You are on page 1of 13

CAyat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan makna
yang sama.

 Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif transitif dapat
dipasifkan. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada objek.

 Ayat pasif dapat dibahagikan kepada 3 jenis:


1. Ayat pasif diri pertama
2. Ayat pasif diri kedua
3. Ayat pasif diri ketiga

 Cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah
sama.

Ayat Aktif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + kata kerja transitif + objek
subjek KKT objek
Saya membaca majalah itu.
Kami mengemaskan rak buku.
Kamu makan nasi.
Awak menyimpan baju.

Ayat Pasif
(pelaku pertama/kedua)
Subjek + pelaku + kata kerja transitif
(tanpa awalan)
subjek pelaku KKP
Majalah itu saya baca.
Rak buku kami kemaskan.
Nasi kamu makan.
Baju awak simpan.

 Apabila menukar ayat aktif kepada ayat pasif, semua imbuhan awalan perlu
digugurkan manakala imbukan akhiran perlu dikekalkan.

  Jika terdapat kata bantu (sudah, telah, pernah dan lain-lain) dalam ayat aktif, ia
perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama diri (pertama/kedua) dalam ayat pasif.

 Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah
Ayat Aktif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif + objek
subjek KKT objek
Siti minum susu.
Baginda menyampaikan ucapan.
Ayat Pasif
(pelaku ketiga)
Subjek + kata kerja transitif (berawalandi-) + kata sendi nama oleh + pelaku
subjek KKP (berawalan di-) + oleh pelaku
Susu diminum oleh Siti
Ucapan disampaikan oleh baginda.

 Semua kata kerja pasif perlu menggunakan imbuhan awalan di- dan diikuti kata


sendi nama oleh. 

 Jika terdapat kata bantu (sedang, telah, mesti dan lain-lain) dalam ayat pasif diri
ketiga, ia perlu diletakkan di hadapan kata kerja pasif.
AYAT AKTIF / AYAT PASIF
Lagi Tips untuk Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala
“benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai predikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan.
(Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)
manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai predikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’.
Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri
pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana
sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru
disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata
tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

D. LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.


2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.

15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.


Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif :
Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif :
Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah
Saham Nasional.
Ayat aktif :
Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan
saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di
bahagian pemprosesan.
Ayat aktif :
Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam
bekas plastik.
F. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara
yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik
penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan
keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di
Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua
mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada
akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari
Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun
sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan
bagi memacu pendapatan golongan tersebut.
11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada
setiap akhir tahun.

12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak
ditinggalkan oleh pemiliknya.

13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun
kelahirannya.

14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam
pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

15. Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah
padinya pada petang kelmarin.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.Ayat pasif :
Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1. Tukang rumah membina pondok kecil itu.

A. Rumah dibina oleh tukang pondok itu.


B. Pondok itu dibina oleh tukang rumah
kecil.
C. Rumah pondok kecil itu dibina oleh
Tukang.
D. Pondok kecil itu dibina oleh tukang
Rumah.

2. Seorang pelukis yang muda melukis


gambar itu.

A. Gambar yang muda itu dilukis oleh seorang pemuda.


B. Gambar itu dilukis oleh yang muda seorang.
C. Gambar itu dilukis oleh seorang pelukis yang muda.
D. Pelukis yang muda itu dilukis oleh seorang gambar.

3. Bapa Ahmad membersihkan kawasan


rumah.

A. Kawasan dibersihkan rumah oleh


bapa Ahmad.
B. Kawasan dibersihkan oleh rumah bapa Ahmad.
C. Rumah bapa Ahmad dibersihkan oleh kawasan itu.
D. Kawasan rumah dibersihkan oleh bapa Ahmad.

4. Ali membaca buku cerita itu semalam.

A. Buku cerita semalam dibaca oleh Ali.


B. Buku cerita dibaca oleh Ali semalam
itu.
C. Buku cerita itu dibaca oleh Ali
semalam.
D. Oleh semalam buku cerita itu dibaca
Ali.

5. Semua penunggang motosikal memakai


topi keledar.

A. Topi keledar dipakai oleh semua penunggang motosikal.


B. Topi keledar penunggang dipakai oleh semua.
C. Topi keledar motosikal dipakai oleh semua penunggang.
D. Topi keledar dipakai oleh penunggang semua motosikal.

6. Polis akan menangkap perompak itu.

A. Perompak akan ditangkap oleh polis


itu.
B. Perompak itu akan polis menangkap.
C. Perompak itu akan ditangkap oleh polis.
D. Perompak polis itu oleh akan ditangkap.

7. Siti menjumpai benda itu semasa berjalan


ke pasar.

A. Semasa benda itu dijumpa oleh Siti berjalan ke pasar.


B. Semasa berjalan ke pasar benda dijumpa oleh siti itu.
C. Benda itu dijumpa oleh Siti semasa berjalan ke pasar.
D. Benda pasar itu dijumpa oleh Siti semasa berjalan.

8. Harimau menyerang arnab yang lemah


itu.

A. Arnab itu dierang oleh harimau yang


lemah.
B. Arnab yang lemah diserang oleh harimau.
C. Arnab yang lemah itu diserang oleh harimau.
D. Arnab diserang oleh itu harimau yang lemah.

9. Pelawat-pelawat sedang membeli barang


itu.

A. Barang itu dibeli oleh sedang pelawat-


pelawat.
B. Barang dibeli oleh sedang pelawat-pelawat itu.
C. Barang sedang dibeli oleh pelawat-pelawat.
D. Barang itu sedang dibeli oleh pelawat-pelawat.

10. Murid-murid menyimpan buku di dalam


laci.
A. Buku disimpan di dalam laci oleh
murid-murid.
B. Buku disimpan oleh murid-murid di dalam laci.
C. Buku murid-murid disimpan di dalam laci.
D. Buku di dalam laci disimpan oleh murid-murid.

11. Saya melambungkan bola kepada Chee


Eng.

A. Chee Eng dilambungkan bola oleh saya.


B. Chee Eng bola dilambungkan oleh saya.
C. Bola saya lambungkan kepada Chee Ming.
D. Bola dilambungkan oleh saya kepada Chee Eng.

12. See Heng memakai sebuah jam tangan


yang cantik.

A. Sebuah jam tangan yang cantik dipakai oleh See Heng.


B. Sebuah jam tangan dipakai oleh See Heng yang cantik.
C. Sebuah jam tangan dipakai oleh cantik yang See Heng.
D. Sebuah jam See Heng dipakai oleh tangan yang cantik.

13. Puan Rosnah menyimpan wang dalam


bank.

A. Wang disimpan oleh Puan Rosnah dalam bank.


B. Wang disimpan dalam bank Puan Rosnah.
C. Wang bank disimpan oleh Puan Rosnah.
D. Wang dalam bank disimpan oleh Puan Rosnah.

14. Dia menambat lembu itu pada sepohon


pokok.
A. Lembu itu ditambatnya pada sepohon pokok.
B. Lembu ditambatnya pada sepohon pokok itu.
C. Lembu ditambatnya pokok itu pada sepohon.
D. Lembu itu ditambatnya pada pokok sepohon.

15. Ramai orang telah menyaksikan


pertunjukan itu.

A. Pertunjukan itu telah disaksikan oleh ramai orang.


B. Pertunjukan ramai telah disaksikan oleh itu.
C. Ramai pertunjukan itu telah disaksikan oleh orang.
D. Pertunjukan itu telah disaksikan oleh ramai orang.

16. Murid itu telah dipuji oleh cikgu.

A. Cikgu telah memuji murid itu.


B. Cikgu itu telah memuji murid.
C. Telah Cikgu memuji murid itu.
D. Cikgu memuji murid itu telah.

17. Kelapa-kelapa itu telah dipetik oleh


monyet.

A. Monyet memetik telah kelapa-kelapa.


B. Kelapa-kelapa itu telah memetik monyet.
C. Monyet itu telah memetik kelapa-kelapa.
D. Monyet telah memetik kelapa-kelapa itu.

18. Kad Tahun Baru Cina itu telah diterima


oleh Chee Keng.

A. Cina Chee Keng telah menerima Kad Tahun Baru.


B. Chee Keng menerima Kad Tahun Baru telah Cina.
C. Chee Keng baru telah menerima Kad Tahun Cina.
D. Chee Keng telah menerima Kad Tahun Baru Cina itu.

19. Gambar itu dilukis oleh Maniam selepas


makan malam.

A. Selepas makan malam Maniam melukis gambar itu.


B. Maniam selepas makan malam melukis gambar itu.
C. Selepas makan malam gambar itu melukis Maniam.
D. Selepas makan malam itu Maniam melukis gambar.

20. Bendera dinaikkan oleh pengawas


sekolah pada tiap-tiap hari Isnin.

A. Pada tiap-tiap hari Isnin pengawas menaikkan bendera sekolah.


B. Pada tiap-tiap hari Isnin pengawas sekolah menaikkan bendera.
C. Pengawas sekolah menaikkan tiap-tiap bendera pada hari Isnin.
D. Pengawas sekolah menaikkan pada tiap-tiap hari Isnin bendera.

You might also like