You are on page 1of 37

FRASA ADJEKTIF

NAMA PENSYARAH :

PN. FATAHIYAH BINTI MOHD. ISHAK

AHLI KUMPULAN :

NOOR AZURA BINTI AHMAD


NUR DALILA ASRA BINTI HAMZAH
AINUR RUSHAIDA BNTI ROSLAN
SURIZAINI BINTI MOHD.ZIN
GAYATHIREE A/P LETCHUMANAN
RAGHINI A/P RAJENDRAN
PENDAHULUAN
 Frasaadjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada
satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat
atau adjektif sebagai kata intinya.

 Kata inti merupakan bahagian utama dalam dalam susunan


frasa.

 Frasaadjektif berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai


unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

 Unsur keterangan adalah kata adjektif hadir sesudah kata


kerja dan sebagai unsur penerang dan juga hadir sesudah
kata nama.
Contoh-contohnya:
1)Frasa adjektif sebagai predikat:

a) Adiknya sangat pandai


(Subjek FN) ( Predikat FA )

b) Markahnya tinggi
(Subjek FN) ( Predikat FA )

c) Orang muda itu baik sungguh


(Subjek FN) ( Predikat FA )

d) Perangainya tentu baik


(Subjek FN) ( Predikat FA )
2) Frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam
predikat:
Subjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan
( Frasa Adjektif )

a) Dia berjalan sangat cepat.


b) Mereka pulang segera.
c) Kanak-kanak itu tidur sungguh nyenyak.
d) Jirannya datang terlalu kerap.
3) Frasa adjektif sebagai unsur penerang:

Subjek Predikat

Frasa Nama Penerang

a) Dia budak pandai.


b) Harimau binatang liar.
c) Pak Abu orang kaya.
d) Asam pedas masakan asli.
Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
 Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja ,atau
deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu
dan penguat ,sama ada di hadapan atau di belakang.
 Contohnya:-
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat

- sangat pandai -
- terlalu nakal -
sudah - besar -
belum - tua -
- - malas benar
- - jahat betul
- - baik amat
masih - kecil amat
Bahagian inti frasa adjektif terdiri daripada
dua jenis iaitu:-

a) Binaan satu perkataan

b) Binaan dua perkataan


a) Binaan Satu Perkataan
 Binaanini terdiri daripada satu kata adjektif.
 Contohnya:-

1) Pelayan kedai Pak Ali rajin.


2) Kawan-kawan Ahmad cerdik.
3) Adiknya sangat cergas.
4) Warna kulit buku saya merah.

* Contoh-contoh ini adalah contoh kata adjektif yang


terdiri daripada satu kata dasar,iaitu perkataan tanpa
imbuhan.
 Binaanjuga boleh terdiri daripada perkataan –
perkataan berimbuhan dan kata ganda.

 Contohnya:-

1) Aminah tidak sepandai adiknya.

2) Dalam darjah ini markah Husinlah yang terbaik.

3) Banggunan ini tidak setinggi banggunan itu.

4) Langit kemerah-merahan pada waktu senja.


b) Binaan dua perkataan
Terdiri daripada dua jenis iaitu:-

i. Kata Adjektif + Kata Adjektif

ii. Kata Adjektif + Kata Nama


i) Kata Adjektif + Kata Adjektif

 Binaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif+ kata adjektif


boleh terdiri daripada:

a. Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian


makna.Contohnya:
 riang gembira
 letih lesu

b. Dua kata adjektif yang maknanya berlawanan.Contohnya:


 tinggi rendah
 baik buruk

c. Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua


digunakan oleh sebab unsur rima ,yakni keindahan
bunyi.Contohnya:
 kaya raya
 tinggi lampai
ii) Kata Adjektif + Kata Nama
 Terdapat dua jenis binaan frasa adjektif yang
terdiri daripada kata adjektif diikuti oleh kata
nama.

a) Frasa adjektif yang membawa maksud


keserupaan Contohnya:
 Merah jambu
 Hijau daun

b) Frasa adjektif yang membawa maksud


kiasan.Contohnya:
 Panjang tangan
 Besar kepala
KATA PENGUAT
Frasa adjektif boleh terdiri daripada kata inti
(kata adjektif) yang disertai kata
penguat.Terdapat tiga jenis kata penguat:

1. Kata penguat hadapan


2. Kata penguat belakang
3. Kata penguat bebas
1. Kata penguat hadapan
 hadir di hadapan kata adjektif.
 Contohnya:
 terlalu besar
 paling panjang

2. Kata penguat belakang


 hadir selepas kata adjektif
 Contohnya:
 baik sekali
 lambat benar

3. Kata penguat bebas


 boleh terdiri di hadapan ataupun belakang kata adjektif.
 Contohnya:
 amat segar / segar amat
 sangat berani / berani sangat
KATA BANTU
 Frasa adjektif boleh juga terdiri daripada kata adjektif yang
disertai oleh kata bantu.
 Contohnya:
 sudah besar - masih kecil
 harus pandai - belum lama

• Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau


sesudah kata penguat.Contohnya :
1) Kata Bantu Kata Kata
Penguat Adjektif
masih amat kecil
belum terlalu jauh
belum Sangat pandai

2) Kata Kata Bantu Kata


Penguat Adjektif
sungguh masih letih
tentu sudah besar
benar telah pandai
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif


dalam ayat susunan biasa iaitu:
(i) Selepas subjek sebagai prediket.
(ii) Selepas frasa kerja sebagai
keterangan.
(iii) Selepas frasa nama sebagai
penerang.
(i) Frasa Adjektif Sebagai Prediket

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif sebagai


predikat hadir selepas subjek, seperti yang terdapat
dalam contoh di bawah:
Subjek Predikat
Rumah Ali Sangat sederhana

Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif


yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek,
seperti yang berikut:
Predikat Subjek
Sangat sederhana Rumah Ali
Perhatikan contoh-contoh seterusnya:
Sususan biasa:
 Badannya letih lesu.
 Malam ini gelap benar.
 Hidup penyair agung itu amat sederhana.
 Jalan raya itu sunyi senyap.
 Tubuh gadis itu tinggi lampai.
 Warna kereta Musa hijau muda.
 Tidurnya nyenyak benar.
 Anak Ali masih kecil
 Mukanya pucat
 Kerani pejabat kami rajin
Sambungan…..
Susunan songsang:
 Letih lesu badannya.
 Gelap benar malam ini.
 Amat sederhana hidup penyair agung itu.
 Sunyi senyap jalan raya itu.
 Tinggi lampai tubuh gadis itu.
 Hijau muda warna kereta Musa
 Nyenyak benar tidurnya.
 Masih kecil anak Ali.
 Pucat mukanya.
 Rajin kerani pejabat kami
(ii) Frasa adjektif sebagai
keterangan
Frasa Adjektif boleh juga hadir selepas frasa kerja, iaitu
menjadi keterangan.
Subjek Prediket
Frasa kerja Keterangan frasa
adjektif
 Dia berjalan sangat cepat
 Mereka pulang segera
 Kanak-kanak itu tidur sungguh nyeyak
 Adik- adiknya datang kerap sangat
 Burung helang terbang tinggi
 Amin bergerak cergas sekali.
 Jalan itu menurun curam sekali
 Baginda hidup amat sederhana
 Mereka berlari sangat pantas
 Sungai itu mengalir tenang
INGAT
kata adjektif dalam unsur keterangan di
atas iaitu cepat, segera, nyenyak, kerap,
curam, tinggi, sederhana, pantas, cergas
dan tenang, berfungsi sebagai kata
adverba.
(iii) Kata adjektif sebagai penerang Kata Nama.

Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa


nama, iaitu sebagai penerang kepada kata
nama. Contohnya:
Frasa Nama
Kata Nama Penerang
pelajar baharu
warna merah

minyak wangi
bulan terang
baju putih
rumah haram
kopi segera
penutur asli
emas tulen
pangkat rendah
bangunan tinggi
UNSUR KETERANGAN DALAM
FRASA ADJEKTIF
Dalam frasa adjektif, unsur keterangan
boleh hadir sesudah kata adjektif.
Contohnya:
1. Minggu lalu dia sibuk dengan
pekerjaannya.
2. Belia itu pandai dalam semua acara.
Dari segi makna, keterangan bagi kata
adjektif boleh digolongkan ke dalam
sembilan golongan, seperti yang berikut:
Sambungan….
1. Keterangan cara
a) Badannya segar dengan cepatnya.
b) Anak itu sakit dengan tiba-tiba.

2. Keterangan bandingan
a) Suaranya merdu seperti buluh perindu.
b) Pujukannya manis bagai gula.
3. Keterangan hal atau keadaan
a) Sejak peristiwa itu, mereka melarat
dalam kemiskinan.
b) Bapa tua itu sibuk dengan anak-
anaknya yang masih kecil.

4. Keterangan tujuan
a) Dia berhati-hati demi kesejahteraan
orang ramai.
b) Kita mesti bersih untuk kesihatan diri.
5. Keterangan kekerapan
a) Peserta kursus itu jarang-jarang lewat.
b) Ibu muda itu sakit selalu.

6. Keterangan terhadap
a) Anak itu amat rindu akan ibunya.
b) Kita harus cinta akan tanah air kita.
7. Keterangan musabab
a) Kami letih kerana kurang tidur.
b) Budak itu malas oleh sebab keletihan.

8. Keterangan waktu
a) Adik saya masih kecil pada masa itu.
b) Kami akan mahir dalam masa sebulan.
9. Keterangan tempat
a) Buah nanas itu manis pada bahagian
pangkalnya.
b) Badan saya sakit pada bahagian
bahu.
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh


ayat komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang
terbentuk ialah ayat majmuk.
Contohnya :
1. Kami semua sedar bahawa kami perlu berusaha
untuk berjaya.
2. Pekerja itu yakin bahawa masa depannya di
firma tersebut cerah.
3. Mereka insaf bahawa perlakuan mereka kurang
baik.
KESIMPULAN
• Frasa adjektif sebagai predikat ialah satu
binaan yang boleh terdiri daripada beberapa
unsur yang dapat digambarkan seperti
jadual di bawah :

Kata bantu + kata penguat + kata adjektif +kata adjektif + kata


penguat + unsur keterangan + ayat komplemen

• Jadual ini membawa maksud bahawa frasa


adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua
kata penguat, dua kata adjektif, unsur
keterangan dan ayat komplemen.
• Kata adjektif yang pertama merupakan unsur
inti yang wajib bagi seluruh binaan itu. Unsur-
unsur yang lain ialah unsur tambahan yang
bersifat pilihan yang menerangkan unsur
tambahan yang bersifat pilihan yang
menerangkan unsur ini.

• Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang


membawa makna berlawanan, maka kedua-
duanya tidak boleh digugurkan. Misalnya tinggi
rendah.

• Jika unsur adjektif yang kedua membawa


maksud keserasian iaitu rima, maka perkataan
yang kedua boleh digugurkan. Contohnya, riang
gembira atau hitam legam.
Contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur-
unsurnya :

I. Kata bantu + kata adjektif


masih kuat
sudah kurus
belum sihat

II. Kata penguat + kata adjektif


sungguh cantik
amat dalam
lebih baik

III. Kata bantu + kata penguat + kata adjektif


masih agak kecil
belum terlalu lewat
mahu benar pandai
IV. Kata adjektif + kata penguat
benar sekali
cantik betul
baik benar

V. Kata bantu + kata adjektif + kata penguat


masih awal sangat
sudah baik sungguh
belum masak benar

VI. Kata penguat + kata adjektif + kata penguat


amat cantik sekali
sangat baik benar
sungguh indah nian
VII. Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan

contoh :

sungguh cinta akan tanah airnya


sangat sibuk dengan pekerjaan

VIII. Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen

contoh :

sungguh yakin bahawa mereka telah tiba


amat percaya bahawa budak itu pernah datang
IX. Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen
contoh:
percaya benar bahawa anaknya telah berjaya
yakin betul bahawa pasukannya akan menang

X. Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif


masih riang gembira
tetap gagah berani
Frasa adjektif terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu tetapi
tidak boleh disertai kata penguat.
Kata Kata Kata Kata Kata Unsur Ayat
bantu penguat adjektif adjektif penguat keterangan komplemen
belum - sihat - - - -
- sungguh cantik - - - -
belum terlalu lewat - - - -
- - - besar sekali - -
belum - - masak benar - -
- sungguh - indah nian - -
- sangat - manis - pada bahagian -
pangkalnya
- sungguh yakin - - - bahawa
mereka telah
tiba

You might also like