah umum
yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid
dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran (Miller, Linn &
Gronlund, 2009). Contohnya, skala kadar prestasi, projek, ujian kertas dan pensel, pemerhatian
dan sebagainya digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan guru membuat keputusan
untuk tindakan yang selanjutnya. Secara umumnya, pentaksiran merangkumi deskripsi
kuantitatif dan kualitatif tentang murid. Tambahan pula, pentaksiran sentiasa meliputi
penghakiman nilai mengenai keputusan yang dibuat.

1.2 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses bersepadu untuk menentukan keadaan, takat pembelajaran
dan perkembangan murid. Proses ini akan berkesan jika ciri-ciri diberikan pertimbangan.
Terdapat beberapa kriteria yang menentukan kualiti dan kreadibiliti alat pentaksiran. Kriteria
yang perlu dipertimbangkan merangkumi sasaran pembelajaran yang jelas dan sesuai, kaedah
dan prosedur pentaksiran yang sesuai, kesahan, kebolehpercayaan, kemudahtadbiran,
kemudahtafsiran dan objektiviti.

Menurut Naapie Mat (2006), kesahan merupakan satu konsep pengukuran yang
merujuk sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat
ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara tepat
kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji. Merujuk kepada manual am pentadbiran
instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia, kesahan ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan
dan cakupan. Oleh yang demikian, item-item yang dikemukakan hendaklah akur dengan
kurikulum dan spesifikasi ujian serta mempunyai kesesuaian dari segi kumpulan sasaran, aras
kesukaran, konteks dan situasi.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), kebolehpercayaan sesuatu ujian


merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian itu beberapa kali.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian. Antaranya ialah
keadaan emosi, tempat ujian, suasana persekitaran dan kesihatan. Faktor-faktor ini boleh
mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan. Kebolehpercayaan skor sesuatu ujian
dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. Dengan ini, calon
benar-benar dapat diuji dengan cara yang boleh dipercayai.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kemudahtadbiran sesuatu ujian


merujuk sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di dalam bilik atau dewan
peperiksaan. Kelicinan kemudahtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek penyediaan
bilik peperiksaan, masa yang singkat, ujian dimulakan tepat pada masa, arahan yang jelas,
pengawasan yang rapi dan pengutipan skrip jawapan yang terurus. Selain itu, bilangan soalan
yang disediakan mestilah berpatutan dengan masa yang diperuntukkan agar calon dapat
menjawab semua soalan-soalan tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007) lagi, kemudahtafsiran sesuatu ujian


dapat merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat ditafsir dengan cara yang
boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaian. Hasil penilaian daripada
proses tafsiran, dapat memberi gambaran jelas mengenai pencapaian dan kedudukan calon,
kekuatan dan kelemahan calon, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P),
kesesuaian item ujian dan pencapai objektif P&P di dalam kelas. Oleh yang demikian, adalah
amat penting markah pencapaian calon dikumpul dan ditafsir dengan tepat dan jelas dalam
bentuk angka statistik, jadual dan graf supaya kemudahtafsirannya tinggi.

Menurut R. Jeyagobi & S. Subramaniam (2007), objektiviti sesuatu ujian merujuk


kepada ketepatan seseorang memeriksa jawapan calon. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai ciri
objektiviti yang tinggi sekiranya pemeriksa memberi markah skim pemarkahan yang
ditentukan. Dengan kata lain, ujian yang mempunyai objektiviti yang tinggi adalah ujian yang
mempunyai skema pemarkahan yang telah ditetapkan dan tidak boleh dipengaruhi oleh emosi
pemeriksa. Ini bermaksud skrip jawapan yang sama akan menunjukkan markah yang sama
walaupun diperiksa oleh beberapa orang pemeriksa.

1.3 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PRESTASI

Jenis-jenis
pentaksiran
prestasi

Pentaksiran Pentaksiran Pentaksiran


Berasaskan Prestasi Prestasi
Sekolah (PBS) Kerja (PPK) Pelajar (PPP)

Gambar Rajah 1: Jenis-jenis pentaksiran prestasi


Jenis pentaksiran prestasi merujuk kepada kaedah penilaian yang digunakan untuk mengukur
kemajuan seseorang dalam sesuatu bidang atau subjek. Terdapat beberapa jenis pentaksiran
prestasi, termasuklah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) iaitu kaedah ini melibatkan
penilaian yang dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah dan bertujuan untuk mengukur
kemajuan pelajar dalam pembelajaran. Contohnya, pentaksiran formatif dan pentaksiran
sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) seperti instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai
semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir
setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

Seterusnya, pentaksiran prestasi kerja (PPK) iaitu kaedah ini digunakan untuk menilai
prestasi pekerja dalam organisasi atau syarikat. Terdapat beberapa contoh pentaksiran prestasi
kerja, antaranya ialah pentaksiran prestasi berdasarkan objektif. Penilaian prestasi kerja
dilakukan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan sebelumnya. Objektif ini harus spesifik,
terukur, dapat dicapai, relevan, dan berbatasan waktu. Contoh objektif yang dapat ditetapkan
adalah peningkatan produktivitas, peningkatan kualitas pekerjaan, atau peningkatan kehadiran.
Selain itu, pentaksiran prestasi berdasarkan kompetensi ialah penilaian prestasi kerja dilakukan
berdasarkan kemampuan dan keterampilan yang dibutuhkan dalam pekerjaan. Contoh
kompetensi yang dapat dinilai adalah kemampuan berkomunikasi, kemampuan bekerja dalam
tim, atau kemampuan mengambil keputusan. Di samping itu, pentaksiran prestasi berdasarkan
perilaku ialah penilaian prestasi kerja dilakukan berdasarkan perilaku karyawan dalam bekerja.
Contoh perilaku yang dapat dinilai adalah integritas, disiplin, atau tanggungjawab. Selepas itu,
pentaksiran prestasi berdasarkan hasil kerja ialah penilaian prestasi kerja dilakukan berdasarkan
hasil kerja yang telah dicapai oleh karyawan. Contoh hasil kerja yang dapat dinilai adalah
jumlah produk yang dihasilkan, tingkat kepuasan pelanggan, atau tingkat efisiensi.

Selain itu, pentaksiran prestasi pelajar (PPP) ialah kaedah ini digunakan untuk menilai
kemajuan pelajar dalam pembelajaran dan biasanya melibatkan ujian, tugasan, dan projek.
Terdapat beberapa jenis pentaksiran prestasi seperti pentaksiran formatif dan sumatif.
Pentaksiran formatif dilakukan secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian
murid. Sementara itu, pentaksiran sumatif dilakukan pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk menilai tahap pencapaian murid. Tujuan pentaksiran prestasi pelajar adalah
untuk memantau pencapaian pelajar, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar, serta
membantu guru merancang pengajaran yang lebih berkesan.
1.4 PRINSIP DALAM PENTAKSIRAN

Di antara prinsip-prinsip utama dalam amalan pentaksiran di dalam bilik darjah adalah seperti
berikut:

1. Pentaksiran formatif dan sumatif berdasarkan rujukan kriteria dan rujukan norma yang
dilaksanakan.
2. Pentaksiran merangkumi pelbagai kaedah, formal atau tidak formal untuk mencapai hasil
pembelajaran.
3. Pentaksiran dilaksanakan dengan pelbagai kaedah terkini bagi menilai tahap intelektual dan
kemahiran generik murid melibatkan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
4. Pentaksiran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan melibatkan
pemikiran aras tinggi bagi mengukur pencapaian hasil pembelajaran.
5. Pentaksiran amali dilaksanakan secara berterusan bagi mata pelajaran yang berteraskan
kemahiran bertujuan mengukur kebolehan murid mengaplikasikan ilmu yang diperoleh
dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan
sikap.
6. Amalan pentaksiran disampaikan dengan jelas kepada murid merangkumi objektif, bentuk,
wajaran pentaksiran bagi membolehkan murid merancang.

1.5 KAEDAH PENTAKSIRAN

Secara umumnya terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, penyoalan lisan dan
penulisan. Pentaksiran menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut boleh dilaksanakan secara
berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas tentang
kebolehan dan tahap penguasaan murid. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk
membuat pentaksiran terhadap murid seperti berikut:

1.5.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal ‘first hand encounter’
tentang item yang hendak dikaji (Merriam, 2002). Kaedah pemerhatian yang digunakan
di dalam pentaksiran adalah agak subjektif kerana melibatkan sikap dan emosi
seseorang penilai. Ia boleh menjadi bias apabila seseorang penilai akan menilai orang
yang dinilai berdasarkan sesuatu yang dirasakan baik baginya dan penilaian yang
dilakukan itu tidak semestinya baik pada penilai yang lain. Namun kaedah ini boleh
digunakan apabila sukar untuk mengesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja
bertulis murid. Biasanya, penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil
kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

1.5.2 Penyoalan Lisan

Kaedah penyoalan secara lisan dalam pentaksiran digunakan untuk mengesan serta-
merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan
amalan dan sikap murid (Rahman, 2010). Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu guru dalam meningkatkan
pemahaman konseptual dan kontekstual murid terhadap apa yang sedang dipelajari
(Nooriza & Effandi, 2013). Penyoalan lisan merupakan suatu kaedah komunikasi yang
berkesan bagi meningkatkan tahap pemikiran murid serta menggalakkan penglibatan
mereka secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
(Muhammad Sofwan & Aida Suraya, 2018). Bukan itu sahaja, penggunaan penyoalan
lisan juga memberikan impak yang baik kepada guru di mana guru dapat membuat
penilaian tentang sejauh mana keberkesanan pengajaran harian yang dilaksanakan oleh
mereka (Desli &Galanopoulou, 2017). Pentaksiran secara lisan boleh dibahagikan
kepada beberapa acara (Zanaton & Esther, 2012), iaitu:

a. Lisan antara guru dengan murid: Guru memberikan soalan kepada murid
menjawab soalan tersebut atau guru memberikan suatu topik dan murid perlu
menceritakan atau membentangkan tajuk tersebut.
b. Lisan antara murid dengan murid: Guru memberikan suatu tajuk tugasan kepada
murid dan mereka terlibat membincangkan tugasan tersebut.
c. Lisan antara murid dengan bahan pembelajaran: Guru memberikan sekeping
gambar dan murid hendaklah mengolah gambar tersebut mengikut kefahaman
mereka masing-masing.

1.5.3 Penulisan

Kaedah pentaksiran ini melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan
daripada kerja bertulis murid seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek,
karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran
hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri potensi murid secara
berterusan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Kaedah ini
kebiasaannya digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan di sekolah dan paling
mudah diuruskan kerana pentaksiran ini boleh menguji beberapa murid dalam waktu
yang sama.

Kesimpulannya, pentaksiran dianggap sebagai alat, teknik, prosedur dan


semua aktiviti yang diambil oleh guru dan murid untuk memperoleh maklumat melalui
cara formal dan tidak formal. Menurut Arends (2004), maklumat yang dikumpulkan
akan menyediakan maklum balas untuk membantu menambahbaik aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan diri mereka.

2.0 PERANCANGAN

Perancangan merupakan proses di mana pengkaji menentukan matlamat yang hendak dicapai dan
menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi. Proses menentukan visi, misi dan matlamat dan membentuk tindakan yang diambil
untuk mencapai matlamat tersebut. Guru-guru yang efektif mengaplikasikan ilmu untuk
membangunkan proses rancangan PdP terhadap murid-murid bermula daripada perancangan,
pelaksanaan dan seterusnya pentaksiran. Pengajaran bermula daripada pemahaman guru tentang apa
yang perlu diajar dan bagaimana pengajaran itu diajar. Aktiviti sebelum, semasa dan selepas PdP adalah
penting untuk melihat mutu pengajaran guru. Perkara ini sedikit sebanyak membantu guru mencapai
objektif pengajaran dan dapat melakukan refleksi selepas pembelajaran terhadap murid-murid berlaku.

Pengkaji akan menjalankan tugasan ini di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Tugasan ini
berkaitan dengan tajuk istinjak. Berikut merupakan Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) yang akan
dijalankan di sekolah tersebut:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 25/10/2023

Masa mengajar : 10.00 – 11.00 pagi

Kelas : 2 al-Furqan

Bil.Pelajar : 23/23 orang

Mata Pelajaran : Ibadah

Tajuk : Pelajaran 3 - Istinjak


Subtopik : 3.3 Istinjak

i. Pengertian istinjak

ii. Alat-alat istinjak

iii. Cara menggunakan alat-alat istinjak

Objektif : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

- menyebut pengertian istinjak

- kenal pasti alat-alat istinjak

- mengetahui cara penggunaan alat-alat istinjak

Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah sedia ada pengetahuan tentang pengertian dan hukum istinjak
pada pembelajaran yang lepas

Konsep : Najis, istinjak, alat-alat istinjak

Kaedah : Tayangan video, penerangan, pentaksiran

Nilai : Kebersihan diri

KBKK : Menjana idea, banding beza

BBM : Bahan maujud (air, batu, kertas, tisu, daun kering, anak patung)

Aktiviti pembelajaran
Fasa Isi kandungan dan pengajaran Catatan
Guru Pelajar

Permulaan : Gambar gurun Guru bersoal jawab Pelajar memberi Strategi : soal
Set Induksi dengan pelajar. respon jawab
5 minit
Guru menerangkan Pelajar dapat BBM : gambar
maksud istinjak mengetahui berwarna
kepada pelajar. maksud istinjak
KBKK :
menjana idea
-Dimanakah Nilai :
kawasan ini? kebersihan

-Bagaimanakah
keadaan di gurun?

-Mengaitkan
keadaan kawasan
gurun dengan
istinjak

-Apakah maksud
istinjak?

Mengstruktur Mempamerkan Guru Pelajar membuat Strategi: pamer


Idea dan menerangkan mempamerkan alat- pemerhatian bahan maujud
Masa 10 minit alat-alat istinjak alat istinjak dan
menerangkan alat- BBM: bahan
alat istinjak maujud

a. Apakah alat- Guru menerangkan Pelajar KBKK: menjana


alat istinjak? alat-alat istinjak. mendengar idea
Alat-alat istinjak: penerangan guru
i. Daun kering berkenaan alat- Teori:
ii. Batu alat istinjak. kontekstual
ii. Kertas
iii. Tisu Nilai: menjaga
iv. Kain kebersihan
v. Air
b. Bagaimana cara Guru menjelaskan Pelajar menyebut
menggunakan cara menggunakan alat-alat istinjak
alat-alat istinjak? alat-alat istinjak: dan cara
menggunakan
alat istinjak

i.hilangkan najis
dengan
menggunakan
benda-benda yang
kesat.

ii.basuh qubul atau


dubur
menggunakan air
mutlak sehingga
hilang rupa, warna
dan bau najis

c. Soal jawab kuiz Guru menyediakan Pelajar menjawab


kuiz kepada kuiz disediakan
pelajar: oleh guru

a. Soalan kuiz Pelajar dapat


mengenai alat-alat menjawab soalan
istinjak yang disediakan

Aplikasi idea Guru Guru Pelajar Strategi:


masa 20 minit membahagikan membahagikan mendengar Pembelajaran
kumpulan kepada beberapa arahan guru dan koperatif.
kumpulan membentuk
kumpulan
Guru meminta Setiap ahli BBM: Bahan
pelajar berbincang kumpulan perlu maujud (air, batu,
bagaimana cara- menyumbang kertas, tisu, daun
cara menggunakan idea kering, anak
alat istinjak patung).

Guru mengarahkan Setiap kumpulan KBKK:


setiap kumpulan membuat membuat
untuk membuat pembentangan penilaian
pembentangan mengenai cara
beristinjak Nilai :
bekerjasama

Refleksi Rumusan daripada Guru memilih Pelajar buat Strategi: soal


Masa 5 minit isi pembelajaran beberapa orang kesimpulan: jawab
hari ini murid secara rawak
untuk membuat BBM: tayangan
rumusan pada hari slaid
ini
KBKK:
Guru membuat Pelajar membuat
rumusan: mendengar rumusan.
Guru menyatakan rumusan daripada
nilai yang diperoleh guru Nilai:
pada hari ini kepimpinan
dalam sesuatu
organisasi

Pentaksiran Pengertian Guru membuat Pelajar ditaksir Strategi : rubrik


Masa 1 jam istinjak, alat-alat pentaksiran kepada oleh guru
istinjak, cara pelajar KBKK :
beristinjak menjana idea
2.1 TUGASAN PENTAKSIRAN

Tugasan ini akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru pada hari Rabu yang
bertarikh 25 Oktober 2023. Ia akan dijalankan terhadap murid tahap 1, tahun 2 al-Furqan.
Bilangan murid seramai 23 orang. Tajuk yang dipilih untuk disampaikan kepada murid ialah
bab istinjak dalam subjek Ibadah. Masa yang diperuntukkan selama 40 minit untuk
menyampaikan pembelajaran bab istinjak kepada murid.

Tugasan ini dijalankan bagi mencapai pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran


untuk Pembelajaran (assessment for learning) dikenali juga sebagai pentaksiran formatif. Ia
merupakan proses pentaksiran untuk pembelajaran berterusan yang melibatkan peranan guru
menguji pengetahuan pemahaman dan kemahiran murid sebagai bukti maklum balas terhadap
keberkesanan pengajaran guru. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu
murid dalam pembelajaran agar lebih efektif. Pentaksiran ini adalah proses mencari dan
mentafsir bukti untuk digunakan oleh murid dan guru dalam membuat keputusan pada
peringkat murid berada dalam pembelajaran mereka dan menunjukkan langkah yang perlu
diambil untuk meningkatkan pembelajaran seterusnya (Assessment Reform Group, 2002).
Pentaksiran untuk Pembelajaran (assessment for learning) bertujuan untuk:

1. Membantu murid membuat refleksi dan belajar dengan lebih berkesan dan bukan
pencapaian markah dan gred semata-mata.
2. Melibatkan aktiviti pentaksiran secara formal dan tidak formal yang boleh dijadikan
sebahagian daripada proses pembelajaran dan maklum balas untuk perancangan
pembelajaran akan datang.
3. Merangkumi matlamat yang jelas untuk aktiviti pembelajaran.
4. Membekalkan maklum balas yang efektif untuk memotivasikan murid.
5. Mencerminkan kepercayaan bahawa semua murid boleh memperbaiki diri.

2.2 KOMPONEN UTAMA DALAM PENTAKSIRAN

Di dalam sesuatu pentaksiran perlu mengandungi komponen berikut, iaitu:


i. Instrumen.
ii. Kumpulan yang ditaksir (murid).
iii. Makluman balasiv. Kumpulan yang menaksir (guru).
iv. Skor pemarkahan.
2.3 ELEMEN DALAM PENTAKSIRAN

Sesuatu pentaksiran yang baik ialah penilaian yang dirangka oleh guru untuk mentaksir strategi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pembelajaran murid yang dibina (Mohd
Faizal et al., 2014). Elemen-eleman yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam melaksanakan
amalan pentaksiran amat penting supaya setiap bentuk dan item pentaksiran yang dirangka
adalah sesuai dan munasabah untuk ditadbirkan terhadap murid-murid. Berikut ialah elemen-
elemen yang perlu diberi penekanan dalam membina item pentaksiran, iaitu:

2.3.1 Instrumen

Instrumen ialah alat yang dibina oleh guru untuk mentaksir strategi pentaksiran
berdasarkan objektif pembelajaran murid. Tujuannya adalah untuk memungut
maklumat yang dapat menggambarkan kemajuan pengajaran dan pembelajaran pada
masa itu dan memantau kemajuan murid ke arah pencapaian hasil pembelajaran akhir
(year-end learning outcome). Alat pentaksiran ialah seperti anekdot, portfolio, rubrik,
senarai semak, skala dan soalan. Guru perlu mempunyai satu rubrik untuk menilai
prestasi murid dalam aspek tertentu yang mengandungi satu set kriteria skor digunakan
untuk menilai prestasi tugasan murid.

2.3.2 Skor

Skor adalah merujuk kepada rubrik yang dibina oleh penaksir (guru). Skor amat
penting dalam melaksanakan sesuatu pentaksiran. Ciri-ciri skor rubrik yang baik ialah:
i. Guru mampu mentafsirnya dengan baik.
ii. Membantu guru merancang memperbaiki kelemahan murid.
iii. Membantu murid menilai dan menaksir tugasan mereka sendiri.
iv. Membolehkan ibu bapa mentaksir matlamat dan keputusan tugasan.
v. Membantu guru menjadi lebih jitu, adil dan tekal dalam memberi skor
pemarkahan.
2.3.3 Komponen Skor Rubrik

Skor rubrik mengandungi pelbagai komponen. Setiap komponen mengandungi satu


atau lebih dimensi prestasi, didefinisikan dan diberi contoh. Pengkelasan, pendefinisian
dan contoh menghuraikan ciri yang diukur dan diberi skala pengukuran untuk dimensi
tersebut. Secara ideal, semua elemen tugasan mampu diukur dengan rubrik.

2.3.4 Elemen Skor Rubrik

Skala rubrik boleh dibina dalam dua bentuk, iaitu kuantitatif, skala dalam bentuk
nombor dan kualitatif, skala dalam bentuk pelaksanaan. Contohnya, belum, sedang,
sempurna, pembaca baharu, perlukan bimbingan, pembaca berdikari, pembaca
cemerlang, tiada bukti, bukti yang sedikit, ada bukti tapi tidak cukup, bukti yang
lengkap. Dalam tugasan pentaksiran ini, guru menggunakan skala rubrik yang
berbentuk kuantitatif.

2.4 ALAT PENSKORAN

Pentaksiran prestasi murid memerlukan kaedah penskoran. Secara umumnya, terdapat dua cara
penting untuk mentaksir respons murid, iaitu penskoran analitik dan holistik. Skor secara
analitik terdiri daripada jumlah skor yang berasingan dan biasanya jumlah wajaran diperoleh
selepas setiap skor didarabkan dengan nombor mengikut kepentingan setiap kriteria yang
dinilai. Skor holistik pula diperoleh dengan membandingkan esei murid dengan sampel esei
yang mewakili respon baik, sederhana dan lemah sesuatu item.

Sebelum membincangkan kedua-dua jenis penskoran secara mendalam, pemahaman


tentang rubrik pemarkahan adalah perlu. Mengikut Brookhart (2013), rubrik merupakan satu
set kriteria yang koheren untuk tugasan murid yang merangkumi diskripsi tahap-tahap kualiti
prestasi terhadap kriteria. Selain itu, rubrik didefinisikan sebagai alat menskor/ penggredan
yang mengandungi senarai kriteria dan standard tanda aras dan digunakan untuk pemberian
skor/ gred bagi tugas pentaksiran atau hasil pembelajaran. Rubrik juga memerihalkan kualiti
prestasi bagi setiap gred yang bermula daripada kualiti terbaik hinggalah kualiti yang
munasabah dan seterusnya kualiti yang amat rendah untuk setiap kriteria atau setiap satu hasil
pembelajaran.
Dalam tugasan ini, pengkaji menggunakan alat penskoran dan rubrik analitik. Rubrik
analitik menerangkan tugas setiap kriteria secara berasingan. Untuk tujuan pentaksiran dalam
bilik darjah, rubrik analitik adalah paling baik. Hal ini, kerana, rubrik jenis ini hanya berfokus
kepada satu kriteria pada satu masa dan ini baik untuk pentaksiran formatif dan pengajaran
disebabkan murid boleh mengetahui aspek yang perlu diberikan perhatian oleh mereka.

3.0 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

Tugasan ini dirancang secara berkumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. Ia juga melibatkan
seramai 23 orang murid di Sekolah Kebangsaan Kampong Baru.

3.1 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

3.1.1 Sebelum Pelaksanaan

Pada tarikh 23 September 2023, Dr Mazarul Hasan Bin Mohamad Hanapi, selaku
pensyarah kumpulan D telah memberi tugasan yang melibatkan sekolah, murid dan
ahli kumpulan. Hasil perbincangan bersama ahli kumpulan mengenai tugasan tersebut,
kami telah memilih salah sebuah sekolah di daerah Pasir Mas iaitu Sekolah Kebangsaan
Kampong Baru.

Lantaran itu, kami berhubung dengan guru besar Sekolah Kebangsaan


Kampong Baru iaitu Tuan Ahmad Izahan Bin Ibrahim bagi meminta kebenaran untuk
melaksanakan tugasan kami di sekolah tersebut. Setelah perbincangan selesai, kami
mendapat persetujuan daripada guru besar untuk menjalankan tugasan tersebut pada
hari Rabu bertarikh 25 Oktober 2023. Kami telah memilih kelas 2 al-Furqan untuk
menjalankan tugas pentasksiran ini. Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) telah
mengosongkan jadual pembelajaran pada hari kejadian.

Kami bersepakat memilih tajuk “Istinjak” berdasarkan silibus tahun 2 mata


pelajaran Ibadah. Seterusnya, kami merangka satu rancangan pengajaran harian (RPH)
bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan di sekolah
tersebut. Setelah selesai merangka RPH, kami dapat mengenal pasti keperluan yang
diperlukan bagi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan
baik.
Kemudian, kami mencari bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian
dengan tajuk Istinjak. BBM yang kami gunakan adalah bahan maujud seperti batu,
kertas, tisu, daun kering, kain, air dan anak patung. Kami juga menggunakan BBM
berbentuk visual seperti gambar gurun dan gambar alat-alat istinjak. Selain itu, kami
juga menyediakan sedikit saguhati untuk diberikan kepada guru besar dan cenderahati
untuk diberikan kepada murid-murid tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan
dengan baik.

3.1.2 Semasa Pelaksanaan

Pada hari Rabu bertarikh 25 Oktober 2023, kami berjumpa dengan PKP terlebih dahulu
sebelum masuk ke kelas 2 al-Furqan. Pada waktu rehat, kami menuju ke kelas 2 al-
Furqan bagi persiapan tempat sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Kemudian, murid masuk ke kelas, pengajaran dan pembelajaran berlangsung


selari dengan rancangan pembelajaran harian yang diaturkan oleh kami. Set induksi
yang dijalankan dengan mempamerkan gambar visual dan gambar alat-alat istinjak,
murid merespon pertanyaan guru berdasarkan gambar tersebut. Guru meneruskan
pengajaran di dalam bilik darjah seperti yang dirangka dalam RPH.

Dalam proses pengajaran yang dijalankan terdapat aktiviti berkumpulan yang


melibatkan semua murid. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan murid diberi
nombor satu hingga lima untuk menentukan kumpulan masing. Setiap murid berada
dalam kumpulan masing-masing mengikut nombor yang diberikan oleh guru. Setiap
kumpulan perlu memilih ketua kumpulan. Seterusnya, ketua kumpulan akan
mengambil satu keping sticky note yang mengandungi tajuk-tajuk berkaitan alat-alat
istinjak seperti batu, kertas, kain, tisu dan daun kering.

Kumpulan pertama perlu membentangkan cara beristinjak dengan


menggunakan batu. Kumpulan kedua perlu membentangkan cara beristinjak dengan
menggunakan daun kering. Kumpulan ketiga pula mendapat tajuk kertas dan perlu
membentangkan cara beristinjak dengannya. Seterusnya, kumpulan keempat perlu
membentangkan cara beristinjak menggunakan kain. Kumpulan yang terakhir perlu
membentangkan cara beristinjak dengan tisu. Semua kumpulan disediakan dengan
bahan maujud untuk membentangkan tajuk masing-masing. Masa yang diperuntukkan
untuk perbincangan antara ahli kumpulan selama 10 minit. Selepas itu, setiap
kumpulan membentangkan tajuk masing-masing selama 10 minit. Pembentangan
daripada mereka berjalan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.

Setelah selesai proses pembentangan daripada semua ahli kumpulan, guru


menilai hasil kerja mereka dengan baik. Murid memberi tindak balas yang positif
dengan soalan guru berkaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut dan hanya
beberapa orang murid tidak dapat menguasai cara-cara beristinjak dengan sempurna.

Aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti pentaksiran. Pentaksiran dilaksanakan


adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian murid dalam pembelajaran istinjak.
Setiap murid dinilai dengan menggunakan skala rubrik analitik. Rubrik analitik yang
digunakan mempunyai lima skor prestasi iaitu skor lima untuk sangat cemerlang, skor
empat untuk cemerlang, skor tiga memuaskan, skor dua adalah lemah dan skor satu
adalah sangat lemah. Seramai 23 orang murid dinilai untuk melengkapkan pentaksiran
yang kami jalankan.

Ahli kumpulan kami terdiri daripada empat orang ahli, setiap ahli akan
mendapat enam atau tujuh orang murid untuk dinilai. Setiap murid akan dinilai seorang
demi seorang. Perkara yang dinilai dalam pentaksiran ini ialah menyatakan pengertian
dan hukum, menyebut alat-alat istinjak dan menyebutkan cara menggunakan alat-alat
istinjak. Pentaksiran ini berjalan dengan lancar dan baik. Semua murid memberikan
kerjasama yang baik kepada kami dalam menjayakan tugasan ini.

Sebelum mengakhiri tugasan ini, kami memberikan cenderahati kepada murid


tanda penghargaan di atas kerjasama mereka. Kerjasama ini sangat membantu kami
dalam menjalankan tugasan dengan jayanya. Murid-murid sangat seronok dengan
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku pada hari tersebut. Kami bergambar dengan
murid-murid tanda kenang-kenangan.

Sebelum pulang, kami berjumpa dengan guru besar untuk mengucapkan ribuan
terima kasih dan memberi saguhati kepadanya kerana mengizinkan kami menjalankan
tugasan pentaksiran di sekolahnya. Kami juga bergambar bersama guru besar tanda
ingatan tulus ikhlas. Guru besar berlapang dada menerima kunjungan daripada kami
dan mengalu-alukan kedatangan kami lagi.
3.1.3 Selepas Pelaksanaan

Setelah semuanya selesai, kami bereempat mengira hasil pentaksiran yang dijalankan
di dalam bilik darjah. Hasil daripada pentaksiran yang dijalankan, kami mendapati
seramai 7 orang murid mendapat keputusan sangat cemerlang, seramai 13 orang murid
mendapat keputusan cemerlang dan hanya 3 orang murid mendapat keputusan
memuaskan. Kesimpulannya, tiada murid yang mendapat keputusan lemah dan sangat
lemah dalam pentaksiran tersebut. Seterusnya, kami menyiapkan powerpoint dan video
berkaitan tugasan ini untuk dibentangkan kepada Dr. Mazarul Hasan dan rakan-rakan
di dalam bilik kuliah.

4.0 ANALISIS SWOT

Dapatan daripada pentaksiran istinjak yang dilakukan kepada murid tahun 2 al-Furqan telah membantu
guru untuk mengenal pasti faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi cara istinjak yang dilakukan
oleh murid. Hasil daripada pentaksiran yang dilaksanakan, guru telah membuat penilaian pada semua
aspek untuk beristinjak. Penyediaan instrumen dan aras kemahiran pada boring rubrik telah dijadikan
sebagai panduan kepada guru untuk menilai prestasi murid sama ada sangat cemerlang, cemerlang,
memuaskan, lemah dan sangat lemah.

1. Kekuatan (strengths)
a. Murid dapat menyebut pengertian istinjak, mengetahui hukum istinjak, mengenali alat-
alat istinjak dan menunjukkan cara beristinjak dengan betul.
b. Murid dapat mengetahui cara beristinjak selain daripada menggunakan air.
c. Pendedahan skor rubrik dalam pentaksiran dapat membantu guru memperbaiki kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk istinjak.

2. Kelemahan (weaknesses)
a. Aplikasi istinjak dalam kehidupan murid tidak pernah berlaku dan menyebabkan
mereka gagal untuk mempraktikkan cara beristinjak selain menggunakan air.
b. Murid tidak dapat menyatakan dengan jelas cara beristinjak selain menggunakan air
kerana mereka sudah terbiasa beristinjak menggunakan air.
3. Peluang (opportunity)
a. Murid berpeluang menambah pengetahuan tentang cara-cara beristinjak dan bersedia
mengaplikasikannya dalam keadaan tertentu.
b. Membekalkan ilmu pengetahuan tentang istinjak kepada murid supaya dapat
menggunakannya dalam keadaan darurat ketika ketiadaan air.
c. Pendedahan amalan menganalisis markah penskoran murid berdasarkan rubrik dapat
membantu guru untuk memperbaiki kualiti item kandungan rubrik ke arah lebih baik
bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

4. Ancaman (threats)
a. Murid kurang praktikal kerana tidak pernah mengamalkan kaedah beristinjak selain
menggunakan air dalam kehidupan harian.
b. Murid tidak dapat menjelaskan cara beristinjak dengan tepat kerana kurang
pengetahuan tentang istinjak.
c. Borang rubrik yang dijadikan sebagai penanda aras skor markah prestasi murid
menyebabkan murid tidak yakin dan gugup untuk melakukan cara beristinjak. Hal ini
menyebabkan murid tidak dapat melakukan cara beristinjak dengan sempurna dan
tidak selesa untuk dinilai oleh guru.

Hasil daripada analisis SWOT yang diperoleh selepas pentaksiran istinjak, guru dapat memperbaiki dan
memantapkan kaedah pengajaran dalam pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Pengalaman
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan akan dapat mengurangkan kadar kelemahan murid dalam
menguasai sesuatu pembelajaran.

5.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah proses pentaksiran ini dilaksanakan, terdapat beberapa cadangan tindakan yang boleh dilakukan
dalam menambahbaik pelaksanaan pentaksiran, iaitu:

1. Guru seharusnya memberi penerangan tentang borang rubrik pemarkahan yang digunakan
terlebih dahulu agar murid-murid lebih jelas dan faham tentang item-item atau kriteria-kriteria
yang akan diukur dan bersedia melaksanakan tugasan mereka sebaik mungkin.
2. Guru hendaklah melakukan pra pentaksiran terlebih dahulu dengan menggunakan borang
rubrik pemarkahan untuk aktiviti-aktiviti murid sebagai pendedahan awal cara pelaksanaan
pentaksiran yang sebenar.
3. Guru perlulah menggunakan gambar visual yang berkaitan dengan istinjak bersaiz besar supaya
semua murid dapat melihat dengan jelas gambar tersebut.
6.0 RUMUSAN

Pentaksiran dalam pendidikan memainkan peranan yang penting bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar dan berkesan. Tanpa pentaksiran yang
dilakukan oleh guru, sudah semestinya guru tersebut tidak dapat mengesan kelemahan murid dalam
proses pembelajaran. Tambahan pula, pentaksiran dalam pendidikan juga tidak hanya memfokuskan
kepada pelajar semata-mata tetapi dilihat dari aspek pengajaran guru. Pentaksiran yang berkesan
memastikan guru dapat menilai semula kelemahannya dalam proses pengajaran dan seterusnya
memperbaiki atau menstruktur semula agar guru dapat menyampaikan maklumat dengan betul dan
tepat.

Selain itu, setiap tujuan yang terdapat dalam pentaksiran ini akan memberikan hubungan yang
era tantara guru dan murid, malah hubungan ini dapat memberi dorongan serta nasihat terhadap murid
yang perlu diperbaiki semasa diadakan pelaporan kemajuan.

Secara keseluruhannya, pentaksiran mengenai istinjak telah berjaya dilaksanakan oleh guru dan
juga murid-murid. Melalui pengajaran dan pembelajaran tentang istinjak yang dijalankan, guru telah
membuat pentaksiran bagi mengetahui tahap skor prestasi murid. Sistem pentaksiran secara formatif
sangat membantu dalam perkembangan murid-murid terutamanya kepada murid berpencapaian rendah.
Ini adalah kerana mereka sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri setelah diberikan
maklum balas secara bersemuka berdasarkan rubrik penskoran yang diberikan.

Murid akan menyedari kesalahan yang dilakukan dan akan sedaya upaya untuk memahami
secara lebih mendalam tentang istinjak. Tanpa maklum balas, murid tidak akan dapat mengetahui
kesalahan yang dilakukan dan tiada ruang untuk memperbaiki kesalahan diri pada masa sekarang dan
akan datang. Dapat disimpulkan harapan tinggi daripada para guru agar penilaian pentaksiran ini
diteruskan amalannya di sekolah dari semasa ke semasa kerana terdapat manfaat yang besar jika
mengamalkannya secara berterusan.

Justeru, guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah agar proses pelaksanaan PBD dapat diterima murid dengan menarik dan berkesan.
Dalam masa yang sama akan mempertingkatkan nilai markah pentaksiran terhadap murid dalam
mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang bermutu dan kaya dengan nilai generik murid secara
holistik.
Rujukan

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawren Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan,
Selangor Darul Ihsan, Oxford Fajar Sdn. bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Buku panduan pentaksiran bilik darjah. Jabatan pengurusan
peperiksaan dan SENAT. Institut Pendidikan Guru Malaysia. Cyberjaya: Selangor

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Pentaksiran bilik darjah (PBD) murid berkeperluan khas
(MBK) masalah pembelajaran tahap 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Lam, R. 2015. Language assessment training in Hong Kong: Implications for language assessment
literacy. Language Testing, 32(2), 169-197

Lane, K. L., Oakes, W. P.,Powers, L., Diebold, T., Germer, K., Common, E.A., & Brunsting, N. 2015.
Improving teachers' knowledge of functional assessment-based interventions: Outcomes of a
professional development series. Education and Treatment of Children, 38(1), 93-120

https://www.pendidik2u.my/pentaksiran-bilik-darjah-pbd/
Lampiran

BORANG PENTAKSIRAN ISTINJAK

Nama: ________________ Kelas:____________________

SKALA PENILAIAN
BIL. ASPEK PENILAIAN
1 2 3 4 5
1. Pengertian istinjak

2. Hukum istinjak

3. Menyebut alat-alat istinjak

4. Menyebut cara untuk beristinjak menggunakan air

5. Menyebut cara untuk beristinjak menggunakan


batu

6. Menuebut cara untuk beristinjak menggunakan


kertas

7. Menyebut cara untuk beristinjak menggunakan


tisu

8. Menyebut cara untuk beristinjak menggunakan


daun kering

9. Menyebut cara untuk beristinjak menggunakan


kain

Keterangan:
• 5 ( Sangat Cemerlang )
• 4 ( Cemerlang )
• 3 ( Memuaskan )
• 2 ( Lemah )
• 1 ( Sangat Lemah )
RUBRIK PENSKORAN ISTINJAK

DESKIPTOR
SKOR/
PRESTASI Menyatakan Menyebut alat-alat Menunjukkan cara
pengertian dan hukum istinjak menggunakan alat-
alat istinjak

5 Menyebut pengertian Menyebut dan mengenal Menerangkan


Sangat dan hukum istinjak semua alat istinjak : penggunaan alat-alat
Cemerlang dengan tepat dan jelas. istinjak dengan
1. Air lancar.
Istinjak: membasuh 2. Batu
tempat keluar najis iaitu 3. Kertas
zakar/ faraj dan dubur 4. Tisu
selepas membuang air 5. Daun kering
kecil ( kencing ) atau air 6. Kain
besar ( berak ).

Hukum : wajib

4 Menyebut pengertian Menyebut dan mengenal Menerangkan


Cemerlang istinjak dengan lancar 4 alat istinjak sahaja. penggunaan alat-alat
dan hukum yang tidak istinjak dengan
tepat. ringkas.

3 Tidak dapat menyebut Menyebut dan mengenal Menerangkan


Memuaskan pengertian dan hukum 2 alat istinjak sahaja. penggunaan alat-alat
istinjak dengan tepat. istinjak dengan tidak
lancar.
Istinjak: membasuh
tempat keluar najis.

2 Dapat menyebut Menyebut dan mengenal Menerangkan


Lemah pengertian dan hukum 1 alat istinjak sahaja. penggunaan alat-alat
istinjak dengan bantuan istinjak dengan
guru. bantuan guru.

1 Tidak dapat menyebut Tidak mengenal alat-alat Tidak dapat


Sangat pengertian dan hukum istinjak. menerangkan
Lemah istinjak. penggunaan alat-alat
istinjak.
Bahan Maujud

Pembentangan Kumpulan

Pentaksiran
Bersama Guru Besar dan murid 2 al-Furqan

Bersama Pensyarah dan Ahli Kumpulan

You might also like