You are on page 1of 12

Pak Samad menggunting pokok teh. (ayat aktif) Pokok teh digunting oleh Pak Samad.

(ayat pasif)

Ayat Aktif ialah ayat di mana subjek dalam ayat tersebut menjadi pelaku & objjeknya sebagai penerima. Ayat aktif menerangkan benda atau perlakuan seseorang. Kata kerja dalam Ayat Aktif mengandungi awalan medan ia disebut sebagai penanda Ayat Aktif. Ayat ini mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yg diterangkan.
Ayat Aktif & Pasif -Rabiah 1

1. Ayat aktif transitif

2.Ayat aktif tak transitif

~ Ayat aktif transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama yang bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya. ~ HANYA ayat aktif tarnsitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam ayat aktif transitif akan dijadikan sebagai subjek dalam ayat pasif.
2

ayat aktif transitif juga boleh mengandungi klausa komplement sebagai penyambut kepada kata kerjanya. biasanya ayat seperti merupakan ayat majmuk.
contoh ayat dengan klausa komplement

1.

Kam Swee mengesyorkan supaya gaji para pekerja dinaikkan sebanyak lima peratus. 2. Ramalan cuaca menyatakan bahawa hujan akan turun pada esok pagi.
3

kata kerja yang menerima 2 objek sebagai penyambutnya. ~ Objek-objek ini dikenali sebagai objek tepat & objek sipi. ~ objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. ~ Objek sipi pula merupakan objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja. 1. 2. 3. Sultan Selangor menganugerahi bapa Atan

~ Selain itu ayat aktif transitif juga boleh mengandungi

bintang kehormatan.

Shela mengirimkan kakaknya sepucuk surat. Pelayan itu membawakan Kassim segelas air.

Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat Aktif Tak Transitif tidak boleh dipasifkan kerana ia tidak mempunyai objek. Ayat Aktif Tak Transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis; Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat Aktif Tak Transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
5

A.A.TT dengan keterangan yang boleh digugurkan


Ayat aktif jenis ini boleh mengandungi frasa keterangan ataupun tidak. Frasa keterangan dalam Ayat Aktif boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat itu.
Kanak-kanak itu sedang bermain dengan riangnya. Manan sedang tidur di dalam bilik. Asrul sedang mandi di tepi perigi Budak itu menangis sepanjang malam.

A.A.TT dengan keterangan yang TAK boleh digugurkan


Ayat aktif jenis ini mesti mempunyai frasa keterangan Ayat itu dianggap tidak lengkap atau salah jika ia tidak mempunyai frasa keterangan
Baju sejuknya ada pada saya. Teck Keong berasal dari Perak. Shazmin ingin menjadi seorang guru. Bas Ekspress Utama ingin menuju ke Selatan.

Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif Ayat Pasif Dengan Kaya Ganti Nama Diri Orang Pertama & Kedua. Ayat Pasif Dengan Kata Bantu Pasif KENA Ayat Pasif menggunakan Imbuhan ber dan ke--an

Ayat Pasif Dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Ayat pasif jenis ini mempunyai kata kerja pasif yang berimbuhan di- dan ter Ayat ini digunakan dengan frasa nama objek orang ketiga. Kata sendi oleh dalam Ayat Pasif yang menggunakan kata kerja pasif di- boleh gugurkan jika binaan oleh + Frasa Nama diletakkan selepas kata kerja. Kata sendi oleh dalam Ayat Pasif yang menggunakan kata kerja pasif yang menggunakan kata kerja pasif di- tidak bolejh digugurkan jika binaan oleh + Frasa Nama terletak jauh daripada kata kerja.
9

Ayat Pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama & kedua
Kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama diri orang kedua tidak boleh menerima kata kerja imbuhan pasaif di Kedua-dua jenis kata ganti nama diri orang itu diletakkan di hadapan kata kerja dasar.
Kerugian besar itu mesti kita tanggung bersamasama Fail ini harus awak pulangkan dengan segera.

10

Ayat Pasif dengan kata bantu Pasif KENA


Perkataan kena digunakan di hadapan kata kerja dasar dalam ayat Pasif jenis ini. Kata kerja dasar tersebut tidak menerima sebarang awalan. Frasa nama objek yang mengikuti kata kerja dasar boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat itu.
dikenali. itu.

Wanita itu kena tipu oleh seorang lelaki yang tidak

Seorang pegawai polis kena tembak oleh perompak

11

Ayat Pasif Menggunakan Imbuhan ber- dan ke--an


Ayat pasif ini mengandungi kata kerja yang berawalan ber- dan berapitan ke--an. Bahagian binaan oleh + Frasa Nama biasanya tidak diperlukan.
Lauk-pauk untuk makan malam sudah berhidang. Pengemis di kaki lima itu kelaparan Saya ketinggalan bas pagi ini.

12

You might also like