You are on page 1of 1

Soalan Temubual

1. Seperti yang kita tahu, konsep gagasan 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh
perdana menteri Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan
dalan kepelbagaian kaum di Malaysia. Namun, walaupun negara kita telah mencapai
kejayaan dalam membentuk perpaduan dan hubungan yang baik dalam kalangan etnik,
masih terdapat sedikit kepincangan dalam pembentukan dan pemeliharaan hubungan
etnik. Jadi persoalan saya, apakah antara cabaran-cabaran yg menjadi duri dalam daging
dan telah menyebabkan usaha memupuk hubungan etnik itu menjadi sukar?

2. Perpaduan ataupun integrasi nasional umumnya merujuk kepada penyatuan pelbagai


kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan budaya yang berbeza. Bagi
memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat yang mempunyai pelbagai etnik dan
kaum, apakah usaha dan langkah kerajaan untuk atasi halangan perpaduan dan
memupuk integrasi nasional?

3. Pada pendapat encik, adakah rakyat Malaysia sudah bersatu padu?

4. Macam mana yang dikatakan bersatu padu ? contohnya dari segi budaya dan sebagainya

5. Bagaimana proses penyebaran budaya yang dapat diterapkan dalam rakyat di Malaysia?

6. Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat yang mempunyai pelbagai etnik
dan kaum, apakah usaha dan langkah kerajaan untuk atasi halangan perpaduan dan
memupuk integrasi nasional.

7. Apakah antara cabaran-cabaran yang menjadi duri dalam daging dan telah menyebabkan
usaha memupuk hubungan etnik itu menjadi sukar?

8. Apkah contoh elemen budaya atau adat yang ditunjukkan oleh sesuatu masyarakat di
Malaysia yang mempenngaruhi budaya lain?

You might also like