You are on page 1of 20

SGDN 1043 SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (GROUP E)

SEMESTER PERTAMA SESI 2020/2021 (A201)

TUGASAN KUMPULAN 10.3:

PERKEMBANGAN MORAL

DISEDIAKAN KEPADA:

DR MOHD ALIFF BIN MOHD NAWI

KUMPULAN 1

Ahli Kunpulan Nombor Matrik


LEE KAR LI 278796
MUHAMMAD IHSAN SYAMIL BIN 278807
NOR AZMI
CECELIA PHOO WING XIN 278837
MOHAMAD NAZRIL ADHA BIN MOHD 278907
NAWI
NURIN ALFA IZAYU BINTI AZMI 278914

Tarikh Pembentangan: 14 Disember 2020

Tarikh Penghantaran:

ISI KANDUNGAN
NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Perkembangan Moral


1.1Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
1.2Teori Perkembangan Moral Rest

2.0 Pertimbangan Moral

3.0 Penaakulan Moral


3.1 Prisip Penaakulan Moral
3.2 Penaakulan Moral dalam kalangan remaja
3.3 Bentuk Penaakulan Moral
3.3.1 Penaakulan dari Peraturan: Penaakulan Deontologi
3.3.2. Penaakulan dari Peraturan: Penaakulan Teleologi
3.3.3. Penaakulan dari Kebajikan: Penaakulan Ontologi
4.0 Pemikiran Moral

5.0 Perlakuan Moral

6.0 Hubungan antara Penaakulan moral, Perasaan moral dan Perlakuan


Moral

7.0 Kesimpulan

Rujukan

1.0 Perkembangan Moral


Moral bererti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat, watak dan perangai. Menurut Kamus
Dewan Bahasa, moral membawa maksud ajaran atau pegangan yang berkaitan dengan baik atau
buruk sesuatu perbuatan itu seperti kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain yang berteraskan
dengan apa yang betul atau keadilan.

Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin ‘mores’ yang membawa maksud


sama seperti etika menurut (Ashmore, 1987). Moral juga berasal daripada perkataan Latin
‘moralis’ bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat.
Oleh itu, perkataan moral merangkumi segala sifat luhur seperti kejujuran, keadilan, kebenaran,
kesopanan dan sebagainya yang berkait dengan nilai moral yang baik. Namun, moral adalah satu
perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-
peraturan yang telah ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral bersifat praktikal
kerana moral adalah disiplin yang mencerminkan sistem moral sesuatu masyarakat atau individu
manakala etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik
sistem moral tersebut.

Moral juga boleh merujuk kepada penentangan terhadap suatu keinginan atau penahanan
diri daripada suatu tingkah laku yang akan mendorong individu melakukan kesalahan moral yang
dianggap salah. Ia juga merupakan kawalan tingkahlaku seseorang berdasarkan prinsip-prinsip
dan nilai moral yang dihayati serta diamalkan dalam kehidupannya.

Terdapat pelbagai pandangan terhadap konsep moral. Moral bersifat ‘multi-dimensional’


menurut (Sugarman, 1973). Seseorang yang berpegang pada pandangan tertentu, ianya akan
mempengaruhu cara pemikiran serta kehidupannya dan seterusnya akan melahirkan insan yang
berbeza dari aspek moral. Moral juga bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau
peraturan masyarakat setempat dimana masyarakat bertindak sebagai penentu manakala
pertimbangan moral pula bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu
seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing
disebut conscience, conscientia, gewissen atau geweten manakala dalam Bahasa Arab pula
disebut sebagai qalb atau fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan
untuk melakukan tindakan yang bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif yang
bermaksud sesuatu perbuatan yang dilakukan secara umum itu haruslah dapat diterima oleh
masyarakat dan perkara terakhirnya adalah berbentuk kebebasan. Kebebasan moral boleh
difahami dengan lebih lanjut melalui dimensi moral. Dimensi moral secara amnya terbahagi
kepada tiga iaitu pertimbangan moral, penaakulan moral dan perlakuan moral.

1.1 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg


Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkah laku
terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan
regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial
dengan orang disekeliling.

Kohlberg terkenal dengan teori perkembangan moralnya melalui kajian yang telah
dijalankan di Pusat Harvard untuk Pendidikan Moral. Teori yang dikemukakan oleh beliau adalah
lanjutan daripada Teori Jean Piaget. Menurut Kolhberg, pada tahap perkembangan tertentu,
individu akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Aspek kebaikan, kejujuran,
kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yan lain akan diperaktikkan meskipun
individu tersebut tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg berfokuskan kepada peringkat-peringkat perkembangan moral dalam setiap
individu. Beliau menekankan bahawa individu berbeza membuat penaakulan tentang
pendedahan dan perkembangan moral masing-masing. Peringkat perkembangan moral bersifat
hierarki, berstruktur, bersistematik dan tidak berbalik. Cara seseorang menganalisa,
menginterprestasikan serta membuat keputusan merupakan perkara yang sangat penting dalam
perkembangan moral secara keseluruhannya.

Menurut Kohlberg (1972), beliau telah menggunakan keadilan sebagai Corner Stone. Teori
moral memastikan kebebasan dalam prinsip seseorang itu adalah berdasarkan kepada kajian
psikologi dalam pembangunan manusia dan menyediakan pendekatan falsafah yang sewajarnya
kepada moral. Penggunaan teori Kohlberg dalam keadilan adalah sebagai elemen teras dalam
teori yang dipengaruhi oleh falsafah John Rawls (1971). Selain itu, pendekatan Kohlberg juga
berdasarkan kepada model pembangunan kognitif (Piaget, 1965). Ini menunjukkan bahawa teori
Kohlberg adalah gabungan antara teori keadilan Rawls dan teori perkembangan Piaget (Rest,
Narvaez dan Bebeau, 1999). Kohlberg telah menggariskan enam peringkat dalam penilaian moral
seseorang. Menurut Kohlberg (1976), selama tiga puluh tahun beliau melakukan kajian beliau
telah mengenalpasti bahawa terdapat tiga tahap utama penaakulan moral. Setiap tahap terdiri
daripada enam peringkat moral yang telah dibahagikan kepada dua peringkat. Antara tiga tahap
utama penaakulan moral iaitu tahap prakonvensional, tahap konvensional dan tahap
pascakonvensional.

Tahap pertama yang paling asas dikenali sebagai tahap prakonvensional. Seseorang individu
pada tahap prakonvensional ini masih belum memahami tentang peraturan dan tanggapan
masyarakat terhadap kelakuan moral mereka. Perspektif mereka adalah lebih kepada egosentrik
yang menfokuskan kepada diri mereka sendiri secara tetap. Pada tahap ini, perlakuan dinilai
berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Terdapat dua
peringkat dalam tahap ini iaitu peringkat pertama ialah peringkat orientasi kepatuhan dan
hukuman dimana individu itu masih belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari
segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima dan mereka juga tidak dapat
membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat manakala
peringkat kedua ialah peringkat orientasi jangkaan individu atau ganjaran peribadi. Peringkat ini
lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau
jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka kelak. Ini bermakna apa yang
dapat menggembirakan atau memuaskan hati mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya.
Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya sesuatu perkara itu berlaku kepada kedua-dua
belah pihak.

Tahap kedua pula adalah tahap kebiasaan moral yang dikenali sebagai tahap konvensional.
Pada tahap ini, individu sudah mula mengaplikasikan peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan sama ada oleh ibu bapa, guru mahupun komuniti setempat. Tahap ini terdiri daripada
peringkat 3 dan 4, iaitu peringkat ketiga ialah orientasi perlakuan baik dimana ciri utama yang
ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik.
Individu pada tahap ini menolong orang agar dianggap sebagai orang yang baik kerana sikap ini
sangat diutamakan manakala peringkat yang keempat pula adalah peringkat dimana ia akur
kepada sistem sosial dan etika peraturan. Pada peringkat ini, kita dapat melihat dari segi
penghormatan seseorang individu kepada undang-undang yang sedia ada. Individu pada
peringkat ini menghormati undang-undang diatas rasa keyakinan dan sanggup
memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat bahawa seseorang yang berada pada peringkat ini
menilai nyawa itu sebagai sesuatu kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak
berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. Pemikiran tahap ini melibatkan peraturan-peraturan
setempat dan tanggapan orang sekeliling. Seseorang individu pada tahap ini mungkin akan
menyokong perjanjian untuk berada pada tahap posisi pihak lain yang lebih berkuasa

Tahap ketiga pula adalah tahap yang paling tinggi dan dikenali sebagai tahap
pascakonvensional.
Pada tahap ini, individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam
penaakulan moral. Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Tahap ini
ditentukan oleh pemikiran, mengatasi peraturan dan tanggapan masyarakat serta keputusan
asas kepada prinsip yang telah dipilih oleh individu sendiri. Pada tahap ini, penilaian moral
adalah berdasarkan kepada kesejagatan prinsip-prinsip keadilan menurut (Nucci dan Pascarella,
1987). Terdapat peringkat 5 yang dikenali sebagai peringkat etika kontrak sosial dan hak individu
iaitu persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab
bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada
kepentingan sosial dan perjuangan kearah kedaulatan masyarakat. Individu pada peringkat ini
telah menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang juga perlu
diubahsuai untuk kesejahteraan umat mahupun manusia manakala pada peringkat yang keenam
ini dikenali sebagai peringkat etika prinsip sejagat dimana individu menunjukkan ciri-ciri tingkah
laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah
pada peringkat yang tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini
melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormati tetapi disebabkan oleh rasa
tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima
hukuman diatas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang
yang telah ditetapkan.

1.2 Teori Perkembangan Moral Rest

Pada tahun 1999, Rest dan rakan-rakannya telah membina satu model yang dikenali sebagai
neo-kohlbergian (Rest, Narvaez dan Bebeau, 1999). Perbezaan yang dibawa oleh Rest lebih
menekankan kepada komponen kerjasama sosial dalam taakulan keadilan sementara Kolhberg
pula menegaskan bahawa konsep keadilan berdasarkan kepada konsep individu. Rest telah
mengkonsepkan semula enam peringkat perkembangan moral dalam konteks kerjasama sosial
berdasarkan kepada taakulan keadilan.

Justeru itu, definisi Rest tentang enam peringkat yang menggabungkan kerjasam dengan
keadilan adalah sedikit berbeza dengan pendekatan Kohlberg. Apabila seseorang individu
melalui peringkat perkembangan sosial, secara langsung akan membantu mereka untuk
menghasilkan lebih banyak cara berkesan dalam mengurus kerjasama (Rest, 1986).

Rest (1983) menjelaskan konsep perkembangan moral Kohlberg terlalu sempit. Beliau
memberi hujah bahawa pertimbangan moral ialah satu komponen dalam proses yang sangat
kompleks dikenali sebagai model 4 komponen perkembangan moral.
LEE KAR LI 278796
2.0 PERTIMBANGAN MORAL

Menurut Thpanorama (n.d), pertimbangan moral adalah keupayaan seseorang untuk


mengenai sesuatu tindakan, motivasi, situasi, ataupun seseorang mempunyai standard yang baik
atau adil. Pertimbangan moral boleh dikatakan apabila manusia melakukan sebarang keputusan dan
menilai pertimbangan dengan mengenai sesuatu tingkah laku yang betul dan salah, mahupun dapat
menilai sesuatu keadaan yang adil atau tidak adil. Dengan ini, keputusan moral boleh menunjukkan
sebarang keputusan yang membayangkan keupayaan untuk mempengaruhi seseorang. Biasanya,
pertimbangan moral melibatkan beberapa proses dan penilaian seperti perbuatan, alasan,
perwatakan, aspek keadaan, persekitaran, sejarah dan penghukuman. Hak dan kewajipan seseorang
terhadap tingkah laku berlaku berhubung dengan anggota masyarakat yang lain kerana manusia
merupakan makhluk sosial.

Berdasarkan Maio (2010), isu pertimbangan moral merupakan tindakan secara moral betul
atau salah. Kita dapat membuat penilaian ini sebahagian pada keputusan mengenai tindakan
melanggar atau dapat mematuhi nilai asas. Sebagai contoh, pelanggaran terhadap nilai kemaafan
mungkin dapat diwujudkan apabila berlakunya perlakuan membunuh seseorang yang menyerang
kita. Cara berfikir ini menunjukkan pandangan deontologi klasik mengenai pertimbangan moral
dalam falsafah (Kant, 1949). Secara sederhana, perspektif ini menyatakan bahawa tindakan perlu
mengamalkan prinsip-prinsip yang baik untuk sesuatu kelakuan.

Sebaliknya, manusia boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan sama sada tindakan ini
dapat diterima secara moral berdasarkan akibat daripada perbuatan tersebut. Sebagai, contoh,
pembalasan dapat dinilai sebagai penerimaan apabila mangsa adalah pelaku kebiasaan dan
cenderung sesekali mencederakan orang lain. Perbuatan menyerang itu kemudian boleh ditafsirkan
sebagai tindakan yang mempunyai akibat yang lebih baik daripada buruk. Dengan ini, cara pemikiran
ini telah menggambarkan perspektif konsekuensialis klasik dalam falsafah moral iaitu pertimbangan
moral merangkumi penilaian jumlah akibat kepada diri ataupun orang lain serta kepada prinsip-
prinsip yang dipegang oleh seseorang.

Faktor yang dapat mempengaruhui pertimbangan moral adalah emosi. Menurut


Zana,2010,p. 35, isu yang releven nilai dan pertimbangan moral adalah adakah emosi “ mesti ”
berperanan dalam penilaian moral. Ahli falsafah feminis telah mendakwa bahawa emosi harus
memainkan peranan (Held,1990) dan mengatakan bahawa pertimbangan moral harus berorientasi
supaya dapat memupuk emosi bersifat adaptif (Baier,1994). Hal ini demikian kerana, apabila
seseorang dapat mengawal emosi dengan bijak, mereka akan dapat membuat penilaian secara
rasional serta menguruskan tekanan tanpa berlakunya akibat buruk. Sebagai contoh, manusia
seperti mahasiswa yang mempunyai tekanan terhadap kerja-kerja kursus, pembelajaran mahupun
tekanan daripada persekitaran di rumah. Dengan ini, perkara tersebut mudah menimbulkan
perasaan kemarahaan dan kesedihan. Adanya yang tidak dapat mengawal emosi dan perasaan
mereka dengan baik akhirnya akan timbul masalah kehilangan pertimbangan moral. Mereka akan
membuat keputusan dengan melakukan tindakan gejala sosial seperti membunuh diri, bergaduh dan
membuli untuk meluahkan perasaan dan tekanan mereka.

Selanjutnya, faktor sikap yang beretika dapat mempengaruhi pertimbangan moral. Menurut
Bertens (19), istilah etika iaitu ethics berasal dari bahasa Yunani iaitu ethos yang bermakna cara
hidup. Etika boleh menggambarkan manusia melakukan sesuatu perkara dengan mempunyai suatu
tradisi yang panjang. Seseorang boleh dikatakan mempunyai pertimbangan moral adalah daripda
sikap beretika yang tinggi. Manusia haruslah mempunyai pegangan moral yang kuat sejak kecil lagi
daripada didikan ibu bapa terutamanya remaja. Ibu bapa memainkan peranan penting dengan
mengamalkan gaya hidup baik dan memberi tunjuk ajar kepada anaknya supaya dapat melahirkan
anak yang bersikap sopan santun dan bertoleransi. Sebagai contoh, remaja yang bersikap etika akan
sentiasa mematuhi peraturan sama ada di rumah ataupun di luar kawasan rumah. Hal ini demikian
keranan mereka akan sentiasa menilai sama ada perbuatan tersebut akan memberi impak negative
seperti menjejaskan imej keluarga.

Kepentingan pertimbangan moral adalah dapat meningkatkan silaturahim antara satu sama
lain. Menurut Pettit & Knobe (2009), pertimbangan moral adalah penilaian moral seseorang boleh
mempengaruhi intuisi mereka sama ada tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja atau tidak.
Sebagai contoh, pergaduhan yang berlaku dalam sesebuah keluarga biasanya disebabkan dengan
pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain mahupun disebabkan sesuatu kejadian
ataupun sebab yang kecil. Dengan mengamalkan pertimbangan moral, ahli keluarga haruslah
membuat pertimbangan dengan berkomunikasi secara rasional supaya mencari alternative bersama-
sama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi bukannya seiring bergaduh. Dengan
konsep ini, mereka dapat menjalinkan hubungan ahli keluarga dan dapat mengelakkan berlakunya
emosi negatif dan perkara melampau.

Hormat-menghormati antara satu sama lain juga dapat ditingkatkan apabila manusia
mengamalkan konsep pertimbangan moral. Sebagai contoh, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum
iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai amalan cara hidup yang berbeza. Maka, rakyat patut
memahami dan menerima budaya dan adat resam yang ada di kalangan kaum tetapi bukannya
mengkritik. Rakyat juga mengamalkan sikap adil dan toleransi dengan bergaul dengan bangsa lain
tanpa mengira perbezaan dari segi kaum dan latar belakang dan kedudukan.Dengan ini, manusia
bukan sahaja dapat memupuk amalan hormat-menghormati antara satu sama lain tetapi juga dapat
mengembangkan konsep pertimbangan moral.

Dalam konsep pertimbangan moral, terdapat empat teori dan falsafah yang berkaitan
dengannya adalah

I. Teori kemoralan sosial

Menurut Maiwan (2018) ,teori kemoralan sosial amat dikaitan dengan etika dan moral iaitu
peraturan, adat resam dan undang-undang. Teori ini juga merupakan satu panduan kepada
manusia semasa melakukan sesuatu tindakan dengan menentukan sama ada perbuatan
yang dilakukan adalah bermoral atau tidak. Semua peraturan, nilai murni dan tatasusila yang
wujud dalam masyarakat adalah merupakan sesuatu perkara yang disetujui oleh semua agar
dapat menjaga kemanfaatan, kepentingan dan keselamatan anggota masyarakat.

II. Teori Keperibadian Mulia

Menurut Maiwan (2018), teori ini merupakan penekanan sifat peribadi dan ciri-ciri watak
seseorang (Aristoteles) supaya dapat mencapai kehidupan dalam kualiti yang baik serta
menjadi seorang yang berinsan. Biasanya teori ini adalah diperoleh melalui tabiat, latih tubi,
ataupun pengajaran. Ia juga merupakan “jalan tengah” iaitu sesuatu tingkah laku yang
dilakukan adalah tidak keterlaluan dan tidak berkurangan. Sebagai contoh, manusia sabar
melakukan sesuatu tindakan tetapi bukanya panas hati dan kurang semangat.

III. Teori Teleologi

Menurut Abidin (2014), teori ini merupakan penilaian sesuatu tindakan berdasarkan
maksud, kesan dan tujuan perbuatan tersebut. Teori teleologi terbahagi kepada dua iaitu
utilitarianisme (manfaat kepada masyarakat) dan egoisme (manfaat menguntungkan diri
sendiri).

IV. Teori Deontologi

Menurut Wahairini (2018), teori ini merupakan penilaian sesuatu baik ataupun buruknya
daripada tingkah laku seseorang berdasarkan tanggungjawab dan kewajiban. Sebagai
contoh, kita haruslah bersikap toleransi dan jujur supaya tidak menyakiti orang lain kerana
perkara ini merupakan kewajiban kita.

Kemsimpulannya, konsep pertimbangan moral amat penting kepada kita dalam kehidupan
seharian sama ada melaksanakan pertimbangan moral yang bermoral atau tidak. Pertimbangan
moral yang membolehkan kita untuk melakukan sesuatu tindakan sama ada betul atau salah, adil
atau tidak adil serta mempengaruhi seseorang. Maka seseorang yang mengamalkan pertimbangan
moral yang bermoral tidak akan sengaja mencederakan seseorang atau menyakiti hati manusia.
3.0 Penaakulan Moral

Menurut Abdul Rahman Md Aroff & Chang Lee Hoon (1994), Penaakulan moral merujuk
kepada satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip prinsip yang dianggap benar, baik
dan patut dilakukan. Penaakulan moral adalah pemikiran dan pertimbangan yang dibuat secara
rasional dan bebas. Keupayaan mental untuk berfikir dalam situasi samar-samar untuk mengenal
pasti tingkah laku baik dan jahat. Keupayaan psikologi dapat menyelesaikan dan menyelesaikan
dilema moral secara autonomi, rasional dan objektif sejauh mungkin. Prinsip keadilan sangat penting
dalam membuat keputusan. Penaakulan moral juga dapat dihubungkan dengan pengambilan
keputusan yang rasional berdasarkan fakta, tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

3.1 Prinsip Penaakulan Moral

Menurut Prof Madya Dr. Chang Lee Hoon (2005), penaakulan moral mengandungi tiga
prinsip. Salah satu prinsip penaakulan moral adalah memahami maksud nilai moral. Prinsip kedua
adalah mengenal pasti sesuatu situasi yang melibatkan moral. Prinsip ketiga adalah menimbang isu
atau situasi moral secara objektif berasaskan prinsip moral yang asas. Sebagai contoh, seorang guru
disiplin menggantung seorang pelajar yang melakukan aktiviti vandalisme di kampus selama dua
minggu, walaupun pelajar itu adalah anaknya sendiri. Pengambilan keputusan guru mata pelajaran
adalah berdasarkan penaakulan moral dan tidak dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran. Pelajar-
pelajar dalam sekolah ini akan berasa puas hati dan keadilan kerana perbuatan guru disiplin yang
tidak berpihak terhadap anaknya.

3.2 Penaakulan Moral dalam kalangan remaja

Penaakulan moral penting dalam kalangan remaja. Penaakulan moral yang matang adalah elemen
penting bagi remaja kerana pemikiran rasional menjadikannya lebih mudah untuk belajar dan
menerapkan nilai-nilai murni. Menurut Stoll & Beller dalam Loganathan (1995), sekolah sekarang
menyedari bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan, yang lebih penting
lagi, untuk mengajar pelajar memahami nilai. Guru Pendidikan moral sekolah haruslah sedar bahawa
di sekolah sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Alam sekitar, cara
pentadbiran dan tingkah laku guru-guru di sekolah akan menjadikan pengaruh secara tidak langsung
kepada para pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana, remaja membuangkan hampir semua masa
dalam pelajaran dan sekolah menjadikan pengaruh kedua kepada remaja berbanding dengan
keluarga. Jadi, sekolah mestilah membina suasana yang ternama dan tinggi penghayatan moralnya
supaya menghasilkan remaja yang bermoral tinggi.

3.3 Bentuk Penaakulan moral

Menurut Lisa H. Newton, Ph.D. (1998), bentuk penaakulan moral yang bertentangan, atau
pertimbangan untuk membuat kesimpulan mengenai masalah etika, disebutkan dalam pembahasan
prosedur keputusan kami, di atas, dan mungkin berasal dari perbincangan sejauh ini. Yang pertama
yang boleh kita sebut sebagai konsekuensialis (atau utilitarian atau teleologi) penaakulan, di mana
ujung-ujungnya dikenali sebagai baik dan kaedah dipilih yang akan membawa kepada tujuan
tersebut; yang kedua umumnya disebut penaakulan nonkonsekuensialis (atau deontologi), di mana
peraturan diterima sebagai baik dan tindakan dinilai betul atau sebaliknya mengikut kesesuaiannya
dengan peraturan tersebut. Yang ketiga, yang melengkapi kedua-duanya tetapi belum termasuk
dalam proses keputusan, disebut penalaran berdasarkan kebajikan (atau ontologi), di mana jenis
orang yang satu, dan jenis komuniti moral yang dimiliki seseorang, menentukan kewajiban untuk
bertindak. Dalam konsekuensialisme, kebenaran suatu tindakan dikaitkan dengan kebaikan keadaan
yang ditimbulkannya; dalam non-konsekuensialisme, ia dihubungkan dengan kebolehpasarannya
dari suatu peraturan; dalam etika kebajikan, ia dikaitkan dengan watak ejen.

3.3.1. Penaakulan dari Peraturan: Penaakulan Deontologi

Lisa H. Newton, Ph.D. (1998) mencadangkan di atas bahawa prinsip moral biasanya
berbentuk mustahak, menetapkan kewajiban yang cukup untuk membenarkan tindakan.
Keperibadian berfungsi sebagai premis utama untuk garis pemikiran deontologi, atau non-
konsekuensialis. Penaakulan deontologi menyatakan kewajiban, memperhatikan bahawa kejadian
sekarang, nyata atau hipotetis, berada di bawah kewajiban itu, dan menghasilkan kewajiban untuk
melaksanakan tugas tersebut dalam hal ini.

Sebagai contoh, disajikan dengan kalung yang sangat bagus yang tidak dijaga di meja sisi
pesakit atau di kaunter perhiasan di kedai sebarneka, saya mungkin sangat tergoda untuk
merampasnya dan berlari tetapi saya tidak melakukan itu disebabkan oleh:

Premis utama: Jangan mencuri.

Premis kecil: Untuk mengambil kalung ini akan dianggap sebagai pencuri.

Kesimpulan: Anda (dalam kes ini, saya) mungkin tidak mengambil kalung itu.

Atau jika saya tetap mengambilnya, dan dihadapkan ke pintu oleh penyelia saya yang
bertanya sama ada penghapusan itu dibenarkan, atau oleh pemilik kedai yang bertanya adakah saya
membayar kalung itu, dan saya sangat ingin mengatakan "Oh, ini kalung saya” atau “Saya
memakainya tetapi gespernya pecah dan itulah sebabnya di tangan saya, "sekali lagi tugas saya jelas:

Premis utama: Berbohong adalah salah.

Premis kecil: mengatakan bahawa saya merupakan pemilik kalung ini adalah berbohong.

Kesimpulan: Saya tidak akan mengatakan itu milik saya.

Para peneliti dari bentuk logik akan memperhatikan kekurangan tertentu dari bentuk subjek-
predikat yang ketat yang dituntut oleh logika Aristotelean, tetapi intinya harus cukup jelas. Dalam
penaakulan deontologi (secara harfiah, penaakulan dari kewajiban), kita menganggap bahawa kita
wajib melakukan apa yang benar, bahawa ada undang-undang moral yang secara jelas menetapkan
apa yang benar dan apa yang salah, dan bahawa kita dapat menyimpulkan status moral orang yang
dipertimbangkan tindakan dengan mencari undang-undang moral apa yang berlaku padanya.
(Dengan undang-undang tersebut, suatu tindakan mungkin memiliki salah satu dari tiga status
moral: ia boleh ditetapkan (wajib), dilarang, atau diizinkan (tidak ditetapkan atau dilarang).

Terdapat masalah dengan pendekatan ini. Sebagai contoh, apa landasan premis utama?
Penaakulan deontologi bermula dengan penegasan tugas, tetapi tugas tersebut harus dibenarkan
secara luaran. Dalam kes ini, kita dapat kembali kepada prinsip asas kita dan memperoleh larangan
mencuri dan berbohong tanpa terlalu banyak kesulitan. Kadang-kadang, bagaimanapun, untuk
membenarkan premis, kita terpaksa kembali pada alasan deontologi iaitu alasan mengapa kita tidak
boleh memperdagangkan saham saham berdasarkan maklumat dalaman tidak dapat dikesan secara
langsung dari prinsip asal, tetapi melibatkan beberapa pemahaman mengenai pasaran saham dan,
akhirnya, penegasan bahawa (minoriti ekonomis yang sangat kecil yang tidak setuju) perdagangan
orang dalam adalah berbahaya bagi pasaran dan dengan demikian sistem perusahaan bebas.
(Perdagangan orang dalam biasanya dilambangkan sebagai pelanggaran "keadilan." Tetapi tentu saja
"tidak adil" untuk berurusan sebagai orang dalam sekiranya peraturan mengizinkannya. Ini hanya
akan membawa kepada akibat buruk, atau kepercayaan umum berlaku.)

3.3.2 Penaakulan dari Akibat: Penaakulan Teleologi

Namun, perhatikan bahawa kita dapat dengan mudah mengeluarkan hujah moral yang sama
dari segi tujuan atau konsekuensialis. Dalam argumen seperti itu, kita memperlakukan prinsip-
prinsip sebagai nilai-nilai dan bukan sebagai keharusan, dan tujuan yang harus dicapai dalam
masyarakat, dan bukannya undang-undang yang mengatur tindakan secara langsung. Hujah moral
kemudian menjadi latihan dalam menilai cara hingga akhir masyarakat yang terbaik. Yang baik,
berbanding dengan tindakan yang betul, menjadi penanda aras penentuan moral; kebaikan itu
secara umum difahami sebagai kebahagiaan terbesar bagi sebilangan besar orang dalam masyarakat
dalam jangka masa panjang. Tindakan tepat sepanjang membawa hasil yang baik. Bentuk
penaakulan konsekuensialis yang paling biasa adalah analisis "kos-faedah" yang biasa dilakukan oleh
dunia perniagaan iaitu untuk mencari perkara yang betul, anda menambah faedah setiap pilihan,
bahagikan faedah setiap tindakan dengan kos, dan pilih pilihan itu dengan nisbah faedah dan kos
tertinggi.

Contoh:

Premis utama: Sekiranya semua orang mengambil benda yang bukan miliknya, semua kepercayaan
terhadap institusi akan hancur dan ekonomi akan runtuh; oleh itu amalan mengambil objek yang
tidak dibenarkan adalah bertentangan dengan kebajikan masyarakat

Premis kecil: Oleh itu, mengambil kalung ini dalam keadaan seperti ini akan bertentangan dengan
kebajikan masyarakat;

Kesimpulan: Perbuatan ini adalah tidak betul dan saya tidak seharusnya melakukannya.

Kita tidak perlu melalui prosedur ini setiap kali kita menjumpai kalung yang terletak di
sekitar jangkauan, tentu saja. Pengalaman seluruh umat manusia adalah bahawa menghormati harta
benda, walau pun harta boleh didefinisikan dalam budaya yang berlainan, sangat penting untuk
kestabilan masyarakat, dan oleh itu, atas alasan itu, pengambilan harta tanpa pembayaran atau
kebenaran dilarang di mana-mana sahaja ( seperti berbohong mengenai kepentingan peribadi, sosial
atau komersial). Setelah perbuatan itu dilarang, penaakulan akan berjalan persis seperti yang
dilakukan dalam kerangka yang tidak penting. Sebilangan besar daripada kita mendapati
utilitarianisme peraturan (konsekuensialisme yang menetapkan peraturan dan kemudian alasan
daripadanya) lebih senang dikerjakan setiap hari daripada bertindak utilitarianisme
(konsekuensialisme yang menilai setiap tindakan individu berdasarkan akibatnya). Tetapi mana-
mana konsekuensialis akan menekankan pada titik bahawa setiap premis utama yang sah untuk
silogisme moral itu berdasarkan pada penalaran konsekuensialis; kita tidak memerlukan perintah
ilahi, intuisi yang tidak dapat disahkan, atau pernyataan sewenang-wenang untuk memberi kita
prinsip-prinsip dari mana kita memperoleh status moral dari tindakan yang dimaksudkan.
3.3.3. Penaakulan dari Kebajikan: Penaakulan Ontologi

Bentuk penaakulan ketiga biasanya dinyatakan dalam aspek kebajikan atau watak. Dalam
hujah seperti itu, kita mengimbau prinsip-prinsip sebagai sifat watak dan bukannya sebagai tujuan
atau sebagai peraturan, sebagai kebajikan yang ada pada agen moral dan bukan sebagai ciri
perbuatan. Setiap kali kita bertindak, kita secara serentak menentukan diri kita (sebagai jenis orang
yang bertindak sedemikian) dan mengubah diri kita (terhadap jenis orang itu), sama ada untuk lebih
baik atau yang lebih buruk. Objektif kita dalam tindakan moral, dengan alasan ini, bukan hanya
mematuhi peraturan (preskripsi minimum), dan mencapai tujuan yang baik (kemungkinan terbaik),
tetapi juga, dan terutama, untuk menjadi orang yang baik, terutama jenis orang yang melakukan
tindakan yang betul berdasarkan kebiasaan dan keinginan. Kami melampaui kos atau faedah dan
kepatuhan pada peraturan untuk mencapai cita-cita tingkah laku dan keperibadian.

Etika kebajikan tidak menentukan, pada awalnya, kebajikan apa yang paling patut dikejar
dan oleh siapa. Dalam kekurangan kekhususan ini, tidak ada yang lebih buruk daripada
utilitarianisme, yang merenung antara definisi "kebahagiaan". (kesejahteraan ditentukan secara
objektif? Merasa kesenangan? Preferensi seperti yang dinyatakan di pasar?) Atau deontologi, yang
tidak peduli di antara beberapa sumber "peraturan" (undang-undang semula jadi? undang-undang
manusia? bentuk penaakulan moral itu sendiri?) Menurut tradisi, manusia harus berusaha untuk
menjadi seorang yang sederhana, berani, bijak (berhemah), dan adil; Selain itu, dalam tradisi
keagamaan kita, mereka harus berusaha memperoleh iman, harapan, dan amal - apatah lagi
kejujuran, kebaikan, kesabaran, ketenangan, keanggunan, kesopanan dan rasa humor. Untuk
tindakan moral, adalah mustahak untuk memperoleh kebajikan-kebajikan itu, iaitu menjadi jenis
orang yang tidak akan membuat tingkah laku tidak bermoral menjadi mustahil; untuk tingkah laku
etika profesional, adalah mustahak untuk memperoleh kebaikan yang sesuai dengan profesion. Ini
harus berbeza bergantung pada fungsi profesion dalam masyarakat. Agaknya, doktor akan berusaha
untuk mendapatkan belas kasihan (kebaikan profesional) sebelum keadilan; hakim akan mencari
keadilan terlebih dahulu. Ahli perniagaan akan sangat berhemah (kebijaksanaan profesional),
pegawai tentera akan menanam keberanian. Orang Yunani selalu mengaitkan kebajikan untuk
berfungsi - anda adalah orang yang tepat untuk apa yang anda lakukan apabila anda mempunyai
sifat watak yang membolehkan anda melakukannya dengan baik - dan pautan itu terus masuk akal.

Contoh:

Premis utama: Saya bercita-cita untuk menjadi orang yang jujur, saya benci idea untuk menjadi
pencuri.

Premis kecil: Mengambil kalung ini menjadikan saya seorang pencuri.

Kesimpulan: Oleh itu, saya tidak mengambil kalung ini.

Apa pun kelebihan teoritinya, perlu diperhatikan bahawa etika kebajikan sama efektifnya
seperti yang mungkin kita dapat. Ini dekat dengan subjeknya dan sangat bermotivasi; kebanyakan
dari kita sebenarnya menjauhkan diri dari kejahatan kerana kita memegang cita-cita (gambar) untuk
diri kita sendiri yang tidak sesuai dengan jenayah kecil, apatah lagi hukumannya.
4.0 Pemikiran moral

Menurut Holmes maksud pemikiran moral ini ialah berasal dari konsep baik-buruk dan benar
salah. Konsep pertama memunculkan pandangan bahawa moralitas bersifat kondisional dan terkait
dengan lingkungan sosial dan budaya tempat moralitas itu lahir. Konsep kedua memunculkan
pandangan kategorikal tentang benar salah menurut tuntuan hukuman yang objektif.

4.1 Jenis Pemikiran Moral

4.1.1 Pemikiran Nasionalis

Bentuk pemikiran moral ini terbahagi kepada empat iaitu emotivis,naturalis,rasionalis


intuitionis. Pemikiran nasionalis ialah menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang sebenar oleh
aliran pemikiran. Menurut Peter R.S dalam Ethnics,tabii manusia perlu diketahui sebelum
memahami cara bagaimana mereka untuk meneruskan kehidupan. Ahli-ahli falsafah bersetuju
bahawa manusia merupakan rasionalis secara semulajadi jika dibandingkan dengan haiwan.Manusia
sangat berbeza daripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan
bertindak secara rasional yang berdasarkan akal yang telah dikurniakan. Manusia juga boleh
menaakul serta meletakkan batasan terhadap kemahuan mereka.

Secara Am nya, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan


hubungan secara peribadi. Maka mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik
sesama manusia itu sendiri sama ada bersama sahabat mereka atau orang lain. Persahabatan ini
tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara
satu sama lain. Hal ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan
sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan
seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral. Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja
keadaan yang sebenar dapat dikatakan sebagai berfikir secara naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana
dianggap sebagai naturalistic iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja
dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat
sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Secara logik,sesuatu tidak boleh ditentukan
secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

4.1.2 Pemikiran Emotivis

Bentuk pemikiran kedua ialah pemikiran emotivis ialah aliran pemikiran yang merujuk
kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui
air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Emotivis berasal
daripada perkataan emosi yang menunjukkan suatu kebangkitan perasan seseorang. Emotivis
menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang
dinyatakan oleh naturalis tetapi adalah mengikut emosi,sikap atau perasaan. Menurut golongan
emotivis,individu-individu tersebut hanya meluahkan isi hati atau perasaan mereka dan
menimbulkan perasaan yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan
itu. Dari sisi lainnya, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak
menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan
mengenai emosi atau perasan orang yang membuat pentafsiran. Berdasarkan permikiran moral
,seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain
berkongsi perasaan mereka. Menurut pandangan emotivis,pertimbangan moral adalah subjektif dan
tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral.
Pandangan emotivis memberi sumbangan melalui satu dimensi yang diperkenalkan yang penting
bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba
menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi,sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi
konsep “tidak dipersetujui” mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-
pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori
emotivism ialah tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.

4.1.3 Pemikiran Intuitionis

Selain itu, bentuk pemikiran intuitionis. Intuitionis berasal daripada intuisi iaitu perkataan
latin intueor. Intueor bermaksud seseorang itu memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan
satu proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis,pengetahuan ini
boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Aliran pemikiran ini merujuk satu proses
melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitan dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya.
Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi
sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat. Bak kata pepatah
melayu terkilat ikan di air sudah tau jantan betina. Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah
sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu.
Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu
perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munyi Abdullah,intelek
melayu dalam bahasa indahnya lagi ku tebas pohon di hutan,baru ku tahu luasnya bentara.
Kesimpulannya orang yang terlebih dahulu makan garam, makan teballah intuisionisnya berbanding
dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki.

4.1.4 Pemikiran Rasionalis

Bentuk seterusnya ialah pemikiran rasionalis yang berasal daripada perkataan ratio yang bermakna
sebab atau alasan. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik memerlukan asas daripada pemikiran rasional yang waras dan logik.
Perbezaan antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk membuat keputusan yang bijak dan rasional dalam menyelesaikan masalah dan
mereka cipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh manusia. Kebanyakkan kes bunuh diri
menggun akan keganasan untuk mendapat sesuatu bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.
Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai factor utama dalam
pengeahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pandangan bahawa kita mengetahui
sesuatu hasil daripada pemikiran kita bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan
dirinya sendiri. Menurut pandangan ini,pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea
dengan idea-idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaindera-pancaindera
5.0 Perlakuan Moral

Banyak perbuatan manusia terkait dengan tindakan baik dan buruk, tapi tidak semua
tindakan adalah terkait baik dan buruk dari segi etika. Contohnya seperti anda menerima gaji,
menggunakannya terlebih dahulu untuk hobi atau kesenangan bersama teman-teman dan baru
memberi selebihnya kepada isteri. Hal ini dapat dikaitkan dengan moral kerana disebut tindakan
moral. Jadi, tindakan moral adalah perbuatan manusia yang dilakukan dengan sengaja dan terkait
dengan penilaian baik dan buruk. Inilah yang dipersoalkan oleh etika. Kesimpulannya, manusia dapat
menentukan tindakan, ia dapat memilih tindakannya. Namun begitu, yang dinilai etika hanya
tindakan yang terkait moral, dan disebut sebagai tindakan moral. Manusia dengan kehendak bebas
dapat melakukan pilihan moral.
Tindakan moral juga merupakan perbuatan atau sikap individu yang dapat dikaitkan dengan
kehidupan seharian. Perbuatan yang baik atau tindakan yang bermoral dapat memberi impak dan
kesan pada masyarakat sekeliling. Tindakan moral ini perlulah diamalkan di tempat-tempat awam
seperti di kawasan kejiranan, sekolah, tempat membeli belah dan lain-lain. Antara tindakan moral
atau sikap yang dapat diamalkan di dalam keidupan seharian ialah membuang sampah selalu pada
temptanya. Pembuangan sampah pada tempat yang sepatutnya dapat memberi kesan yang baik
kepada alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pembuangan sampah yang tak
terkawal seperti sisa-sisa makanan termasuk bahan-bahan bungkusan makanan dan minuman di
merata-rata tempat dapat mengakibatkan keadaan sekeliling berbau busuk dan juga seterusnya
menarik tikus dan lalat yang mana merupakan pembawa penyakit. Sebagai contoh terdapat
longgokkan sampah yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang membuang
sampah secara haram di kawasan kosong berhampiran Masjid Cina Krubong, Melaka. Menurut
penduduk tempatan juga tindakan tersebut menyebabkan pesekitaran kawasan itu menjadi kotor,
tidak terurus, sekali gus mengundang pembiakan nyamuk aedes. Oleh yang demikian, perkara ini
dapat ditangani jika terdapat kesedaran dalam diri dan tindakan moral yang diambi oleh setiap
individu.
Seterusya, tindakan moral atau sikap yang dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian
yang kedua ialah, mengucapkan terima kasih. Tindakan ini dapat dilihat sebagai tindakan yang biasa
dan kecil bagi pandangan sesetengah individu namun begitu ia amat memberi kesan yang mendalam
bagi sesetengah pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana, ucapan terima kasih merupakan tanda
bagi kita mengahargai seseorang. Tindakan ini juga turut melambangkan personaliti atau adab
seseorang. Sebagai masyarakat timur, ia bukanlah satu senario 'asing' dalam mengamalkan budi
bahasa dan nilai-nilai murni termasuklah pengucapan terima kasih kerana ia menjadi kebanggaan
warisan masyarakat terdahulu. Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah
'syukur', yakni diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat dan
rezeki sebagai menghargai anugerah pemberian Allah. Oleh yang demikian, sikap ini perlu lah
dipupuk oleh setiap pihak masyarakat di dalam diri terutama sekali golongan remaja pada masa kini.
Pihak ibu bapa dan guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam mendidik mereka.
Mereka perluah memberi didikan awal tentang pentingnya sikap ini kerana remaja yang sedang
membesar senang dipupuk jika dididik dari awal bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
Berikutnya, tindakan moral atau sikap yang dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian
yang ketiga ialah menghormati orang yang lebih dewasa. Sikap menghormati orang yang lebih tua
dari kita merupakan sikap nilai murni yang perlu diamalkan oleh semua golongan masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana sikap ini amat ditekankan oleh setiap agama. Sebagai contoh di dalam
agama Islam, Nabi Muhammad SAW amat menitikberatkan tentang sikap ini. Rasulullah SAW juga
pernah bersabda yang bermaksud “Barangsiapa yang tidak menyayangi orang yang lebih muda di
antara kami dan tidak mengerti hak orang yang lebih besar (tua) maka dia bukan termasuk golongan
kami.” (Hadis Riwayat Imam Tirmizi:1919). Berdasarkan hadis ini, Nabi Muhammad SAW mengajar
kita agar sentiasa menjaga hak-hak orang lain tanpa ada yang terkecuali, sama ada kanak-kanak atau
pun dewasa. Hadis tersebut juga turut menjelaskan bahawa pentingnya untuk menghormati orang
yang lebih dewasa dari kita. Sebagai contoh, ketika berada di kenderaan awam, kita perlulah
memberi keutamaaan kepada warga emas atau ibu mengandung untuk duduk. Sikap ini perlulah
disemai oleh semua golongan masyarakat terutama sekali golongan remaja. Jika sikap ini diabaikan,
maka wujudlah golongan remaja yang biadap terhadap orang tua. Misalnya seperti kes warga emas
yang berumur 67 tahun dibuli oleh empat orang remaja yang berlaku di Bachok, Kelantan pada 5
October 2020. Kejadian tersebut menjadi bualan ramai selepas tular video berdurasi 30 saat di
media sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki bertindak luar batasan apabila tergamak
mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri. Lebih
mengejutkan dua daripada remaja terbabit berusia 16 hingga 18 itu merupakan anak sepupu kepada
warga emas itu. Akibat kejadian itu mangsa, Wan Bidah Wan Deraman, 67, dari Kampung Banggol
Pauh, Bachok mendakwa mengalami lebam dan sakit pada bahagian lengan selepas dilastik
menggunakan batu oleh dua remaja tersebut.
Akhir sekali tindakan moral atau sikap yang perlu diamalkan di dalam kehidupan seharian
yang terakhir ialah tolong-menolong antara satu sama lain. Sikap dapat kita kaitkan dalam
kehidupan kejiranan, pesekolahan dan lain-lain. Malah di dalam agama Islam turut ditekankan
tentang sikap ini. Kawasan kejiranan yang luas akan memberikan makna yang mendalam tentang
sikap tolong menolong. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila wujudnya kesukaran atau
kesulitan maka jiranlah yang akan menjadi “adik-beradik” dalam menolong kita. Contohnya seperti
meminta jiran untuk memantau rumah ketika kita pulang ke kampung supaya dapat mengelakkan
daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti kecurian dan sebagainya. Selain itu kewujudan
Kelab Rukun Tetangga (KRT) juga sangat digalakkan bagi mewujudkan suasana yang selamat dan
bersatu padu antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama. Selain itu, aktiviti
gotong-royong besar-besaran juga dapat dilakukan setiap tahun supaya kita dapat menjaga
kebersihan atau kelestarian alam di sekitar perumahan secara bersama bak kata pepatah “bersatu
teguh, bercerai roboh”.
Kesimpulannya, tindakan moral atau sikap yang baik dapat mempengaruhi suasana dan
kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, sikap yang baik dapat mewujudkan suasana yang
aman dan harmoni. Kita juga dapat mencontohi rakyat di negara Jepun yang terkenal dengan adab
dan tatasusila .Oleh yang demikian semua pihak perlulah sentiasa mengamalkan tindakan moral dan
sikap yang baik dalam mendepani hari-hari yang baru agar negara Malaysia dapat menjadi negara
yang bukan sahaja kaya dengan bahan mentah, malah kaya dengan rakyat yang beradab dan
berakhlak.
6.0 Hubungan antara Penaakulan moral, Perasaan moral dan Perlakuan Moral

Secara ringkas, penaakulan, perasaan dan perlakuan seseorang akan membuatnya dalam
keadaan berjaga-jaga sehingga apa yang dilakukannya memenuhi norma-norma lokasinya.
Contohnya, apabila seseorang melakukan sesuatu yang salah atau tidak bermoral, dia akan merasa
takut, menyesal atau bersalah. Sekiranya dia mempunyai idea ini, dia tidak akan lagi melakukan
tingkah laku anti-normatif dan anti-sosial. Oleh itu, emosi moral sangat penting ketika menentukan
apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan oleh seseorang. Sebenarnya, ketiga-tiga dimensi ini sama
pentingnya secara moral.

Kupperman (1983) melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral
tidak semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Akan tetapi
individu yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana
adalah sukar untuk dia memperoleh perasaan moral.

Apabila seseorang dapat membuat alasan secara rasional dan bebas, tingkah laku peribadi
akan muncul dalam bentuk perilaku dan tindakan. Tingkah laku ini akan dipengaruhi oleh perasaan
dan emosi peribadi pada masa yang sama. Oleh itu, tingkah laku ini bersifat moral, bukan hanya
berdasarkan pada "perintah" atau "arahan" pemikirannya. Kawalan kuasa. Individu yang berdikari
dan tidak terpengaruh dengan emosi dan moral akan menyebabkan tingkah laku individu tidak
disengajakan, dan mungkin tidak bermoral kerana tingkah laku atau tingkah laku mereka mungkin
bertentangan dengan tingkah laku mereka. Oleh itu, ketiga-tiga dimensi ini mesti saling eksklusif
"berinteraksi" atau "mempengaruhi" satu sama lain untuk menetapkan moral yang tiga. Secara
umum, orang yang bermoral adalah orang yang mempunyai autonomi, rasional dan bebas dalam
dimensi moral akal, emosi dan tingkah laku.
7.0 KESIMPULAN

Moral adalah pengetahuan atau pandangan yang berkaitan dengan keperibadian beradab.
Moral juga bermaksud pengajaran yang baik, tingkah laku dan tindakan yang buruk. Moralisasi
adalah gambaran "sudut pandang dan doktrin" mengenai amal dan tingkah laku. Moral yang rendah
adalah kerosakan moral. Perkembangan moral ini telah melibatkan perubahan pemikiran, perasaan
dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Moral amatlah penting dalam sesuatu
tugas yang dilaksanakan dalam kehidupan. Hal ini kerana moral dapat mempengaruhi perasaan,
perlakuan, pemikiran dan pertimbangan seseorang. Sebagai contoh, setiap orang belajar moral sejak
kecil sama ada diajar oleh keluarga atau sekolah. Ini adalah untuk mempengaruhi kita menjadi
seorang yang bermoral dan bertanggungjawab dalam masyarakat.

Bolehkah kita membayangkan masyarakat hidup dalam dunia yang tidak mempunyai moral?
Kecurian, merompak, vandalisme, kes buli, pembuangan bayi mungkin berlaku setiap hari kalau
kerosakan moral berlaku dalam masyarakat. Dengan ini, masyarakat akan menjadi huru buruk. Oleh
itu, moral adalah penting untuk masyarakat belajar sejak kecil.

Secara umumnya, orang yang bermoral adalah orang yang mempunyai autonomi, rasional
dan bebas dalam dimensi moral akal, emosi dan tingkah laku.
RUJUKAN

Abidin, Z. (2014). SINTESIS DEONTOLOGI DAN TELEOLOGI (Sebuah Refleksi tentang

Teori Etika). JURNAL ADMINISTRASI KANTOR, 2(1), 232-262.

http://www.ejournal-binainsani.ac.id/

Amira nurfahmida. (2017, November 4). Perkembangan moral. Share and Discover Knowledge on

SlideShare. https://www.slideshare.net/amiranurfahmida/perkembangan-moral-81583511

Ernia Yuri. (2014, November 3). Bab 6: Konsep asas perkembangan moral. prezi.com.

https://prezi.com/_ykkhdsq5dat/bab-6-konsep-asas-perkembangan-moral/

Hana Danial. (2016, February 22). 4. pembentangan bahan moral 2015 guru. Share and Discover

Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/nanahana/4-pembentangan-bahan-


moral-2015-guru

Ieyzaleyjoe. (2015, November 1). Konsep Asas Perkembangan moral. Scribd.

https://www.scribd.com/doc/288076222/Konsep-Asas-Perkembangan-Moral

K. Bertens (2007). Etika. Indonesia, Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.

https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=wSTf79ehWuAC&oi=fnd&pg=PR9&dq=kamus+dewan+etika&ots=TOGIxkrOLB
&sig=lln_s-L-BUrW4A9UXtQIh7sG6B0&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Lisa H. Newton, Ph.D. (1998). Hale chair in applied ethics resources - Manuals. Rochester Institute of

Technology | RIT. https://www.rit.edu/cla/ethics/resources/manuals/dgae1p10.html

Maio, G, R. (2010). 7.5 Values and moral judgment. Advances in Experimental

Social Psychology. 42 (pp), 1-43. https://www.sciencedirect.com/topics/social-


sciences/moral-judgement

Maiwan, M. (2018). Memahami Teori-Teori Etika: Cakrawala dan Pandangan. Jurnal Ilmiah


Mimbar Demokrasi, 17(2), 190-212.

http://journal.unj.ac.id/unj/index.php/jmb/article/view/9093/6204

Mohamad Farez Basiran. (n.d.). Penaakulan moral Perasaan moral Perlakuan moral. Academia.edu –

Share research.
https://www.academia.edu/12446697/Penaakulan_Moral_Perasaan_Moral_Perlakuan_Mor
al

Pettit, D., & Knobe, J. (2009). The pervasive impact of moral judgment. Mind & Language, 24(5),586-

604. https://onlinelibrary.wiley.com/

Samhis setiawan. (2020, September 28). Pengertian moral Dan Etika, Persamaan serta Perbedaan.

GuruPendidikan.Com. https://www.gurupendidikan.co.id/moral-dan-etika/

Shantini raman. (2014, February 14). Perkembangan moral. Share and Discover

Knowledge on SlideShare.https://www.slideshare.net/shantinimenon/perkembangan-moral

Teori Perkembangan Lawrence Kohlberg. (2012, August 25). Pertumbuhan dan Perkembangan

Kanak-Kanak. https://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-
lawrence-kohlberg_25.html?m=1

Thphanorama (n.d). Ciri-ciri Penghakiman Moral, Jenis, Contoh / Budaya umum

https://ms.thpanorama.com/articles/cultura-general/juicio-moral-caractersticas-tipos-
ejemplos.html

Unknown. (2013, January 15). Pendidikan moral: Fungsi Dan kepentingannya. Sepating Bungai.

https://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.html

Zana, M, P. (2010). Advances in Experimental Social Psychology. UK, Oxford: Penerbit

Elsevier Inc. https://books.google.com.my/

You might also like