You are on page 1of 27

FONEM

SEGMENTAL
Konsonan
Geseran
Biodata Pembentang
• Nama : Fatimah binti Yahaya
• No. K/P : 710626025442
• Ambilan: Jun 2011
• Kumpulan : BM2
• Semester 4
• Tempat Bertugas : Sekolah Kebangsaan
Kampong Belukar
• Fonem
• Kamus Dewan mendifinisikan fonem sebagai
unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan
makna yang terkecil.
• Segmental
• Segmental pula didefinisikan sebagai penggalan.
• Konsonan
• Konsonan pula ialah huruf selain vokal.
• Bunyi disebut konsonan apabila terjadi arus
udara dihalang atau disekat pada sebahagian alat
artikulasi.
• Arus udara dihalang semasa bunyi di hasilkan.
• Proses halangan pada arus ini dapat disertai dengan
bergetarnya pita suara, terbentuklah bunyi
konsonan seperti [b,d,g,v,z,l] dan lain-lain.
• Jika artikulasi itu tidak disertai bergetarnya pita
suara, glotis dalam keadaan terbuka, maka bunyi
yang dihasilkan adalah konsonan tidak bersuara,
misalnya bunyi [p,t,k,f,s] dan seumpamanya.
• Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada
dua golongan iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman.
Rajah menunjukkan cara penghasilan
konsonan [s]
Geseran gusi Tidak Bersuara [s]
• Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]
1. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk
membuat sempitan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga
mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara keluar melalui sempitan depan lidah
dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan
geseran.
Bunyi Konsonan [s] Hadir Pada Perkataan berikut

• Di awal perkataan
[sayaŋ], [sapu], [suŋguh], [sədap]
Di tengah perkataan
[basuh], [kasar], [dasar], [pasar]
Di akhir perkataan
[habis], [bilis], [hiris], [bəras]
Rajah menunjukkan cara penghasilan
konsonan [h]
Geseran Glotis Bersuara [h]

Menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h]


proses yang berlaku ialah:
1. Pita suara dibuka (direnggangkan) untuk
membuat sempitan pada glotis.
2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan pada dinding tekak bagi
menutup rongga ke hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui hidung.
3. Udara keluar dengan menggeser melalui
sempitan glotis. Pita suara digetarkan.
4. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan
geseran glotis [h].
Kehadiran bunyi ini adalah seperti berikut:

• Di awal perkataan
[habis], [hulur], [hantu], [hiŋgap].
• Di tengah perkataan
[lihat], [tahap], [peha?], [sehat], [jahat]
• Di akhir perkataan
[bərseh], [ləteh], [kaseh], [ləbeh]
BUNYI KONSONAN
PINJAMAN

Terdapat lapan bunyi


konsonan Melayu pinjaman.
[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak
bersuara
[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara
[Ɵ] Konsonan geseran bibir gigi tidak
bersuara
[Ǒ] Konsonan geseran gigi bersuara
[z] Konsonan geseran gigi bersura
[Š] Konsonan geseran gusi lelangit keras
tidak bersuara
[x] Konsonan geseran lelangit lembut
tidak bersuara
[y] Konsonan geseran lelangit lembut
bersuara
Rajah menunjukkan cara penghasilan
konsonan [f]
Geseran Bibir Gigi Tidak Bersuara
[f]
• Bunyi dihasilkan dengan cara
• 1. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas
untuk membuat sempitan supaya udara
keluar dengan menggeser melalui ruang
yang sempit.
• 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
menutup rongga ke hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
• 3. Pita suara dibuka (direnggangkan)
• 4.Udara dari paru-paru keluar dengan
menggeser melalui sempitan pada daerah
bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
• 5.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bibir-
gigi tidak bersuara [f] . Konsonan ini hadir
dalam perkataan pinjaman seperti berikut :
• Awal perkataan
• [fikir], [fitnah], [faham], [foneti?]
• Tengah perkataan
• [nafkah], [sifir], [sifar], [kufur]
• Akhir perkataan
• [arif], [maaf], [alif], [huruf]
Geseran Bibir-Gigi Bersuara[v]
• Bunyi dihasilkan dengan cara
• 1. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas
untuk membuat supaya udara keluar
dengan menggeser melalui sempitan.
• 2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan di rapatkan pada dinding tekak
menutup rongga ke hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
• 3. Pita suara dirapatkan.
• 4. Udara dari paru-paru keluar dengan
menggeser melalui sempitan pada daerah
bibir- gigi. Pita suara digetarkan.
• 5. Bunyi yang di hasilkan ialah bunyi geseran
bibir gigi bersuara [v]. Kehadiran bunyi
konsonan ini seperti berikut :
• Di awal perkataan :
[vokal], [variasi].
• Di tengah perkataan:
[univərsiti], [novel].
Geseran Gigi Tidak Bersuara [Ɵ]
Konsonan geseran gigi tidak bersuara dihasilkan melalui cara:
• 1. Hujung lidah dihampirkan kepada daerah
antara gigi atas dengan gigi bawah untuk
membuat sempitan pada daerah antara gigi
atas dan gigi bawah supaya udara keluar
dengan menggeser.
• 2. Lelangit lembutdan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup
rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar
melalui rongga hidung.
• 3. Pita suara dibuka(direnggangkan).
• 4. Udara dari paru-paru keluar dengan
menggeser melalui sempitan antara gigi atas
dan gigi bawah. Pita suara tidak digetarkan.
• 5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran
gigi tidak bersuara [Ɵ]. Konsonan ini hadir
dalam perkataan seperti berikut:
• Di awal perkataan
[iƟnin], [ƟalaƟa], [Ɵabit], [oƟman].
• Di tengah perkataan
[miƟal].
• Di akhir perkataan:
[hadiƟ].
Sumber Rujukan
• Abdul Hamid Mahmood. 2007. Linguistik Fonetik
dan Fonologi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur :
Aslita Sdn. Bhd.
• Asmah Haji Omar. 1984. Nahu Melayu Mutakhir.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Nasrun Alias. 2008. Sistem Bunyi Dan Kata
Bahasa Melayu. Bangi Selangor : Pusat
Kembangan UKM
• Siti Hajar Abdul Aziz. 2011. Bahasa Melayu 1
Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like