You are on page 1of 58

HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN,

DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG


SYUHADA BT HUSSAIN           

PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat
pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan
menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan
bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat
ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.
Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab


fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus
Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate
Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the
system of speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut


kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan
dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s
Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan
sebagai “the science of speech sounds including, especially the history
and theory of sound changes in a language or in two or more related
languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51)


memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
 
 Huraian huruf  Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal
Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
 
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e],
[ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan
satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-
betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun
Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan
vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang


ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan
melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang
sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai
ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan
udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh


beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau
dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau
belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-
tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,
sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga
mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau
dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-
bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan
semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal
terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil
apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap
udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan
konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan
yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu
menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah
konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan
pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu


konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu
merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa
Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam
bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).


b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara
( k, g ).
d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak
bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).
g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal
dua bibir bersuara (w).
k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-


daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut,
pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal


Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan
jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut
menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam
membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.
(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a)                 Keadaan bibir hampar
(b)                 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit
keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c)                Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup
rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara
dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Ikan Bila Tali
Ibu Tiba Padi

(a)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:


·         Keadaan bibir hampar
·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    
·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara
dari   
·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e]
seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Enak Teleng Tauge
Elok Leher Tempe

(b)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar


(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau
lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Esa Belek Tauge
Enak Belok Tempe
(c)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a]
seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Awan Kadar Siapa
Anak Beras Nama

(d)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:


(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut
tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti
pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
ubat bulat Batu
ular sudu Palu

(a)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:


(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut
tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o].
seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Orang Tolong Pidato
Otak Bohong Koko

(b)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫]כ‬. Cara membunyikannya:


(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau
lapang seperti [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Orang Borong Soto
Oleh Bolot Teko
(f)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit keras  
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada
perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Emak Penat Sosialisme
Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat
diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang
terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan
Cara bibir Gigi-gusi Lelangit Lelangit Glottis
sebutan keras lembut
Letupan Pb Td - Kg -
Letusan - - Cj - -
Sengau M N (ny) (ng) ŋ -
Geseran - S - - H
Getaran - R - - -
Sisian - L - - -
Separuh W - Y - -
vokal

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal,


tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l.
konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny,
w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada
pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan


kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit
lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu
asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu
memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan
dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]


1.    Dua bibir dirapatkan untuk  Cara membunyikan sama
membuat sekatan penuh pada seperti membunyikan konsonan
arus udara dari paru-paru ke [p]. yang berbeza ialah:
rongga mulut.
2.    Lelangit lembut dinaikkan ke 1.    Pita suara dirapatkan.
belakang atau ke dinding
2.    Arus udara dari paru-paru
rongga tekak untuk membuat keluar melalui rongga mulut
sekatan udara dari paru-paru ke dengan mengetarkan pita suara.
rongga hidung. 3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah
3.    Pita suara direnggangkan. letupan dua bibir bersuara [b].
4.    Udara dari paru-paru keluar
ke rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5.    Sekatan pada dua bibir
dilepaskan serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah
letupan dua bibir tidak bersuara
[p].

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [p] Palu Lapik Atap
Konsonan [b] Batek Rabun Adab

     
(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi
bersuara [d]
Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]


1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke Cara membunyikan konsonan
gusi untuk membuat sekatan sama seperti membunyikan
penuh pada arus udara. konsonan [t]. yang berbeza
2.    Lelangit lembut dan anak tekak ialah:
dinaikkan ke belakang atau ke
dinding rongga tekak untuk
1.    Pita suara dirapatkan.
menutup arus udara ke rongga 2.    Arus udara dari paru-paru
hidung. keluar melalui rongga mulut
3.    Pita suara direnggangkan . dengan menggetarkan pita
4.    Arus udara dari paru-paru suara.
keluar melalui rongga mulut 3.    Bunyi yang dihasilkan ialah
tanpa menggetarkan pita suara. letusan gusi bersuara [d].
5.    Sekatan yang dibuat oleh
hujung lidah dan gusi dilepaskan
serta-merta.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah
letupan gusi tidak bersuara [t].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir


Konsonan [t] Takut Batas Padat
Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad
(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan
letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]
1.    Belakang lidah dirapatkan ke Cara membunyikan konsonan
lelangit lembut untuk membuat sama seperti membunyikan
sekatan penuh pada arus udara konsonan [k]. yang berbeza
. ialah:
2.    Lelangit lembut dan anak 1.    Pita suara dirapatkan .
tekak dirapatkan ke rongga 2.    Arus udara dari paru-paru yang
tekak bagi menyekat arus keluar melalui rongga mulut
udara dari paru-paru ke rongga mengetarkan pita suara.
hidung. 3.    Bunyi yang dihasilkan ialah
3.    Pita suara di renggangkan. letupan lelangit lembut bersuara
4.    Arus udara keluar dari paru- [g].
paru melaui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara.
5.    Sekatan udara yang dibuat
oleh belakang lidah dilepaskan
serta merta.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah
letupan lelangit lembut tidak
bersuara [k].

Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [k] Kala Makan Tamak
Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

                   

(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke


dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke
rongga hidung
(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang
rapatan pita suara.
(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan 
berikut:

Awal Tengah Akhir


Anak Saat Lemak
Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan


letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]
1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit Cara membunyikan konsonan
keras untuk membuat sekatan sama seperti membunyikan
pada arus udara. konsonan [Ĵ]. yang berbeza
2.    Lelangit lembut dan anak ialah:
tekak dinaikkan ke belakang 1.    Pita suara dirapatkan.
atau ke dinding rongga tekak 2.    Arus udara dari paru-paru
untuk membuat sekatan keluar melalui rongga mulut
terhadap arus udara dari paru- dengan menggetarkan pita
paru ke rongga hidung. suara.
3.    Pita suara direnggangkan. 3.    Bunyi yang dihasilkan ialah
4.    Arus udara dari paru-paru letusan lelangit keras gusi
melalui rongga mulut tanpa bersuara [Ĵ]
menggetarkan pita suara.
5.    Udara yang tersekat oleh
hadapan lidah di lelangit keras
dilepaskan pelahan-lahan.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah
letusan lelangit keras gusi tidak
bersuara [č].
Contoh perkataan:
Huruf Awal Tengah Akhir
Konsonan [č] Cara Laci Koc
Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus


udara.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak
untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Pita suara di renggangkan.
(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara
(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk
menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:
Awal Tengah Akhir
Silap Lasak Pedas
Satu Lesu Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:


(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Pita suara dirapatkan.
(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak
menggetarkan pita suara
(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti
pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
Rapat Tiram Sabar
Rugi Seram Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:


(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung
untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Pita suara dirapatkan
(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan
menggetarkan pita suara
(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti
pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Lagu Tilam Tebal
Lipat Kelam Kekal

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:


(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada
arus udara.
(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke
rongga hidung.
(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m]
seperti pada perkataan yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Macam Teman Ketam
Murah Lumba Badam
(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat
sekatan arus udara.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga
hidung
(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti
pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Naga Tanah Taman
Nilam Panah Laman

(e)  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara


membunyikannya:

(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan


arus udara.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan
arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga
hidung.
(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut
dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut


bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal Tengah Akhir
Ngilu Bingka Lalang
Ngeri Rangkap Tulang

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫תּ‬ ]. Cara


membunyikannya:
(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus
udara
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan
arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke
rongga hidung
(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan
pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi


bersuara (‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Nyaris Banyak -
Nyala Senyap -

(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:


(a)  Bibir di bundarkan.
(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke
kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara
[w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir


Waris Kawan Takraw
Wajar Lawan -

(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.


(b)  Bibir di hamparkan.
(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(d)  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan
untuk membunyikan vokal [j].
(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras
bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras


bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir


Yakin Tayang -
Yuran Payah -
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia
secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi.
Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya
mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan
bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan
dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai
peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut
ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam
menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa


yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal
merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang
bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak
bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya
keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar
melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi
yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu
direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran
pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang
tidak bersuara.

RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk
Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am.
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.
http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-
Vokal
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/
bm_training.pdf
Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk


menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,
seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentangnya. 

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran
atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu
bahasa.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

 
FUNGSI ALAT PERTUTURAN 

Lidah

   Lidah
ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran
bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah,
tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini
membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.
Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-
mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

   Gigijuga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya


tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai
penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah
yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

   Bibiradalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 

Gusi

   Gusi
merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian
dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan
bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 
   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan
lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga
ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian
hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka
saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut
akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila
diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui
rongga hidung.  

Rongga Hidung 

   Terletakdi atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung
boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

   Pita
suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas
dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis
berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal 
   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh
lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.   

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

Vokal Depan Sempit   (i) 

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan
atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada
dalam keadaan terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 

    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas 


   Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari
kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah
sama  seperti semasa mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) 

   Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-


rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan
menutup rongga hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti
menghasilkan vokal (i), dan (e). 

Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u) 

    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas,


tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

Vokal Separuh Sempit ( o ) 

    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang


paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

Vokal Belakang Separuh Luas  

   Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh


sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

Vokal Tengah   

   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.


Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan
sederhana luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

DIFTONG   
    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal
kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 

a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.

WEDNESDAY, FEBRUARY 20, 2008

3.0 SISTEM BAHASA MELAYU

3.1 FONOLOGI
Sistem Bahasa Melayu
Pengenalan
1. Sistem Bahasa Melayu terdiri daripada binaan ayat, frasa dan bunyi bahasa.
2. Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis dan semantik.

• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.


• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek
berkaitan kata.
• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan
golongan serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.

Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa
serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata


• Konsep Bunyi
- Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu.
• Fonem
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem
diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
• Huruf
- Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan
lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem
vokal.
• Suku Kata Dalam Bahasa Melayu
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau
mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Sistem Tulisan Bahasa Melayu


Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan tulisan Kawi dan Rencong.
Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi. Kedatangan Barat menyebabkan
tulisan Rumi terhasil.

Penggolongan Bunyi Bahasa


Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat
pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi
Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan
bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis
bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang
ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.

Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus
ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.

Sifat-sifat Vokal
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.

Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu


a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata.
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".

Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup


e e/kor Belas Sate Telek
i i/bu Bilah Kali Saling
a a/yam Malu Saya Botak

Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa


A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat
sekatan, halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga
mulut, tekak dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.
e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)

Tanda Baca
Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan
maksud.
a. Tanda Titik [.] - Berahir sesuatu ayat / ayat penyata.
b. Tanda Koma [,] - Terdapat pengguguran sesuatu unsur ayat.
c. Tanda Koma Bertindih [;] - Fungsi sebagai unsur kaitan dua ayat.
d. Tanda Titik Bertindih [:] - Digunakan selepas ayat penyata diikuti ayat lain
yang berkaitan.
e. Tanda Soal [?] - Hadir di akhir ayat.
f. Tanda Seru [!] - Hadir di akhir ayat bagi menunjukkan rasa hairan, marah,
menyindir, sakit.
g. Tanda Sempang [-] - Bagi kata ganda.
h. Tanda Kurung [( )] - Wujud unsur selitan dalam ayat.
i. Tanda Petik [" "] - Menunjukan bahagian yang dilafazkan atau cakap ajuk.

Tatabahasa

.::Pengenalan::.
- ia merangkumi pembentukan kata serta proses pembinaan ayat.
- tatabahasa melibatkan pembentukan kata, frasa, klausa dan ayat.
- bunyi bahasa adalah unsur-unsur pembentukan kata.
- wacana hasil himpunan ayat-ayat.

.::Latar Belakang Tatabahasa::.


- tatabahasa sebahagian daripada kajian bahasa.
- bentuk kata ada kaitan dengan Morfologi.
- binaan kata ialah kata-kata dalam fungsi dan peranan dalam ayat.
- penggolongan kata - proses menjeniskan perkataan berdasarkan bentuk dan
fungsi perkataan dalam golongan yang sama.
- struktur kata - binaan ayat-ayat yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan
manusia dan menjadi unti bahasa yang bermakna.

.::Definisi Tatabahasa::.
- merupakan pengetahuan tentang pembentukan kata dan proses penyusunan
kata dalam ayat.
- tatabahasa Bahasa Melayu meliputi bidang kajian Morfologi dan sintaksis.

.::Bahagian Tatabahasa::.
a. Morfologi
- bidang tatabahasa berkaitan dengan aspek kata, dari segi struktur dan
pembentukan kata serta penggolongan kata.
- unit terkecil yang mempunyai maksud atau tugas ialah morfem. Sesuatu
perkataan terbentuk daripada satu morfem atau lebih.
- contoh; perkataan berkawan mempunyai dua morfem iaitu kata dasar "kawan"
dan awalan "ber-".

b. Sintaksis
- bidang ilmu bahsa yang melibatkan kajian proses pembinaan ayat.
- sintaksis mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.

c. Konsep Morfem
- unit asas terkecil yang menjalankan tugas nahu.
- walaupun unit terkecil tetapi tidak dapat dikategorikan dalam unit nahu.
- Morfem ada dua jenis, iaitu morfem bebas (iaitu kata tanpa imbuhan) dan
moefem terikat (iaitu terdiri daripada bentuk-bentuk imbuhan).

.::Perbandingan Bahasa dan Tatabahasa::.

Bahasa  Fonem  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat

Tatabahasa  Morfem  Kata  Frasa  Klausa  Ayat

.::Konsep Asas Sintaksis::.


- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Ini
termasuk kaedah penyusunan perkataan dalam membentuk sesuatu ayat.
- ayat boleh terbentuk daripada beberapa perkataan yang mempunyai makna
lengkap.
- ayat mempunyai subjek dan prediket. `Subjek' dalam ayat ialah konstituen yang
menjadi judul dan unsur yang diterangkan. `Predikat' adalah bahagian yang
terdiri daripada frasa yang berfungsi sebagai penerang subjek.

- frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua


perkataan yang berpotensi uuntuk dikembangkan menjadi lebih perkataan.
- Klausa merupakan satu unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek
dan prediket serta konstituen kepada ayat. Klausa tidak mempunyai tanda baca
yang lengkap mahupun intonasi yang sempurna.

3.2.1 MORFOLOGI
.::Morfologi::.

.::Pengenalan::.
- dalam Bahasa Melayu, morfologi melibatkan tiga perkara iaitu proses
pembentukan kata, penggolongan kata, dan struktur kata.

.::Definisi Morfologi::.
- Morfologi merupakan bidang tatabahasa yang berkaitan aspek bahasa dan kata
termasuk struktur dan pembentukan kata. unit terkecil dipanggil Morfem.

.::Konsep Morfem::.
- morfem ialah unit tatabahasa terkecil dan fungsi nahu.
- terdapat 2 morfem iaitu 'morfem bebas' dan 'morfem terikat'.

.::Konsp Perkataan::.
- kata akar atau akar kata ialah bentuk morfem terikat yang perlu bergabung
dengan morfem lain untuk membentuk kata.
- contoh: arus (akar kata) + sungai (morfem bebas)
= Arus sungai

.::Kata Dasar::.
- dikenali juga sebagai 'kata pokok' yang merupakan kata yang menjadi asas
bagi kata terbitan.

.::Bentuk Kata::.
- bentuk kata ialah unit tatabahasa yang berbentuk tunggal dan terbentuk
daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajukan sesuatu kata.
- binaan kata merupakan kata-kata yang digolongkan berdasarkan peranan
masing-masing dalam sesuatu ayat.
- terdapat 4 bentuk kata dalam Bahasa Melayu.
a. Kata Tunggal
- kata daripada sebarang golongan yang tiada imbuhan, penggandaan atau
pemajukan.
b. Kata Terbitan
- kata yang terbentuk daripada proses pengimbuhan. Kebanyakan daripada kata
dasar menerima imbuhan daripada morfem bebas.
c. Kata Majmuk
- terhasil apabila dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu.
- dieja secara terpisah, namun berfungsi sebagai satu unit.
d. Kata Ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan mengulangi kata dasar, sama ada seluruh
kata dasar atau sebahagian kata dasar (Penggandaan penuh dan penggandaan
separa).

.::Proses Pembentukan Kata::.


- satu proses penghasilan kata dalam Bahasa Melayu melelui proses
pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.
- ini akan menimbulkan kata-kata baru dan menambahkan perbendaharaan kata.

.::Pengimbuhan::.
- Melibatkan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

.::Pemajmukan::.
- penggabungan dua kata dasaratau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata.
- terdapat 29 kata majmuk yang telah mantap dan dieja.

.::Penggandaan::.
- proses menggandakan kata dasar sama ada secara penuh atau seluruh kata
dasar, sebahagian kata dasar atau gandaan berentak.

.::Golongan Kata::.
- perkataan digolongkan dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan
struktur,fonologi, morfem, sintaksis dan semantik.
- terdapat 4 kategori iaitu;
a. Kata Nama
- unsur penting dalam binaan nama. terdiri daripada nama orang, nama tempat
dan nama benda.
- kata nama terdiri daripada 'kata nama khas', 'kata nama am' dan 'kata ganti
nama'.

**kata nama khas


- hidup - manusia
- bukan manusia (haiwan, tumbuh-tumbuhan)
- tak hidup (benda mati dan tidak hidup sifatnya seperti nama negeri, institusi,
bangsa, organisasi.)

**kata nama am
- kata nama am abstrak (Bukan kebendaan)
- contoh : cinta, mimpi.
- kata nama am kongkrit (Kebendaan)
- contoh : Pelajar, rumah, larutan.

**Kata ganti nama


- kata ganti nama tunjuk
- kata ganti nama diri - diri tanya
- diri orang

b. Kata Kerja
- merangkumi kata-kata dasar yang menjadi unsur utama dalam binaan frasa
kerja.

Kata Kerja
- Tak Transitif
- Berpelengkap
- Tak Berpelengkap
- Transitif
- Aktif
_ Pasif

c. Kata Adjektif
- juga dikenali sebagai kata sifat yang merupakan perkataan unsur inti dalam
sesuatu binaan frasa adjektif.

Penggolongan kata Adjektif


1.cara - Mudah, Sukar
2.sifat - Baik, Jahat
3.jarak - Dekat, Jauh
4.waktu - Sekarang, Nanti
5.warna - Biru, Merah
6.bentuk - Bulat, Bujur
7.ukuran - CM, Inci
8.perasaan - Suka, Gembira
9.pancaindera - Rasa, Bau, Dengar, Dsb

d. Kata Tugas
- hadir dalam frasa, klausa atau ayat.
- kata tugas untuk kata seru, nafi, arah, tanya, bantu, penegas, perintah, hubung,
bilangan, penguat, pemeri, pembenar, sendi nama dan pangkal ayat.

3.2.2 SINTAKSIS
.::Pengenalan::.
- sintaksis ialah bidang ilmu bahasa berkaitan dengan proses pembinaan ayat.
- dalam dinaan ayat, frasa dan klausa adalah penting.

.::Definisi Sintaksis::.
- sintaksis ialah bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa.
- aspek penting seperti konsep frasa dan klausa, penggolongan kata serta
pembentukan dan pembinaan ayat.

.::Ayat::.
- ayat adalah unit pengucapan yang terletak di peringkat susunan yang paling
tinggi.
- Binaan ayat mempunyai subjekdan predikat.

.::Pola-pola Ayat Dasar::.


- ayat dasar merupakan ayat inti yang dapat mengalami peluasan.
- dalam Bahasa Melayu terdapat 4 jenis pola iaitu;
a. Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)
b. Frasa Nama + Frasa Kerja (KN+FK)
c. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FS)
d. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)

.::Frasa::.
- Frasa ialah satu unit tatbahasa berdasrkan kata susunan yang mengandungi
satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan
atau lebih.
- contoh : "Budak --> Budak sekolah --> Seorang budak sekolah".

.::Jenis-jenis Frasa::.
- tardapat 4 jenis frasa iaitu :
a. Frasa Nama (FN)
- terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat.
b. Frasa Kerja (FK)
- terdiri daripada kata kerja tak transitif.
c. Frasa Adjektif (FA)
- susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata sifar (Ajdektif).
d. Frasa Sendi Nama (FS)
- terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap.

.::Klausa::.
- klausa merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat.
- fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat.
- jenis-jenis klausa terdiri daripada;
a. klausa bebas (utama)
b. klausa terikat (tak bebas)

.::Ragam Ayat::.
- merangkumi ayat aktif dan ayat pasif.
- ayat aktif ialah yang menggunakan kata kerja aktif.
- ayat aktif boleh dipasifkan, terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif.
- sebagai panduan;
Ayat Aktif - aktif transitif
- aktif tak transitif
Ayat Pasif - ayat pasif dengan kata kerja.
- ayat pasif dengan kata nama ganti
- ayat pasif dengan perkataan "Kena"

.::Jenis-jenis Ayat::.
a. Jenis-jenis Ayat
1. Ayat penyata
2. Ayat perintah
- Ayat suruhan
- Ayat larangan
- Ayat silaan
- ayat permintaan
3. Ayat seruan
4. Ayat tanya

.::Bentuk Ayat::.
- terdapat pelbagai ragam dan bentuk ayat-ayat dasar / ayat mudah / ayat inti.
- terdapat beberapa pola ayat seperti ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk dan
sebagainya.

a. Ayat Tunggal
- ayat tunggal mengandungi satu klausa bebas.
- ayat tunggal terdiri daripada satu subjek (inti) dan satu predikat (cerita) sahaja.
- ayat tunggal merupakan ayat dasar.

b. Ayat Majmuk
- ayat majmuk atau ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat
tunggal dalam satu ayat.
- ia boleh dibahagikan kepada beberapa ayat seperti;
- Gabungan
- Pancangan
- Komplemen
- Pancangan Relatif
- Pancangan Keterangan
- Majmuk Campuran

3.3 SEMANTIK
.::Semantik::.

.::Pengenalan::.
- bidang kajian bahasa yang mengkaji maksud dan makna kata.
- beberapa konsep dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan
polisim.

.::Definisi Semantik::.
- semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam
bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang
mempengaruhi.

.::Makna Perkataan::.
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa
lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.

.::Perkaitan Makna Perkataan::.

Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim - homonim
- Homofon
- Homograf

.::Peribahasa::.
- masyarakatMElayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi
dari tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan
yang amat tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan
bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.

a. perumpamaan / simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna.
Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang
merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang
lain.
e. simpulan bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan
tertentu.
f. rumusan
- rumusan ialah peribahasa di dalam warisan budaya Melayu.

.::Perbandingan::.
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan
perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu;
a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan.
b. Ibarat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu
maksud.
- maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan Ibarat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan.
- selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.
d. Tamsil Ibarat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam
bentuk kesatuan kata.
- ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.
e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.

.::Kiasan::.
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan
dengan perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;
a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain
sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan
bagai.
- kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
- kiasan bersandar
- kiasan melarat
- kiasan melompat
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasan pemanis

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN


Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 
1. konsonan asli 
2. konsonan pinjaman 

KONSONAN ASLI

Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan


dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut:

1.  Letupan  :       p, b,  t, d, k, g 


2.  Letusan  :       c,  j 
3.  Geseran :        s,  h
4.  Getaran  :       r 
5.  Sisian  :          l 
6.  Sengauan:      m, n, ny,  ng 
7.  Separuh vokal  : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli 

Konsonan Letupan:

Letupan Dua Bibir[p] dan [b]


Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara
keluar dariparu-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir.
Kemudian sekatan itudilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi
itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,  bunyi yang dihasilkan
ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].            

 Letupan Gusi [t] [d] 


Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar
dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan
gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan
bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang
dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan
pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d].

 Letupan Lelangit Lembut [k] [g] 


Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan .
Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan
belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu
glotis dirapatkan digetarkan  bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan
lelangit lembut bersuara.

Konsonan Geseran:

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]


Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan 
untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung.  Arus udara
dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser
dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi.  Oleh sebab bunyi
ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara
tidak bergetar.

Geseran Glotis [h]


Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara
ke rongga hidung.  Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui
sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui
ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai
vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.

Konsonan Letusan:

Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] 


Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan
lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding  belakang rongga
tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan
tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi.  dan bagi menghasilkan
bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara  [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk
letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan.    Dalam
bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah
perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-
perkataan pinjaman.

Konsonan Getaran:

Getaran Gusi [ r ] 
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi ,
kemudian hujung lidah  tersebut digetarkan .   Lelangit lembut
dinaikkan   ke  belakang rongga tekak.  Glotis dirapatkan dan pita suara
digetarkan.
Konsonan Sisian:

Sisian Gusi [ l ] 
Untuk menghasilkan konsonan ini,  hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke
bahagan tengah gusi.   Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui kedua-dua
belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman
bahasa Arab seperti  Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit
lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang
lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah.

Konsonan Sengauan:
Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua
bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit
lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang
keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar
melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan
menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan
pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau
lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi
bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan  dan pita
suara mengalami getaran.

Konsonan  Sengauan Dua Bibir [m]


Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara  dari
paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar.
Konsonan  Senjgauan Gusi [n]
Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus
udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar.
Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]
Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut
diturunkan. Arus udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis
dirapatkan dan pita suara bergetar.
Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]
Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus
udara  dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar.
Sengauan  Gusi – Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. .   Lelangit lembut diturunkan.
Arus udara dari paru-paru  keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan
pita suara bergetar.

Konsonan Separuh Vokal:


Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan  semasa
mengeluarkan bunyi vokal sempit  sama ada vokal hadapan sempit atau
belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan
semasa menyembunyikan vokal lain.
Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi
vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara
keluar melaluinya.

Separuh Vokal Dua Bibir [w]


Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal
[u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin.
Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0].
Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.
Separuh Vokal Lelangit Keras [y]
Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir
dihamparkan dan  hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku
geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan
pita suara bergetar.

KONSONAN PINJAMAN
Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v]
Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui
rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan
gusi  tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi
menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita
suara tidak digetarkan  bunyi yang terhasl ialah [f]  dan bagi menghasilkan
geseran  bibir  bersuara pula,glotis dirapatkan,  pita suara digetarkan,bunyi yang
terhasil ialah [v].

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]


Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi
bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru  dibiarkan
bergeser di daerah  gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar
bunyi yang terhasil ialah  bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika
glotis  dirapatkan dan pita suara  bergetar bunyi yang terhasil ialah  bunyi
geseran bersuara,[dh].
Konsonan Geseran Bersuara [z]
Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus
udara  dari paru-paru keluar  melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di
pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis  dirapatkan dan pita suara  bergetar
bunyi yang terhasil ialah  bunyi konsonan geseran bersuara,[z].

Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]


Hadapan lidah dinaikkan ke arah  gusi lelangit keras  untuk menyekat perjalanan
udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk
menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis  direnggangkan pita
suara  tidak digetarkan  dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]


Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui
ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan
geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi
menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis
direnggangkan pita suara tidak digetarkan.
KAEDAH ABJAD
 
Kaedah abjad merupakan kaedah yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru sebelum
kaedah-kaedah lain diperkenalkan.  Sekarang kaedah ini sudah jarang diamalkan oleh guru-
guru.
 
Mengikut kaedah ini murid-murid diajarkan ke semua 26 abjad dari a hingga z.
 
Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya.
 
Murid-murid diajar mengeja perkataan dengan menyebut nama  huruf-huruf yang
terkandung di dalam satu-satu perkataan.
 
Ringkasnya pendekatan kaedah ini adalah seperti berikut:
 
LANGKAH 1
Memperkenalkan keseluruhan huruf abjad mengikut urutannya a, b, c, d hingga z.
LANGKAH 2
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
LANGKAH 3
Membina sukukata iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal –
ba, bi, bu, be, bo, be
ca, ci, cu, ce, co, ce
LANGKAH 4
Menggabungkan sukukata untuk membina perkataan yang mudah-mudah dari dua hingga
tiga sukukata.-
ba + ju = baju
pa + su = pasu
Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja dan membunyikan sukukata sebelum
menyebut seluruh perkataan.
LANGKAH 5
Membaca ayat-ayat pendek / membaca buku teks.  Ini juga sering dilakukan secara
mengeja.
 
KEBAIKANNYA:          

1. Mengenal nama huruf


2. Rentetan perkembangan orientasi dari kiri ke kanan.
3. Murid-murid mahir mengeja setelah dilatihtubi.

 
KEBURUKANNYA:

1. Rentetan abjad (a, b, c, d, ……. z) mengelirukan.

Contoh: ‘b’ dan ‘d’ berdekatan bunyi dan bentuknya seakan-akan serupa.

1. Murid hilang minat sebab tumpuan hanya kepada abjad.


2. Fahaman langsung tidak dihiraukan kerana mementingkan ejaan dan sebutan.

 
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
 
Kaedah ini mengunakan pendekatan iaitu memperkenalkan seluruh perkataan kepada
murid-murid.  Pemeringkatannya ialah:
 
LANGKAH 1
Diperkenalkan perkataan yang disertakan dengan gambarnya sekali.
Mula-mula murid ditunjukkan gambar kemudian beralih kepada perkataan.  Biasanya murid-
murid menunjuk perkataan ‘buku’ dengan jarinya dari b – u sambil berkata ‘buku’.
LANGKAH 2
Murid-murid diperkenalkan dengan dua perkataan yang mudah-mudah. Contoh:
 
Ini buku.
Buku Ali
Buku merah
 
LANGKAH 3
Murid-murid dilatih membaca ayat-ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang telah dipelajari oleh mereka.  Di samping itu dimasukkan perkataan baru. 
Contoh:
Ini buku..
Ini buku Ali.
Buku ini merah.
Buku Ali merah.
Ali ada buku merah.
  
KEBAIKANNYA:

1. Mementingkan makna sejak awal lagi.


2. Menarik minat kerana bahan-bahan yang disampaikan mempunyai makna.

 
KEBURUKANNYA:

1. Bacaan murid terhad kepada ayat / perkataan yang telah diajar sahaja.
2. Huruf tidak dititikberakan.
3. Ejaan tidak diberatkan – sukar mengetahui perkataan baru.
4. Murid menunggu arahan dan bergantung kepada guru.

 
KAEDAH GABUNGAN (BUNYI)
 
Kaedah ini merupakan satu pembaharuan dari kaedah abjad.  Kaedah ini menggabungkan
terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat.
 
Dalam kaedah abjad, murid diperkenalkan dulu kesemua huruf abjad dan vokal sebelum
membaca sukukata dan perkataan, manakala dalam kaedah gabungan pula, murid diajar
bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan.  Selepas itu terus membina sukukata dan
perkataan.  Daripada perkataan-perkataan itu dijadikan ayat-ayat pendek. Dengan cara ini
dalam jangka masa yang singkat sahaja, murid boleh terus membaca.
 
PENDEKATANNYA:
LANGKAH 1
Memperkenalkan bunyi dua atau tiga bunyi vokal:
 
a, i, u
 
LANGKAH 2
Memperkenalkan dua atau tiga bunyi konsonan:
 
b,d, p
 
LANGKAH 3
Menggabungkan huruf vokal dengan konsonan untuk membina bunyi sukukata:
ba,  bi,  bu
da,  di,  du
pa,  pi,  pu
 
LANGKAH 4
Menggabungkan bunyi vokal dengan sukukata untuk membina perkataan:
a +  bu = abu
a + da = ada
i + bu = ibu
 
LANGKAH 5
Menggabungkan bunyi sukukata-sukukata untuk membina perkataan:
ba + ba = baba
ba + pa = bapa
da + da = dada
pi  +  pi  =  pipi
 
LANGKAH 6
Menggabungkan perkataan-perkataan yang telah dibina untuk membina ayat-ayat mudah:
abu ada ibu
abu ada bapa
abu ada pipi
 
KAEDAH EKLEKTIK (KAEDAH CAMPURAN)
 
Kaedah ini adalah hasil campuran beberapa kaedah.  Kaedah ini menggunakan pendekatan
‘ pencerakinan’ dan ‘ pembinaan’.
 
LANGKAH 1 
buku
 
  Murid diperkenalkan dengan perkataan yang disertakan dengan gambarnya.
LANGKAH 2
buku
  Selepas murid-murid diperkenalkan dengan beberapa perkataan bergambar, diperkenalkan
pula perkataan tanpa gambar iaitu dengan menggunakan kad imbasan.
LANGKAH 3
Murid dilatih menyebut sukukata dari perkataan itu: 
buku    =     bu + ku
LANGKAH 4
Daripada perkataan buku itu dipecahkan pula kepada huruf-huruf abjad:  b + u + k + u =
buku
LANGKAH 5
Setelah murid-murid dapat menguasai bunyi beberapa sukukata, mereka dilatih pula
membina perkataan lain daripada sukukata-sukukata yang telah mereka pelajari.
LANGKAH 6
Murid-murid dilatih membaca ayat-ayat pendek iaitu berdasarkan perkataan-perkataan yang
telah mereka pelajari.
 
BACAAN BERPERINGKAT (BACAN BERGRED)
 
Panduan menyediakan Buku Bacaan Berperingkat:
 
A.         FORMAT
1.         Buku itu kecil, tidak terlalu tebal dan mudah dipegang. Saiz buku dicadangkan tidak
lebih                       daripada 100 cm X 100 cm dan tebalnya lebih kurang ½ cm.
2.         Gambarnya jelas, mudah difahami, berwarna serta menarik hati. Kepada
            murid-murid yang lambat dan tidak boleh membaca, gambar-gambar itulah yang
memberikan                 erti serta menarik minat
3.         Mutu kertas adalah jenis yang baik supaya kesan tulisan dan gambar-
            gambarnya kemas, jelas dan terang.  Adalah dicadangkan supaya digunakan kertas
‘sebam’                 (tidak licin dan berkilat).
4.         Kulit luar buku itu juga perlu kukuh, menarik dan tidak mudah kotor dan luntur
warnanya.  Ia               harus dibalut dengan kertas plastic atau kertas kilat.
5.         Gunakan tulisan jenis ‘Century Gothic’ dan saiznya terkawal.
 
B.         ISI KANDUNGAN
1.         Perkataan yang dipilih adalah dalam pengalaman murid.  Pemilihan dibuat dengan
teliti, dikawal             dan diperingkatkan.
2.         Tiap-tiap perkataan yang diperkenalkan kali pertama dalam buku itu disebut
‘PERKATAAN                     BARU’ (New Word)
3.         Jumlah semua ‘perkataan baru’ menjadi ‘JUMLAH PERKATAAN YANG
DIGUNAKAN’ (Running                   Words).
4.         ‘Perkataan Yang Digunakan’ diulang beberapa kali inilah yang menjadi jumlah
kesemua                           perkataan dalam buku itu.
5.         Nisbah perulangan perkataan dalam sesebuah buku berperingkat hendaklah tidak
kurang                     daripada 1 : 10 dan semolek-moleknya tidak melebihi nisbah 1 : 15.
 
PERINGKAT 1 -  BUKU 1 (Buku Pengenalan)
 
Buku pengenalan adalah merupakan buku-buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti ke
arah memberikan kesediaan.  Peringkat kesediaan membaca ini merangkumi aspek-aspek
perkembangan kemahiran mendengar dan bertutur, perkembangan motor, diskriminasi
penglihatan dan pendengaran, pembinaan konsep serta kebolehan untuk menumpukan
perhatian.
 
Di antara aktiviti untuk kesediaan membaca ialah:
 
(a)           aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak bertutur, berbincang dan bertukar-tukar
fikiran ….. ringkasnya aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak menambah
perbendaharaan katanya.
 
 
(b)           aktiviti-aktiviti yang memerlukan laku tangan seperti mengoyak, menggentel,
melukis, menguli, menggunting, menganyam, menekap, menampal, menyusun, melukis dan
sebagainya.  Dengan ini, rasa ingin tahu, minat serta tumpuan perhatian kanak-kanak dapat
dirangsang dan dikekalkan.
 
(c)           aktiviti-aktiviti yang berkait  rapat dengan kemahiran membaca dan menulis seperti
menyalin, melorek, memadankan, mengumpul, melengkapkan dan membuat turutan atau
memahami urutan.
 
Dengan berasaskan ketiga-tiga aspek di atas, aktiviti-aktiviti tersebut boleh juga
dikategorikan kepada jenis-jenis berikut:
 

1. aktiviti untuk diskriminasi penglihatan:

-                      mana yang sama


-                      mana yang berbeza
-                      susunkan mengikut saiz
-                      lengkapkan
-                      orientasi kedudukan dalam ruang
-                      suaikan
 

1. aktiviti untuk diskriminasi pendengaran:

-                      bezakan bunyi (kenderaan, binatang, benda-benda)


-                      padankan bunyi yang sama
 

1. aktiviti untuk keselarasan (koodinasi) mata-tangan:

-                      melukis benda / mewarna bentuk


-                      melengkapkan gambar
-                      pergerakan kiri ke kanan
-                      mazing (mencari jalan keluar)
 

1. aktiviti untuk menyalin dan menekap:

-                      lukis dengan jari: garisan tegak, melintang, codong, melengkung, bulatan dan
lain-lain.
-                      asas bentuk huruf abjad
-                      bunyi huruf vokal dan konsonan
 

1. aktiviti suaikan

-                      huruf, sukukata, perkataan


 

1. aktiviti ingat kembali

-                      ingat kembali penglihatan


-                      ingat kembali pendengaran
 
vii.       aktiviti berkaitan dengan bentuk perkataan (configuration)
 
 
PERINGKAT 2 – BUKU 11
 
Merujuk kepada buku-buku pengenalan (Buku I) khususnya buku-buku aktiviti yang mirip
kepada pengenalan bentuk-bentuk dan bunyi-bunyi vokal dan konsonan bergambar yang
telah disediakan dan didedahkan kepada kanak-kanak, kita akan dapat menentukan
beberapa senarai perbendaharaan kata yang boleh digunakan untuk menyediakan buku-
buku peringkat kedua ini.
 
Kita dapati tiap-tiap perkataan yang digunakan dalam buku pengenalan itu mempunyai
bentuknya (configuration) tersendiri.  Bila perkataan itu dilihat, kanak-kanak akan mengingat
dan menghubungkannya dengan makna (berdasarkan atau berpandukan gambar-gambar
yang disertakan).  Apabila kanak-kanak telah diberi cukup latihan untuk mendapatkan
kemahiran mengenal atau mengecam perkatan-perkataan itu, ia akan boleh membaca
sendiri.
 
Dengan memilih perkataan-perkataan yang terkawal tadi, kita bolehlah menyediakan
beberapa buah bacaan peringkat kedua.
 
Misalnya:
 
Perkataan yang telah dipilih itu ialah:
            bola,  baju,  biru,  bapa, saya, ini
 
            dari senarai perkataan itu kita dapati terdiri daripada beberapa sukukata seperti:
 
            ba,  bi,  bo,
            sa,  ni,  ru,
            ya,  pa,
 
            sementara vokal yang terlibat pula ialah ‘a’,  ‘i’,  ‘u’, dan ‘o’
 
dari senarai perkataan yang telah dipilih itu, bolehlah disediakan beberapa muka surat untuk
bacaan kanak-kanak di mana  tiap-tiap muka surat itu mengandungi pemeringkatan satu
huruf / sukukata / perkataan bergambar dengan diikuti oleh beberapa ayat mudah seperti:
 ini bola
ini baju
ini bola saya
ini baju bapa
ini bola biru
ini baju biru
bola saya biru
baju bapa biru
baju bapa saya biru
dan sebagainya
 
 
PERINGKAT 3 – BUKU III DAN LANJUTAN
 
Dengan berpandukan beberapa buah buku peringkat kedua, sewajarnya kita akan dapat
pula menentukan bukan sahaja senarai perbendarahaan kata yang telah didedahkan,
bahkan juga boleh pula mengambangkan untuk menghasilkan beberapa buah lagi
diperingkatkan mengikut jumlah perkataan yang terlibat atau topik-topik yang tertentu – yang
bersesuaian dengan kebolehan, minat dan objektif pengajaran di dalam kelas. 
 
Selain daripada menyediakan buku-buku yang berlandaskan senarai perbendaharan kata
yang terdapat di dalam buku-buku awal, kita juga boleh menyediakan beberapa buku lain
yang mengandungi bahan-bahan seperti cerita, berita, penerangan, pantun, puisi, teka-teki
dan sebagainya mengikut tahap-tahap kemampuan murid untuk membaca dan
memahaminya.
 
 
 
MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN.
 
Kemahiran yang patut ada pada kanak-kanak:

1. Kenal bentuk huruf


2. Tahu bunyi huruf
3. Tahu nama huruf

 
Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak:

1. Bentuk huruf

Huruf kecil yang seakan-akan sama bentuknya.


Contohnya :
a–o
c-e
n-m
n-h
n–r
f–t
r–t
i–j
b–p
y–g
g-q
 
 
 
 
Huruf terbalik.
Contohnya :
b–d
p–q
u–n
m-w
 
 
1. Bunyi huruf yang seakan-akan sama

Contohnya:
 
t-d
b–p
n–m
j–g
s–c
s–z
i-e
 
 
Konsonan bergabung (DIGRAPH)
Contohnya:
ny
ng
sy
kh
 
 

1. Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuk:

Contohnya :
y–g
s–z
f-t
 
 
 
Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda
Contohnya :
 
o – wo
i – yel
m – yem
r – ar
z - jed
 
 
            HURUF BESAR
 

1. Bentuk huruf yang seakan-akan sama

Contohnya :
 
D–B
I–L
N–M
E–F
J–T
O-Q
 
 
 
Huruf  terbalik
Contohnya:
Z–N
W–M
T-L
 
 
Keliru menamakan huruf  besar dan huruf kecil kerana bentuk yang berubah
Contohnya :
A–a
B–b
D–d
E–e
G–g
R-r
 
 
 
 
 
PERINGKAT SUKU KATA
 

1. Tidak boleh mengadun/ membatang sukukata terbuka/ tertutup

Contohnya :
pin/tu
ting/kap
ar/nab
an/jing
te/lur

1. Keliru membunyikan sukukata yang melibatkan  ‘e’taling/pepet

Contohnya :
sepak - sepak
perang - perang
 
 

1. Tidak membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja/membatang   

Sukukata.
Contohnya:
gali – jali
buku – kubu
makan - ikan
 
 

1. Salah memecahkan / membatang sukukata.

Contohnya:
langit – lan/git
bunga – bun/ga
 
 

1. Tidak boleh membunyikan sukukata vk di awal perkataan

Contohnya:
arnab
anjing
unta
empat
 
 

1. Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata

Contohnya:
sekolah
selekoh
belalang
bertumbuk
 
 

1. Keliru membatang perkataan yang mengandungi DIFTONG/Vokal

berganding.
Contohnya:
 
main
buih
jauh
lalai
surau
 

1. Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi digraph di awal

Contohnya:
nyamuk
nyanyi
syarat
nganga
nyonya
 

1. Tidak boleh membatang sukukata yang melibatkan imbuhan ‘me’

Contohnya :
 
 
men- menyala
me- memakai
mem- membeli
meng- menggali
 
KESUKARAN DALAM PENGAMATAN KE ARAH BACAAN
 
Kemahiran-kemahiran yang patut ada  ialah:
 
Menyebut perkataan dengan betul dan lancar tanpa MENGUBAH,
MENGGANTIKAN, MENAMBAH
 
Masalah yang dihadapi:
 

1. Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.


2. Mengeja sebelum membaca.
3. Boleh membatang sukukata tetapi gagal menyebut  perkataan.
4. Menggantikan bunyi sukukata dalam perkataan.
5. Menggugurkan bunyi-bunyi sukukata dalam perkataan.

Contohnya:           kerana – kena,                        bahagi – bagi


 

1. Salah menyebut perkatan yang seakan-akan rupanya.

Contohnya:           sekolah            -           selekoh


                              pada                -           bapa
                              kelapa -           kepala
                              rumput            -           rambut
 

1. Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.

Contohnya:           cat       -           ket


                              jam      -           jem
                              air        -           er
 

1. Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.

Contohnya:           lari       -           jari


                              duri     -           turi
                              dalam  -           talam
 

1. Menyebut perkataan mengikut loghat.

Contohnya:           cawan  -           cawang


                              air                    -           ayer
                              rumah             -           ruma
                              ambil               -           ambik
 
 
 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
 
GANTIAN
 
Kelemahan ini ialah kelemahan dalam mengenal kedudukan huruf atau sukukata dalam
perkataan dan membuat kesilapan pandangan.  Selalunya pada pangkal, tengah atau
hujung perkataan.
 
Contoh:                       padat   -   dapat,           bahagi -  bagi,           seluar  -  selalu
                                    simpan  - sampai,         percakapan  - cakap
 
TERTINGGAL
 
Kelemahan ini mungkin disebabkan kesilapan pandangan, pengecaman yang kurang tepat
atau tajam.
 
Contoh:           Saya suka main bola …  saya main bola.
                        Emak pergi ke pasar membeli ikan …  Emak pergi pasar beli ikan.
 
PEMBALIKAN PERKATAAN
 
Kelemahan ini disebabkan oleh kelemahan pergerakan mata dari kiri ke kanan dan
kurangnya tumpuan perhatian pada perkataan yang dilihat.  Mungkin juga kelemahan ini
berpunca dari otot-otot mata yang kurang menguasai pergerakan mata, lantaran masih
kurang matang.
 
Contoh pembalikan:               saku  -  suka,              besar  - beras, luka  - laku
 
MENGULANG
 
Di antara sebab-sebab berlakunya ialah:
          I.    Lambat mengenal huruf
        II.    Tidak tahu membunyikan sukukata
       III.    Lambat mengecam perkataan
       IV.    Lambat pergerakan mata
        V.    Mengeja perkataan mengikut sukukata
       VI.    Tidak tahu membatang sukukata
     VII.    Gagal memahami bahan bacaan
    VIII.    Mengalami perasaan takut/gugup
 
MERANGKAK
Kelemahan ini timbul apabila kanak-kanak mengambil masa untuk melihat tiap-tiap
perkataan satu persatu, tiap-tiap sukukata satu persatu dan tiap-tiap huruf satu persatu
hingga melambatkan bacaannya.
Kadang-kadang mereka mengambil masa untuk mengeja mengikut bunyi sukukata-sukukata
yang terlibat barulah menyebut perkataan itu seluruhnya.
Contohnya: Saya ada baju baru
                    Es ay (sa) wai ay(ya) a (say a )
                    Ay(a) di ay (da) ( ada)
                    Bi ay (ba) jay yu(ju) ( baju)
                    Bi ay (ba) ar yu( ru)(baru)
                    (saya ada baju baru
Membaca mengikut loghat
Contohnya : Kucing suka makan ikan
                     - Kucing suka making ikang.

You might also like