You are on page 1of 20

PUSAT PENGAJIAN

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PLG 516
PENGAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH

SEMESTER I
SIDANG AKADEMIK 2018/2019

TAJUK TUGASAN:
LAPORAN PEMBENTANGAN
( INDIKATOR KEBERKESANAN SEKOLAH SERTA 5 FAKTOR
YANG DIJADIKAN SEBAGAI INDIKATOR MENILAI
KEBERKESANAN SEKOLAH)

NAMA NO MATRIK NO KP
NURUL FATIN NABILA BT MD RAZI S-PM0252/17 900409-08-5710
INTAN ZARITH DIANA BT.YAHYA S-PM0217/17
NAMA PENSYARAH
PROFESOR DR ABDUL GHANI KANESAN BIN ABDULLAH
DR ABDUL JALIL ALI
ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 Definisi Indikator 1


1.1 Ciri-ciri Indikator Keberkesanan Sekolah 1-3

1.2 Faktor Menyumbang Kepada Keberkesanan Sekolah

1.2.1 Kepimpinan Profesional 3-7

1.2.2 Pengajaran Bermatlamat 8-9

1.2.3 Tumpuan Kepada Pengajaran 9-11

1.2.4 Penyeliaan Secara Berperingkat 11-13

1.2.5 Iklim Sekolah Kondusif 13-14

1.2.6 Rumusan 15

Bibliografi
Jelaskan maksud dan ciri-ciri indikator keberkesanan sekolah/pendidikan. Dengan

memilih 5 faktor bermakna yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah, berikan

penilaian anda sejauhmanakah faktor-faktor tersebut telah digunakan sebagai indikator

dalam menilai keberkesanan sekolah.

1.0 Definisi indikator

Secara umumnya definisi indikator ialah satu himpunan statistik konstruk asas pendidikan

dan sangat berguna dalam menilai konteks amalan polisi pendidikan. Indikator juga merupakan

kayu ukur dalam menilai amalan keberkesanan sekolah. Dalam kata lain, indikator merupakan

penanda aras pencapaian dalam mengelola program dan aktiviti untuk menentukan matlamat

dan objektif pendidikan tercapai (Morrissey,2000).

Menurut Wood (2007) indikator ialah pengukuran tidak langsung sesuatu peristiwa seperti

pencapaian murid dalam peperiksaan. Hal ini memberi makluman awal tentang pencapaian murid

dan secara tidak langsung memberi maklumat kepada guru tentang tahap keupayaan murid.

Selain itu, indikator juga ialah variable yang menunjukkan satu kecenderungan situasi yang dapat

dipergunakan untuk mengukur perubahan. Secara asasnya indikator memberi penekanan

terhadap aspek pengukuran dan perubahan. Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa definisi

indikator ialah satu sistem pengukuran yang mudah dan berkesan dan membantu organisasi

menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan selaras dengan misi

dan visi sebuah sekolah.

1.1 Ciri-Ciri Indikator Keberkesanan Sekolah

Kriteria pemilihan indikator merujuk kepada hasil penilaian ukuran yang diuruskan. Secara

umumnya indikator mestilah bersifat informatif, adil dan diterima oleh semua orang. Hal ini

dimana indikator yang ingin dinilai harus sesuai digunakan mengikut kesesuaian sesuatu ciri

(Rusmuni, 2006). Jika sesuatu perubahan berlaku, indikator harus sensitif untuk

1
menggambarkan perubahan tersebut secara menyeluruh. Menurut Sharifah (2000), ciri-

ciri indikator yang digunakan untuk menilai keberkesanan sekolah mengambil konsep S.M.A.R.T

iaitu spesific, measurable, achiveable, realiable dan time base goal. Antara kata kunci yang

digunakan ialah S-Spesifik. Hal ini merujuk kepada ciri-ciri indikator yang spesifik iaitu matlamat

yang ingin dinyatakan haruslah jelas dan bertujuan (Kelly A,2001). Sebagai contoh sasaran

pencapai murid dalam peperiksaan akhir tahun. Disini guru telah menetapkan matlamat yang

jelas dengan menilai keputusan murid selepas peperiksaan akhir tahun dijalankan. Hal ini dapat

membantu guru mengesan kelemahan dan membuat penambahbaikkan dari keputusan murid

yang telah diperolehi.

Seterusnya ialah M-measurable iaitu boleh diukur. Hal ini merujuk kepada sasaran yang

dinilai mestilah dalam bentuk angka serta boleh diukur.Merujuk kepada (PKPA, 2005)

menyatakan bahawa, matlamat seharusnya boleh diukur.Dalam konteks ini pengukuran memberi

nilai tambah dan kesahan tentang keberkesanan indikator di sebuah sekolah. Sebagai contoh

peratus pencapaian murid yang lulus dalam peperiksaan akhir tahun menunjukkan perubahan

yang positif.Hal ini sekaligus menjadi penanda aras yang baik terhadap proses penambahbaikkan

yang telah dilakukan oleh guru .

Ciri indikator seterusnya ialah A-achievable iaitu boleh dicapai. Hal ini merujuk kepada

sasaran indikator yang mestilah logik dan mengambil kira pelbagai faktor organisasi.Menurut

Sharifah (2000) menetapkan sasaran mengikut tahap keupayaan sesebuah sekolah merupakan

antara ciri sekolah berkesan. Walaubagaimanapun sasaran yang ditetapkan haruslah logik dan

boleh dicapai bagi kumpulan yang dipilih. Sebagai contoh menetapkan bilangan murid yang

memperoleh gred A bagi semua matamuridan . Hal ini sememangnya dapat dicapai sekiranya

murid yang dipilih mempunyai tahap kognitif yang tinggi dalam setiap matapelajaran.

Ciri seterusnya pula ialah R-releven dimana sasaran mestilah sesuai dan mengikut

peringkat yang ingin ditetapkan.Releven merujuk kepada ciri indikator yang boleh diterima oleh

2
semua lapisan organisasi (Kelly A,2002). Sebagai contoh keputusan peperiksaan akhir tahun

merupakan antara ciri indikator yang menjadi kayu ukur kepada semua guru dalam menilai tahap

keberkesanan pengajaran mereka. Justeru ciri ini memberi peluang kepada guru untuk membuat

intervensi dan penambahbaikkan keberkesanan pengajaran dalam memberi impak positif

terhadap pencapaian murid di masa akan datang.

Ciri indikator yang terakhir ialah mempunyai T- time based goal iaitu mempunyai tempoh

masa tertentu. Hal ini merujuk kepada sasaran yang ingin dinyatakan mestilah boleh dicapai

dalam jangka masa tertentu dan tidak mengambil masa yang lama. Menurut (Cadwell, 1998)

menyatakan bahawa indikator mestilah mempunyai jangka hayat tertentu dalam menilai

keberkesanannya.Sebagai contoh dalam menilai tahap keberkesanan pengajaran guru, sesuatu

tempoh masa telah ditetapkan seperti pencapaian murid dalam peperiksaan akhir tahun. Hal ini

dimana guru mendapat maklumat yang holistik terhadap keberkesanan pengajarannya selama

10 bulan melalui hasil pencapaian murid.

Melalui ciri-ciri indikator yang telah dinyatakan dapatlah disimpulkan bahawa indikator

merupakan satu amalan yang harus diterapkan dalam budaya kerja untuk mengukur tahap

prestasi yang telah disasarkan. Melalui indikator dapat memberi maklumat awal yang menyeluruh

serta dapat membantu guru mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan bagi

menjamin keberkesanan serta memenuhi aspirasi piagam sekolah.

1.2 Faktor Menyumbang Kepada Keberkesanan Sekolah

Secara umumnya terdapat pelbagai faktor atau indikator yang menyumbang kepada

keberkesanan sekolah. Hal ini merujuk kepada 11 ciri-ciri sekolah berkesan (Mortimer, 1995)

dalam James Ang Jit Eng, Balasandran Ramiah (2012), antara faktor utama yang menyumbang

kepada indikator keberkesanan sekolah ialah kepimpinan profesional. Kepimpinan profesional

ialah kepimpinan yang bersifat “distributed leadership” iaitu yang berkongsi peranan secara

kolektif dengan guru untuk kecemerlangan sekolah berasaskan matlamat yang sama. Menurut

3
Noordin Yahya, Shariffudin Ismail (2004) menyatakan bahawa kejayaan sistem pentadbiran

sebuah sekolah adalah bergantung kepada kemudahan sekolah, kualiti kurikulum, sumber

pengajaran, kualiti kepimpinan dan kemahiran profesional guru-gurunya. Justeru dapatlah

diringkaskan bahawa kepimpinan profesionalisme ialah pemimpin yang berupaya membentuk

keperibadian yang unggul dan berkarisma. Hal ini mendorong kepada sikap pemimpin yang

versetile dan proaktif dalam menjalankan amanahnya mentadbir sebuah organisasi di sekolah.

Pemimpin sekolah yang profesional dapat memberi contoh tauladan yang baik yang kepada guru

serta amat penting dalam melahirkan sekolah berkesan.

1.2.1 Kepimpinan Profesional

Menurut Mortimer (1988) dalam James Ang Jit Eng (2014), faktor utama yang

menyumbang kepada keberkesanan sekolah ialah kepimpinan profesional. Antaranya ciri yang

sering diberi perhatian ialah tegas dan bermatlamat. Melalui proses ini pemimpin sekolah perlulah

mempunyai visi dan misi yang jelas dalam dalam menetapkan hala tuju yang ingin dicapai.

Pemimpin yang merupakan guru besar mahupun pengetua haruslah memastikan semua

matlamat yang ditetapkan mesti difahami dengan jelas oleh semua warga sekolah. Hal ini

bertujuan bagi mendapatkan sokongan dan bantuan guru-guru dan staf sekolah ke arah

mencapai keberkesanan sekolah. Melalui proses ini pemimpin sekolah dapat menetapkan KPI

dalam setiap matamuridan yang ingin disasarkan.

Selain itu, halatuju sekolah juga dapat membantu guru untuk membuat pelan

perancangan strategik setiap unit kurikulum dan kokurikulum di sekolah.Penglibatan secara

langsung oleh guru besar atau pengetua mampu memberi sumbangan idea yang kritis dan kreatif

dalam merancang aktiviti sekolah dengan lebih menyeluruh. Hasil yang diperolehi dapat memberi

maklumat dan membantu pihak sekolah dalam membuat perancangan yang teliti sekiranya

sasaran yang ditetapkan tidak tercapai.

4
Ciri-ciri indikator yang kedua melalui pemimpin profesional ialah mempamerkan

kepimpinan pengajaran. Hal ini merujuk kepada satu konsep yang luas, menyeluruh dan realistik

untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Konsep kepimpinan pengajaran

adalah berkait rapat dengan kepimpinan yang memberi kesan langsung terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran, melibatkan hubungan pengjaran antara guru, murid dan kurikulum

yang disampaikan (Quah, 2011).

Konsep ini menekankan strategi memantapkan pengajaran melalui amalan yang

prosefesional seperti penyeliaan pengajaran, mengawasi kemajuan murid, masa dan kualiti

pengajaran,serta menggalakkan perkembangan profesional dalam kalangan guru. Selain itu

pemimpin sekolah harus membangunkan kapasiti di sekolah demi mencapai objektif pendidikan

yang dirancang. Menurut Bevoise (1984) kepimpinan pengajaran merujuk kepada tindakan yang

diambil oleh guru besar kepada warga sekolah untuk memajukan pembelajaran murid. Dapat

diringkaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah tingkah laku guru besar mahupun pengetua

yang mempengaruhi kualiti pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid (Mohd Yusri,

2012).

Antara proses yang didapati hasil daripada kepimpinan pengajaran dimana setiap

pemimpin sekolah perlu mengetahui secara langsung aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang

dijalankan sekolah.Penglibatan pengetua dan guru besar dalam aktiviti sekolah dapat memberi

motivasi dan peneguhan kepada guru dan murid bagi memastikan kejayaan sesuatu program

yang disertainya. Antara hasil yang diperolehi melalui pemimpin pengajaran ialah murid dapat

menyertai pelbagai pertandingan samada di peringkat sekolah, daerah, mahupun negeri melalui

peruntukkan yang diberikan serta dapat memberi insentif kepada guru yang telah bertungkus

lumus dalam memastikan kejayaan aktiviti sekolah yang disertainya.

Ciri indikator yang ketiga melalui kepimpinan profesional ialah pemimpin yang kerap

membuat refleksi kendiri. Refleksi kendiri merujuk kepada amalan menghuraikan pemikiran dan

5
refleksi sebagai satu cara menghadapi siuasi bermasalah. Menurut Dewey (1993) menyatakan

refleksi kendiri ialah seorang pemimpin yang melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan

masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Pemimpin profesional harus

mempunyai kesediaan melaksanakan refleksi kendiri yang bertujuan untuk membuat

penambahbaikkan dari segi ilmu dan kemahiran serta meningkatkan kemajuan murid dan

organisasi. Hal ini dapat memupuk budaya kepimpinan yang positif serta sentiasa berusaha

memperbaiki diri dalam mentadbir organisasi.

Antara proses yang dijalankan ialah guru besar membuat latihan dalam perkhidmatan

(LDP) kepada semua guru bagi melihat kekuatan dan kelemahan sesuatu aktiviti yang telah

dijalankan.Hasil post-mortem tersebut dapat dijadikan penanda aras kepada penambahbaikkan

aktiviti di masa akan datang . Selain itu mesyurat dari setiap unit di sekolah membuka peluang

kepada semua warga sekolah berkongsi idea dan pandangan terhadap kemajuan sesuatu

program yang ingin dilaksankan. Hal ini gambaran awal kepada pengetua mahupun guru besar

bagi memantau kemajuan aktiviti sekolah secara holistik dari masa ke semasa .

Hasil daripada proses yang dijalankan melalui refleksi kendiri ialah dapat mengeratkan

hubungan pemimpin organisasi bersama warga sekolah seperti guru, staf sokongan dan

murid.Hubungan pemimpin yang mesra dan bertoleransi dapat membentuk iklim sekolah yang

positif. Justeru dapat memberi kesan langsung terhadap perjalanan aktiviti sekolah yang lancar

tanpa sebarang halangan.

Antara ciri pemimpin profesional yang seterusnya ialah pemimpin yang dapat membantu

dan memberi motivasi kepada guru. Hal ini dapat didefinasikan sebagai keupayan untuk memberi

tunjuk ajar dan membimbing guru. Pemimpin perlu memainkan peranan dalam memotivasikan

guru dan murid serta mengajar mereka untuk memotivasikan diri mereka. Pemimpin profesional

merupakan tonggak sesebuah organisasi yang menentukan sama ada kejayaan atau kegagalan

organisasi tersebut. Selain itu, motivasi juga boleh menjadi pemangkin untuk merangsang warga

6
sekolah supaya lebih bersikap positif terhadap kerja mereka. Warga sekolah yang mempunyai

motivasi yang tinggi ada kaitannya dengan peningkatan kepuasan kerja, prestasi, pencapaian

dan produktiviti mereka. Pemimpin sekolah perlu memainkan peranan untuk meningkatkan

motivasi guru serta mengajar mereka memotivasikan diri sendiri secara holistik

Melalui proses ini pemimpin dapat memberi galakkan dan sokongan kepada guru yang

menunjukkan prestasi cemerlang seperti memberi insentif markah preatsi yang tinggi dan

meletakkan guru tersebut sebagai calon guru cemerlang. Bagi guru yang bermasalah , guru besar

dapat memberi bantuan dan bimbingan serta motivasi ke arah kemajuan sikap guru tersebut.

Selain itu,pemimpin perlulah bersabar dalam mengawal tingkah laku guru yang negatif serta

membuat perbincangan dan bersemuka dengan guru bermasalah bagi mendengar masalah

mereka.

Sikap prejudis pemimpin terhadap warga sekolah haruslah dielakkan bagi membentuk

persekitaran yang harmoni dan tidak berat sebelah. Antara hasil yang diperolehi melalui ciri

indikator ini ialah perubahan sikap guru ke arah nilai positif. Hal ini sekaligus dapat mengiktiraf

sumbangan dan jasa guru seperti pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang dan anugerah

inovatif di kalangan guru di sekolah .Secara ringkasnya ia dapat menjadi pendorong utama

kepada keberkesanan sebuah sekolah.

Melalui ciri-ciri kepimpinan profesional, elemen-elemen dalam mewujudkan sekolah

berkesan dapat disokong oleh pemimpin yang tegas dan bermatlamat, pemimpin yang

mempamerkan kepimpinan pengajaran, pemimpin yang kerap membuat refleksi kendiri,

pemimpin yang bermotivasi dan pemimpin yang menyediakan iklim sekolah yang kondusif.

Sebenarnya kelima-lima elemen tadi adalah berkait rapat dengan kepimpinan profesional.

Dapatlah diringkaskan bahawa kepimpinan profesional ialah indikator yang mempunyai pelbagai

ciri dalam membentuk keberkesanan sekolah. Kesimpulannya, pemimpin yang berkesan akan

memberi impak positif ke arah pembentukan sekolah yang berkesan.

7
1.2.2 Pengajaran Bermatlamat

Pengajaran bermatlamat merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang

keberkesanan sekolah. Faktor ini menyumbang kepada keberkesanan sekolah dari aspek kualiti

pengajaran guru, gaya pengajaran guru dan strategi megajar yang sesuai. Faktor ini juga

disesuaikan daripada model pengurusan sekolah berkesan oleh Peter Mortimore (1995) yang

boleh digunakan sebagai panduan oleh Guru Besar atau Pengetua dalam usaha memastikan

keberkesanan sesebuah sekolah.

Mortimore (1993) dalam James Ang Jit Ebg, Balasandran Ramiah (2012), mengenal pasti

bahawa terdapat empat ciri utama yang membawa kepada pengajaran bermatlamat ini.

Antaranya ialah kecekapan organisasi, kejelasan tujuan dan pengajaran berstruktur.Pengajaran

akan menjadi lebih berkesan dan berjaya sekiranya mendapat perhatian murid.Ini berlaku apabila

guru membuat persediaan mengajar yang rapi dan menyusun strategi pengajarannya.

Pengajaran yang tidak terancang akan menyebabkan perjalanan pengajaran terganggu.

Pengajaran yang bermatlamat turut memfokuskan kepada pengajaran berstruktur.

Terdapat hubung kait pengajaran yang berstruktur dengan peningkatan dalam pencapaian murid.

Pengajaran berstruktur yang sistematik melibatkan pelbagai aspek seperti cara menyoal, layanan

murid serta pemilihan aktiviti pengajaran yang berkesan kepada murid. Pengajaran berstruktur

juga melibatkan pengajaran yang tersusun mengikut langkah pengajaran yang bermula dengan

set induksi, langkah demi langkah seterusnya penutup.

Dalam memastikan pengajaran yang disampaikan mencapai matlamat, proses yang

diperlukan adalah guru mengikuti peringkat demi peringkat dalam pengajaran. Rahil Mahyuddin,

Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar (2009), menjelaskan bahawa proses pengajaran

melibatkan tiga peringkat iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan juga selepas

pengajaran. Pada peringkat sebelum pengajaran, guru seharusnya merancang pengajaran

8
dengan mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada murid sekaligus menentukan strategi

pengajaran yang hendak diaplikasikan dalam kelas.

Berdasarkan strategi yang ditetapkan guru perlu memilih teknik pengajaran dan sumber

bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kumpulan muridnya dari segi kognitif dan juga

latar belakang budaya. Pada peringkat semasa pengajaran, guru hendaklah melaksanakan

pengajarannya secara tersusun dan berstruktur iaitu dimulakan dengan set induksi, langkah

pengajaran dan penutup yang memberi impak kepada penguasaan kemahiran yang disampaikan

kepada murid.

Peringkat yang terakhir ialah selepas pengajaran iaitu guru perlu membuat penilaian

semula terhadap proses pengajaran yang dilaksanakan.Refleksi kendiri perlu dilakukan dalam

memastikan guru dapat menilai kembali kekuatan dan kelemahan proses pengajaran yang telah

dijalankan. Faktor pengajaran bermatlamat ini jelas dapat dijadikan sebagai indikator kepada

keberkesanan sekolah berdasarkan kepada proses perlaksanaan pengajaran guru yang

memberikan impak kepada fokus dan perhatian murid.

1.2.3Tumpuan Kepada Pengajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung tanpa gangguan merupakan

salah satu matlamat tujuan persekolahan. Penekanan terhadap faktor tumpuan kepada

pengajaran dan pembelajaran berbeza di antara setiap sekolah memandangkan ia berkait rapat

dengan keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Tumpuan kepada

pengajaran ini menekankan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang

terbahagi kepada tiga ciri utama iaitu memaksimumkan masa pembelajaran, penekanan kepada

akademik dan juga tumpuan kepada pencapaian murid.

9
Penggunaan masa secara optimum dalam pembelajaran seharusnya dititik beratkan oleh

guru dalam memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru.

Ini dapat dilihat dalam salah satu amalan dalam kepimpinan instruksional iaitu Melindungi Masa

Instruksional (MMI) merupakan salah satu proses bagi guru memastikan masa pengajaran dan

pembelajaran ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

James Ang Jit Eng (2014), menyatakan bahawa terdapat banyak kajian-kajian berkaitan

penggunaan masa untuk pembelajaran dan tujuan penekanan terhadap akademik yang

memberikan impak kepada keberkesanan sekolah. Kemahiran-kemahiran asas iaitu membaca,

menulis dan mengira penting dalam memastikan murid memahami isi kandungan pengajaran

yang disampaikan oleh guru. Kegagalan murid menguasai kemahiran asas ini merupakan punca

utama kepada timbulnya masalah disiplin dalam kalangan murid. Hal ini adalah kerana mereka

yang tidak menguasai 3M ini menjadi lemah dalam pembelajaran seterusnya tidak mampu

mengikuti pengajaran guru.

Faktor ini juga turut memfokuskan kepada pencapaian murid. Dalam sesebuah

pengajaran, guru pastinya menumpukan terhadap peningkatan pencapaian murid terutamanya

dalam peperiksaan. Pemantauan terhadap peningkatan pencapaian murid yang dilakukan

bertujuan memastikan pencapaian murid selari dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak

sekolah. Tumpuan terhadap pencapaian murid ini penting dalam membantu guru untuk lebih

fokus terhadap usaha-usaha membantu murid mengenalpasti kelemahan dalam topik-topik yang

dimuridi sekaligus memberi input kepada guru sendiri dalam proses perancangan, pengajaran

dan penilaian yang berlangsung di sekolah.

Justeru itu, ciri-ciri yang diketengahkan dalam faktor tumpuan kepada pengajaran ini jelas

dapat digunakan sebagai indicator dalam menilai keberkesanan sekolah berdasarkan impak

tumpuan murid dan guru yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

mendorong kepada keberkesanan sesebuah sekolah.

10
1.2.4 Penyeliaan Secara Berperingkat

Menurut Fritz,Miller (2003), perlaksanaan penyeliaan pengajaran guru di dalam bilik

darjah merupakan satu proses untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP)

guru demi untuk memberikan kebaikan kepada murid di sekolah. Faktor penyeliaan guru ini

penting dalam menyumbang kepada keberkesanan sesebuah sekolah berdasarkan kepada

aspek praktikalnya yang melibatkan proses tingkahlaku warga guru yang perlu bekerja secara

sistematik dan mempunyai matlamat.

Bagi sistem pendidikan di Malaysia, perlaksanaan penyeliaan pengajaran guru di dalam

bilik darjah di semua sekolah termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah adalah wajib

dilaksanakan oleh semua guru. Ini penting bagi memastikan semua guru mengetahui panduan

perlaksanaan pengajaran yang jelas bertujuan dan mencapai objektif perlaksanaannya. Wan

Sahfira,(2011), turut menyatakan bahawa penyeliaan ini bertujuan memastikan guru dapat

melaksanakan perkhidmatan (PdP) yang berkualiti dan professional di sekolah.

Peter (2011), menyatakan bahawa penyeliaan pengajaran guru dalam bilik darjah

merupakan kaedah utama bagi menilai keberkesanan dan kualiti PdP guru di sekolah selari

dengan Akta Pendidikan Kebangsaan (1996) yang menjelaskan tentang tujuan penyeliaan

pengajaran guru dalam menentukan taraf PdP di sekolah dilaksanakan secara berkesan dan

dikekalkan kualitinya dari semasa ke semasa.

Penyeliaan di setiap peringkat terutamanya dalam pengurusan kurikulum penting untuk

dilaksanakan dalam memantau keberkesanan pengajaran guru disesebuah sekolah.Penyeliaan

oleh pihak pengurusan sekolah amat ditikberatkan kerana ia memberikan impak terhadap

keberkesanan sesebuah sekolah. Aminuddin Adam (2005) menyatakan bahawa penyeliaan oleh

guru besar dapat membantu guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran supaya menjadi

bertambah berkesan.Hal ini adalah kerana melalui penyeliaan, guru besar dapat menilai dengan

11
lebih teliti tentang situasi sebenar yang berlaku dalam bilik darjah sekaligus dapat memperbaiki

kelemahan pengajaran guru dan dapat meneruskan elemen kekuatan pengajaran guru secara

konsisten dalam setiap PdP.

Aminuddin Adam (2005), turut menyatakan bahawa perbincangan dan pertukaran idea

tentang kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan boleh memberikan kesan kepada

peningkatan prestasi murid di bilik darjah. Hasil dan laporan penyeliaan yang disediakan oleh

guru besar boleh dijadikan sebagai rujukan guru-guru untuk menilai semula proses pengajaran

dan menerima input baru dalam melaksanakan PdP yang lebih berkualiti dan berkesan.

Seliaan dan bimbingan juga turut difokuskan dalam Program Transformasi Daerah yang

mengetengahkan beberapa elemen pemantauan dan penyeliaan di setiap peringkat. (Buku

Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah ,2015). Dashboard Prestasi KPM dan

Penilaian Kecemerkangan PPD (PKPPD) misalnya memberikan tumpuan kepada tindakan

intervensi berfokus bagi mencapai Key Perfomance Indicator (KPI) .

Dashboard Prestasi KMPM ini diwujudkan bagi memaparkan hasil matriks berlandaskan

akses, kualiti dan ekuiti, manakala input matriks berlandaskan faktor-faktor yang mempengaruhi

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, melalui cara ini, dashboard

ini dapat berfungsi sebagai alat untuk mengukur, menilai dan memantau pada peringkat

kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah bagi memastikan KPI yang ditetapkan di setiap

peringkat dapat dicapai sekaligus melihat kembali keberkesanan sesebuah sekolah.

Kesimpulannya, faktor penyeliaan di setiap peringkat ini dapat dijadikan sebagai indikator

dalam menilai keberkesanan sekolah berasaskan kepada ciri-cirinya yang jelas menumpukan

kepada peningkatan kualiti dan keberkesanan pengajaran guru dalam kelas. Penyeliaan dan

pemantauan pengajaran guru yang turut dilakukan di setiap peringkat meliputi peringkat negeri,

daerah dan sekolah menunjukkan bahawa keberkesanan sesebuah sekolah dapat ditentukan

berdasarkan pelaporan yang dilaksanakan dalam proses penyeliaan.

12
1.2.5 Iklim sekolah kondusif

Faktor seterusnya yang mempengaruhi keberkesanan sekolah ialah iklim sekolah

kondusif. Faktor ini penting kerana ia meliputi keseluruhan aspek sekolah yang berkesan. Sufean

Hussin (2005), menyatakan bahawa iklim sekolah yang kondusif merupakan salah satu ciri dan

fackor yang menyumbang kepada sekolah yang berkesan. Iklim sekolah ialah suasana sekolah

yang baik dimana keadaan persekitaran dirasakan selesa, tenteram, mesra dan riang dengan

pembelajaran yang lancar (Ahmad Zabidi, 2006).Suasana yang positif serta kemudahan

peralatan sekolah yang mencukupi merupakan antara ciri indikator utama dalam mencapai

keberkesanan sesebuah dalam pembelajaran.

Menurut Abdur Rahman (1995) iklim sekolah yang berkesan mampu menwujudkan

integrasi dan keharmonian sesama murid serta mampu mengurangkan jurang perbezaan

sesama mereka. Pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mengwujudkan

kerjasama dengan keluarga murid, Hal ini sekaligus dapat membentuk pendidikan yang lebih

sempurna kepada murid. Melalui iklim sekolah yang kondusif, guru besar mahupun pengetua

akan melibatkan sekolah dalam pelbagai aktiviti luar seperti gotong royong,dan aktiviti

kemasyarkatan yang melibatkan semua warga sekolah ini. Hal ini melibatkan proses bersepadu

antara komuniti setempat, guru dan pihak pentadbiran. Aktiviti ini dapat membentuk nilai

kerjasama antara pihak sekolah dan warga setempat seterusnya dapat membentuk budaya

sekolah yang mesra pelanggan.

Menurut James Ang Jit Eng (2014), kajian-kajian keberkesanan sekolah turut

memperlihatkan bahawa persekitaran sekolah yang menarik dengan pelbagai kemudahan fizikal

yang berfingsi turut memberikan impak kepada sikap dan pencapaian murid. Kajian oleh Rutter

(1979) dalam James Ang Jit Eng, Balasadran Ramiah (2012) turut menyatakan bahawa sekolah-

sekolah yang diselenggara dengan baik memberikan impak positif kepada pembelajaran murid.

13
Kewujudan landskap dan pondok-pondok bacaan dan aktiviti yang menarik mampu memberikan

kesan kepada ketenteraman minda dan emosi murid di sekolah.

Antara hasil yang diperolehi melalui iklim sekolah yang kondusif ialah sekolah dapat

menyertai pelbagai pertandingan seperti sekolah hijau, keceriaan kelas serta dapat mengeratkan

hubungan mesra dalam komuniti setempat. Hal ini sekaligus dapat mengwujudkan suasana

pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya dapat membantu murid memperoleh pencapaian

yang lebih baik dan membentuk kepuasan guru-guru untuk bekerja. Secara ringkasnya, iklim

sekolah yang kondusif akan melahirkan guru dan murid yang positif serta dapat memupuk

budaya sekolah yang proaktif dalam membentuk keberkesanan sesebuah sekolah.

1.2.6 Rumusan

Indikator kepada keberkesanan sekolah penting dalam memberikan petunjuk yang

menyediakan gambaran atau keadaan semasa di sekolah. Berdasarkan kepada pelbagai

indikator keberkesanan sekolah ini, perihal atau situasi sekolah dapat dilihat secara lebih jelas

khususnya dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sekolah dalam memastikan sesebuah

sekolah itu berkesan kepada masyarakat.

Indikator keberkesanan sekolah juga penting sebagai salah satu panduan kepada pihak

pengurusan dan guru di sekolah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti dan program dalam

melakukan perancangan, proses perlaksanaan serta menentukan hasil yang ingin dicapai dan

tindakan seterusnya yang perlu dilakukan untuk menambah baik sesuatu program.

Oleh yang demikian, indikator-indikator yang juga merupakan faktor kepada

keberkesanan sekolah ini dapat dijadikan sebagai alat ukur kepada pelbagai pihak terutamanya

pihak sekolah dalam menilai kekuatan, kelemahan serta keberkesanan sekolah dari masa ke

semasa.

14
1.6 Bibliografi

Bibliografi

15
Abdul Karim, Tohid @ Zulkifli .(1998).Aplikasi teori pelbagai kecerdasan dalam
sekolah Bestari Malaysia / Tohid @ Zulkifli bin Abdul Karim. Masters thesis:
Universiti Malaya

Abdur Rahman an-Nahlawi.(1995). Pendidikan Islam di rumah, sekolah dan


masyarakat. Jakarta: Penerbit Gema Insani.

Ahmad Zabidi Abdul Razak.(2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya


terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia. 31 . pp. 3-19.

Aminuddin Adam. (2005). Penyeliaan dan penilaian. Kertas Kerja Yang Dibentang
Dalam Seminar KepimpInan Instruktional Untuk Pengetua/Guru Besar.
Genting Highland : Institut Aminuddin Baki.

Buku Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah .(2015).Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian

Caldwell, B.J. (1998). Strategic leadership, resources management and


effectiveschool reform. Journal of Educational Administration, 36, 445-461

Fritz, & Miller. (2003). Supervisory practices used by teacher educators in Agriculture.
Journal of Agricultural Education , 34-38

Harris, A. and Chapman, C. (2002). Leadership in Schools Facing Challenging


Circumstances, report to National College for School Leadership.Journal of
Education, 174(2), 57-79. Google Scholar

James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah:Strategi-strategi Mewujudkan


Komuniti Pembelajaran Berkesan. Selangor:PTS Akademia

James Ang Jit Eng,Balasadran Ramiah (2012). Kepimpinan Instruksional:Satu


Panduan Praktikal. Selangor:PTS Akademia

Kelly, A(2001). Benchmarking for school improvement : A practical guide for


comparing and improving effectiveness. London :RoutledgerFalmer
Mohd Yusri Ibrahim (2012). Model kepemimpinan pengajaran pengetua, efikasi dan
kompetensi pengajaran. Tesis Kedoktoran (Tidak Diterbitkan):UMT

Morrissey, M. S. (2000). Comprehensive school improvement: Addressing the


challenges. IssuesÖabout Change, 9(1).

Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, D. & Ecob, R.(1988) .School matters:
the junior years. Wells, Somerset: Open Books.

16
Noordin Yahya,Shariffudin Ismail (2004), “Tingkah laku Kepimpinan Pengetua Dan
Hubungannya Dengan tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di
Beberapa Buah sekolah Terpilih”. Kertas kerja yang dibentangkan dalam
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada 6-9
Disember 2004.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam(PKPA) Bilangan 2 Tahun Garis Panduan


Bagi Mewujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama Atau Key Performance I
ndicators (KPI) Dan Melaksanakan Pengukuran Prestasi Di Agensi Kerajaan
(2005):Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Peter Baffour Awuah (2011). Supervision Of Instruction In Public Primary Schools In


Ghana : Teachers And Headteachers Perspectives. Doctoral Dissertation Of
Education. Ghana : Murdoch University.

Rahil Mahyudddin,Habibah Elias&Kamariah Abu Bakar (2009). Amalan Pengajaran


Berkesan.Selangor:Karisma Publications

Rusmini, Ku Ahmad (2006). Hubungan Antara Kepimpinan, Komitmen Guru,


Kompetensi Guru, Amalan-amalan Terbaik Dan keberkesanan Sekolah Pusat
Pengajian Siswazah:Universiti Utara Malaysia

Shahril@Charil Marzuki. (2004). Pembentukan kerangka teori sekolah cemerlang.


Masalah Pendidikan,27, 23-39.

Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan Sekolah. Satu perspektif sosiologi


.Serdang:UPM

Sufean Hussin (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan.PTS


Professional Publishing Sdn.Bhd:Pahang

Quah, S. C. (2011). Instructional leadership among principals of secondary schools


in Malaysia. International Research Journals, 2(December), 1784–1800
Wan Shafira Wan Zaki (2011). Aplikasi gaya penyeliaan pengajaran guru pembimbing
dalam pengurusan latihan mengajar. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti
Pendidikan. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Wood, D. (2007). Professional learning communities: Teachers, knowledge, and


knowing. Theory into Practice, 46, 282–290.

17
18

You might also like