You are on page 1of 21

Bincangkan isu-isu yang

berkaitan dengan pentaksiran


sekolah rendah di Malaysia

Nama ahli kumpulan: Rachelle Lee Xing Mei, Ting Xin Yue,
Tdene How Jiatyenn, Ling Pei Wen
Kelas: T9
Nama Pensyarah: Pn
Isu-isu yang berkaitan dengan pentaksiran sekolah
rendah di Malaysia

Elemen kemahiran
Trenda semasa dalam Sistem
berfikir aras tinggi
pentaksiran di berorientasikan
(KBAT) dalam
Malaysia peperiksaan
pentaksiran

International
Pentaksiran secara
Pentaksiran autentik assessment
online
instruments
Trenda semasa dalam pentaksiran
di Malaysia
•Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), prestasi
Malaysia bagi TIMSS telah menurun secara ketara bagi skor
matematik dan sains pada tahun 2007 dan 2011 sehingga
kedudukan jatuh di bawah purata antarabangsa.

•Keputusan PISA 2009 pula menunjukkan bahawa daripada 74


buah negara peserta, Malaysia berada dalam kelompok
sepertiga terbawah, serta lebih rendah daripada purata
antarabangsa.
Sistem berorientasikan peperiksaan

•Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan


peperiksaan di mana pembelajaran terlalu menumpukan
kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala
kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi (Zaleha
Ismail & Arinah Zaidah, 2010)
•Kebolehan dan pencapaian murid dipercayai dapat
diukur melalui ujian sumatif pada hujung penggal atau
akhir tahun dan melalui peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR dan SPM.
• Menurut Peter Grootenboer (2004), kaedah ini dikatakan lebih
senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar.
Namun pengajaran seperti ini tidak dapat menggalakkan
pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
• Matlamat pengajaran bertukar daripada membantu murid
menimba ilmu kepada memahirkan murid menjawab soalan
tahun-tahun lepas dengan cemerlang. Memberikan penekanan
terhadap aspek kognitif dan meminggirkan aspek-aspek lain.
• Pelajar seolah-olah dibentuk melalui mesin.
• Sekolah dilihat sebagai institusi yang hanya berperanan
menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan semata-
mata.
Elemen kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam pentaksiran
• Definisi KBAT: Keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

• Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi


memenuhi cabaran abad ke 21 agar negara mampu bersaing di
persada dunia.
Masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan KBAT:

1) Guru masih bergantung kpd kaedah pengajaran yang tradisional


- kaedah “chalk and talk”.
• Pengajaran tradisional menyebabkan proses pembelajaran
berlaku secara cetek dan tidak mendalam (Christoper, 2006).

2) Menurut Rajendran (2001), guru yang mengikuti kursus


KBAT percaya mereka tidak bersedia untuk mengajar KBAT.
• KBAT memerlukan guru memiliki pengetahuan yang luas dan
perlu menghasilkan bahan soalan yang berunsur bukan rutin.
3) Pelajar tidak berfikir secara kritis dan kreatif.
Menurut kajian Yee, et al. (2010), jika pelajar jarang
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk
menjana idea maka pelajar menghadapi masalah
untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus.

4) Penglibatan pelajar secara pasif


Kurang bertanya dan memberi maklum balas
Pentaksiran Autentik

• Penilaian yang dilakukan berdasarkan pencapaian


sebenar yag dipamerkan murid di dalam bilik darjah
• Kaedah penilaian yakni murid menunjukkan
keupayaan melaksanakan sesuatu tugasan dalam
situasi kehidupan yang sebenar dengan menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang relevan
1) Masalah kekurangan masa
• guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelia dan membimbing
pelajar serta mengganggap proses melaksanakan pentaksiran mengganggu
tugas-tugas yang lain.
• Jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk
melaksanakan pentaksiran tersebut.

2) Sindrom mengajar untuk ujian


• Guru cenderung focus kepada kandungan dan kemahiran yang akan diuji di
dalam peperiksaan
• Kedua-dua guru dan murid tidak akan membuang masa menerokai kandungan
pembelajaran yang baru atau kemahiran yang tidak diuji di dalam silibus
pelajaran
3) Kompetensi guru
• Kompetensi merupakan seperangkat pengetahuan, keterampilan, dan perilaku
yang harus dimiliki dan dihayati oleh guru dalam melaksanakan tugas
keprofesionalan.
• Stiggins (1995) menegaskan bahawa ketidakjelasan guru dalam memahami dan
menterjemah maksud dan visi kecemerlangan akademik dalam konteks
pentaksiran berkualiti sebenarnya akan membantutkan usaha membantu
pelajar ke arah mencapai visi tersebut.

4) Tergesa-gesa untuk habiskan sukatan pelajaran/kandungan


• Guru harus memastikan yang mereka telah menyempurnakan tugas dalam
mengajar semua kandungan di dalam sukatan pelajaran yang telah ditetapkan
supaya mereka mempunyai masa yang lebih untuk mengulangkaji bersama-
sama murid sebelum peperiksaan awam berlangsung
• Mengabaikan pelaksanaan pentaksiran autentik
Pentaksiran secara online

• satu istilah umum yang merangkumi penggunaan


komputer dan internet dalam proses pentaksiran.

• turut dikenali sebagai proses pentaksiran secara


elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi
(TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti
pentaksiran dan mendapatkan maklum balas.
1) Kos yang tinggi
• Kos untuk penyediaan prasarana ICT dan penyelenggaraan bagi
alatan ICT yang rosak
• Bahan habis guna dan peralatan yang rosak seringkali tidak dapat
diganti kerana isu peruntukan

2) Kekurangan Bahan Sumber


• Kekurangan alat ataupun kelengkapan peralatan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
• Aspek kekurangan bukan sahaja dilihat dari segi kekurangan bahan
sumber tetapi juga kelemahan pengurusan kemudahan, kualiti alat
teknologi yang bermutu rendah dan perisian yang tidak sesuai
3) Rangkaian (network) Tidak Stabil
• Masalah rangkaian (network) yang tidak stabil dan tidak pada
kelajuan minimum piawai ini antara masalah yang seringkali
terjadi pada sekolah-sekolah terutamanya sekolah luar bandar

4) Berlakunya ketidakjujuran
•Sesetengah murid menjalankan pentaksiran sambil melihat
buku, bincang dengan kawan, ataupun bertanya orang lebih
mahir
•Jadi, laporan keputusan tersebut sukar dijadikan bukti
pencapaian murid
International Assessment Instruments
• Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International
Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For
Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali
bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada
tahun 2009. 
PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca,
Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012,
dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. 

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan


terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-
choice). 
• Ujian yang berkaitan dengan PISA:

1) TIMSS
• Trends in International Mathematics and Science Study
• mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam
subjek Matematik dan Sains sahaja.
• dilaksanakan 4 tahun sekali.

2) PIRLS
• Progress in International Reading Literacy Study.
1) Masalah sikap murid

• TIMSS telah membuktikan bahawa dalam semua 42 buah negara


yang terlibat, mendapati sikap pelajar yang positif terhadap subjek
matematik, mempunyai pencapaian yang tinggi.
• Hattie, 2009 telah mendapati sebanyak 288 kajian yang telah
dijalankan, sikap terhadap subjek matematik dan sains mempunyai
hubungan dengan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut.
• Motivasi pelajar juga mampu mempengaruhi tahap keyakinan
pelajar untuk mempelajari subjuk tersebut.
•  Malaysia menduduki di tangga ke lima teratas yang
mempunyai peratusan seramai 39% pelajar yang
sangat suka belajar matematik, 46% pelajar suka
belajar matematik dan 15% tidak suka belajar
matematik.
•  Namun begitu, 3% pelajar sangat yakin terhadap
matematik, 39% pelajar yakin terhadap matematik dan
58% pelajar tidak yakin terhadap matematik
• Ini disebabkan tahap subjek yang sangat tinggi
• Ketidakyakinan murid akan menjejaskan pencapaian
mereka.
2) Kesediaan guru
• Murid dilatih untuk menghafal jawapan berdasarkan ‘ramalan’ soalan
tetapi tidak membiasakan murid untuk menjawab soalan TIMSS.
• Kurang membaca buku ilmiah di luar bidang pengajaran.

3) Format soalan
• Kebanyakan soalan pentaksiran dalam peperiksaan umum (SPM/PMR)
lebih menjurus ke arah soalan jenis kefahaman dan aplikasi.
• Soalan TIMSS banyak berbentuk analisis dan sintesis (KBAT).
• Bukan bersifat mengingat sesuatu fakta tetapi bagaimana hendak
menggunakannya.
• Bermula tahun 2011, kumpulan TIMSS memutuskan kriteria bagi
pencapaian yang sangat rendah iaitu berdasarkan peratusan
pelajar yang mendapat markah tidak melebihi soalan objektif.
• Kandungan ujian TIMSS tidak semestinya selari dengan
kurikulum setiap Negara dan topik yang belum dipelajari murid
keluar dalam ujian TIMSS
• Malaysia memperoleh purata yang paling sedikit dalam domain
kognitif
• Noor Rohana (2009), murid sekolah di Malaysia lemah dalam
menjawab soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras
tinggi.
Sekian Terima Kasih!

You might also like