You are on page 1of 31

Kesalahan

UMUM
TATABAHASA
Fungsi & Makna
KATA KERJA (TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF)
Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
perbuatan
atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.
Kata kerja terdiri daripada :
•Kata Kerja Transitif
•Kata Kerja Tak Transitif

KATA KERJA TRANSITIF


Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri
daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
Contoh ayat :
Kakak suka membaca buku.
(Kata kerja “membaca” mesti disertai dengan objek, iaitu “buku” supaya
maksud ayat ini lengkap)

Emak sedang mencuci baju.


(Kata kerja “mencuci” mesti disertai dengan objek iaitu “baju” supaya
maksud ayat ini lengkap)
Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:
 
Bentuk Kata Kerja Transitif Contoh Contoh ayat

Kata kerja berawalan ter- Terlanggar, tertelan, terpijak Ibu tertelan tulang ikan.

Mencuci, menendang, Adik menendang bola di


Kata kerja berawalan meN-
memandu padang.

Kata kerja berapitan meN –i Menaiki, mendekati Amir menaiki bas ke sekolah.

Profesor Ali mengemukakan


Kata kerja berapitan meN –kan Mengemaskan, memasukkan
idea yang bernas.

Buruh-buruh itu sedang


Kata kerja berawalan memper- Memperbuat, memperlebar
memperlebarkan jalan raya.

Kata kerja berapitan memper-i Memperbaiki, mempelajari Dia mempelajari bahasa asing.

Dia cuba mempertemukan ibu


Kata kerja berapitan memper- Memperkenalkan,
dan anak yang sudah lama
kan mempertemukan
terpisah itu.
 KATA KERJA TAK TRANSITIF
 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna
maknanya dengan tidak memerlukan objek.
Ayat contoh :
 Ayah sedang tidur.
 (Kata kerja “tidur” jelas menunjukkan perbuatan ayah
tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)
Bentuk kata kerja tak
Contoh Contoh ayat
transitif

Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi, tidur Dia asyik tidur dari tadi.

Adik berjalan menuju ke


Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam
kantin.

Lili menyanyi sambil


Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis
menari.

Wei Mun termenung


Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung
memikirkan nasib diri.

Mereka berpelukan sebaik


Kata kerja berapitan ber-an Bersalaman, berpelukan
saja bertemu.
Terdapat beberapa bentuk kata kerja :
 
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
sendiri tanpa objek atau penyambut.
Contoh ayat: Mereka berdua asyik berbual.
Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.
Kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah
pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan
maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja
transitif dan boleh dipasifkan.
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata abjektif, frasa sendi nama
dan kata nama.
Contoh ayat :
Kehidupannya menjadi semakin miskin. (kata adjektif)
Mereka sekeluarga tinggal di Johor. (Frasa sendi nama)
Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama)
IMBUHAN
me- , me-kan &
me-i
1. Imbuhan me-
a. Fungsi membentuk kata kerja aktif transitif dan
intransitif.

b. Makna imbuhan me–
1) Melakukan perbuatan.
Contoh: menulis, menyapu, membaca.
2) Bekerja dengan alat yang disebutkan pada kata dasarnya.
Contoh: mengail, membajak, mencangkul.
3) Bermakna dalam keadaan
Contoh: menyendiri, mengantuk.
4) Berlaku atau menjadi seperti
Contoh: membabi-buta, membatu.
5) Menuju ke
Contoh: mendarat, menepi, mengudara.

*intransitif = tidak memerlukan objek


*kata kerja intransitif berpelengkap = kata kerja yang tidak
boleh dipasifkan & melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan
tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).
2. Imbuhan ‘me-kan’

Fungsi : untuk membuat kata kerja aktif transitif.


Contoh:
a. Kinerja perusahaan meningkat.
b. Kinerja perusahaan meningkatkan produktivitas.

Kata meningkat pada kalimat (a) membentuk kalimat intransitif (tidak berobjek),


sedangkan meningkatkan pada kalimat (b) membentuk kata kerja transitif (berobjek).

Makna Imbuhan me-kan :

a. Melakukan pekerjaan untuk orang lain


Contoh: Ayah membelikan adik mainan baru.

b. Menyebabkan/membuat jadi
Contoh:
– Suara piring pecah itu membangunkan ayah.

c. Melakukan perbuatan
Contoh: Orang itu memukulkan tongkat ke mejaku.

d. Mengarah ke
Contoh: Kami terpaksa menepikan perahu yang kami tumpangi.

e. Memasukkan ke dalam
Contoh: Polisi memenjarakan penjahat itu.
3. Imbuhan me-i
Fungsi : membentuk KK intransitif menjadi KK transitif.
Contoh:
a. Ibu sedang menangis.
b. Ibu sedang menangisi kepergian nenek.

Makna Imbuhan me-i :
a. menjadikan
- Kakak menghiasi biliknya dengan bunga-bunga hidup
- Dia mewarnai dinding dengan warna kuning
b. melengkapi dengan memberi
- Menteri itu mengakhiri ucapanya dengan dua rangkap pantun
c. menguasahakan/melakukan
- Suhaimi menziarahi kubur ibunya setiap pagi Aidilfitri
- Pak Mat selalu menasihati budak-budak nakal supaya
berkelakuan baik.
RUMUS

 me-…-kan  ( mesti diikuti oleh Objek


Bergerak )
me-….-i      ( mesti diikuti oleh  Objek Tidak
Bergerak)  

 1. Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu.


(Kain batik ialah objek bergerak).
2. Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu ialah
objek tidak bergerak)
IMBUHAN
ber-& ber-kan
Imbuhan ber-
Kata kerja intransitif seperti ini boleh berdiri
sendiri tetapi boleh diperluas dengan menambahkan keterangan

1. Melakukan perbuatan
Contoh: berbual, bertumbuk, berjoging, berlari, berlakon
-Amin berbasikal ke pantai.

2. Perbuatan berbalas-balas
Contoh: bergaduh, bertengkar, bergelut
-Anak-anak kecil itu bergaduh kerana berebut pistol mainan.

3. Keadaan telah sedia berlaku


Contoh: berjahit, bercat, bergam, bertampal, berikat
-Pintu bilik bacaan itu telah berkunci.

4. Memiliki
Contoh: beranak, berumah, beristeri, berpejabat, berjanggut
-Wanita muda itu masih belum bersuami.

5. Memakai
Contoh: berbaju, berseluar, berkasut, berselipar, berselendang
-Pengemis itu berseluar pendek sahaja.
Analisis Imbuhan “Ber...”

Imbuhan ‘Ber...’ tergolong dalam imbuhan yang membentuk kata kerja aktif intransitif yang tidak berpelengkap kata nama. Kata
kerja intransitif seperti ini boleh berdiri sendiri tetapi boleh diperluas dengan menambahkan keterangan. Pada dasarnya kata
kerja berimbuhan ‘ber..’ boleh menerima semua golongan kata. Namun ada juga kata kerja berimbuhan ‘ber...’ yang menerima
pelengkap kata nama ataupun kata adjektif. Lihat perbandingan imbuhan ‘ber...’ yang tidak berpelengkap dan berpelengkap.

Ayat Contoh;

1 Mereka sedang berjalan 


2 Mereka sedang berjalan di tepi pantai
3 Datuknya yang sakit beransur sembuh 
4 Dia sentiasa berbuat baik sesama manusia

Analisis Ayat:
Ayat (1) tidak memerlukan pelengkap kata nama kerana boleh berdiri sendiri tetapi boleh diperluas dengan menambahkan
keterangan sebagaimana ayat (2). Ayat (3) pula perlu menerima pelengkap yang terdiri daripada kata adjektif iaitu ‘sembuh’.
Tanpa pelengkap ‘sembuh’, ayat (3) akan membentuk ayat tergantung. Hal yang sama dilihat pada ayat (4) perkataan ‘berbuat’
harus menerima pelengkap ‘baik’ untuk membentuk maksud ayat yang sempurna.
Kata kerja berimbuhan ‘ber...’ yang diperluas dengan keterangan perlu didahului oleh kata sendi ataupun kata hubung untuk
membentuk struktur ayat yang sempurna. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung, ayat-ayat yang dibina tidak sempurna.
Teliti contoh ayat berikut;

Ayat Contoh:
1. Zulkifli menulis buku biografinya berdasar pada pengalamannya sebagai guru.
2. Muslimin tidak mahu bertanya kepada gurunya walaupun tidak faham akan cerita itu.
• Perkataan berimbuhan awalan ‘ber...’ juga membentuk ayat pasif apabila subjek ayat merupakan benda yang kena oleh
perbuatan. Ayat-ayat pasif berawalan ‘ber...’ tidak menyatakan pelaku perbuatan. Teliti contoh ayat berikut;

Ayat Pasif Berawalan ‘ber...’ Contoh


1. Baju-baju itu belum berbasuh sejak semalam.
2. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup.

Analisis Ayat:
Dalam ayat (1) baju merupakan benda yang belum kena basuh, ayat (2) pintu pagar rumah merupakan benda yang tidak kena
tutup. Ayat-ayat berikut juga tidak boleh menerima pelaku kerana ayat pasif berimbuhan ‘ber....’ tidak menerima pelaku kerana
sifat ayat pasif tidak mementingkan pelaku kata kerja (Sebab itu dalam ayat pasif, pelaku diletakkan sebagai predikat ayat)

Kesalahan Contoh:
1. Baju-baju itu belum berbasuh oleh Aminah sejak semalam.
2. Pintu pagar rumahnya tidak pernah bertutup oleh orang tua itu.
• Ayat tersebut perlu menggugurkan pelakunya atau digantikan dengan bentuk ayat pasif pelaku kata ganti nama diri ketiga
seperti berikut.

Ayat contoh sepatutnya;


1. Baju-baju itu belum dibasuh oleh Aminah sejak semalam.
2. Pintu pagar rumahnya tidak pernah ditutup oleh orang tua itu.
Imbuhan Ber-kan

 merupakan kata kerja intransitif yang


berpelengkap kata nama.

Ayat contoh:
1. Mereka hanya bertilamkan rumput semasa
menyertai perkhemahan itu.
2. Dia tidur berbantalkan lengan.
Analisis Imbuhan “Ber...kan”

Imbuhan ‘Ber...kan’ merupakan kata kerja intransitif yang berpelengkap kata nama.
Namun perkara ini harus dibezakan dengan pembentukan frasa kerja transitif
berpelengkap kerana kata kerja berimbuhan ‘ber...kan’ berpelengkap kata nama ini
tidak boleh dipasifkan sebagaimana frasa kerja transitif berpelengkap kata nama.
Tanpa pelengkap kata nama, ayat-ayat yang dibina menjadi ayat tergantung.
Imbuhan ‘ber...kan’ juga menunjukkan maksud mempunyai ataupun menggunakan
sesuatu sebagai alat atau bahan perbuatan intransitif. Misalnya ‘berbantalkan lengan’
bermaksud menggunakan lengan sebagai bantal. Manakala frasa ‘berbuahkan emas’
pula bermaksud mempunyai ‘emas’ sebagai buah.

Lihat kesalahan contoh;


1. Mereka hanya bertilamkan semasa menyertai perkhemahan itu.
2. Dia tidur berbantalkan.

Semua contoh ayat di atas tidak sempurna maksudnya kerana tiada pelengkap kata
nama yang menuruti kata kerja. Ayat-ayat di atas juga tidak boleh dipasifkan
walaupun menerima pelengkap kata nama.

Ayat Sepatutnya;
1. Mereka hanya bertilamkan rumput semasa menyertai perkhemahan itu.
2. Dia tidur berbantalkan lengan.

Analisis ayat:
1. Mereka menggunakan rumput sebagai tilam.
2. Dia menggunakan lengan sebagai bantal.
IMBUHAN
di, di-i & di-kan
 Awalan “di-“ 

Kata dasar yang digabungkan dengan awalan di- membentuk kata kerja
pasif bagi ayat yang subjeknya pelaku orang ketiga. 

Ch.: 
Ayat Contoh: 
(a) Ikan sepat digulai oleh beliau. (beliau = pelaku orang ketiga) 
(b) Ikan sepat digulai oleh ibu (ibu = pelaku orang ke-3) 

(a) Surat khabar dibaca olehnya (atau oleh dia) (-nya dan dia =pelaku
org ke-3) 
(b) Surat khabar dibaca oleh ayah. (ayah = pelaku org ke-3) 

(a) Ular itu dipukul oleh mereka. (mereka = pelaku orang ke-3) 
(b) Ular itu dipukul oleh Raju (Raju = pelaku org ke-3) 

Dalam ayat-ayat diatas, akhiran –kan tidak perlu 

Keempat-empat ayat di atas berasal daripada ayat aktif transitif yang


berikut: 

1. (c) Beliau menggulai ikan sepat. (menggulai, membaca dan memukul


ialah kata kerja transitif. Dikatakan ayat aktif kerana pelaku di hadapan
ayat.) 
2. (c) Ayah membaca surat khabar. 
3. (c) Raju memukul ular itu. 

Semua kata kerja aktif (yang berawalan me-) di atas tidak perlu akan
akhiran –kan; sama seperti kata kerja pasif berawalan di- dalam ayat 1
(a) (b) – 3 (a) (b) 
di-i vs di-kan
 Perkataan: dipagarkan: 
Maksud : sesuatu dijadikan sebagai pagar. (luaran)
Ayat: Kawat berduri dipagarkan di sekeliling kawasan rumahnya. 

 Perkataan: dipagari 
Maksud: Sesuatu kawasan atau tempat dipagari (dalam)
Ayat: Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari kawat berduri

 Perkataan : dilengkapkan
Ayat : Buku kanak-kanak itu dilengkapkan dengan illustrasi dan
kartun-kartun yang menarik.

 Perkataan : dilengkapi
Ayat : Gimnasium itu dilengkapi peralatan untuk latihan jasmani.
IMBUHAN
diper & memper
Imbuhan ‘Memper-’

 Digunakan untuk menggambarkan situasi yang lebih tinggi


daripada keadaan sedia ada.

 Tidak perlu tambah akhiran “–i”

 memperolehi X memperoleh ̸

-Memperlebar => Keadaan yang sedia ada yang sudah lebar,


dilebarkan lagi.

Contoh: Pihak pemerintah sedang memperlebar lebuh raya untuk


mengurangkan kesesakan lalu lintas.
 Kata adjektif tidak boleh menerima lebih daripada dua
imbuhan.
 Contoh :
 memperdalam atau memperdalamkan?
 memperluas atau memperluaskan

 Kata kerja boleh menerima 3 imbuhan.


 Contoh :
 mempersembah atau mempersembahkan
 memperlekeh atau memperlekehkan?
Imbuhan ‘Diper-’

 Membentuk kata kerja pasif diri ketiga daripada kata


kerja transitif yang berawalan memper-

 Jika disertai adjektif, tidak perlukan akhiran ‘-kan’

 Contoh:
 diperluaskan X diperluas ̸
 diperbesarkan X diperbesar ̸
adalah
VS
ialah
 ialah' hadir di hadapan frasa nama sahaja.

CTH :
                                   frasa nama
Buku cerita itu ialah hadiah hari jadi kawan saya.

                                                                      frasa nama


Perkara yang menarik perhatian saya ialah kesabarannya dalam menghadapi
cabaran.

                                                                      frasa nama


Satu sebab saya menyukai tempat ini ialah pemandangannya yang amat
menakjubkan.

                                                                                                                      

'adalah' pula hadir di hadapan frasa adjektif, frasa kerja atau frasa sendi nama.

CTH :
                                                                                     frasa adjektif
Dua perkataan yang menerangkan ibu saya adalah cantik dan menawan.

                                                                                    frasa kerja


Dua perkara yang dilakukan Cikgu Hassan adalah mengajar Matematik dan melatih
pemain bola.

                                              frasa sendi nama


Sesi kelas tambahan adalah dari jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.
dari
VS
daripada
 Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa) 

Contoh penggunaan kata sendi nama dari: 

1. Cikgu Syahmie Aiman berasal dari Tumpat, sebuah lokasi yang terkenal


dengan industri ikan arowana. - (Tempat) 

2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. -
(Masa) 

3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit.
- (Arah) 


Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan
orang,perbandingan dan asal kejadian. 

Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada": 

1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul) 

2. Muhaimin menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Shuhada. -


(orang) 

3. Walaupun badannya kecil, Firdaus mempunyai pemikiran yang lebih


matang daripada kakaknya, Fitriani. - (Perbandingan) 
sifat
VS
sikap
 Sifat ini adalah nature atau perkara semula jadi semenjak
dilahirkan. Tidak payah dibentuk, ia telah dimiliki.
 Sikap hanya boleh dikenal pasti setelah orang lain melihat
akannya. Jika hanya terpendam, maka tidak kenallah sikap
orang tersebut.
 Sikap juga boleh dibentuk jika tidak dimiliki. Misalnya, sikap
suka bermain bola atau bersukan. Ia boleh dibina bila ada
suasana sukan atau bersama orang yang suka bersukan. Dari
dulu tidak pandai bermain kerana tiada bakat atau tidak
berminat, kini telah berminat dan menjadi salah seorang ahli
sukan.
Sifat atau Sikap?

 Pemurah? —– sifat.   Lawannya, kedekut.


 Pemaaf?—–sifat.  Lawannya, pendendam.
 Keanak-anakan?——sifat.  Lawannya Matang
 Gila-gila?——- sifat. Lawannya, serius bebenor
 Pengotor?——- sikap. Lawannya, pembersih
 Mencuri?——- sikap. Lawannya, menderma
 Zalim?——-  sifat. Lawannya, adil(sifat). Melakukan sesuatu
pada tempatnya (sikap)
 Sabar?——- sifat. Lawannya  pemarah, atau baran.
 Amal soleh?—– sikap. Lawannya buat jahat.
 Buang masa?—– sikap. Lawannya manfaatkan masa.
 Menolong orang?— sikap. Lawannya membebankan orang.
 Rajin?—- sikap. Lawannya malas.
SIKAP itu tingkah laku... sopan, ramah,
senyum .. dan lain-lain. Ia boleh berubah dalam waktu
yang cepat bila ada keinginan dan niat.

SIFAT itu tabiat semula jadi…. egois, sombong,


sensitif.. dan lain-lain.. ia agak sulit untuk diubah.

You might also like