You are on page 1of 2

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya dan rakan sekumpulan telah
berjaya mnyelesaikan tugasan bagi kerja kursus Fiqh Kekeluargaan Islam (FKIK3013) ini
dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada pensyarah subjek fiqh kekeluargaan islam bagi kelas
saya iaitu Encik Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya dan rakan-rakan dalam usaha kami untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Daripada temubual yang telah saya laksanakan bersama dengan wakil daripada
Jabatan Agama Islam Daerah Besut, pelbagai input dan pengetahuan baru yang sangat
berharga berkaitan dengan institusi kekeluargaan islam telah saya perolehi. Sebagai
contohnya saya telah didedahkan dengan banyak maklumat mengenai proses perkahwinan
dan penceraian di Malaysia seperti kaedah permohonan kahwin, permohonan penceraian dan
juga perkara-perkara penting dalam urusan rumahtangga sepeti talak, iddah, serta rujuk.
Malah, bukan itu sahaja, saya juga turut didedahkan dengan pelbagai isu-isu berkaitan
rumahtangga yang berlaku di negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat saya jadikan
pengajaran dan iktibar kepada saya pada masa akan datang. Selain itu, pengalaman yang
saya perolehi sepanjang berurusan dengan pihak Jabatan Agama Islam juga sesuatu yang
sangat berharga kepada saya. Sepanjang berurusan tersebut dalam pada masa yang sama
saya dapat melihat bagaimanakah institusi agama berfungsi di Malaysia dalam usaha untuk
menjaga kemaslahatan perkahwinan keluarga-keluarga islam di negara kita. Sebagai
contohnya, setiap jabatan agama daerah mempunyai pakar perunding keluarga yang
menyediakan khidmat nasihat kepada keluarga-keluarga yang mempunyai masalah. Hal ini
secara tidak langsung menunjukkan betapa islam menjaga ikatan perkahwinan yang dibina
agar kekal dan tidak terputus tanpa alasan yang kukuh.

Dari segi cabaran sepanjang melaksanakan tugasan ini adalah, saya dan rakan-rakan
mempunyai sedikit kekangan dari segi masa. Hal ini kerana, pada minggu terakhir sebelum
Tarikh penyerahan tugasan. Kami perlu mengikuti program Internship di sekolah selama
sebulan. Hal ini menyebabkan jadual kami setiap hari menjadi sedikit pada dan menyebabkan
masa yang ada untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini sangat terhad. Selain itu, kekangan
yang kami hadapi disebabkan internship ini juga adalah setiap daripada ahli kumpulan saya
manjalankan program di sekolah-sekolah yang berlainan. Maka, agak sukar untuk kami
membuat perbincangan semasa berada di sekolah. Hal ini menyebabkan kami terpaksa
menyiapkan tugasan agak lewat pada setiap hari.

Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang
bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu
menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang kekeluargaan islam. Selepas ini, segala
kemahiran dan input yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan
sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka
yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini.

Disediakan Oleh :

…………………………………………....

(Muhammad Khairul Hanan bin Khalid)


8 PISMP Sains

You might also like