You are on page 1of 1

“LAMAN WEB BIJAK SAINS”

(MANUAL PENGGUNAAN)

Subjek : Sains

Tahun : Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

Objektif :

 Meningkatkan minat dan keseronokan murid dalam pembelajaran sains.


 Memudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu tajuk melalui nota yang berbentu
peta minda.
 Meningkatkan persaingan positif antara murid dari segi pembelajaran.
 Memudahkan guru untuk membuat penilaian terhadap murid.

Perisian Yang Digunakan : Google Chrome, Mozzila Firefox, Internet Explorer

Manual Penggunaan :

1. Murid atau guru boleh mengimbas QR Code atau memasukkan link URL kedalam
pelayar yang terdapat di dalam komputer ataupun telefon masing-masing untuk
memasuki Laman Web Bijak Sains
2. Link tersebut akan disambungkan terus kepada laman web tersebut.
3. Di dalam laman tersebut, murid boleh memilih sama ada ingin membuat pembacaan
melalui nota peta minda yang disediakan, membuat aktiviti, ataupun menjawab kuiz
yang telah disediakan.
4. Murid boleh memilih dengan menekan setiap butang yang terdapat di dalam laman
web.
5. Untuk membuat penilaian terhadap murid, guru bolehlah memilih bahagian kuiz dan
seterusnya menekan butang guru.
6. Guru akan terus disambungkan kepada laman quizziz dan boleh memulakan kuiz
kepada murid.
7. Guru boleh menilai jawapan daripada setiap murid mereka melalui laman quizziz
tersebut.
8. Untuk menjalankan aktiviti pula, murid boleh menekan butang aktiviti dan seterusnya
boleh memilih sama ada ingin melakukan teka silang kata ataupun penyiasatan.

You might also like