You are on page 1of 12

AYAT AKTIF dan AYAT PASIF

Ayat Aktif ialah subjek dalam sesuatu ayat yang menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita.
[ subjek ] [ pelaku ], [ objek ] [ penderita ]

Contoh Ayat Aktif :


No Subjek Kata Kerja Objek Frasa

1 2. 3. 4.

Saya Kamu Beliau Cik Minah

menghadiahkan menyambut menganugerahkan melukis

kasut kulit tetamu pingat emas gambar bunga

kepada Pak Long. di ruang tamu. kepada ahli sukan. di bilik seni lukis.

5.

Nelayan itu

menangkap

ikan

untuk dijual di pasar.

Ayat Pasif ()

Ayat Pasif ialah sesuatu ayat apabila kata nama atau frasa nama menjadikan subjek dalam sesuatu ayat itu menjadi penderitaan kerana dikenai kesan kata kerja pasif.

[ subjek ] [ penderita ][ pelaku ]

Ayat Pasif berpelaku dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :

Ayat Pasif berpelaku diri pertama [ ] Ayat Pasif berpelaku diri kedua [ ] Ayat Pasif berpelaku diri ketiga [ ]

Ayat Pasif berpelaku diri pertama [ ]

Ayat pasif berpelaku diri pertama ialah ayat yang pelakunya terdiri daripada kata ganti nama diri pertama seperti aku, saya, kami, beta, hamba, patik yang diletakkan di hadapan kata kerja dasar dan tidak boleh menerima awalan me

Contah Ayat Pasif berpelaku diri pertama :


Sajak itu saya tulis. Masalah itu akan kuatasi sendiri. Bilik darjah itu telah kami bersihkan tadi. Undang-undang itu harus kita patuhi. Titah tuanku patik junjungi.

Ayat Pasif berpelaku diri kedua [ ]

Ayat pasif berpelaku diri kedua ialah ayat yang menggunakan kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, engkau, anda, tuan, puan, encik, cik yang diletakkan di hadapan kata kerja dasar dan tidak boleh menerima awalan me

Contah Ayat Pasif berpelaku diri kedua :


Pelajaran jangan engkau abaikan. Tujuan kempen Cintailah Bahasa Kita perlu anda ketahui. Bungkusan itu tuan kirimkan. Khemah itu kamu dirikan. Kereta Proton Wira saudara beli.

Ayat Pasif berpelaku diri ketiga [ ]

Ayat pasif berpelaku diri ketiga hendaklah menggunakan awalan pasif di pada kata kerja dasar. Kata sendi nama oleh selepas kata kerja berimbuhan di tetapi adakalanya digugurkan.

Contah Ayat Pasif berpelaku diri ketiga :


Pondok itu telah dirobohkan oleh mereka. Kari ayam itu dimasak oleh emak. Penoreh getah itu dikejar oleh anjing. Parit itu dibersihkan oleh pendudukpenduduk kampung secara bergotongroyong. Kempen antidadah telah dilancarkan oleh kerajaan secara berterusan.

Latihan Uji Minda :

Tukarkan ayat aktif berikut menjadi ayat pasif yang betul.

1.Saya tidak dapat melakukan semua kerja yang berat itu. 2.Kakak dan emak sedang memasak bubur kacang di dapur. 3.Kamu harus membantu fakir miskin di kampung itu. 4.Pak Atih menternak kerbau di kandang itu. 5.Kami menentang pelantikan Murugan sebagai ketua pasukan ini.

Latihan Uji Minda :

Tukarkan ayat pasif berikut menjadi ayat aktif yang betul.


1.Baju itu sudah saya jemur. 2.Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Kuna. 3.Tangan budak itu digigit oleh anjing liar. 4.Sampah-sarap dan rumput kering itu telah kami bakar petang semalam. 5.Roslin telah dikalahkan oleh Hashim dalam perlawanan akhir itu.

You might also like