You are on page 1of 10

Artikulasi

Diftong
JAMALUDDIN BIN ABDULLAH
670602-02-5057
SEMESTER 4 (BM2)
ALAT ARTIKULASI
 Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat
penyempitan dan
 boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa.

 Antara alat artikulasi ialah bibir atas dan bibir bawah,


tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara.
DAERAH ARTIKULASI
 Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut
yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam
penghasilan bunyi.
 Walau bagaimanapun, daerah – daerah ini dapat disentuh
oleh alat – alat artikulasi tertentu.
 Daerah – daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas,
gusi, lelangit keras, dan venum (iaitu bahagian atas
lelangit lembut).
DAERAH ARTIKULASI
1. Bibir atas
2 Bibir bawah
3 Gigi atas
4 Gigi bawah
5 Gusi
6 Lelangit keras
7 Lelangit lembut
8 Anak tekak
9 Hujung lidah
10 Hadapan lidah
11 Tengah lidah
12 Belakang lidah
13 Akar lidah
14 Epiglotis
15 Pita suara
16 Rongga tekak
17 Rongga hidung
18 Rongga mulut
19 Rahang
20 Tenggorak
DIFTONG
 Diftong berasal daripada perkataan Inggeris yang
menyatakan dua vokal hadir di dalam konteks yang sama
iaitu yang pertama dan diikuti yang kedua. Jadi diftong
ialah gabungan dua vokal yang terdapat di dalam suku
kata. Menurut Abdullah Hassan (1980), dua vokal atau
lebih akan berlaku secara berentetan , tetapi setiap vokal
mempunyai ciri suku kata yang dikenali sebagai rentetan
vokal. Vokal dipisahkan melalui rentetan bunyi. Ada tiga
jenis vokal iaitu [ai], [au] dan [oi].
Diftong [ai]

•Keadaan bibir agak terhampar.


•Hujung lidah terkena gigi bawah.
•Depan lidah pada kedudukan seperti menyembunyikan vokal depan rendah
( a ).
•Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara menyembunyikan vokal depan tinggi
( i ).
•Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung.
•Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
•Peti suara digetarkan.

*Awalan ( aiskrim ) * Pertengahan ( ghairah ) *Akhiran ( pandai )


Diftong [au]

•Keadaan bibir daripada hampar ke bundar.


•Hujung lidah kena gigi bawah.
•Lidah depan pada kedudukan seperti membunyikan vokal depan rendah
( a ).
*Lidah secara cepat diluncurkan ke arah cara menyembunyikan vokal belakang tinggi
( u ) dengan lidah melengkung ke arah langit keras.
•Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung.
•Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
•Pita suara digetarkan.

* Awalan ( aurat ) * Pertengahan ( daulat ) * Akhiran ( kalau )


Diftong [oi]

•Keadaan bibir daripada hampar ke bundarkan.


•Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal separuh tinggi
( o ).
*Lidah secara cepat digeluncurkan ke arah cara menyembunyikan vokal tinggi ( i )
dengan lidah dinaikkan ke lelangit keras, rendah sedikit daripada menyembunyikan
vokal ( i ).
•Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung.
•Udara dari peparu keluar ke rongga mulut.
•Pita suara digetarkan.

* Pertengahan ( boikot ) * Akhiran ( amboi )


Sekian
Terima Kasih

You might also like