You are on page 1of 68

FONETIK DAN FONOLOGI

BAHASA MELAYU

STPM PENGGAL 1
DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang menyelidiki


bunyi bahasa hanya menurut segi
fungsionalnya sahaja.

Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M. Verhaar, Gadjah


Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988.
DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang


mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
dan fungsinya dalam sistem bahasa
tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem
dan bidang fonologi bertujuan untuk
menganalisis sistem ini.

Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim & Wan Malini
Ahmad, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
DEFINISI FONETIK

Fonetik ialah bidang bidang yang mengkaji


bunyi – bunyi yang dihasilkan oleh manusia
dan memberi lambang kepada bunyi
tersebut.

Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah


Karim & Wan Malini Ahmad, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
DEFINISI FONEMIK

Fonemik ialah cabang fonologi yang


menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu
bahasa secara sinkronik, khususnya untuk
mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa
tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.

Sumber : Pengantar Linguistik Umum, Ferdinand de Sausure,


DBP, KL, 1993.
KONSEP BUNYI

• Unit terkecil yang berfungsi dalam sesuatu disebut


juga fonem atau secara umumnya disebut bunyi
Bahasa.
• Tidak semua bunyi yang dihasilkan oleh alat sebutan
atau ujaran kita merupakan bunyi bahasa.
• Hanya bunyi-bunyi yang dilahirkan bagi tujuan
pertuturan yang dikaji.
KONSEP FONEM

• Fonem ialah unit tatabahasa terkecil yang berfungsi.


• Satu unit ujaran yang bermakna atau perkataan, terdiri
daripada beberapa unit bunyi.
• **palu**
• Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil
yang berfungsi.
KONSEP HURUF

• Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa


yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan
dibentuk.
• Huruf ialah unsur dalam sesebuah system tulisan abjad.
• Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan
dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang
bersamaan.
KONSEP SUKU KATA
• Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran
vokal.
• Suku kata ditanda oleh suatu vocal dan wujud sebagai satu vocal
atau hadir Bersama-sama konsonan.
• Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata.
• Suku kata berakhir vocal – suku kata terbuka
• Suku kata berakhir konsonan – suku kata tertutup.
SIMBOL FONETIK
ALAT ARTIKULASI
GLOTIS

https://youtu.be/-XGds2GAvGQ
FONEM / FONEMIK
Fonem adalah unit bahasa terkecil yang dapat
membezakan makna. Banyak bunyi boleh diujarkan oleh alat
artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi yang
penting sahaja.
Bunyi – bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama
dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota
– anggota yang terdiri daripada fon – fon yang mempunyai
ciri – ciri fonetik yang sama.
Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam
lingkungannya sendiri.
Fonem Segmental Bahasa Melayu

Sebanyak 36 fonem dalam bahasa Melayu, iaitu 27 fonem asli dan 9 fonem
pinjaman (kesemuanya geseran). Daripada jumlah fonem asli ini, terdapat 6
fonem vokal, 18 fonem konsonan dan 3 fonem diftong.

Fonem Vokal

Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan,
vokal tengah dan vokal belakang.

Contoh vokal:
i) Vokal [i]

Awal Tengah Akhir

[ibu] [pita] [kiri]


[ipar] [tidur] [jari]
ii) Vokal [e]

Awal Tengah Akhir

[ekor] [merah] [tauge]


[ekar] [keko ] [tauke]

iii) Vokal [a]

Awal Tengah Akhir

[alur] [mata] [sama]


[aku] [baju] [siapa]

iv) Vokal [ ]

Awal Tengah Akhir

[ mpat] [t pat] -
[ ma ] [g ra ] -
v)Vokal [u]

Awal Tengah Akhir

[ubat] [sudu] [buku]


[ulat] [pukat] [biru]

vi) Vokal [o]

Awal Tengah Akhir

[otot] [tokoh] [koko]


[obor] [kota] [pidato]
Fonem Konsonan

Bunyi – bunyi konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu:

i) konsonan asli yang berasal daripada bahasa Melayu.


ii)konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa - bahasa asing.

i)Konsonan Asli bahasa Melayu

Konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada 18 konsonan yang memang sedia
ada dalam sistem bunyi bahasa Melayu.

Berdasarkan cara pengeluaran dan daerah – daerah artikulasi, konsonan –


konsonan asli bahasa dapat dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu:
1) *Letupan atau plosif
2) *Letusan atau afrikat
3) *Geseran atau frikatif
4) *Getaran atau tril
5) *Sisian atau lateral
6) *Sengau atau nasal
7) *Separuh vokal

Konsonan Letupan
Bunyi – bunyi konsonan letupan dapat dibahagikan kepada empat
jenis, iaitu

a)Konsonan letupan dua bibir :

i)Letupan dua bibir tak bersuara [p]

Awal Tengah Akhir


[papan] [bapa] [gelap]
[paku] [jumpa] [redup]
ii) Letupan dua bibir tak bersuara [b]:

Awal Tengah Akhir

[bawa] [tabah] [azab]


[bakul] [ubat] [darab]

b) Konsonan Letupan Gusi:

i) Letupan gusi tak bersuara [t]:

Awal Tengah Akhir

[tali] [hitam] [sakit]


[takut] [k tat] [tamat]
ii) Letupan gusi bersuara [d]

Awal Tengah Akhir

[duga] [cadar] [tekad]


[data] [buda ] [jasad]

c) Konsonan Letupan Lelangit Lembut

i) Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]

Awal Tengah Akhir

[kurus] [pakat] [kritik]


[kami] [bakar] [politik]
ii) Letupan lelangit lembut bersuara [g]

Awal Tengah Akhir

[gatal] [segak] [dialog]


[gulai] [tagih] [beg]

d) Hentian Glotis

Awal Tengah Akhir

[kaka ] [adi ]
[saat] [r ta ]
Konsonan Geseran

a) Konsonan Geseran Gusi [s]

Awal Tengah Akhir

[suka] [rasa] [bebas]


[satu] [jasa] [atas]

b) Konsonan Geseran Glotis Tak Bersuara[h]

Awal Tengah Akhir

[hakis] [mahal] [titah]


[halia] [jahat] [tanah]
Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r]

Awal Tengah Akhir

[rumah] [marah] [lapar]


[rambut] [kurau] [pagar]

Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]

Awal Tengah Akhir

[lancar] [hala] [kapal]


[lali] [kulat] [pukal]
Konsonan Sengau

a) Sengau dua bibir bersuara [m]

Awal Tengah Akhir

[makan] [lama] [siram]


[mula] [semut] [talam]

b) Sengau Gusi Bersuara [n]

Awal Tengah Akhir

[nasi] [benih] [depan]


[nanas] [kena] [tahan]
Konsonan Separuh Vokal

a) Konsonan separuh vokal dua bibir [w]

Awal Tengah Akhir

[wujud] [kawal] [takraw]


[wajib] [mawar]

b) Konsonan separuh vokal lelangit keras [y]

Awal Tengah Akhir

[yuran] [bayar] -
[yakin] [bayam] -
ii) Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa konsonan yang


dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa Arab,
Sanskrit dan Inggeris.

Contoh :

a) Konsonan Geseran Bibir Gigi Tak bersuara [f]

[fajar] [lafaz] [arif]


[fasih] [hafaz] [saf]

b) Konsonan Geseran Bibir Gigi Bersuara [v]

[variasi] [novel]
[van] [aktiviti]
c) Konsonan Geseran Gusi lelangit Keras Tak Bersuara [ ]

Contoh perkataan:

[ arikat] [ma arakat]


[ arat] [mu kil]

d) Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [x]

Contoh perkataan:

[xatam] [baxil]
[xianat] [tarix]
Fonem Diftong

Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu:

i) Contoh [ai]:
[hairan] [badai]
[pandai] [syaitan]

ii) Contoh [au]:

[aurat] [pulau]
[daulat] [lampau]

iii) Contoh [oi]:

[sepoi] [sekoi]
[amboi] [boikot]
RUMUSAN

Fonem adalah unit penggalan bahasa yang


terkecil yang dapat membezakan makna.

Fonem segmental bahasa Melayu terdiri


daripada vokal, konsonan dan diftong.

Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada


vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal
belakang.
Konsonan bahasa Melayu terdiri daripada konsonan
asli dan konsonan pinjaman. Konsonan bahasa Melayu
terbahagi kepada jenis – jenis letupan, letusan, geseran,
getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal.

Diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan


dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai
satu puncak kelantangan.

Fonem supra-segmental bersifat fonemik dan terdiri


daripada unsur – unsur tekanan, panjang-pendek, tona,
dan persendian.
JENIS-JENIS FONETIK

FONETIK ARTIKULASI
( SEBUTAN )

FONETIK AUDITORI
( PENDENGARAN )

FONETIK AKUSTIK
( SIFAT BUNYI )
FONETIK ARTIKULASI /
artikulatori

Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan


bunyi ( Rencana Linguistik – Abdullah Hassan )

Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan


atu dikeluarkan oleh alat artikulasi ( alat-alat yang
berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa) .
Fonetik jenis ini sangat penting bagi ahli bahasa,
peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan
kepandaian berucap kepada seseorang.
SAMBUNGAN
Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat
artikulasi dan cara ianya berfungsi sewaktu
menghasilkan bunyi bahasa.

Mengikut kajian fonetik ini, bunyi-bunyi suara terhasil


daripada proses berikut:

( Udara yang keluar daripada paru-paru akan lalu pada pita


suara yang mana ianya boleh menentukan samada bunyi itu
nyaring, kuat, perlahan dan sebagainya. Udara keluar melaui
rongga iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung
yang akan mewujudkan gema. Gema itu akan melalui jenis-
jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut .Hasil dari
gangguan inilah wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.
SAMBUNGAN
Bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenis
letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain lagi.

Juga dikenali sebagai fonetik pertuturan atau sebutan


FONETIK AUDITORI
Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar
dari mulut ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan )

Kajian yang berkaitan dengan pendengaran


terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan.

Ianya mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang


diterima oleh pendengar.

• Pendengaran bunyi itu adalah penting kerana ianya dapat


menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.
SAMBUNGAN
Proses pendengaran mengikut kajian ini adalah :

• Gelombang udara masuk ke bahagian tengah telinga


• Gegendang telinga pendengar akan bergetar bersama
tulang osikel
• Tulang osikel yang bergetar berfungsi menyampaikan
getaran-getaran kepada cairan yang ada pada bahagian
dalam telinga.
• Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumat
ke otak dan otak akan mentafsirkan maklumat itu
sebagai bunyi .

Pendengaran yang tepat adalah penting untuk


menentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi
supaya bunyi dapat ditranskripsikan dengan tepat
FONETIK AKUSTIK
Kajian yang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat
bunyi itu sendiri.

Kajian dari segi sifat bunyi ( Rencana Linguistik-


Abdullah Hassan )

Mengikut fonetik akustik, bunyi adalah gelombang-


gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru
dan kemudiannya mengalami perubahan dimana
perubahan itu disebabkan oleh gangguan yang dilakukan
oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan
sebagainya.
SAMBUNGAN
Melalui kajian fonetik inilah kita dapat membezakan
sifat-sifat bunyi yang dihasilkan seperti halus, kasar,
nyaring, lantang , lunak dan sebagainya.

Sifat-sifat bunyi seperti yang disebut itu dapat


ditentukan dengan menggunakan alat-alat penting
dalam kajian fonetik seperti palatogram, laringoskopi
dan letromiografi.
ALAT ARTIKULASI ATAU
ALAT PERTUTURAN

Proses pengeluaran bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat:

Alat yang terlibat secara


Alat yang terlibat dengan
langsung dengan proses
sistem pernafasan, iaitu
pengeluaran bunyi bahasa
yang berkaitan dengan
misalnya
sistem udara yang keluar
bahagian-bahagian lidah.
masuk ke paru-paru.
ALAT-ALAT PERNAFASAN

• Badan manusia mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan


menyedut oksigen bagi pembersihan darah

• Selain daripada itu, ia juga berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan


bunyi bahasa.
Rongga Rongga mulut
hidung
Lelangit
Mulut
lidah lembut

Rongga tekak
Peti suara
Rongga rengkung
Saluran udara

Paru-paru

RAJAH 1 : ALAT PERNAFASAN


PARU-PARU

Dalam pengeluaran ujaran manusia, udara memainkan


penting dan ia adalah unsur yang terpenting dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Paru-paru akan
menyedut udara masuk ke dalam paru-paru apabila
dada dikembangkan dan apabila dikempiskan maka
udara terdesak keluar. Udara itu keluar melalui pipa
rengkung yang lebih kurang 11 cm panjang dan 2 ½
cm lebarnya dan terus ke rongga hidung atau mulut
RONGGA RENGKUNG

• Ronga rengkung terdiri daripada sembilan keping tulang rawan


yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan diberi nama
kotak suara atau peti suara. Di sini letaknya halkum yang boleh
bergerak ke atas atau ke bawah berdasarkan nada tinggi ataupun
rendah.

• Peti suara ini sangat penting semasa penghasilan bunyi.


Didalamnya terdapat pita suara atau glotis.. Ketiadaan peti suara
menyebabkan seseorang itu bisu.
RONGGA TEKAK

Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung,


Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini lebar diatas dan
meruncing ke bawah. Rongga ini boleh diluaskan dan
disempitkan. Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga
ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau
diturunkan untuk membuka dan meluaskan ruang rongga
supaya udara dapat melaluinya. Pergerakan seperti ini
semuanya penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
RONGGA HIDUNG

• Rongga hidung ialah ruang yang terdapat di atas


rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh
lelangit lembut. Rongga ini bermula dari rongga
tekak hingga ke lubang hidung.
RONGGA MULUT

• Rongga mulut ialah ruang yang terletak di antara


rongga tekak dengan bibir.
ALAT SEBUTAN

• Alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses


pengeluaran bunyi. Terdiri daripada : Lidah, gigi,
bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, dan pita
suara.
PENGHASILAN BUNYI-BUNYI
BAHASA.
• Tiga kategori penting yang terlibat :

1. Artikulator atau alat artikulasi

2. Titik atau daerah artikulasi

3. Udara
ALAT-ALAT ARTIKULASI

• Alat artikulasi adalah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan
boleh bergerak semasa meghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat itu ialah :
Kedua-dua bibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut, dan pita suara.
Rongga mulut Lelangit lembut
Rongga hidung & Lelangit keras

Anak tekak

Gusi

Gigi

Bibir Epiglotis
Rongga tekak
Lidah

Pita suara
Tenggorok

Rahang
BIBIR ATAS DAN BIBIR BAWAH

• Bibir ialah organ yang menjadi sempadan paling luar


dari rongga mulut. Merupakan kumpulan otot yang
kenyal yang boleh diubah-ubah bentuk dengan
menguasai otot-otot tersebut. Bibir tersebut boleh
menjadi bundar, leper untuk mengeluarkan bunyi-
bunyi yang berlainan.
EPIGLOTIS

• Anak tekak yang terdiri dari sekelompok otot


yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak
ke depan atau ke belakang untuk menutup
rongga rengkung. Ianya juga boleh digerakkan
untuk menyempitkan atau meluaskan rongga
rengkung.
TULANG RAHANG

• Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi


bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi.
Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup
jika rahang ditutup.
LIDAH

• Merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke


daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-
bunyi bahasa yang berbeza.

• Lidah di bahagikan kepada 5 bahagian penting iaitu :
Hujung lidah, tengah lidah, depan lidah,belakang lidah dan akar
lidah.

Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada


diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan
terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.
LELANGIT
• 2 bahagian

• Lelangit keras : Terletak diantara gusi dan lelangit lembut. Lelangit


keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-
bunyi.

• Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir


rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang
dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk
menutup atau membuka rongga tekak dan saluran rongga hidung.
PITA SUARA

• Pita suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti


suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali
sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan
direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil
glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau
dirapatkan hingga tertutup sama sekali.
GUSI

Terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaanya


cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi
berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti
bunyi t, d, l dengan bantuan hujung lidah.
DAERAH ARTIKULASI

• Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat
bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Walau
bagaimanapun daerah-daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi
tertentu. Daerah-daerah ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit
keras, dan velum.
PERANAN UDARA

• Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak
dengan udara yang keluar dari paru-paru.

• Lazimnya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari


paru-paru, melalui rongga-rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung.
APA ITU BUNYI ?

Bunyi adalah gelombang udara yang keluar


daripada kedua belah paru-paru, seterusnya
melalui pita suara, ke rongga tekak dan akhirnya
keluar terus melalui rongga mulut atau rongga
hidung.
Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan
rongga mulut, udara itu mungkin mengalami
gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.
Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya kita
mendengarnya sebagai bunyi.
BUNYI BAHASA
Bunyi-bunyi yang terdapat di dalam segala bahasa di
dunia ini.
Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam
pertuturan.
Ia merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam
komunikasi
Untuk tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut dianggap
terpisah atau dipenggalkan menjadi unit-unit kecil yang
dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon. Contohnya :
[p], [w] dan [a].
….SAMBUNGAN

Terdapat juga bunyi lain yang tidak bersifat


penggalan, bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi ini
disebut bunyi-bunyi suprapenggalan.

Contohnya ialah unsur kepanjangan, membezakan


perkataan Inggeris [sit ] (vokal i yang pendek)
daripada perkataan [si:t ] (vokal i yang panjang yang
ditandai dengan lambang dua titik [:] selepas vokal i ).
BUKAN BUNYI BAHASA
Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi
manusia.

Sehingga sekarang masih belum dapat dianggap sebagai


bunyi salah satu bahasa di dunia ini.

Contoh : Bunyi batuk, bunyi berdehem, bunyi siulan,


tiruan kepada bunyi binatang, sendawa, mendengkur,
bunyi orang menggigil dan sebagainya.
BUNYI BERSUARA DAN BUNYI TIDAK
BERSUARA
Keduanya berkaitan dengan keadaan pita suara.

Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan


pita suara (glotis) itu agak rapat maka berlakulah getaran
dan bunyi yang menghasilkan bunyi bersuara.

Sekiranya keadaan glotis renggang atau terbuka, sewaktu


udara keluar melaluinya, tidak berlaku getaran dan bunyi
yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.
BAGAIMANA BUNYI DIHASIKAN
Udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui ruang
tenggorok dan pita suara, masuk ke rongga tekak, seterusnya ke
rongga mulut atau rongga hidung.

Sekiranya semasa udara itu lalu pada pita suara, pita suara itu
tertutup rapat dan udara terpaksa keluar secara terdesak maka
bunyi batuk akan timbul.

Manakala jika pita suara renggang dan udara dapat keluar


melaluinya, pita suara itu akan bergetar maka bunyi yang
terhasil ialah bunyi bersuara.
……SAMBUNGAN

Apabila pita suara lebih renggang lagi, udara boleh keluar dengan
mudah, pita suara tidak bergetar, oleh itu bunyi yang terhasil adalah
bunyi tidak bersuara.

Udara yang keluar dari pita suara akan masuk ke rongga tekak lalu
mungkin ia terus ke rongga hidung atau rongga mulut.

Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara sama ada
ke rongga mulut atau rongga hidung.

Sekiranya lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke


rongga hidung maka udara akan keluar melalui hidung yang akan
menghasilkan bunyi sengau.
……SAMBUNGAN

Manakala jika ruang ke rongga hidung tertutup, udara akan


keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukan
bunyi sengau.
BINTANG TUJUH SINAR BERSERI,
BULAN PURNAMA DATANG MENERPA,
AJARAN GURU HENDAKLAH DICARI,
MANA YANG DAPAT JANGAN DILUPA.

You might also like