You are on page 1of 24

FRASA ADJEKTIF

Susunan

perkataan yang terdiri daripada satu perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya. inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.

Kata

Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut :Ayat

Subjek

Predikat(Frasa Adjektif)

Murid itu Keretanya Meja kayu itu

bijak sungguh bersih sekali sangat kukuh

Dalam

susunan songsang pula,predikat frasa adjektif boleh dikedepankan seperti contoh ayat yang berikut:

Bijak

sungguh murid itu Sangat kukuh meja kayu itu Bersih sekali keretanya

Frasa

adjektif juga boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang. frasa adjektif bertugas sebagai unsur keterangan ,kedudukannya dalam predikat ayat adalah selepas kata kerja sebagai contoh :

Jika

a) b)

Motobot itu meluncur laju Kanak-kanak itu bercakap sungguh petah

Sekiranya

frasa adjektif bertugas sebagai unsur penerang pula,kedudukannya adalah selepas kata nama seperti :Dia murid paling cerdik Hani anak manja

a) b)

Binaan

frasa adjektif terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

a) b)

Binaan satu perkataan Binaan dua perkataan

Binaan

Satu Perkataan

Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti :rajin,tinggi,nakal,baik,pucat,kosong, dan sebagainya . Contoh : a) Bilik tetamu itu kosong b) Hati mereka cemas c) Pada malam ini bulan sungguh terang

Kata adjektif juga terdiri daripada perkataan berimbuhan,misalnya: sepandai,kemerahmerahan,terbaik,setinggi. contoh ayat: a) Aminah tidak sepandai adikya. b) Bangunan ini tidak setinggi bangunan itu. c) Langit kemerah-merahan pada waktu senja.

Binaan

Dua Perkataan

Binaan

jenis ini terdiri dua perkataan iaitu:Kata Adjektif+ Kata Adjektif ; dan b) Kata Adjektif+ Kata Nama.
a)

Frasa

adjektif dalam bentuk kata adjektif + kata adjektif terdiri daripada beberapa jenis. Unsur keserasian makna Berlawanan makna Mempunyai keindahan bunyi rima.

i. ii. iii.

Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna,misalnya: gagah berani kering kontang kurus kering susah payah penat lelah cantik molek

Dua

kata adjektif yang berlawanan makna,contohnya: baik buruk kecil besar maju mundur tua muda tinggi rendah pahit manis

Dua kata adjektif yang mempunyai keindahan bunyi rima,seperti: kaya raya letih lesu papa kedana

Frasa

adjektif dalam bentuk kata adjektif + kata nama terdiri daripada dua jenis . Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan,contohnya : biru laut muda remaja pening lalat jinak merpati

a)

b)

Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Misalnya: panjang tangan ringan tulang banyak mulut berat kepala

Frasa

adjektif boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata penguat.

Kata

penguat itu boleh hadir di hadapan,di belakang kata adjektif atau hadir bebas(sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif) contohnya: Paling tabah (hadir di hadapan kata adjektif) Tabah sekali (hadir di belakang kata adjektif) Sungguh lunak (hadir secara bebas) Lunak sungguh

Frasa

adjektif ini juga boleh disertai oleh kata bantu dalam binaannya. kata bantu tertentu yang hadir sebelum atau sesudah kata penguat.contohnya :

Terdapat

sudah cerah masih gelap sungguh masih gelap

Binaan frasa adjektif juga boleh disertai oleh unsur keterangan . Unsur keterangan yang hadir selepas kata adjektif terdiri daripada pelbagai jenis.

a) Keterangan cara,misalnya > Tubuhnya lesu dengan tiba-tiba.

b) Keterangan bandingan,contohnya: > Wajahnya masam macam cuka.


c) Keterangan hal atau keadaan > Mustafa sibuk dengan kerja sekolah d) Keterangan tujuan > Kita perlu rajin demi kejayaan kita

e) Keterangan kekerapan

> Dia resah sentiasa f) Keterangan terhadap, > Mereka benci akan peperangan g) Keterangan musabab > Kain itu lembap kerana dibasahi embun

h) Keterangan waktu contohnya: > Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang ini.
i) Keterangan tempat contohnya: > Kanak-kanak itu sakit pada kakinya.

Frasa Adjektif dengan Ayat Komplemen

> Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen,menjadikan ayat yang terhasil itu majmuk.

Ayat Induk dengan Frasa Adjektif


Para peserta amat sedar Ali tetap percaya
Mereka pasti yakin

Ayat Komplemen

bahawa persiapan mereka tidak mencukupi. bahawa anaknya masih hidup. bahawa pasukan sekolah merekan akan menang.

You might also like