You are on page 1of 13

RAGAM AYAT

 Terbahagi kepada 2 iaitu :


a. Ayat Aktif
b. Ayat Pasif
 Ayat Aktif:
- mengandungi kata kerja yang menggunakan imbuhan
kata kerja aktif iaitu me-, dan ber-, contohnya :
a. Doktor itu / sedang merawat pesakitnya.
b. Pekebun itu / memetik buah-buahan.
 Jenis ayat aktif : Ayat aktif transitif
Ayat aktif tak transitif
 Ayat aktif transitif memerlukan objek sebagai unsur
penyambut
Subjek Predikat
Kata Kerja Objek/penyambut
Transitif

1 Jamal sedang memotong rumput

2 Mereka sedang Isu air


membincangkan
3 Pihak berkuasa telah penjenayah itu
memenjarakan
 Ayat aktif transitif dua objek
Bil Subjek Predikat

Kata kerja Objek Tepat Objek Sipi


transitif
1 Ramli menghadiahi ibunya Kereta.
2 Suzi membacakan adiknya buku.
3 Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman
sebat.

 Ayat aktif boleh dipasifkan


 Ayat Aktif Tak Transitif
- mengandungi kata kerja tak transitif
- tidak boleh dipasifkan
- Ayat Aktif Tak Transitif Berpelengkap ( x boleh
digugurkan pelengkapnya)
- cth : Ayah beransur ... (sembuh, sihat, pulih)
Wajah Siti menyerupai…( ibunya, ayahnya, kakaknya)
Pekerja asing tinggal …( di rumah setinggan, di rumah
kongsi)
 Ayat aktif Tak Transitif Berpenerang
- diikuti kata nama atau frasa nama
- boleh digugurkan dan tidak boleh dipasifkan
- cth : Pegawai itu berbaju. (batik, songket, sutera)
Pelajar pra universiti bermain. ( badminton,
bola)
 Ayat aktif Tak Transitif Tak Berpelengkap
- Sukarelawan itu sedang bertugas. [di medan perang.]
- Haiwan liar itu berlari. [ke dalam hutan.]
 Ayat Pasif
- kata yang menggunakan imbuhan di-… oleh, ter-,
ber-, ke-…-an, dan kena
a. Pondok bacaan itu dibina oleh penduduk
kampung.
b. Haiwan ganas itu tertembak kepalanya.
c. Makana itu belum berhidang.
d. Anak kucing Siti kesejukan di tepi bangunan.
e. Budak-budak nakal kena denda pagi tadi.
 Ayat Pasif:
a. dengan imbuhan kata kerja pasif di-, ter-, ber-, ke-
…-an, dan
Imbuhan Ayat

di- Baju itu dijahit oleh ibu.

ber- Baju itu belum bersusun lagi.

ter- Makanan itu masih belum terjual lagi.

ke-...-an haiwan itu kehausan di padang pasir.


Bagaimana hendak membezakan imbuhan pasif ?
- kata kerja berimbuhan ber- dan ter- mempunyai maksud
yang sama dengan imbuhan pasif berawalan di-
Bahan bacaan itu belum bersusun Bahan bacaan itu belum disusun.

Piala pusingan itu masih tersimpan di Piala pusingan itu masih disimpan di
dalam bilik pengetua. dalam bilik pengetua.

Kematian polis itu masih belum terbela. Kematian polis itu masih belum dibela.

Pelajar itu bermain di padang. Pelajar itu sedang dimain di padang. X

* jika tidak boleh ditukar dengan imbuhan di- ,imbuhan ber- dan
ter- bukanlah imbuhan pasif.
• Bagaimana hendak mengenal pasti imbuhan ke-...-an sebagai
imbuhan pasif?
• imbuhan ke-...-an mesti menunjukkan subjek mengalami sesuatu
kesan
cth: Haiwan itu kehausan di padang pasir.
( Haiwan itu menjadi haus.)
Budak itu kebasahan akibat hujan lebat.
( Budak itu menjadi basah)
cth : Kita mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi)
( Tidak menunjukkan kesan dan kesabaran merupakan kata
nama terbitan bukannya kata pasif)
• Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri 1 - saya, aku, ku, kami, kita
Kata ganti nama diri 2 - awak, kamu,
Kata ganti nama diri 3 - dia, beliau, mereka, baginda
Contoh ayat:
Bilik itu sudah saya bersihkan = Saya sudah membersihkan

bilik itu.
Sampah itu akan kami bakar = Kami akan membakar
sampah itu.
Buku itu kamu baca? = Kamu membaca buku itu?
kesalahan pelajar
- Bilik itu sudah dibersihkan oleh saya. X
- Sampah itu dibakar oleh kami. X
- Buku itu dibaca oleh kamu? X
KGN 3- mereka
Bilik itu dibersihkan oleh mereka./
Bilik itu mereka bersihkan. X
FORMULA KENAL PASTI AYAT PASIF KATA GANTI
NAMA ORANG

Surat itu KGND 1 / KGND2 tulis.


Surat itu saya; aku / kamu; awak tulis.

Surat itu ditulis oleh KGND3 .


Surat itu ditulis oleh mereka; dia;beliau.
Ayat Pasif dengan perkataan kena

• menggunakan perkataan “ kena”


• Contoh ayat :
• Pencuri itu kena tangkap.
• Kucing itu kena pukul.
Boleh diperluaskan lagi :
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
Kucing itu kena pukul oleh budak nakal.

You might also like