You are on page 1of 2

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah

negara yang maju menjelang tahun 2020. Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah

cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan demi mencapai Wawasan

2020. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-

sumber sains dan teknologi supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah

masyarakat yang berasakan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya

cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan

teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan

teknologi pada masa hadapan. Cabaran ini memberi penekanan kepada peranan sains,

teknologi dan inovasi(STI). Dan tajuk yang ingin saya bentangkan hari ini ialah Dasar Sains,

Teknologi dan Inovasi Negara.

Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi dirangka khusus bagi menyelaras semua rangka

kerja STI negara serta akan menjadi dasar utama dan payung kepada dasar-dasar berkaitan

STI lain yang akan digubal selepas ini. Dengan tema memanfaatkan STI untuk transformasi

sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif, dasar ini telah direka untuk menggantikan Dasar

Teknologi Kedua Sains Negara dan Pelan Tindakan yang telah digubal pada tahun 2002.

Dasar ini dirumus berdasarkan pencapaian, cabaran dan iktibar yang diambil dari

pelaksanaan dasar terdahulu. Ia menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan

sebuah negara maju sains untuk transformasi sosio-ekonomi dan pertumbuhan inklusif.

DSTIN bertunjung kepada 5 asas kukuh iaitu STI untuk dasar, dasar untuk STI, komitment

industri kepada STI, tadbir urus STI dan STI untuk membentuk masyarakat yang stabil,

aman, makmur, bersatupadu dan berdaya tahan. Berlandaskan 5 asas tersebut, DSTIN

memberi fokus kepada 6 teras strategik. Teras strategik yang pertama adalah memajukan

bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan saintifik dan sosial, dan pengkomersialan.

Dan yang kedua, membangun, memupuk dan menggilap bakat. Yang ketiga, menggiat dan
mencergaskan industri. Keempat, mentransformasikan tadbir urus STI. Yang kelima,

menggalak dan memupuk kesedaran STI dan yang akhir sekali, mengukuhkan hubungan

strategik antarabangsa.

Sebagai kesimpulannya, DSTIN akan memastikan amalan STI akan diterap dan

dibudayakan di setiap lapisan masyarakat. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa semua

pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan sains sebagai satu

budaya hidup. Amalan ini seterusnya akan mencetuskan inovasi bukan sahaja di kalangan

masyarakat akar umbi tetapi juga akan menghasilkan tindakbalas positif ke atas ekosistem

skonomi sedia ada. Secara langsung, Malaysia akan berhasil untuk menjadi sebuah negara

berinovasi dan maju sains selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju berjelang 2020.

You might also like