You are on page 1of 13

MODEL La Main à La Pâte (LAMAP): KEBERKESANAN PENDEKATAN PENDIDIKAN SAINS

BERASASKAN INKUIRI (IBSE) DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) SAINS


SEKOLAH RENDAH

Muhammad Khairul Hanan bin Khalid


Roshidah binti Mat
Jabatan Sains
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
khairulhanan96@gmail.com, roshidah@ipgmksm.edu.my

ABSTRAK

Pendidikan sains adalah asas utama sistem pendidikan di Malaysia bertujuan untuk melahirkan
generasi muda yang berpengetahuan, berkemahiran, kompetitif, inovatif dan kreatif. Malaysia mula
terkesan dengan kemerosotan pencapaian subjek sains terutamanya dalam penilaian Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMMS). Sejajar dengan perkembangan Pendidikan
abad ke-21, kaedah Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE) yang diperkenalkan oleh Pusat Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dipercayai boleh meningkatkan pencapaian dan minat
murid terhadap subjek sains. Justeru itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan
kaedah IBSE yang menggunakan model La Main à La Pâte (LAMAP) terhadap pencapaian dan persepsi
murid. terhadap pengajaran dan pemudahcaraan PdPc. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimental yang terdiri daripada daripada 40 responden murid tahun 5. Instrumen-instrumen yang
digunakan adalah ujian pra dan pos untuk melihat pencapaian murid serta satu set soal selidik berskala
Likert untuk melihat persepsi mereka. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) v 20. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa LAMAP dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam subjek sains dengan perbezaan min sebanyak 23.3 untuk
Kumpulan Rawatan (KR) berbanding 8.7 untuk Kumpulan Kawalan (KK). Hasil analisis kajian juga,
menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap pengajaran guru berada pada tahap yang tinggi dengan
nilai min purata sebanyak 3.81. Ini menunjukkan bahawa kaedah IBSE yang menggunakan model
LAMAP ini telah memberi kesan kepada pencapaian murid dan persepsi yang positif terhadap PdPc
sains. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada guru bagi meningkatkan lagi tahap
keberkesanan aktiviti sains dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan ketandusan modal insan
dalam bidang STEM di masa akan datang.

Kata Kunci: kaedah IBSE, pencapaian, persepsi murid

1
ABSTRACT

Science education is the primary basis of the Malaysian education system aimed at producing
a knowledgeable, skilled, competitive, innovative and creative young generation. Malaysia is beginning
to be impressed by the drop in science subject achievement, especially in the evaluation of Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMMS). In line with the development of 21st Century
Education, the Inquiry Based Science Education (IBSE) method introduced by the Center for Science,
Technology, Engineering and Mathematics (STEM) is believed to enhance student achievement and
interest in science subjects. Thus, a study has been conducted to identify the effectiveness of the IBSE
method using the La Main à La Pâte (LAMAP) model of student achievement and perception to PdPc's
teaching and facilitating. This study used an quasi-experimental design consisting of 40 students in the
5th year class. The instruments used were pre and post tests to see the achievement of students and a
set of Likert scale questionnaires to see their perceptions. The data were analyzed using the Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) v 20. The finding showed that LAMAP was able to improve
students' achievement in science subjects with a mean difference of 23.3 for treatment groups compared
to 8.7 for control groups. The results of the study analysis also showed that students' perceptions of
teacher teaching were at a high level with mean mean value of 3.81. This shows that the IBSE method
using this LAMAP model has affected student achievement and give positive perceptions of PdPc
science. The findings of this study are expected to be a guide to teachers to enhance the effectiveness
of science activities in the classroom and further increase human capital in STEM in the future.

Keywords: IBSE method , student’s achievement, student’s perception

2
PENGENALAN

Dunia hari ini menunjukkan semua negara sentiasa bersaing dalam memajukan bidang sains
dan teknologi di negara masing-masing. Pencapaian dalam bidang sains dan teknologi
menjadi kayu ukur terhadap kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, Malaysia juga tidak
terkecuali dalam mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Seperti dalam hasrat
Rancangan Malaysia Kesembilan menyatakan kemajuan, penyebaran dan penggunaan sains
dan teknologi akan dinaik tarafkan ke arah pembangunan modal insan. Oleh sebab itu, sistem
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sentiasa dipertingkatkan demi
memastikan generasi muda Malaysia mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang Sains
yang mencukupi. Hal ini kerana, menurut Rocard, Cesrmley, Jorde, Lenzen, Walberg-
Herniksson, & Hemmo (2007) antara faktor yang telah menyebabkan pelajar kurang minat
dalam bidang sains adalah disebabkan penggunaan kaedah yang kurang sesuai untuk
mengajar sains di sekolah. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu membimbing murid dengan
menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, teknik dan strategi yang sesuai demi meluaskan
pengalaman pembelajaran serta memperkukuhkan pemahaman dan ingatan murid (Zaharah
Aziz, 2008). Dalam pendekatan inkuiri penemuan, pelajar sendiri yang perlu membina
pengetahuan yang ingin dipelajari melalui pengalaman semasa menjalankan penyiasatan.
Pendekatan ini memerlukan pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang melibatkan kehidupan seharian mereka. Jika pendekatan ini dilaksanakan
dengan jayanya, pembelajaran sains akan menjadi lebih menyeronokkan kerana mereka
terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran tersebut.

PERNYATAAN MASALAH

Kurikulum Sains sekolah rendah digubal berasaskan kepada KSSR dan berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Ia bertujuan bagi mencapai modal insan bertaraf dunia.
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sains, matlamat KSSR adalah untuk membina dan
mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ada menggariskan strategi
pengajaran dan pembelajaran adalah berfokus kepada kaedah inkuiri dan berasaskan
konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri serta pendekatan sains,
teknologi dan masyarakat (KPM, 2006).

Namun di Malaysia masih terdapat jurang yang luas untuk mencapai modal insan
bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah (Rancangan Malaysia Ke10).
Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding
dengan pelajar negara lain. Menurut kajian yang dijalankan membabitkan 59 buah negara oleh

3
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS) yang disertai oleh Malaysia
pada tahun 2011. Hasilnya menunjukkan bahawa tahap pencapaian Sains di Malaysia terus
jatuh merudum iaitu menurun sebanyak 45 mata berbanding pencapaian pada TIMSS 2007
iaitu hanya mengumpul sebanyak 426 mata. Malaysia menduduki tangga ke 32, lebih rendah
daripada Thailand di tangga ke 27, Iran di tangga ke 22, Finland di tangga ke 5, Chinese Taipei
di tangga ke 2 dan Singapura di tangga teratas dengan 590 mata. Justeru itu, satu kajian telah
dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah IBSE yang menggunakan model La
Main à La Pâte (LAMAP) terhadap pencapaian dan persepsi murid. terhadap pengajaran dan
pemudahcaraan PdPc.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kaedah inkuiri sangat berkesan jika diamalkan dalam proses PdPc sains kerana kaedah ini
cenderung ke arah pembelajaran secara dua hala antara guru dan pelajar. Maka, hasil
daripada kajian ini dapat digunakan oleh beberapa pihak iaitu:

i. Pelajar untuk membantu mereka agar dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih
bermakna dan berkesan.

ii. Guru-guru supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan


kaedah inkuiri dalam pembelajaran sains.

iii. Pentadbir sistem pendidikan yang mana merujuk kepada pentadbir sekolah, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia
di mana dari kajian ini akan dapat memberi kesedaran kepada pihak perancang dan
pembangun kurikulum agar mempelbagaikan latihan dan kemahiran kepada para
pelatih kursus perguruan khususnya dalam kaedah inkuiri.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah bagi mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran LAMAP
bagi subjek sains sekolah rendah. Skop kajian adalah terhad kepada murid tahun 5 yang
mengikuti persekolahan di SK Seberang Jerteh. Keberkesanan kaedah pembelajaran secara
inkuiri ini dikaji berdasarkan pencapaian murid selepas sesi PdPc dan persepsi murid terhadap
sesi PdPc yang telah dijalankan tersebut. Rajah 1 menunjukkan lokasi bagi kawasan kajian.

4
SK Seberang
Jerteh

Rajah 1: Peta Kawasan Kajian

OBJEKTIF KAJIAN

Disebabkan pendekatan inkuiri penemuan sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains, kajian ini perlu dilaksanakan bagi mengkaji beberapa perkara iaitu:

(i) Mengkaji keberkesanan pembelajaran dengan menggunakan kaedah LAMAP


terhadap pencapaian murid.

(ii) Mengenalpasti persepsi murid terhadap penggunaan kaedah LAMAP dalam PdPc.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti iaitu:

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor pencapaian murid dalam
subjek sains sebelum dan selepas menggunakan kaedah LAMAP dalam PdPc?

ii. Apakah persepsi murid terhadap sesi PdPc dengan menggunakan kaedah LAMAP?

5
METODOLOGI KAJIAN

REKABENTUK KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini adalah berbentuk kuasi eksperimental. Ianya melibatkan dua
kumpulan murid yang terdiri daripada 20 orang murid daripada KK dan 20 orang murid
daripada KR. Berdasarkan Rajah 2, sebelum proses PdPc bermula, kedua-dua kumpulan
diberikan dengan Ujian Pra. Selepas ujian tersebut, KK telah menjalani sesi PdPc secara
kaedah konvensional, manakala KR menjalani proses PdPc dengan kaedah IBSE iaitu melalui
model LAMAP yang mengandungi 4 aktiviti yang berbentuk inkuiri. Selepas selesai proses
PdPc yang dilaksanakan kedua-dua KK dan KR telah diberikan ujian pos. Bagi mengenalpasti
persepsi murid terhadap PdPc, borang soal selidik telah diedarkan kepada KR.

Penyertaan Responden

Pemilihan Responden
Mengikut Kehendak
Pengkaji

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Ujian Pra Ujian Pra

Responden Menjalankan Responden Menjalankan


PdPc menggunakan PdPc menggunakan
Kaedah Konvensional Model LAMAP

Ujian Pos Ujian Pos

Menjawab Soal Selidik


Persepsi PdPc

Rajah 2: Rekabentuk Pelaksanaan Kajian

6
PERSAMPELAN

Persampelan yang digunakan pengkaji dalam kajian ini adalah persampelan bertujuan.
Responden yang dipilih merupakan murid tahun 5 daripada SK Seberang Jerteh, Terengganu.
Saiz sampel yang diperlukan untuk dikaji adalah terdiri daripada 40 orang murid tahun 5.
Sebanyak 20 orang murid sebagai KK dan 20 orang murid sebagai KR.

INSTRUMEN

Instrumen yang telah digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti berikut.

i. Ujian Pra dan Pos

Bagi mengkaji pencapaian murid, instrumen yang digunakan terdiri daripada 2 set soalan pra
dan pos. Soalan tersebut terbentuk daripada 4 soalan struktur. Soalan yang digunakan
merupakan daripada ujian TIMSS dan di adaptasi daripada Laporan Pelaksanaan Projek
Rintis Amalan Inkuiri Subjek Sains oleh Akademi Sains Malaysia (2015).

ii. Soal Selidik

Instrumen yang digunakan untuk melihat persepsi murid terhadap sesi PdPc guru pula adalah
melalui soal selidik. Soal selidik yang digunakan terdiri daripada 13 soalan dan 2 bahagian
iaitu:

i. Bahagian A (2 Soalan): Aspek demografi – Menyentuh aspek jantina dan juga kawasan
tempat tinggal responden

ii. Bahagian B (10 Soalan): Persepsi murid terhadap pengajaran guru.

Instrumen Soal Selidik yang digunakan merupakan adaptasi daripada kajian yang telah
dijalankan oleh Chia (1999).

Bagi proses pengumpulan data persepsi murid, borang soal selidik skala Likert 5 (sangat tidak
setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju) telah digunakan. Instrumen tersebut
menggunakan skala Likert berdasarkan seperti Jadual 1.

Jadual 1: Skala Likert

Skala Tafsiran

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

7
3 Kurang Setuju

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Skala pengukuran skor min pula dirujuk berdasarkan interpretasi skor min bagi skala seperti
Jadual 2.

Jadual 2: Skala Pengukuran Skor Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

(Sumber: Landell, 1977)

KESAHAN/KEBOLEHPERCAYAAN

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan


instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi
menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid Konting, 2005). Kajian yang dijalankan
oleh pengkaji telah mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi kerana kajian
yang dijalankan melibatkan pemilihan murid secara rawak dan ujian pencapaian diambil dari
ujian TIMSS 2011.

Selain itu, pengkaji menggunakan soal selidik yang telah digunakan oleh pangkaji
terdahulu. Soalan soal selidik persepsi murid ini juga telah diuji rintis dengan menggunakan
pekali Cronbach Alpha untuk memastikan item-item yang digunakan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian ini setelah kajian rintis dijalankan. Menurut
Sakeran (2000), semakin hampir nilai Cronbach alpha kepada 1.0 maka semakin tinggi tahap
kebolehpercayaannya. Berdasarkan Jadual 3 nilai Cronbach alpha bagi soal selidik yang
digunakan adalah 0.705. Maka, soal selidik yang digunakan mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi.

8
Jadual 3: Nilai Cronbach’s Alpha Soal Selidik
Nilai Cronbach’s Alpha Bil. Item
0.705 10

KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui ujian pra dan pos bagi mengkaji
keberkesanan kaedah LAMAP terhadap pencapaian murid. Ujian pra diberikan sebelum
proses PdPc dan Ujian Pos diberikan selepas proses PdPc. Bagi melihat persepsi murid pula,
instrument soal selidik telah digunakan, soal selidik tersebut telah diagihkan kepada murid
yang berada di dalam KR.

Analisis data bagi kajian ini akan dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) v20. Nilai min dan sisihan piawai yang diperolehi
akan digunakan untuk melihat peningkatan pencapaian murid. Ujian-t pula digunakan untuk
membandingkan pencapaian antara KK dan juga KR. Persepsi murid terhadap pengajaran
guru dengan menggunakan kaedah LAMAP juga dianalisis dengan menilai skor min yang
diperoleh sama ada murid seronok dengan pengajaran yang telah dilaksanakan.

DAPATAN PERBINCANGAN

Pengkaji telah mengutip data-data demografi bagi setiap responden tersebut. Antara aspek
demografi yang dilihat adalah dari aspek jantina responden dan kawasan tempat tinggal
mereka. Hasil dapatan tersebut boleh dilihat di dalam Rajah 3 dan Rajah 4.

14

12

10

0
KUMPULAN KAWALAN KUMPULAN RAWATAN

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 3: Taburan Jantina Murid

9
Kawasan Tempat Tinggal

Bandar Luar Bandar

Rajah 4: Taburan Kawasan Tempat Tinggal Murid

Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos

i. Ujian Pra dan Pos Kumpulan Kawalan (KK)


Hasil dapatan daripada ujian pra dan pos bagi KK adalah seperti di dalam Jadual 4 di bawah.
Nilai min yang diperoleh daripada ujian pra KK adalah pada 53.7 manakala nilai min pada ujian
pos adalah sebanyak 62.4. Perbezaan nilai min yang dicatatkan adalah sebanyak 8.7. Hal ini
menunjukkan perbezaan nilai min yang diperolehi adalah rendah dan menunjukkan
pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah adalah kurang berkesan.

Jadual 4: Min Ujian Pra dan Pos KK

Jenis Ujian MIn N Purata Nilai p


Sisihan
Piawai
Ujian Pra 53.7 20 5.17 0.000
Ujian Pos 62.4 20 5.14
Perbezaan Min 8.7

i. Ujian Pra dan Pos Kumpulan Rawatan (KR)


Hasil dapatan markah ujian pra dan pasca bagi KR adalah seperi di dalam Jadual 5 tersebut.
Bagi nilai min KR pula, nilai yang dicatatkan untuk ujian pra adalah sebanyak 52.8. Manakala

10
nilai min bagi ujian Pos KR adalah pada 76.1. Perbezaan nilai min yang dicatatkan oleh KR
adalah sebanyak 23.3. Nilai perbezaan min yang besar tersebut menunjukkan bahawa proses
pembelajaran yang telah dilaksanakan adalah sangat berkesan.

Jadual 5: Min Ujian Pra dan Pos KR

Jenis Ujian Min N Purata Sisihan Nilai p


Piawai
Ujian Pra 52.8 20 6.96 0.000
Ujian Pos 76.1 20 6.27
Perbezaan Min 23.3

Analisis Persepsi Murid Terhadap Proses PdPc menggunakan IBSE Model LAMAP

Hasil analisis dapatan soal selidik persepsi murid terhadap proses PdPc menggunakan IBSE
model LAMAP adalah seperti dalam jadual 6 tersebut.

Jadual 6: Analisis Skor Min Soal Selidik Persepsi Murid

Bil. Item Min Sisihan Tahap


Piawai
1. Saya faham apa yang diajar oleh guru semasa 4.85 .366 Tinggi
pembelajaran.
2. Pembelajaran sains pada hari ini menarik 4.80 .410 Tinggi
3. Guru menyampaikan isi kandungan yang diajar 4.80 .410 Tinggi
secara teratur
4. Guru telah menerangkan konsep-konsep dengan 4.65 .489 Tinggi
jelas dan mudah difahami
5. Guru telah memindahkan pengetahuan dengan 4.85 .366 Tinggi
jayanya kepada pelajar.
6. Guru telah persembahkan tajuk ini dengan cara yang 4.80 .410 Tinggi
menampakkan kaitannya dengan kehidupan harian
7. Menggunakan alat bantuan mengajar (ABM) yang 4.85 .366 Tinggi
menarik
8. Guru menggunakan kaedah penyampaian yang 4.70 .470 Tinggi
berkesan

11
9. Kaedah Pembelajaran pada hari ini telah 4.90 .308 Tinggi
menambahkan minat saya terhadap topik yang diajar
10. Kaedah pembelajaran pada hari ini telah 4.85 .366 Tinggi
merangsang pemikiran saya.
Purata Min 4.81 Tinggi

Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan bahawa nilai min purata yang dicatatkan
adalah 4.81. Data tersebut menunjukkan nilai min berada pada tahap yang tinggi dan
sekaligusnya menyatakan bahawa kaedah PdPc IBSE menggunakan model LAMAP dapat
memberikan persepsi yang positif kepada murid dan pembelajaran mereka. murid-murid IBSE
menunjukkan purata pencapaian yang lebih tinggi berbanding murid-murid bukan IBSE di
dalam ujian TIMMS tersebut. Hasil kajian yang dilakukan oleh Akademi Sains Malaysia (2015).
Murid-murid IBSE juga menunjukkan kemampuan mereka untuk mengetahui, mengaplikasi
dan menaakul adalah lebih baik.

KESIMPULAN DAN IMPLIKASI

Secara kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, kaedah pengajaran
secara inkuiri ini sememangnya mempunyai nilai keberkesanan yang tinggi terhadap
pembelajaran murid terutamanya terhadap pencapaian dan juga persepsi murid terhadap
PdPc sains itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini secara umumnya dapat
memberikan implikasi yang banyak kepada pembelajaran murid. Dengan adanya kajian ini
juga, guru akan dapat mengenalpasti kaedah pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh
mereka supaya proses PdPc di dalam kelas tidak bosan dan mampu menarik minat murid.
Maka, sebagai cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan adalah bagi menilai
sejauhmanakah kesediaan guru untuk menggunakan kaedah pengajaran inkuiri di dalam bilik
darjah. Ini menunjukkan bahawa kaedah IBSE yang menggunakan model LAMAP ini telah
memberi kesan kepada pencapaian murid dan persepsi yang positif terhadap PdPc sains.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada guru bagi meningkatkan lagi
tahap keberkesanan aktiviti sains dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan ketandusan
modal insan dalam bidang STEM di masa akan datang.

12
RUJUKAN

Akademi Sains Malaysia. (2015). Penilaian pelaksanaan projek rintis pendidikan sains
berasaskan amalan inkuiri di 4 buah sekolah rendah di daerah hulu langat. Diambil
daripada: https://issuu.com/asmpub/docs/final_report_ibse_low

Chia, S. C. (1999). Pembinaan model petua: kaedah pengajaran dan pembelajaran fizik
KBSM. Tesis Master. Fakulti Sains Fizis dan Gunaan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.


Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Soms Inc. Mazlan Mohd
Sappri. (2008). Pengukuran prestasi pensyarah berasaskan metrik: Satu Kajian Kes,
IJMS 15(1): 125-142

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah pengkajian pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rocard, M., Cesrmley, P., Jorde, D., Lenzen, D., Walberg-Herniksson, H., &Hemmo, V.
(2007). Science education now: a renewed pedagogy for the future of europe.
Brussels, Belgium: Office for Official Publications of the European Communities.
Diambil pada Mac 20, 2017, dari EU: http://ec.europa.eu/research/ science

Sakeran, U. (2000). Research method for business: A Skill Building Approach (2 Ed.). New
York: John Wiley & Sons Inc.

Thangavelo Marimuthu, Azman Jusoh dan Rodziah Ismail. (2001). Amalan dan masalah
pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan di kalangan guru pelatih sains semasa
praktikum: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Kedah.

Zaharah Aziz. (2008). Pengajaran Inkuiri di sekolah-sekolah Malaysia. Kertas Kerja


Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 26
November

13

You might also like