You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Konsep sekolah berkesan dijadikan sebagai indikator dalam kejayaan dan perkembangan bidang pendidikan di

Malaysia. Kajian sekolah berkesan dibuat dengan menggunakan pelbagai model yang menentukan panduan yang

perlu diikuti dan melalui penambahbaikan-penambahbaikan dalam model tersebut. Satu model yang sering

digunakan dalam kajian keberkesanan sekolah ialah Model Matlamat (Goal Model). Model Matlamat (Goal Model)

digunakan untuk menilai pencapaian sekolah atau mengkaji sekolah berkesan dengan mengandaikan matlamat

yang hendak dicapai perlu jelas dan dipersetujui oleh warga sekolah.

Indikator dalam mengukur sekolah berkesan selalunya terdapat dalam objektif program atau perancangan

sekolah. Ciri-ciri Model Matlamat (Goal Model) menetapkan bahawa matlamat yang hendak dilihat itu perlu jelas,

boleh diukur dan terdapat sumber yang mencukupi untuk mencapai matlamat tersebut. Contoh program atau

matlamat dalam model ini seperti pencapaian dalam peperiksaan, program sekolah, temasya sukan negeri,

pembangunan profesionalisme berterusan dan dialog prestasi.

2.0 RASIONAL DALAM PEMILIHAN MODEL MATLAMAT (GOAL MODEL)

Model Matlamat dipilih sebagai model yang digunakan untuk mengkaji keberkesanan sekolah di Sekolah

Menengah Sains Kepala Batas kerana ciri-ciri di dalam Model Matlamat yang bersesuaian dengan kehendak visi

sekolah. Model Matlamat ini dipilih untuk menilai keberkesanan sekolah di dalam bidang kokurikulum melalui unit

beruniform Kadet Remaja Sekolah dan Unit R& D. Ciri-ciri sekolah berkesan diukur melalui Model Matlamat apabila:

i) Matlamat yang hendak dicapai adalah jelas

ii) Mendapat sumber yang mencukupi

You might also like