You are on page 1of 25

Linguistik Terapan Bahasa

Melayu BMMB 3023

Tajuk : Ragam ayat


Ayat Aktif
Ayat Pasif

Penghargaan: Encik Zulkafly bin Mohd. Noor


Ayat Aktif
• Ayat yang mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau
unsur yang diterangkan
- Contohnya : Ali menendang bola.
: Kakak sedang tidur.
• Ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu :
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif
Ayat Aktif Transitif
• Ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang
diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen
yang berfungsi sebagai objek atau unsur
penyambutnya. Contohnya :
- Beliau meraikan tetamu kehormatnya.
- Mereka membaiki jalan itu.
- Dia mendakwa bahawa anaknya diculik.
- Kami mengetahui bahawa Siti sudah berkahwin.
• Ayat aktif transitif juga boleh mengandungi kata
kerja yang menerima dua objek sebagai penyambut,
iaitu objek tepat dan objek sipi. Contohnya :
- Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman
gantung sampai mati.
- Ibu menjahitkan kakak baju kebaya.
• Ayat aktif transitif yang mempunyai dua objek boleh
diubah binaannya, iaitu objek tepat menerima kata
sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa
sendi nama yang bertugas sebagai keterangan,
manakala objek sipi asal menjadi objek tepat
baharu.
• Contohnya :
- Abang membelikan ibu sebuah rumah.
(objek tepat asal : ibu)
(objek sipi asal : sebuah rumah)
- Abang membeli sebuah rumah untuk ibu.
(objek sipi asal menjadi objek tepat baharu)
(objek tepat asal menjadi frasa sendi nama yang
berfungsi sebagai keterangan)
• Ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja transitif
yang membawa makna adjektif, iaitu kata kerjanya boleh
menerima kata penguat.
• Dalam ayat demikian, objeknya secara pilihan boleh
digugurkan sekiranya objek tersebut terdiri daripada
orang pertama . Contohnya :
- Kejayaan adik amat membanggakan kami.
• Sekiranya objek terdiri daripada orang kedua dan ketiga,
maka objek tersebut tidak boleh digugurkan.
Contohnya :
- Saya berharap agar Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
ini menggembirakan anda semua.
- Pembabitan pelajar dalam gejala gengsterisme amat
membimbangkan pihak sekolah.
Ayat Aktif Tak Transitif
• Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif,
iaitu kata kerja yang tidak boleh dipasifkan dan
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
• Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua
jenis, iaitu :
(a) Keterangan boleh digugurkan
(b) Keterangan yang tidak boleh digugurkan
Ayat Aktif Tak Transitif dengan
Keterangan yang boleh digugurkan
• Ayat aktif jenis ini ialah ayat yang mengandungi
kata kerja tak transitif yang boleh mengandungi
frasa keterangan secara pilihan. Contohnya :
-(a) Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
(b) Kanak-kanak sedang mandi.
- (a) Penghuni asrama itu bersolat di surau
sekolah.
(b) Penghuni asrama itu bersolat.
Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan
yang tidak boleh digugurkan
• Ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti
diikuti oleh unsur pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
• Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa
keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Contohnya :
- Kebanyakan pelajar itu berasal dari Perak.
- Penyakitnya beransur pulih.
Ayat Pasif
• Terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif.
• Mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
• Contohnya:
1. Bola itu ditendang oleh Ali.
2. Kucing itu dikejar oleh anjing.
3. Pantai Timur dilandai banjir.
4. Buku itu saya baca.
5. Buku itu hendaklah kamu simpan baik-baik.
Pembahagian Ayat Pasif
1. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
i. di-
ii.ter-
iii.
ber-
iv.ke-…-an
2. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama
dan kata ganti nama diri kedua
3. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir
sebelum kata kerja
(i)Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
di- & ter-

• Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang


kata kerjanya mengandungi imbuhan kata
Subjekpasif di-
kerja Kata Kerja
dan ter-. Oleh + Frasa Keterangan
Pasif Nama
Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.
Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian
bawahnya.
Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa
satu tahun.
• Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-,
kata sendi nama “oleh” yang letaknya selepas kata kerja
boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau
struktur ayat.
• Contoh: 1. Barang itu sudah diambil Ali semalam.
2. Sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi.

• Namun demikian, jika binaan oleh +FN itu terletak jauh


daripada kata kerja, maka “oleh” tidak boleh digugurkan.
• Contoh: 1. (a) Barang itu sudah diambil semalam oleh
Ali.
(b) Barang itu sudah diambil semalam Ali.
(Salah)
2. (a) Sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.
(b) Sampah sarap dibakar pagi tadi ayah.
(Salah)
Untuk ayat pasif dengan kata kerja pasif
ter-, kata sendi nama “oleh” tidak boleh
digugurkan.

1. (a) Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian


bawahnya.
(b) Tembok itu terlanggar lori pada bahagian
bawahnya. (salah)

2. (a) Istana raja terbina oleh rakyat dalam masa


satu tahun.
(b) Istana raja terbina rakyat dalam masa satu
tahun. (salah)
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja
pasif ber- & ke-…-an

• Dalam bentuk ini, biasanya bahagian


oleh+FN tidak diperlukan.
Subjek Predikat
Baju itu berjahit dengan benang
sutera.
Surat anaknya belum berjawab.
Mereka kehujanan sepanjang hari
ini.
Seluruh kampung kegemparan.
Ayat pasif dengan imbuhan ke-…-an (Asraf)
1. Orang itu kemalangan.
2. Mereka kehujanan.
• Kesemua subjek (1) dan (2) menjadi penderita. Hal
ini demikian berdasarkan makna ayat-ayat itu, iaitu:
• 1. Orang itu kemalangan = Orang itu ditimpa
keadaan malang.
• 2. Mereka kehujanan = Mereka ditimpa hujan.
• Oleh sebab subjek Orang itu dan Mereka menjadi
penderita, maka ayat-ayat tersebut meruppakan
ayat pasif juga.
• Kata-kata kemalangan dan kehujanan dapat berdiri
sendiri untuk bertugas sebagai predikat. Maka, tiap-
tiap kata itu dapat menjadi frasa, yakni frasa kerja
pasif ke-…-an.
• Ayat pasif dengan kata kerja pasif yang
berapitan ke-…-an boleh diluaskan dengan
tambahan kata nama sebagai pelengkap.
• Contohnya:
Subjek Predikat

Pelita itu kehabisan minyak.

Orang tua itu kekurangan tenaga.

Rumah Ali kemasukan pencuri.

Pelancong itu ketinggalan bas.


(ii)Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama
Diri Orang Pertama dan Kedua
• Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri
diletakkan di hadapan kata kerja dasar.
• Hal ini berlaku kerana kata ganti nama diri orang
pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja
dengan imbuhan pasif di-.
• Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang
hadir di hadapan kata dasar itu boleh berbentuk kata
penuh atau kata ringkas.
• Kata ganti nama diri yang berbentuk kata penuh
adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami
dan kita manakala bentuk kata ringkas ialah ku bagi
aku dan kau bagi engkau.
Subjek Frasa kerja pasif Keterangan
dengan ganti nama diri
pertama / kedua
Kerja itu sudah saya selesaikan Semalam.

Makanan itu belum saya rasai lagi.

Makanan itu belum kurasai lagi.

Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.

Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.

Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga kini.

Persetujuannya harus anda sampaikan dengan segera.

Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuhnya.

Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.


• Perlu disedari bahawa ayat pasif dengan kata kerja
di- digunakan hanya dengan frasa nama objek
orang ketiga.
• Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua
mempunyai bentuk ayat pasif yang berlainan.
• Apabila kata kerja dalam sesuatu ayat pasif itu
berawalan di- dan diikuti oleh frasa sendi yang
terbentuk daripada kata sendi oleh serta frasa
nama sebagai objeknya, maka ayat itu dikenali
sebagai ayat pasif diri ketiga.

Subjek Predikat
Rumah itu dibeli oleh beliau.
Baju itu dipakai olehnya.
Barang-barang itu diangkut oleh mereka.
(iii) Ayat Pasif dengan Kata Bantu
Pasif Kena

• Ayat jenis ini mengandungi perkataan kena di


hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima
awalan.
• Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan,
digugurkan seperti contoh yang berikut:
Subjek Kena Kata Kerja oleh + Frasa
Dasar Nama

Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).


Dia kena tipu (oleh pemuda
itu).

Mereka kena hasut (oleh anasir


luar).

Perajurit itu kena tembak (oleh


pengganas).

Budak-budak kena kejar (oleh anjing).


itu
Oleh = digugurkan
Rujukan
Choo Say Tee dan Mohd. Khir Kassim. (1989).
Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu. Petaling
Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji
Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2013).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Se k i an ,
a ka s i h .
teri m

You might also like