You are on page 1of 11

4.

0 DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah untuk menghuraikan
jawapan kepada persoalan kajian iaitu kajian mengenai kualiti peniaga kecil terhadap
pelajar UPSI: Kajian kes di Tanjong Malim. Untuk menjawab persoalan kajian tersebut,
pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab soalan kajian mengenai
kualiti peniaga kecil terhadap pelajar UPSI. Soal selidik ini perlu untuk menjelaskan
maklumat responden, soal selidik berkenaan dengan modal menubuhkan perniagaan,
bagaimana mendapat modal, berapa lama berniaga, berapa pendapatan sebulan, berapa
harga makanan yang dijual. Selain itu, analisis soal selidik dan temu bual juga dilakukan
sebagai sokongan terhadap dapatan kajian.
4.1 ANALISIS MAKLUMAT PENIAGA
Jadual di bawah menunjukkan analisis latar belakang responden secara peratusan dan
kekerapan berdasarkan item 1 hingga 5 dalam borang soal selidik.
Bil
1.

2.

3.

4.

5.

Kategori
Jantina
1 - Lelaki
2 - Perempuan

Kekerapan

Peratus

6
4

60%
40%

Umur
20-25
26-30
31-35

3
4
3

30%
40%
30%

Taraf Perkahwinan
1 Bujang
2 Berkahwin
3 Janda/Duda

5
4
1

50%
40%
10%

Keturunan
1 Melayu
2 Cina
3 India
4 Lain-lain

8
1
1

80%
10%
10%

Taraf Pendidikan
1 SPM
2 STPM/Diploma

2
4

20%
40%

3 Ijazah
4 Master/PhD

4
-

40%
-

4.1.1 Analisis Jantina Peniaga

Rajah 4.1 Jantina peniaga


Kajian ini melibatkan 10 orang responden yang terdiri daripada 60% (6 orang)
responden lelaki dan 40% (4 orang) responden perempuan. Daripada
perangkaan ini, kita dapat membuat gambaran umum bahawa bilangan
responden lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan. Hal ini kerana jumlah
pelajar memang tidak seimbang antara jantina. Agak sukar untuk mendapatkan
responden yang betul-betul sama dari segi bilangan mengikut jantina.
4.1.2 Analisis Umur Peniaga

Rajah 4.2 Umur peniaga


Rajah 4.2 menunjukkan umur responden. Umur responden adalah antara 18
hingga 20 tahun ke atas dan dibahagikan mengikut tiga peringkat umur.
Lingkungan pertama adalah daripada mereka yang berumur antara 18 tahun dan
ke bawah yang terdiri daripada 100% (20 orang) bagi kumpulan kawalan dan
95% (19 orang) bagi kumpulan rawatan. Peringkat kedua pula adalah daripada
golongan mereka yang berumur 19 tahun iaitu terdiri daripada 5% (1 orang)
responden bagi kumpulan rawatan, manakala peringkat 20 tahun dan ke atas
tidak ada.

4.1.3 Analisis Taraf Perkahwinan Peniaga

Rajah 4.3 Taraf Perkahwinan


Rajah 4.3 menunjukkan taraf perkahwinan responden peniaga. Hasil daripada
edaran soal selidik, seramai 5 orang (50%) adalah dari peniaga yang
mempunyai taraf perkahwinan bujang. Manakala seramai 4 orang (40%) adalah
daripada peniaga yang mempunyai taraf perkahwinan berkahwin. Disamping itu
juga bagi taraf perkahwinan janda/duda adalah seramai 1 orang (10%).

4.1.4 Analisis Keturunan Peniaga

Rajah 4.4 Keturunan peniaga


Rajah 4.4 menunjukkan keputusan soal selidik yang diedarkan kepada
responden peniaga. Berdasarkan carta pai diatas terdapat 8 orang atau 80%
peniaga yang terdiri daripada keturunan Melayu. Peniaga Melayu merupakan
peniaga yang paling ramai berada di kawasan perniagaan kecil tersebut.
Manakala peniaga berketurunan Cina sebanyak 10% iaitu 1 orang sahaja. Nilai
ini sama dengan peniaga yang berketurunan lain-lain. Keturunan peniaga yang
berniaga di kawasan kajian dipengaruhi oleh faktor jarak kawasan berniaga
dengan tempat tinggal.

4.1.5 Analisis Taraf Pendidikan Peniaga

Rajah 4.5 Taraf pendidikan peniaga


Rajah 4.5 menunjukkan keputusan soal selidik yang diedarkan kepada peniaga.
Berdasarkan graf bar diatas terdapat 2 orang atau 20% peniaga yang mempunyai
taraf pendidikan di peringkat SPM. Manakala peniaga yang mempunyai taraf
pendidikan di peringkat STPM/Diploma adalah sebanyak 40% iaitu 4 orang
sahaja. Selain itu juga terdapat 4 orang peniaga yang mempunyai taraf
pendidikan seperti ijazah. Perkara ini kemungkinan disebabkan oleh kawasan
perniagaan berada berhampiran dengan UPSI.

4.2 ANALISIS PERMULAAN PENGURUSAN PERNIAGAAN KECIL


Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengutarakan 5 pernyataan kepada responden
yang terdiri daripada peniaga berkenaan modal, sumber modal, berapa lama berniaga
di kawasan ini, pendapatan kasar, dan harga makanan yang dijual. Dapatannya dapat
dirumuskan sebagaimana yang terdapat dalam Jadual 4.2 di bawah.
Jadual 4.2 Soal Selidik Bahagian B
Bil

Item

Kekerapa

Min

n
1

Berapakah modal yang digunakan untuk menubuhkan


perniagaan ini?
1 Rm 0 Rm 200
2 Rm 201 Rm 400
3 Rm401 Rm 600
4 Lebih daripada Rm 600

1.5

6
2
2

2.6

1
1
5
3

3.0

1.8

Berapakah pendapatan kasar yang diperolehi hasil daripada


jualan.
1 Rm 0 Rm200
2 Rm 201 Rm 400
3 Rm401-Rm 600
4 Lebih daripada Rm600

5.

6
3
1
-

Berapa lamakah anda telah menjalankan perniagaan secara


kecil-kecilan.
1 0-6 bulan
2 7-12 bulan
3 13 18 bulan
4 lebih daripada 18 bulan.

4.

2.8

Bagaimanakah anda mendapatkan modal untuk memulakan


perniagaan?
1 Simpanan Sendiri
2 Bantuan Keluarga
3 Pinjaman Bank
4 Lain-lain

4
4
2

Berapakah harga makanan yang sedang dijual kepada


pelajar.
1 Rm 0- Rm3

2 Rm4 Rm5
3 Rm 6 Rm 9
4 lebih daripada Rm 9

2
3
-

Jadual 4.2 menunjukkan keputusan analisis tentang pengurusan permulaan


pengurusan perniagaan kecil. Sebanyak 5 item telah digariskan berkaitan dengan
permulaan pengurusan perniagaan kecil. Berdasarkan data-data yang diperolehi
daripada jadual 4.2 di atas, responden memberikan jawapan berdasarkan jawapan
yang diberikan. Pengkaji akan menganalisis 5 item tersebut satu persatu dan
dipersembahkan dalam bentuk graf.

4.2.1

Analisis berapakah modal yang digunakan untuk menubuhkan perniagaan


ini.

Rajah 4.6 Soal selidik soalan 1


Dalam rajah 4.6, menunjukkan bahawa 40% (4 orang) responden yang
terdiri daripada peniaga menggunakan modal sebanyak Rm201-Rm400
untuk memulakan perniagaan mereka. Manakala sebanyak 40% iaitu 4

orang peniaga turut menggunakan modal sebanyak Rm401-Rm600 untuk


memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka. Disamping itu juga terdapat
peniaga yang menggunakan modal lebih daripada RM600 untuk
memulakan pernigaan kecil mereka iaitu sebanyak 20% atau 4 orang
peniaga.

4.2.2

Bagaimanakah anda mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan.

Rajah 4.7 Soal Selidik Soalan 2


Berdasarkan rajah 4.7, penyelidik dapat mengenal pasti punca ataupun
sumber para peniaga untuk mendapatkan modal bagi memulakan
perniagaan mereka. Sebanyak 60% ataupun 6 orang peniaga yang
menggunakan duit simpanan sendiri sebagai modal untuk memulakan
perniagaan mereka. Manakala sebanyak 30% bersamaan dengan 3 orang
peniaga yang meminta bantuan keluarga untuk mendapatkan modal
mereka. Selain itu juga sebanyak 10% atau 1 peniaga yang mendapatkan
modal daripada pinjaman bank.

4.2.3

Berapa lamakah anda telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Rajah 4.8 Soal selidik soalan 3


Berdasarkan rajah 4.8, penyelidik ingin mendapatkan maklumat mengenai
tempoh masa perniagaan mereka dijalankan secara kecil-kecilan. Bagi
peniaga yang sudah menjalankan perniagaan kecil-kecilan selama 7-12
bulan iaitu sebanyak 6 orang peniaga bersamaan dengan 60% manakala
peniaga yang telah menjalankan perniagaan mereka selama 13-18 bulan
adalah sebanyak 2 orang peniaga (20%). Meskipun begitu masih ada
peniaga yang sudah lama berniaga di kawasan ini yang telah melebihi 18
bulan iaitu sebanyak 20% iaitu 2 orang peniaga.

4.2.4

Berapakah pendapatan kasar yang diperolehi hasil daripada jualan.

Rajah 4.9 Soal selidik soalan 4


Berdasarkan rajah 4.9 ini pula, penyelidik ingin mendapatkan maklumat
serba sedikit mengenai pendapatan kasar yang diperolehi daripada hasil
jualan yang mereka usahakan. Sebanyak 10% (1 orang peniaga) yang
mempunyai pendapatan Rm 0 Rm 200. Pendapatan kasar bagi
pendapatan Rm 201 Rm 400 iaitu sebanyak 10% iaitu 1 peniaga sahaja.
Peniaga yang mencatat pendapatan kasar yang tinggi iaitu Rm401-Rm600
berbanding perniagaan lain ialah sebanyak 50% bersamaan dengan 5
orang peniaga. Manakala pendapatan yang lebih daripada Rm600 seramai
3 orang sahaja bersamaan dengan 30%

4.2.5

Berapakah harga makanan yang sedang dijual kepada pelajar.

Rajah 4.10 Soal selidik soalan 5


Berdasar rajah 4.10 ini ialah berkaitan dengan harga makanan yang dijual
di kawasan perniagaan tersebut. sebanyak 50% bersamaan dengan 5 orang
peniaga yang meletakkan harga dalam lingkungan Rm0-Rm3. Manakala
sebanyak 20% iaitu 2 peniaga yang meletakkan harga dalam lingkungan
Rm4-Rm5. Selain itu terdapat juga peniaga yang meletakkan harga yang
terlalu tinggi untuk harga makanan seperti Rm6-Rm9 iaitu sebanyak 30%
(3 peniaga).

You might also like